Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MAC 2012

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NAMA

NURULFUAD BIN YAAKUB

NO. MATRIKULASI

800914045009001

NO. KAD PENGENALAN :

800914-04-5009

NO. TELEFON

017-3297560

E-MEL

wep8871@yahoo.com.my

NAMA TUTOR

NATRAH BT MOHD NOOR

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga
akhirnya saya menyelesaikan tugasan yang diberikan ini. Walaupun dengan beberapa
kekangan tugas dan keupayaan yang terbatas saya selaku manusia biasa cuba menempuh
cabaran dan dugaan yang dihadapi ini, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih saya barikan kepada tutor saya iaitu
Puan Natrah Binti Mohd Noor di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan juga tenaga
beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan serta nasihat sehingganya saya berjaya
menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik puan. Terima
kasih yang tidak terhingga juga saya ingin ucapkan kepada semua pensyarah dan rakan
seperjuangan di Fakulti Pendidikan Dan Bahasa Open University Malaysia PPNS yang
telah menyumbang maklumat serta ilmu yang bernilai harganya pada semester ini. Ucapan
penghargaan ini

juga tidak telipa buat keluarga yang disayangi kerana membantu serta

memahami saya didalam memperjuangkan cabaran untuk membawa pulang kejayaan.


Bahawa sesungguhnya segala penat lelah, kesabaran itu nanti pastinya akan ada balasan dan
hikmah disebaliknya.
Sekian dan terima kasih.

Page |x

ISI KANDUNGAN

BI
L
1
2
3

5
6

ISI KANDUNGAN
SEKAPUR SIRIH
PENDAHULUAN
KEMAHIRAN YANG DICARI OLEH MAJIKAN
TERHADAP GRADUAN
a) Kemahiran Komunikasi
b) Kemahiran Teknologi
c) Kemahiran Profesionalisme atau Etika
d) Kemahiran Insaniah
e) Kemahiran Praktikal
CADANGAN BAGI BAKAL GRADUAN, BADANBADAN KERAJAAN ATAU INSTITUSI
PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAGI
MELENGKAPKAN BAKAL GRADUAN DENGAN
KEMAHIRAN
a) Kemahiran Komunikasi
b) Kemahiran Teknologi
c) Kemahiran Profesionalisme atau Etika
d) Kemahiran Insaniah
e) Kemahiran Praktikal
KESIMPULAN
APENDIKS / RUJUKAN

MUKA
SURAT
x
1

2
3
3
4
5

6
7
7
8
8
9
10

PENDAHULUAN.
Merujuk pada perangkaan utama tenaga buruh pada akhir tahun 2011 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perangkaan tersebut menunjukkan
peningkatan kadar keperluan tenaga buruh di Malaysia berbanding tahun sebelum-sebelum
itu.

Rekod berkenaan menunjukkan peluang pekerjaan yang banyak dengan adanya

peningkatan jumlah pelabur asing yang melabur di negara ini. Ditambahkan lagi dengan
zaman teknologi serba canggih yang memerlukan kemahiran tenaga pekerja yang
seoptimumnya. Persaingan dalam dunia yang serba mencabar ini adalah daripada kesan
globalisasi yang membuatkan majikan terpaksa memikirkan dan mementingkan beberapa
kemahiran perlu ada pada para graduan. Sehubungan dengan itu, kepentingan tenaga kerja
yang berilmu juga semakin bertambah akibat keperluan, perubahan tugas dan kemajuan
teknologi di pasaran pekerjaan. Oleh kerana itu, majikan terpaksa menyaring dan mengambil
pekerja berilmu dan berkemahiran bagi terus kekal di pasaran global mahupun tempatan.
Seterusnya, mahu atau tidak, ia merupakan cabaran yang perlu di tempuhi oleh para graduan
pada hari ini. Graduan seharusnya tidak hanya memiliki kelulusan, pengetahuan, minda yang
cergas tetapi mesti juga memiliki kebolehan dan kemahiran yang dikehendaki oleh majikan
pada masa kini. Sasaran kajian ini ialah untuk mengkaji kemahiran yang diperlukan oleh
majikan terhadap para graduan dalam mencari pekerjaan sebelum menceburi ke dunia
pekerjaan.

