Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Maklum balas memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi atlet.
Maklum balas berperanan sebagai garis panduan untuk memperbaiki sesuatu
kemahiran. Satu ujian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan maklum balas
yang diberi secara terperinci dan tidak terperinci.

Prosedur Ujian

Ujian maklum balas terperinci dan tidak terperinci.

Deskripsi : Ujian ini melibatkatkan kaedah memasukkan bola

ping pong ke dalam lubang(sasaran). Mata subjek

yang diuji akan diikat semasa ujian dijalankan.

Subjek perlu memasukkan bola ping pong dalam

lubang sasaran dengan tepat. Subjek diuji dua kali

iaitu untuk ujian maklum balas terperinci dan ujian

maklum balas tidak terperinci.

Objektif : Untuk mengenal pasti prestasi subjek yang diuji

apabila diberi maklum balas secara terperinci dan

tidak terperinci. Ujian ini juga untuk mengenal pasti

keberkesanan maklum balas dalam peningkatan

prestasi subjek.

Skor : Skor yang dibuat oleh subjek adalah berdasarkan

berapa biji bola ping pong yang boleh dimasukkan

dengan tepat dalam sasaran dalam 5 kali

percubaan.

Sasaran : subjek yang diuji adalah 5 guru pelatih dari opsyen

2 PISMP P.KHAS IPGM-Kampus Temenggong


Ibrahim.

Kebolehpercayaan : Kebolehpercayaan bergantung kepada tahap

kesungguhan subjek dalam mendengar arahan dan

membetulkan kesalahan mereka untuk mendapat

sasaran.

Peralatan : i. Modal Maklum Balas STALLION-7(MBS-7)

ii. Kain hitam

iii. Bola ping pong

iv. Borang data skor.

v. Meja

vi. Kerusi

Kaedah : Subjek yang melakukan ujian maklum balas perlu


pengukuran mengikut langkah- langkah berikut:-

i. Subjek mendengar arahan yang diberikan

oleh penguji dengan teliti sebelum ujian

dimulakan.

ii. Subjek boleh meneliti MBS-7 untuk beberapa

saat dan tidak dibenarkan menyentuh atau

mengukur.

iii. Subjek diikat mata dengan kain hitam.

iv. Sunjek akan di uji 2 kali

v. Subjek akan duduk di kerusi yang disediakan

dan akan menunggu arahan penguji.

vi. Subjek akan mula memasukkan bola ping

pong dalam sasaran apabila penguji memberi

arahan untuk mula.

vii. Untuk percubaan yang kedua subjek akan

menunggu maklum balas daripada penguji

samaada sasaran mereka tepat atau tidak.

Untuk ujian yang pertama penguji hanya akan

memberikan maklum balas yang umum

seperti “ anda perlu bergerak ke atas / bawah/

kanan/kiri.

viii. Selepas lima kali percubaan subjek akan

diberi gangguan seperti penguji akan

membawa subjek berjalan-jalan sambil mata

tertutup dan bercakap perkara yang tidak

berkaitan supaya dapat menganggu memori

akan anggaran jarak sasaran.


ix. Subjek akan diuji untuk ujian maklum balas

terperinci.

x. Subjek akan diberi maklum balas seperti “

anda perlu bergerak ke hadapan/ belakang/

atas/ bawah ........cm.

xi. Subjek akan membuat 5 kali percubaan untuk

ujian maklum balas tidak terperinci.

Sementara itu, pengurusan, pengelolaan, dan pentadbiran ujian tersebut,

pengkaji akan membahagikannya kepada 3 fasa iaitu:-

1. Fasa Persediaan

1.1 Alatan

Model untuk menjalankan ujian amali sangat penting. Pastikan model ujian

sesuaian dengan kehendak objektif. Sediakan ukuran yang bersesuaian dengan

jelas. Peralatan lain yang diperlukan ialah bola ping pong untuk dimasukkan

dalam sasaran, meja untuk meletakkan model ujian dan kerusi untuk subjek

duduk. Kain hitam juga perlu disedikan untuk mengikat mata subjek. Selain itu,

sediakan borang data untuk mencatat skor dan.

1.2 Tempat ujian

Persediaan alatan ujian boleh dilakukan dimana-mana tempat yang bersesuian.

Pastikan tempat yang dipilih bebas dari gangguan bising dan selesa.

1.3 Masa ujian


Pada waktu petang yang bersesuaian dengan waktu senggang pelajar.

1.4 Demonstrasi

Satu tunjukcara dilakukan sebelum ujian dijalankan supaya subjek mendapat

kefahaman yang lebih jelas bagaimana prinsip dan prosedur yang betul untuk

melakukan ujian.

