Anda di halaman 1dari 5

TADAHAN AIR HUJAN

(SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN)

Pengenalan
Air merupakan elemen yang penting kepada seluruh manusia di dalam dunia.
Sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air. Manusia
memerlukan air di dalam kehidupan seharian seperti untuk minum, memasak,
mencuci, pertanian, dan untuk kegunaan industri. Namun manusia sering terlupa
akan kepentingan menggunakan air dengan cermat, harga setitis air akan menjadi
semakin bernilai apabila berlakunya bencana seperti kemarau.
Walaupun telah dikurniakan dengan hujan yang banyak, namun manusia
tidak pernah sedar akan bernilainya setiap titisan air hujan itu. Air hujan yang turun
dari awan adalah sumber air paling lembut dan bersih di dunia ini. Kualiti air hujan
adalah hampir sama dengan air di permukaan bumi malah lebih baik dari kualiti air
di bumi kerana kerana ia tidak bercampur dengan pasir dan batu. Di samping itu,
dengan hanya sedikit rawatan, air hujan boleh digunakan untuk minuman.
Peningkatan populasi, taraf hidup dan kemajuan sesebuah bandar akan
mengakibatkan berlakunya permintaan yang tinggi untuk air bersih. Oleh itu,
penggunaan semula air hujan mungkin dapat mengurangkan kebergantungan
terhadap sumber air bersih.
Tujuan menyelitkan kaedah penuaian air hujan dalam projek ini adalah bagi
menunjukkan kepentingan penggunaan sistem tadahan hujan bagi tujuan
penjimatan penggunaan air bersih ataupun air paip. Selain itu, tujuan projek ini
dijalankan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang alam semulajadi daripada
itu terbentuk sebuah sistem tadahan air yang mampu menyimpan bekalan air hujan
untuk kegunaan harian.

Kaedah Penuaian Air Hujan

Rajah 1.0

Kaedah penuaian air hujan mengambil konsep yang sama dengan sedia ada
tetapi ia melibatkan satu kawasan tadahan yang kecil seperti tangki simpanan dan
dikendalikan oleh satu komuniti yang lebih kecil. Pengumpulan air hujan ini
dilakukan dengan cara seperti menyalurkan air hujan dari cucur atap melalui saluran
cucur atap ke dalam satu tangki simpanan seperti di dalam Rajah 1.0.
Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang telah lama digunapakai di
luar negara seperti di Jerman, Jepun, Thailand, Sri Lanka dan lain-lain. Di negara
maju seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom pula telah
mempraktikkan sistem yang lebih kompleks dan canggih.
Penuaian air hujan digunakan kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang
menggunakan sumber air hujan. Rajah 1.0 tersebut menunjukkan bahawa air hujan
yang dikumpul di dalam tangki simpanan akan digunakan untuk mencuci lantai,
menyiram tanaman dan mencuci kereta. Sebenarnya banyak kegunaan air hujan
yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Kegunaan-kegunaan
tersebut merangkumi kegunaan-kegunaan rutin yang tidak melibatkan air minuman.

Contohnya kegunaan mencuci peralatan di rumah, mencuci tempat tinggal haiwan


peliharaan seperti sangkar kucing dan sebagainya.
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) merupakan satu sistem yang memberi
manfaat dan faedah kepada pengguna. Namun begitu, SPAH masih mempunyai
beberapa kelemahan yang harus diperbaiki untuk meningkatkan keberkesanannya.
Antara cadangan untuk meningkatkan keberkesanannya ialah pemilihan bahan dan
peralatan yang baik harus diambilkira. Tambahan lagi, penggunaan pam dan
perlatan yang bersesuaian harus digunakan. Penyenggaraan berkala yang
berterusan juga dapat membantu mengenalpasti masalah lebih awal dan
mengurangkan potensi peralatan atau komponen untuk rosak. Gambarajah 1.1
menunjukkan satu Sistem Penuaian Air Hujan yang digunakan bagi tujuan
menyiram pokok herba disekolah tersebut.

Rajah 1.1

Kepentingan

Sistem ini boleh menjimatkan kos pengguna melalui bayaran bil air bulanan.
Bagi jangka masa yang panjang ia amat berkesan dari segi kos sekiranya
diaplikasikan dengan baik dan sempurna. Selain daripada itu, kos tenaga di loji
rawatan juga dapat dikurangkan.
Kebanyakan rakyat Malaysia masih mempunyai tahap kesedaran yang
rendah tentang system ini. Ini mungkin disebabkan oleh SPAH masih belum meluas
di Malaysia dan kurangnya promosi tentangnya.

SPAH merupakan salah satu

alternatif apabila berlaku krisis air tetapi SPAH hanya terhad untuk satu tempoh
tertentu sahaja. Ini kerana SPAH tidak dapat menyelesaikan masalah krisis air yang
besar dan berpanjangan. SPAH mendapatkan sumber daripada air hujan dan jika
krisis air disebabkan oleh cuaca kering yang berpanjangan, SPAH hanya membantu
untuk sesuatu tempoh sahaja. Apabila air hujan yang dikumpul kehabisan, alternatif
lain perlu dicari. Namun begitu, SPAH sangat membantu sekiranya berlaku terputus
bekalan air dan ini antara fungsi SPAH sebagai alternatif.
Walaubagaimanapun, penggunaan SPAH harus bermula diperingkat sekolah
bagi menyedarkan murid-murid tentang kegunaan alam semulajadi dengan
kewujudan SPAH di bangunan-bangunan pejabat dan bangunan-bangunan kerajaan
sebagai langkah permulaan mengembangkan sistem tersebut di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak berkaitan harus meneliti semula pendekatan yang
bersesuaian bagi mewajibkan pemasangan sistem penuaian air hujan di Malaysia.

Kesimpulan
Bagi meluaskan penggunaan SPAH di Malaysia, promosi adalah cara terbaik
untuk memperkenalkan aplikasi sistem ini. Semua pihak harus mengambil peranan
masing-masing bagi mengembangkan SPAH di Malaysia dan penggunaannya dari
sekarang dapat mendidik murid-murid dan juga masyarakat Malaysia berjimat
cermat terhadap penggunaan air domestik sedia ada. Ianya akan menjadi sebagai
rutin jika diaplikasikan secara berterusan dan ini dapat menjimatkan kos tenaga di
loji rawatan air.
Selain daripada itu, kajian terhadap kualiti air hujan juga perlu bagi
meluaskan aplikasinya seperti menguji kualiti air bagi memastikan ianya boleh
diminum. Malah ujikaji terhadap kekeruhan air hujan yang dikumpul juga dapat
membantu mengurangkan tahap kekeruhan air hujan sekaligus

meyakinkan

pengguna terhadap kebersihannya. Keperluan rawatan air yang berpatutan juga


perlu seperti menggunakan membran dan sebagainya. Disamping itu, komponen
SPAH juga harus dikaji semula agar bersesuaian dengan kualiti air yang
dikehendaki.

Disediakan Oleh :
.
(S.BERAPU A/L SANASI)
MP131029