Kajian ini akan menghuraikan beberapa kemahiran yang penting atau yang

diperlukan oleh majikan terhadap graduan lepasan institusi pengajian tinggi. Selain dari itu,
kajian ini juga ingin menekankan langkah dan cadangan yang boleh digunapakai oleh agensiagensi kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi bagi penyediaan graduan pada masa akan
datang dengan keperluan kemahiran-kemahiran yang dicari oleh majikan. Cabaran dunia
globalisasi kepada pelbagai organisasi senantiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman
dan adakalanya ianya berubah dalam masa yang terhad mengikut permintaan pasaran.
Dengan itu, majikan sangat memerlukan graduan yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran
dan sesuai dengan permintaan pasaran. Pelbagai kemahiran dan terlalu luas bidang ini jika
ingin dijelaskan betapa pentingnya kemahiran kepada graduan dan kebanyakkan kemahiran
agak terlalu berat dipikul oleh graduan untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan atau
pun majikan.

Page |1
KEMAHIRAN YANG DICARI OLEH MAJIKAN TERHADAP GRADUAN
a)

Kemahiran Komunikasi
Antara faktor yang timbul berikutan pengangguran dikalangan graduan lepasan

institusi pengajian tinggi adalah graduan tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris
dengan baik, mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya teknologi maklumat dan komunikasi
dan tidak mempunyai kemahiran insaniah (Nurita, Sharuddin & Ainon, 2006). Dengan
membawa keputusan yang cemerlang dan bagus, ianya tidak menjamin seseorang graduan itu
boleh berkomunikasi dengan baik. Ada juga yang menyatakan bahawa graduan yang
mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 ke atas juga tidak boleh berkomunikasi
dengan baik. Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan kemahiran yang paling penting
perlu ada pada diri seorang graduan untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dan ianya
sememangnya sangat diperlukan oleh majikan. Terdapat beberapa aspek di dalam kemahiran
komunikasi, yang pertama ialah kemahiran yang melibatkan pertuturan. Pertuturan atau lisan
adalah penting dalam pasaran pekerjaan sekarang dimana melibatkan pelabur-pelabur asing
yang mahukan penjelasan dalam menyampaikan sesuatu yang biasanya menggunakan
perantaraan antarabangsa iaitu bahasa inggeris. Oleh sebab itu para graduan haruslah
memiliki kemahiran ini dan perlulah diberi tumpuan ketika proses pembelajaran di institusi
pengajian tinggi. Aspek kedua ialah graduan perlu mempunyai cara tersendiri untuk
penyampaian idea-idea dengan bernas, terang, berkesan secara lisan, bertulis dan juga
berkebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang baik dan mampu memberi maklum
balas dan respon dengan segera. Kemahiran graduan yang dapat mengamalkan kemahiran
mendengar secara aktif dan mampu memberi maklum balas semasa sesi perbincangan dan
tutorial harus diberi perhatian, terutama ketika ingin memberi pendedahan dan ketika ingin
menyuarakan kehendak. Sehubungan dengan itu, graduan perlulah mempunyai kebolehan di
dalam melakukan pembentangan secara menyeluruh dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan pendengar. Kemahiran ini sangat penting kepada graduan kerana apabila
graduan bekerja dan mereka akan sentiasa berinteraksi dengan pelbagai kerenah pihak dalam
apa jua bidang yang mereka ceburi.

Page |2
b)

Kemahiran Teknologi
Kemahiran teknologi memainkan peranan utama dalam pekerjaan dan menimbulkan

impak ke atas generasi yang akan datang. Penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat
penting kerana ia mengambil berat hal inovasi dalam menuju ke arah pemodenan dalam
pendekatan yang lebih efektif dan tersusun. Oleh itu, menurut Castells tidak ada hubungan
yang bagus antara penggunaan teknologi dengan evolusi tugas dalam ekonomi secara
keseluruhannya. Kemahiran teknologi adalah antara yang mendapat perhatian daripada
majikan kerana ianya sudah memasuki zaman perubahan operasi, kecekapan dalam
kemahiran teknologi yang dicari sememangnya bertujuan melatih dan membangunkan tenaga
kerja bagi sesebuah negara perindustrian untuk memastikan semua tenaga kerja tidak
keciciran dalam arus kemajuan teknologi.