1.5 Penerangan

Sebelum ujian dilaksanakan, subjek diberi penerangan mengenai objektif, dan

kaedah lakuan.

2. Fasa Ujian

Fasa ujian dibahagikan kepada tiga iaitu:-

2.1 Semasa ujian dijalankan, penyelidik perlulah memberikan

perangsang kepada subjek bagi meningkatkan prestasi.

2.2 Subjek juga akan diingatkan agar sentiasa mendengar maklum

balas ataupun arahan yang diberikan oleh penyelidik supaya dapat

membetulkan kesalahan mereka memasukkan bola dalam sasaran

dengan tepat.

2.3 Subjek yang dipilih juga hendaklah bersungguh-sungguh menjalani

ujian ini kerana sekiranya subjek hilang tumpuan maka ia akan

mempengaruhi pencapaian sasaran.


Fasa Pengumpulan Data

Semua skor yang diperoleh daripada ujian maklum balas tersebut akan dicatatkan

dalam borang data. Skor ini digunakan untuk menghasilkan graf garis dan membuat

analisa dan perbezaan antara 2 ujian yang dilakukan atas subjek. Perbezaan yang

dianalisa ialah perbezaan prestasi subjek apabila diberi maklum balas yang

terperinci dan tidak terperinci untuk membetulkan kasalahan mereka.

1. DATA YANG TERKUMPUL DARI UJIAN YANG DIBUAT.

1. Memberi maklumat terperinci.

nama homalah theva tamil ranjini shuba

cubaan1/cm -8 -8 4 10 6

cubaan2/cm 1 0 4 8 -2

cubaan3/cm -6 -6 2 4 0
cubaan4/cm 4 -2 1 1 1

cubaan5/cm 0 1 0 0 -1

2. Memberi maklumat tidak terperinci/umum

nama homalah theva tamil ranjini shuba


cubaan1/cm -4 -8 8 -2 1
cubaan2/cm -2 -6 -2 1 -2
cubaan3/cm -2 -6 0 -2 4
cubaan4/cm 0 4 -2 -1 6
cubaan5/cm 3 0 -1 0 1

Graf garis 1
Graf garis 2

Ulasan data dan graf

Data yang dikumpul menunjukkan prestasi responden apabila diberi

maklumat terperinci dan maklumat tidak terperinci dalam meningkatkan kemahiran

mereka. Dua ujian dijalankan untuk setiap responden. Pencapaian mereka dilukis

dalam graf garis. Objektif kajian kami telah tercapai kerana responden telah

menunjukkan prestasi yang baik jika diberi maklum balas secara terperinci. Ada juga

responden yang menunjukkan prestasi yang kurang baik jika diberi maklum balas

secara terperinci. Responden dapat memasukkan bola ping pong dalam sasaran

dalam percubaan yang kelima atau pun keempat jika mereka diberi arahan secara

terperinci. Mereka mampu membetulkan kesilapan mereka dan mempertingkatkan

prestasi mereka.
Ada juga responden yang dapat menunjukkan prestasi yang baik walaupun

tidak diberi maklum balas secara terperinci. Graf garis 2 menunjukkan ada

responden yang boleh mencapai sasaran mereka dalam percubaan ketiga. Maklum

balas yang selanjutnya menghilangkan tumpun mereka dan tidak dapat

memasukkan bola ping pong dalam sasaran dalam percubaan yang seterusnya.

3. PERBINCANGAN

Pengenalan

1.0 Maklum balas

Maklum balas merupakan kenyataan balas yang berbentuk positif daripada

juru latih kepada atlet terutamanya selepas pertandingan bagi peningkatan atlet .

jurulatih perlu memahami peranan maklum balas dan memberi sama ada

maklum balas motivasi ataupun pengajaran yang sesuai dengan perstasi atlet.

1.1 Maklum balas yang berkesan untuk memotivasikan pemain

Maklum balas yang diberikan oleh jurulatih kepada atletnya bertujuan

memperbaiki sesuatu perlakuan atau kemahiran. Walaupun ramai jurulatih

menyediakan maklum balas yang agak meluas kepada atlitnya semasa latihan,
tetapi maklum balas yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya. Berikut adalah

beberapa cadangan untuk menyediakan maklum balas semasa latihan untuk

kesan yang maksimum.

1) Maklum balas harus mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perlakuan

kemahiran yang betul. Jurulatih harus memberi maklum balas yang jelas dan

khusus terhadap sesuatu perlakuan kemahiran.

2) Maklum balas mestilah sesuai dengan perlakuan atau tingkah laku . Misalnya

memberi pujian pada tugas yang mudah atau tahap pencapaian yang

sederhana adalah tidak sesuai.

