Anda di halaman 1dari 12

Tugasan Bahagian A

1 Tiga fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah


Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara unik yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, pelbagai
bahasa dipertuturkan. Keadaan ini tidak memanfaatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
sesebuah negara. Dengan ini, sistem pendidikan di Malaysia telah menggubalkan Penyata Razak
(1956) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangasaan dan menjadi
bahasa pengantar utama.
Kini, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke
peringkat universiti. Menurut Rustama A. Sani (993), Dewan Bahasa dan Pustaka telah mencipta
istilah yang mencukupi supaya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran
dalam segala lapangan pengajian tidak menghadapi masalah. Dengan ini, bahasa Melayu
memainkan fungsi yang penting sebagai bahasa pengantar di sekolah.
1.1 Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Raminah Hj. Sabran (1989) juga menyatakan bahawa kepentingan terhadap penguasaan bahasa
lebih ketara lagi di dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu telah menjadi salah satu keutamaan dalam dasar
pendidikan kebangsaan.
Sejak 1971, pelbagai kajian telah dibuat terhadap kesan sistem pendidikan di negara kita. Hasil
yang diperolehi amat membanggakan. Bahasa Melayu terbukti dapat menjadi bahasa pengantar
ilmu yang setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu telah berjaya diangkat
dan bertindak sebagai bahasa ilmu. 3

Menurut Hassan Ahmad (1988), bahasa Melayu telah berjaya menghasilkan lebih 5000 karya
Melayu klasik yang sekarang ini tersimpan di merata-rata tempat di Eropah dan di tempat-tempat
lain. Ini akan menarik pelajar asing untuk menuntut ilmu yang tercatat dalam bahasa Melayu
dalam masyarakat kita. Kita perlu berasa bangga kerana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai
bahasa yang dapat menyebarkan ilmu.
Pada 27 Oktober 2011, menteri pengajian tinggi Mohamed Khaled Nordin telah berkesempatan
melancarkan Pelan Tindakan Memartabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT dan
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi di bangunan
KPT, Putrajaya. Tindakan ini telah memantapkan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dalam negara kita.
1.2 Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
Menurut Zulkifley Hamid (1996), bahasa dianggap sebagai suatu alat yang dapat dipraktikkan
atau digunakan bagi membolehkan pelbagai tujuan tercapai. Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa komunikasi sebab ia berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Melalui
bahasa Melayu, kita berjaya menunjukkan pandangan kita, pemahaman kita dan sifat ktia. Ia
dapat menjamin komunikasi yang dilakukan berjalan lancar dan baik.
Dalam sistem pendidikan negara kita, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa komunikasi
dengan tujuan kita dapat difahami oleh orang lain. Kita dapat menyampaikan gagasan yang dapat
diterima oleh orang lain. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi juga dapat
meyakinkan orang lain terhadap pandangan kita dan seterusnya kita boleh mempengaruhi
pandangan serta pemikiran orang lain.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi juga memudahkan kerjasama antara
pelbagai kaum. Jika semua kaum di Malaysia faham dan fasih menggunakan bahasa Melayu,
maka segala pendapat dapat disebar dan diterima tanpa kebinggungan. Semua kaum juga boleh
membuat perbincangan melalui bahasa Melayu walaupun setiap kaum mempunyai bahasa
tersendiri masing-masing. Segala forum, seminar, bengkel boleh dijalankan dengan lancar dengan
menggunakan bahasa Melayu. 4

