Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Sepanjang menghasilkan kerja kursus ini, saya Syazana bt Fauzi telah


mendapat banyak pengetahuan mengenai peranan dan sumbangan Bapa
Kemerdekaan Malaysia dalam usaha memupuk perpaduan rakyat Malaysia ini.
Saya juga berpuas hati kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Saya telah melakukan rujukan melalui internet untuk
mencari maklumat mengenai peranan dan sumbangan Tunku Abdul Rahman
dalam usaha memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Tetapi tidak begitu maklumat
dalam bahasa Melayu mengenai Tunku Abdul Rahman. Kebanyakan maklumat
yang keluar adalah mengenai Tunku Abdul Razak.
Pada pendapat saya, sebagai seorang bakal guru yang cemerlang, guruguru pelatih mestilah mengetahui hal-hal mengenai sejarah dan ehwal semasa.
Tugasan ini dapat membantu saya mengetahui lebih mendalam mengenai usaha
yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan keharmonian
dan perpaduan kaum melalui pendidikan selepas kemerdekaan.
Saya berharap agar kursus hubungan etnik ini akan terus dilaksanakan
supaya para guru pelatih dapat memahami dengan lebih jelas segala usaha
yang telah dijalankan oleh kerajaan demi keharmonian dan perpaduan Negara.
Dengan ini, dapat menimbulkan kesedaran dan minat para guru pelatih untuk
membantu kerajaan dalam menunaikan impian semua warga Malaysia iaitu
mencapai perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai