Anda di halaman 1dari 2

Metodologi.

Metodologi adalah prosedur kajian secara menyeluruh bagi menjawab permasalahan


kajian. Ia juga melibatkan pembentukan teori, pemilihan reka bentuk dan kaedah praktikal
kajian. Dalam metodolgi, semua prosedur telah dinilai dan strategi telah ditunjukkan secara
tepat dan jelas.
Kerusi roda elektrik ini menggunakan bateri litium berkapasiti besar sebagai bekalan
kuasa, menggunakan rangka aluminium supaya kerusi ini lebih kukuh. Kuasa elektrik yang
digunakan dapat menjamin kuasa tidak kehabisan walaupun pesakit berada di luar rumah.
Di bahagian alat kawalan jauh, terdapat gear kelajuan bagi memudahkan pesakit
untuk memperlahan atau melajukan pergerakan serta bagi memudahkan pergerakan ke kiri,
kanan, kehadapan dan kebelakang. Tambahan lagi, terdapat alat kawalan berbentuk butang
yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sleep button yang membolehkan kerusi itu
mengubah posisi penyandar 90 darjah ke bawah dari kedudukan duduk pesakit dan
menjadikan pesakit berada dalam posisi berbaring. Selain itu, terdapat juga butang yang
membolehkan kanvas yang disimpan di belakang penyandar kerusi bertindak sebagai
bumbung dan digunakan ketika cuaca panas ataupun hujan. Kanvas dipilih sebagai material
untuk bumbung kerana sifatnya yang kalis air dan ringan berbanding kain. Terdapat juga
butang lampu signal yang menunjukkan arah kanan atau kiri ketika hendak membelok kerana
ia amat penting apabila pesakit berada di jalan raya. Bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan pada waktu malam, dinamo dipasang pada tayar sebagai bekalan tenaga untuk
lampu malam.
Seiring dengan kemajuan alat peranti perubatan yang canggih pada era ini, kerusi roda
ini telah dipasang dengan telefon, mikrofon dan GPS (Global Positioning System). Ia dapat
memudahkan lagi pesakit untuk menghubungi atau memanggil ahli keluarga atau sesiapa

sahaja untuk mendapatkan bantuan. Sistem pengkomputeran telah dimuat naik bagi
membolehkan segala alat peranti berfungsi dengan mudah dan cepat. Selain itu, terdapat alat
penggera ubat. Ini bertujuan untuk memastikan pesakit mengambil ubat pada waktunya.
Jadual untuk pengambilan ubat akan di muat naik dan loceng akan berbunyi apabila
waktunya makan ubat bagi pesakit tiba.
Sebagai suplemen kepada kerusi roda yang bertujuan untuk memudahkan proses
pemindahan pesakit ke atau dari katil, kerusi roda dan lantai, di samping menjadi alat bantuan
berjalan, kami mencipta tuas pengangkat. Dengan adanya suplemen tambahan ini, pesakit
lebih mudah untuk dipindahkan dan mereka mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan
sesiapa selain dapat mengurangkan risiko bertambah sakit dan masa yang lama untuk
memindahkan pesakit.

Anda mungkin juga menyukai