Kemahiran teknologi mencakupi keupayaan

menyelidik, berfikiran terbuka dan celik teknologi informasi maklumat. Perubahan zaman
inilah banyak menyebabkan dan memerlukan tenaga kerja yang celik literasi teknologi
maklumat dan mampu bertugas di bawah zon teknologi maklumat di dunia tanpa sempadan
ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, jikalau graduan terus tidak mengendahkan

perkembangan zaman teknologi komunikasi dan maklumat atau meningkatkan minat untuk
mendalami serta menguasai ilmu ini, mereka akan keciciran (Utusan Malaysia, 2005).
c)

Kemahiran Profesionalisme atau Etika


Kemahiran ketiga yang sering diperhatikan oleh majikan iaitu kemahiran

profesionalisme atau etika.

Etika dan profesionalisme ini melibatkan kebolehan dan

kemahiran untuk mengukur etika dan moral dalam amalan interaksi sosial dan
profesionalisme. Majikan pada hari ini juga mencari seorang pekerja yang berkebolehan
memahami perubahan ekonomi, perubahan persekitaran dan sosio budaya.

Etika dan

profesionalisme dapat dirumuskan sebagai pengukuran tingkah laku tanpa mengira bangsa,
negara dan agama dengan menekankan nilai moral yang berlandaskan kemuliaan akhlak
graduan.

Dimasa dunia moden ini, norma keagamaan berada ditahap yang semakin

membimbangkan.

Masyarakat pada hari ini terlalu menjurus kepada kebendaan untuk

mengecap kebahagiaan hidup. Etika ini tidak harus diamalkan dan graduan harus
mempelajari dan mengamalkan etika dan profesionalisme dalam apa juga yang graduan
lakukan. Maka keberkesanan prinsip ini tidak hanya terletak diatas individu itu sahaja.
Profesionalisme juga merupakan satu panduan kepada etika bagi membina dan

mempertingkatkan integriti dan kemajuan maruah kerjaya masing-masing.

Page |

3
d)

Kemahiran Insaniah
Sering kali pandangan umum memerhatikan kesulitan graduan mendapat pekerjaan

disebabkan graduan tidak memiliki kemahiran insaniah kerana ianya kurang dititikberatkan
dan diberi penekanan didalam sistem pendidikan di negara ini. Bekas Menteri Sumber
Manusia, Datuk Fong Chan Onn menyampaikan bahawa sebilangan besar graduan lepasan
institusi pengajian tinggi tidak aktif dalam kerja berpasukan dan kurangnya komitmen dalam
tugasan atau pekerjaan yang dilakukan (Dewan Masyarakat, Februari 2006). Faktor ini
disebabkan kebolehan graduan diperhatikan dari pelbagai sudut, termasuklah pencapaian
akademik yang cemerlang. Selain memerhatikan pencapaian akademik yang baik, graduan
juga diperhatikan dari sudut kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan
kemahiran berfikir secara kritis. Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa
Mohamed, kesukaran siswazah memperoleh pekerjaan adalah disebabkan graduan tidak
mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan. Beliau memberitahu selain
lemah penguasaan berbahasa, graduan juga didapati kurang kreatif dan berfikiran sempit,
tiadanya ciri-ciri kepimpinan dan tiadanya semangat kekitaan. Dalam dialog Kementerian
Pengajian Tinggi dan majikan-majikan di negara ini, ramai graduan institusi pengajian tinggi
tidak diambil bekerja oleh kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007).
Graduan dikatakan tidak mempunyai fikiran yang kritis, kurang kemahiran untuk bekerja
didalam satu kumpulan, kurang kemahiran teknologi dan lemah berbahasa inggeris adalah
rungutan yang disampaikan oleh majikan di negara ini.

Berdasarkan kajian lepas,

dirumuskan bahawa isu-isu berkaitan dengan kemahiran insaniah berada di tangga yang ke
sepuluh semasa sesi temuduga dijalankan jika dibandingkan dengan isu pencapaian akademik
(Mohamad Shatar dan Azali Mohamad, 2008). Ini membuktikan bahawa perkara-perkara
seperti ini perlu diberikan perhatian dan tindakan yang agresif adalah perlu, terutama di
peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi melahirkan graduan yang benar-benar
memenuhi permintaan pasaran dan memenuhi keperluan majikan.

