Anda di halaman 1dari 3

QUICHE SARDINE MUDAH

Assalammualaikum, salam semua. Esok 1 April bermulalah GST, suka tak suka kena
hadapai juga. Dikatakan barang akan jadi murah, entah lah nak percaya pun susah.
Barang2 yang dikatakan tak kena gst, awal2 dah naik harga. Nak kata apa, ringgit
makin mengecil, barang pulak makin mahal. Kita sebagai pengguna kena lah menyusun
balik perbelanjaan dan kurangkan apa yang tidak perlu. Bertabah lah. Entri hari ini che
mat saja nak kongsikan satu menu mudah untuk anda hidangkan sebagai cemilan watu
minum petang. Benda ringkas dan dalam kategori mudah dibuat. Quiche sardine mudah
ini che mat guna puff pastry sebagai 'pastry' nya. Ada juga yang komen, guna roti lagi
senang. Tu memang betul, ikut kehendak masing2lah yea. Inikan resipi che mat, jadi ikut
suka lah nak guna apa. kita cuma berkongsi idea selebihnya pandai2 lah situ. Dan ada
bezanya kalau anda guna roti berbanding puff pastry, terutama sekali dari segi
teksturenya..

Resipi ini akan menghasilkan 6 biji quiche sardine. Che mat guna sardine cap ayam saiz
paling kecil. Seperti gambar rajah atas ni (maaf, gambar hanya guna kamera hp dan che
mat dah share di instagram dan fb semalam). anda perlukan tin muffin sebagai
acuannya. Che mat masukkan 2 biji cilu padi siam yang dihiris halus untuk dapat rasa
pedas. Kalau anda ada anak2 kecil, tak perlu taruk cili padi, gantikan dengan lada sulah
pun boleh. Ok, kalau nak mencuba, resipi seperti beriku..
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4 inci x 4 inci)
2 biji telur gred A
100 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu segar atau santan)
Parutan keju cheddar secukupnya
Sedikit cincangan parsley (boleh ganti dengan daun bawang atau kucai)
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin kecil sardine (che mat guna cap ayam)
1 biji bawang besar, didadu
2 keping hirisan halis, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji cili padi merah thai, cincang halus
Kicap cair secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya (kalau saiz limau besar, guna sebiji)
CARA MEMBUATNYA :-)
1.
UNTUK INTI QUICHE :- Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang
besar, bawang putih, halia dan cili padi. Kacau rata. Masukkan sardine dan pecah2kan
isinya. Masak hingga kering. Tambah kicap cair dan jus limau kasturi. Kacau rata dan
masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan untuk kegunaan kemudian.
2.
UNTUK PASTRY PUFF :- Keluarkan pastry puff dari freezer, biarkan pada suhu
bilik selama 15 minit. Ambil sekeping dan tabukan dengan sedikit tepung. Buat potongan

kurang lebih 1 inci pada setiap bucu pastry (seperti dalam gambar di atas). Lenser acuan
muffin dengan sedikit mentega. Berhati2 masukkan puff pastry tadi ke dalamnya, dan
bentukkan seperti dalam gambar. Kemaskan dan buat hingga siap.
3.
UNTUK QUICHE SARDINE MUDAH :- Panaskan oven pada suhu 190C.
Bahagikan inti quiche kepada 6 bahagian sama banyak dan isikan ke dalam acuan beralas
puff pastry tadi. Dalam satu bekas, satukan telur dan whipping cream, kacau hingga semua
sebati. Kemudian tuang ke dalam puff pastry yang berisi inti tadi. Taburkan parutan keju
dan sedikit cincangan pasley atau daun bawang. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning
keemasan. bergantung pada oven masing2. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan boleh
alihkan quiche ke atas jaringan. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba!!.

Anda mungkin juga menyukai