Fungsi bahasa adalah komunikasi (Frederick J. Newmeyer, 1996). Dengan komunikasi, kita dapat
menyampaikan semua yang kita rasakan, fikirkan dan ketahui kepada orang lain. Bahasa
merupakan alat untuk merumuskan maksud kita. Dengan komunikasi, kita dapat mempelajari dan
mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita dan apa yang telah dicapai oleh
orang-orang sezaman kita.
1.3 Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia. Ia mempunyai kedudukan yang tertentu
seperti yang dimaktubkan oleh Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa. Menurut Dr Nik
Safiah Haji Karim (1986), konsep bahasa sebagai alat perpaduan dan lambang kedaulatan negara
kelihatan dengan nyata. Oleh itu ia berupaya menjadi bahasa perpaduan bagi rakyat Malaysia.
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan
kaum yang lain. Fungsi bahasa Melayu sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat
dipertikaikan lagi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara
pelbagai bangsa di seluruh negara.
Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, Laporan Razak 1956 menyatakan bahawa tujuan
akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di
bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tidak boleh dipaksa secara mendadak.
Berdasarkan Laporan Razak, jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk
perpaduan kaum di negara ini.
Berdasarkan sejarah negara ini, tidak ada bahasa lain yang lebih layak atau boleh mengambil alih
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Inilah jati diri bagi negara ini dan yang perlu
dipertahankan sejak dulu, kini hingga selama-lamanya. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan ini tidak boleh digugat demi merealisasikan konsep Satu Malaysia. 5

2. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan


2.1 Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan sebab ia merupakan bahasa
kebangsaan kita. Bahasa Jiwa Bangsa dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam
proses memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan.
Akta Pendidikan menegaskan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah-sekolah. Ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga
mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. Penggunaan satu
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat
Malaysia yang sejati.
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara kita timbul sebab perlu adanya satu lambang
penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi satu identifikasi kebangsaan.
Dalam konteks ini, bahasa Malaysia paling layak melambangkan jiwa bangsa kita.
2.2 Menyebar ilmu
Bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai
pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting dan utama dalam
bidang keilmuan moden pada hari ini. Bahasa Melayu penting dalam pendidikan kebangsaan
sebab ia mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa.
Dengan ini, ia berjaya memikul tanggungjawab untuk menyebar ilmu. 6

Bahasa Melayu mempunyai sifat yang menarik atau daya cipta yang kuat untuk menjadi alat
penyebar ilmu. Oleh itu, kita hendaklah menjaga dan mengawal pertumbuhan bahasa ini daripada
bahaya ciptaan yang salah. Soal ejaan tidak standard, soal istilah yang berbeza-beza dan ciptaan
gaya yang terlalu bebas dan kesalahan tatabahasa adalah perkara yang boleh menjatuhkan imej
bahasa Melayu. Dengan memartabatkan taraf bahasa Melayu, barulah ia dapat berfungsi sebagai
bahasa pengantar ilmu yang berwibawa.
Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk
mengukapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila
memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan
kata, istilah, dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran
tentang hal-hal perdagangan, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan
perakaunan dan perangkaan.(Abdul Hamid Mahmood, 2002).
Bahasa Melayu direncanakan menjadi bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu,
termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian, bahasa Melayu dapat mencapai taraf
kecendiakawan dan bahasa sainstifik. Ia juga mampu mendukung perkembangan ilmu dan
pemikiran bangsa dalam segala lapangan.
Kita perlu membuat penyelidikan dalam bidang apa pun, contohnya bidang budaya, perubatan,
sejarah dan sebagainya dalam bahasa Melayu. Kita mesti mengamalkan bidang-bidang profesion
yang ada di negara ini dalam bahasa Melayu. Dengan ini barulah bahasa kita akan menjadi
bahasa yang berkedudukan tinggi seperti yang dibuktikan dalam sejarah.
2.3 Melahirkan insan yang murni
Di samping memberi pendidikan, bahasa Melayu juga digunakan untuk pembinaan sahsiah diri
serta pemupukan kemahiran berfikir. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif,
berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi. Ini
adalah disebabkan bahasa Melayu mempunyai unsur-unsur keindahan . 7