Page |4
e)

Kemahiran Praktikal
Kurangnya kemahiran pratikal berbanding kemahiran teori adalah diantara keluhan

majikan. Walaupun graduan telah mengikuti latihan praktikal atau lebih sinonim dengan
graduan iaitu latihan industri, ini tidak bermakna para graduan memiliki kemahiran
berkenaan. Antara faktor dijalankan latihan praktikal ini ialah :

Membentuk diri graduan menjadi seorang pekerja cemerlang yang sentiasa


mempunyai fikiran terbuka, berinovasi tinggi, mampu dan bijak berkomunikasi
dengan berkesan dan dapat berdaya-saing,

Mendedahkan diri graduan kepada keadaan sebenar perjalanan pengoperasian tugas


dan pengurusan tugas di tempat kerja,

Memberi graduan peluang melibatkan diri secara aktif sebagai pelaksana di dalam
melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja di dalam jangka masa yang telah ditetapkan,

Memberi pengalaman kepada graduan mempelajari skop untuk menyelesaikan


kesulitan yang ditemui semasa bekerja dan dapat memberikan buah fikiran yang
berguna,

Memberi peluang kepada majikan dan organisasi melatih serta mengenal pasti
kebolehan bakal graduan institusi pengajian tinggi,

Mendapat maklum balas untuk pemantauan kualiti kursus

Memotivasikan graduan untuk memperbaiki pencapaian akademik

Latihan industri yang dilalui oleh graduan institusi pengajian adalah keadaan sebenar yang
mana disitulah boleh diukur kebolehpasaran graduan berkenaan berada di tahap mana.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Bin Nordin, beliau cuba mensasarkan
dan ingin mencapai matlamat kebolehpasaran ini meliputi pelbagai usaha untuk membina
upaya diri graduan supaya mendapatkan pekerjaan, mempertingkatkan mutu pekerjaan dan
meningkatkan kualiti kerjaya graduan dan terus memiliki nilai-nilai dan ciri yang
dikehendaki majikan selari dengan keperluan alaf ke-21.

Page |5
CADANGAN BAGI BAKAL GRADUAN, BADAN-BADAN KERAJAAN ATAU
INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAGI MELENGKAPKAN BAKAL
GRADUAN DENGAN KEMAHIRAN
a. Kemahiran Komunikasi
Pihak industri menyebutkan kelemahan berbahasa inggeris sebagai punca kepada
kelemahan graduan kurang kemahiran berkomunikasi.

Menurut Abdullah dan Ainon

(2000), komunikasi yang berkesan terdiri daripada lima elemen yang iaitu keseronokan,
pemahaman, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan
yang susulan. Elemen keseronokan yang diketengahkan ini menyokong pada pemerhatian ke
atas individu-individu lebih seronok melakukan aktiviti secara berkumpulan berbanding
secara berseorangan. Cadangan menunjukkan aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan
keyakinan graduan. Kemahiran berkomunikasi yang baik sememangnya dapat dibentuk di
dalam diri graduan melalui kegiatan yang disertai. Komunikasi antara rakan melalui
pertukaran idea dan maklumat membentuk komunikasi yang baik secara tidak langsung
dalam aktiviti yang disertai (Zuraidah, 2003). Contohnya, program pertukaran pelajar antara
negara yang memberi peluang kepada graduan meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi.
Selain dari itu, penyusunan semula kurikulum atau objektif program kemahiran berbahasa
inggeris yang ada di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan adalah perlu supaya sejajar
dengan kehendak pasaran. Impak pembelajaran program harus meliputi kompeten dan
kebolehan berbahasa yang membolehkan graduan memantapkan bahasa inggeris bagi
keperluan akademik, sosial dan perkerjaan. Pendekatan (immersion) juga boleh diterapkan
kepada graduan yang lemah berbahasa inggeris bagi merapatkan jurang dalam penguasaan
bahasa inggeris agar lebih bagus dan efisen. Malaysian University English Test (MUET)
adalah sangat baik, tetapi dicadangkan agar peperiksaan berkenaan diperkemaskan lagi,
supaya graduan dapat dinilai dari aspek kompetens berbahasa inggeris dan dengan harapan
para graduan sedar akan kepentingan penguasaan bahasa inggeris dalam dunia pekerjaan.
Sebagai kesimpulan, kemahiran berkomunikasi ini tidak dapat dipisahkan daripada kebolehan
berbahasa Inggeris. Kedua-duanya mempunyai kaitan yang sangat rapat. Kebolehan
berbahasa Inggeris dapat menjamin keupayaan berkomunikasi yang lebih baik.

Page |6
b. Kemahiran Teknologi
Dalam dunia teknologi yang terbuka pada hari ini, kejayaan akan memihak kepada
individu-individu yang pantas mengambil kesempatan daripada penemuan serta sumbersumber teknologi yang serba canggih. Graduan tidak terkecuali dalam mengaplikasikan
teknologi serba moden dalam pembelajaran mereka bagi meningkatkan kemahiran
teknologi serta keberkesanan selain ia memudahkan graduan itu sendiri.

Hubungkait

teknologi dengan industri kita hari ini tidak boleh dinafikan lagi. Ada di kalangan graduan
mempunyai kelemahan kemahiran teknologi. Bagi meningkatkan kemahiran teknologi para
graduan harus bergerak sendirian ataupun dicadangkan bahawa setiap institusi pengajian
mengadakan setiap satu kursus yang disertai graduan harus mempunyai subjek literasi
teknologi mengikut keperluan kursus yang diambil. Antara cadangan yang lain adalah
penglibatan pihak luar di dalam mengadakan usahasama dengan institusi pengajian tinggi. Di
harapkan pihak luar, contohnya kerjasama diantara institusi pengajian tempatan dengan
syarikat teknologi komunikasi dan maklumat didalam mengambil langkah proaktif dengan
melatih graduan dalam bidang ICT.
c. Kemahiran Profesionalisme atau Etika
Pihak institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan kerajaan serta graduan itu sendiri
perlulah menanam dan menyuburkan nilai dan etika dalam semua tugas dan amalan
pengurusannya.

Pada masa yang sama, berdasarkan kekuatan dan kelemahan dalam

melaksanakan tugas itu beberapa cadangan yang boleh memantapkan penyuburan nilai dan
etika agar dapat diteruskan.

Dicadangkan kepada pihak badan-badan kerajaan harus

menggubal semula beberapa dasar seperti contoh penggubalan Perintah Am (Kelakuan dan
Tatatertib) Bab D 1980, pihak kerajaan juga boleh menjalankan beberapa program seperti
mengadakan lagi lebih kerap dan menyeluruh siri-siri seminar / bengkel / kursus dalam
perkhidmatan dan di pihak kerajaan juga boleh menyediakan insentif tambahan yang
menunjukkan integriti serta etika yang cemerlang. Pihak institusi pengajian tinggi pula
dicadangkan membuat lebih banyak penerbitan buku / majalah / buletin yang menyentuh soal
etika dan profesionalisme kepada graduan supaya mereka lebih banyak menerima informasi
dan seterusnya mampu memantapkan dan menyuburi nilai-nilai etika yang positif. Dan yang

harus diberi penekanan adalah dalam konteks etika dan profesionalime ini ialah semua pihak
harus bersatu padu dan menunjukkan teladan yang baik dan sempurna.

Page |7

d. Kemahiran Insaniah
Bagi permasalahan graduan yang kurang berkemahiran insaniah pula, institusi
pengajian tinggi dan badan-badan kerajaan juga patut bekerjasama dan juga perlu memainkan
peranan dalam membantu menerapkan kemahiran-kemahiran insaniah dalam diri seorang
graduan itu. Dengan itu, pendekatan atau langkah tersendiri perlu distrukturkan semula
dalam usaha meningkatkan insaniah diri graduan. Sebagai contoh institusi pengajian tinggi
dan badan-badan kerajaan perlulah memberi dan membuka peluang kepada graduan
melibatkan diri dalam program-program yang bersifat memperkukuhkan dan memperkasakan
lagi kemahiran insaniah mereka.