Dalam menempuhi pelbagai cabaran di pentas dunia global hari ini, kita berharap agar insan
seimbang yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita berupaya bukan sahaja untuk mencapai
kesejahteraan diri tetapi juga memiliki kekuatan moral untuk memberi sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan yang murni ini akan terus kita
pertahankan dalam merencana halatuju pendidikan negara pada masa hadapan.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Bahasa
Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang dapat dijadikan alat
menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan
negara.
Dengan menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan kebangsaan yang terdiri daripada
pelbagai kaum ini, maka persefahaman antara kaum akan wujud dan kita semua boleh hidup
dalam satu masyarakat yang murni. Keharmonian dan kemakmuran yang merupakan matlamat
akhir sistem pendidikan kebangsaan harus diluaskan maknanya kepada kebahagian di dunia.
Rumusan
Laporan Razak 1956 telah menyarankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama
dan kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan dalam Laporan Rahman Talib 1960. Penggunaan
bahasa Melayu semakin diperluaskan di semua sekolah. Fungsi bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan penegasan perundangan
terhadap Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Ini telah menunjukkan kepentingan bahasa Melayu dalam pendidikan kebangsaan kita. Kita
sebagai rakyat Malaysi harus berasa bangga terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Menurut Nik Safiah Karim dan rakannya (2008), bahasa Melayu mempunyai masa depan yang
amat cerah. Maka, kita perlu meluaskan penggunaannya dan berusaha untuk meningkatkan
kedudukannya.
(1488 patah perkataan) 8

Bibliografi
1 Dr. Nik Satiah Haji Karim (1986). Bahasa Melayu Tinggi Teori & Penerapan. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Nurin Enterprise.
2 Frederick J. Newmeyer, Penterjemah Sulaiman Masri (1996). Teori Tatabahasa Keterbatasan
& kemungkinannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 Hassan Ahmad (1988). Bahasa Sastera Buku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mohmood (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5 Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Percetakan Zafar Sdn.Bhd.
6 Raminah Hj. Sabran (1989). Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia untuk Pelatih
Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7 Rustam A. Sani (1993). Politik Dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
8 Zulkifley Hamid (1996). Bahasa, Konsep, Fungsi Dan Penguasaannya Oleh Penutur. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9

Rujukan internet
1 http://www.scribd.com/doc/13957200/FUNGSI-BAHASA-MELAYU
2 http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/fungsi-bahasa-melayu.html
3 http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=14
4 http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradabanmelayu_72.html
5 http://anak2sarap.blogspot.com/2010/09/fungsi-bahasa-sebagai-alatkomunikasi.html
6 http://deviden749.wordpress.com/2011/09/28/bahasa-sebagai-alatkomunikasi/
7 http://plm.org.my/wrdp1/?p=453
8
http://wiki.answers.com/Q/Status_Dan_Fungsi_Bahasa_Melayu_Sebagai_Bahas
a_Perpaduan
9 http://www.scribd.com/doc/37987194/PENGGUNAAN-BAHASA-MELAYU 10

TUGASAN BAHAGIAN B
Kandungan
Pengenalan
Konsep Tatabahasa - Morfologi
- Morfem
- Kata
- Ayat
Empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah
1 Penggunaan kata bila dan apabila
2 Penggunaan kata sendi nama di dengan imbuhan di
3 Penggunaan kata sendi dari dan daripada
4 Penggunaan ungkapan di mana dalam bahasa Melayu
Rumusan
Bibliografi 11

Tugasan Bahagian B
Pengenalan
Bahasa kita akan menjadi bahasa yang besar dan kaya apabila kita mampu menciptakan kemajuan
ilmu melalui bahasa kita. Setiap bahasa mesti mempunyai tatabahasanya tersendiri. Tatabahasa
adalah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu
ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik.
Abdullah Hassan (1993) menyatakan bahawa tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi
membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa
bergabung membentuk ayat. Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam
ayat majmuk dipanggil klausa. Kita belajar tatabahasa untuk mengetahui jalan bahasa kita.
Konsep Tatabahasa
Setelah mengetahui tatabahasa merujuk kepada pengetahuan pelajaran tentang pembentukan
perkataan dan proses pembinaan ayat, kita tinjau 2 bidang utama yang mencakupi tatabahasa
bahasa Melayu iaitu:
i- Morfologi - kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
ii- Sintaksis - kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan (Abdullah Hassan,2006).
Bentuk perkataan itu pula bermaksud bentuk fonologi atau tulisan sesuatu perkataan itu.
Lazimnya, sesebuah perkataan itu terbentuk dari satu atau lebih morfem. Terdapat dua unit yang
terlibat dalam pembentukan perkataan, iaitu morfem dan kata. 12