Oleh itu, pencapaian akademik bukanlah semata-mata

elemen yang dilihat oleh majikan untuk memberikan pekerjaan. Program berbentuk
kemasyarakatan contohnya mampu memberikan dapatan yang positif dan mampu
meningkatkan tahap insaniah graduan. Jelas terbukti, memiliki kemahiran insaniah yang
tinggi oleh graduan amat penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti,
berketerampilan dan mampu berdaya saing bukan sahaja di pasaran tempatan malahan di
pasaran global.
e. Kemahiran Praktikal
Kelemahan kemahiran praktikal tidaklah diperhatikan sangat tetapi objektif latihan
industri yang dilalui oleh graduan di organisasi atau syarikat dalam jangkamasa yang
ditetapkan adalah bagi mendapatkan pengalaman situasi sebenar dengan melaksanakan apa
yang dipelajari di institusi pengajian tinggi. Yang mana pihak industri amat mementingkan
pengeluaran yang bermutu. Perkara ini dikaitkan dengan latihan industri yang diperlukan agar
graduan dapat menunjukkan daya pengeluaran yang tinggi. Untuk mencapai kemahiran ini,
pihak industri memberikan perhatian kepada graduan yang mempunyai latihan industri yang
mencukupi. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, latihan praktikal atau latihan industri
hanya mengambil masa 3 bulan sahaja.

Tempoh sesingkat itu sukar untuk mengukur

kebolehan serta kemahiran praktikal graduan berkenaan. Cadangannya disini agar tempoh
latihan praktikal ini dilanjutkan selama 6 bulan yang mana jangka masa itu sudah boleh
mengukur tahap serta menilai di mana kebolehpasaran graduan itu tadi. Yang mana ianya
tidak melibatkan sebarang kos yang tinggi.

Page |8
KESIMPULAN
Di era globalisasi ini, majikan memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai
kemahiran untuk melakukan tugasan atau multi-skilling. Selain itu, bagi melengkapkan dan
memenuhi ciri-ciri kworkers, individu haruslah mempunyai kemahiran diri yang tinggi dalam
kemahiran interpersonal, kemahiran membaca, menulis, komunikasi yang berkesan, cara
berfikir bagi tujuan memenuhi keperluan majikan bagi mengikut keperluan industri bagi
memastikan ekonomi terus maju. Graduan juga mestilah mempunyai sikap positif terhadap
tugasan serta kreatif dan inovatif. Kemampuan terhadap cabaran dan sikap berani menerima
risiko bagi menyahut cabaran era globalisasi ini. Pendidikan teknikal dan kemahiran juga
seharusnya lebih bersikap fleksibel supaya dapat memenuhi kehendak pasaran. Latihan
teknikal yang diberikan, seharusnya lebih terancang dan tersusun di dalam menawarkan
bidang-bidang kursus yang berhubungkait dengan kemahiran dalam menyediakan graduangraduan

yang

mempunyai

kebolehpasaran

dan

memenuhi

kehendak

majikan.

Penambahbaikan yang lebih tersusun perlu dititikberatkan supaya dapat mengawal mutu
kerjaya dan produk. Ini juga dapat membantu mengurangkan pengangguran di kalangan
graduan di Malaysia. Kesedaran terhadap pentingnya kemahiran haruslah diperluaskan untuk
memotivasikan umum dan pihak institusi pengajian tinggi, terutamanya institusi pengajian
perlulah memahami dan menerapkan kemahiran-kemahiran yang sangat dipentingkan oleh
industri pada masa kini. Akhir sekali, graduan juga disarankan supaya mengambil kira
pelbagai aspek bagi tujuan membangunkan kemahiran literasi tempat kerja dalam kalangan
pelajar, kecekapan berbahasa Inggeris, berkomunikasi dan kebolehan berfikir secara kritis
dan kreatif.

Page |9
APENDIKS
RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof (2003). Asas-Asas Komunikasi. Selangor: Prentice Hall.
Abdul Rahman (2000). Pengurusan Komunikasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.1-10.
Darrah,C.(1994), Skill requirements at work, Work and Occupation, 21,pp.64-84 in
Guile,D.
Lukman Ismail (1998), Jaminan Kualiti Pengajian Tinggi Utusan Malaysia :
27 Mei.
(2002), Skill and Work Experience in the European Knowledge Economy, Journal
of Education and Work, Vol.15, No.3, pp. 251-273.
Berita Harian (2004). Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu
Duga. Berita Harian, 20 April 2004.
Berita Harian (2006). Kadar Pengangguran Meningkat. Berita Harian, 27 Januari
2006.
http://khalednordin.com/?p=586
http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/L
abour_Force_Indicator_Malaysia_Dec_2011BM.pdf

P a g e | 10