Morfem
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau fungsi tatabahasa
(Abdullah Hassan,2006). Dalam perkataan berpeluh, tertekan, keamanan, melihat, dan lain-lain,
terdapat unsur-unsur bahasa seperti ber-, ter-, ke-, me-, -nya, -kah, -lah, -pun, -an, dan lain-lain.
Unsur-unsur ini dalam sesuatu perkataan tidak dapat dikecilkan lagi. Unsur-unsur ini tidak dapat
dikatakan makna dalam ertikata makna yang sebenarnya tetapi mempunyai fungsi tatabahasa.
Oleh itu, unsur-unsur ini adalah morfem.
Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem
bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Contohnya dalam perkataan berpeluh, peluh
itu merupakan morfem bebas kerana ia tidak memerlukan suatu bentuk lain untuk dipakai. Peluh
juga tidak boleh dipecahkan lagi menjadi pe atau luh. Berpeluh pula mempunyai morfem lain
sebagai bantuan untuk berfungsi sebagai perkataan. Oleh itu, ber dikatakan morfem terikat. Ia
terpaksa wujud dengan peluh sebelum ianya dapat digunakan.
Kata
Kata ialah satu lagi unsur dalam morfologi (Abdullah Hassan 1980). Ahli linguistik
mendefinisikan kata sebagai bentuk bebas yang terkecil. Kata bahasa Melayu boleh dihasil
melalui empat proses iaitu;
a- Proses tunggal menghasilkan kata tunggal
b- Proses pengimbuhan menghasilkan kata terbitan
c- Proses pemajmukan menghasilkan kata majmuk
d- Proses penggandaan menghasilkan kata ganda
Menurut wikipedia, kata bahasa Melayu boleh digolongkan melalui empat bahagian yang besar
iaitu:
a- Kata nama
b- Kata kerja
c- Kata Adjektif
d- Kata Tugas 13

Sintaksis
Sintaksis pula ialah bidang ilmu yang mengkaji pembentukan ayat. Menurut Ahmad Khair Mohd
Nor (2003), sintaksis sebagai subsistem bahasa bukan saja membicarakan selok-belok ayat tetapi
juga membicarakan selok-belok frasa dan klausa. Oleh itu, pembicaraan sintaksis itu daripada
frasa hingga ayat.
Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1993) menyatakan bahawa sintaksis ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Bagi Abdullah Hassan
(1980), beliau menyatakan sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu
bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi
klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
Ayat
Ayat menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1993) ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Secara amnya,
ayat mestilah mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Subjek merupakan bahagian yang diterangkan dan merupakan isi pembicaraan. Predikat pula
ialah bahagian ayat yang memberikan keterangan atau penjelasan, atau menyebutkan sesuatu
tentang subjek. Contohnya:
a- Aziz menangis.
Dalam ayat di atas, Aziz merupakan subjek, menangis pula ialah predikat.
Subjek dan
Predikat
Frasa Subjek
Frasa Predikat Pola ayat
predikat pula
mempunyai
unsur-unsur,
iaitu sama ada
frasa nama
(FN), frasa
kerja (FK),
frasa adjektif
(FA) dan frasa
sendi nama
(FS). Frasa
ialah urutan
penempatan
jenis kata
dalam ayat.
Dalam bahasa
Melayu
mempunyai
empat pola
ayat dasar
seperti
berikut: 14
Subjek
a
Siti
ketua kelas FN
FN
FN+FN
b
Ali
ketawa
FN
FK
FN+FK
c
Minah
baik hati
FN
FA
FN+FA
d
Baju ini
dari India
FN
FS
FN+FS

Anda mungkin juga menyukai