3) Jurulatih harus memberi maklum balas sebaik sahaja pemain melakukan

kesilapan. Walaubagaimanapun, semasa pertandingan jurulatih dinasihatkan

tunggu sebentar sebelum memberi maklum balas kepada atlit. Ini bertujuan

supaya pemikiran atlit lebih jelas terhadap maklum balas yang akan diberi.

4) Atlit yang menerima maklum balas harus digalakkan bertanggungjawab

secara peribadi ke atas tingkah laku dan pencapaian prestasi.

5) Jurulatih harus memberi maklum balas yang pendek, jelas dan sesuai dengan

tahap kebolehan pemain. Maklum balas yang panjang dan kurang jelas boleh

menyebabkan atlit lebih keliru.

Dalam sukan, maklum balas adalah maklumat yang diterima oleh pemain

tentang perlakuan mereka. Tujuan memberi maklum balas adalah untuk atlit
membuat perbandingan antara perlakuan dan maklumat yang perlu dikuasai oleh

atlit bagi memperbaiki kelemahan mereka. Bagi meningkatkan keberkesanan

melakukan sesuatu kemahiran, jurulatih boleh memberi maklum balas kepada atlit

semasa latihan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku kesalahan, jurulatih boleh

memperhentikan latihan serta-merta dan menjelaskan kesilapan yang berlaku.

Semasa pertandingan jurulatih hanya dapat memberi maklum balas dengan hanya

menjerit dari luar padang atau gelanggang. Walaubagaimanapun, cara ini tidak

berapa berkesan kerana atlit tidak dapat menerima maklum balas yang jelas atas

sebab gangguan penonton dan persekitaran yang kurang memuaskan. Jurulatih

hanya dapat memberi maklumat semasa waktu rehat dan ketika berlaku pertukaran

atlit. Jurulatih menyampaikan maklum balas kepada pemain melalui pemain yang

akan dimasukkan menggantikan atlit yang dikeluarkan. Jurulatih juga boleh memberi

maklum balas selepas pertandingan atau sesi latihan. Semasa sesi perbincangan,

jurulatih boleh menjelaskan dan menerangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan

oleh setiap ahli dalam pasukan itu.

Maklum balas berkaitan dengan prestasi memberi beberapa manfaat kepada

atlit. Dua fungsi utama maklum balas ialah motivasi dan memberitahu atau

mengarah. Maklum balas motivasi membolehkan atlit mempelajari secara khusus

tentang kesilapan yang dilakukan dan mengadakan satu garisan panduan untuk

membaiki prestasi akan datang. Atlit perlu mempunyai objektif yang jelas untuk

menetapkan matlamat yang produktif kerana matlamat yang berkesan adalah

spesifik dan boleh diukur.

Maklum balas boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, maklum balas

motivasi dan maklum balas pengajaran.

Maklum balas motivasi


Melalui motivasi maklum balas boleh memberi kesan yang mendalam kepada

atlet. Ia berfungsi apabila jurulatih mendedahkannya pengalaman positif dan

negative tentang diri mereka. Ini juga bergantung kepada prestasi mereka. Atlet atau

pelajar perlu menilai secara spesifik tentang kesilapan yang lepas dan mesti

mempunyai asas untuk memantapkan prestasi mereka pada masa akan datang.

Contohnya, bagi pemain sepak takraw yang kalah dalam sesuatu pertandingan,

jurulatih akan mendedahkan tentang kelemahan pemain-pemain tersebut. Kemudian

dari situlah pemain-pemain tersebut akan mengkaji semula kelemahan-kelemahan

diri masing-masing dan mengikut semula latihan intensif bagi pertandingan yang

akan datang.

Cara kedua ialah maklum balas dapat dimotivasikan dengan memberi

pengukuhan yang bernilai kepada atlet. Ia dapat merangsang perubahan sikap

daripada negative kepada positif. Sesetengah pengukuhan pengurusan kendiri

menjadi lebih penting daripada pengukuhan luaran yang datangnya melalui jurulatih

itu sendiri. Pengajar atau jurulatih perlu member pengukuhan dan maklum balas

yang bersifat positif dan dengan itu, atlet akan memberi tindak balas yang positif

serta menunjukkan peningkatan. Fungsi maklum balas motivasi yang ketiga ialah

berkaitan dengan penetapan sasaran. Kejayaan penetapan sasaran mengandungi

maklum balas daripada pencapaian yang berkaitan dengan sasaran yang telah

ditetapkan.

Maklum balas pengajaran

Selain bertindak sebagai fungsi motivasi, maklum balas juga menjadi

mekanisme pengajaran kepada atlet. Ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu

tentang sikap yang perlu ditunjukkan , peringkat kecekapan yang harus dicapai

dalam setiap kemahiran dan kecekapan serta pencapaian atlet yang terkini.
Fungsi-fungsi ini selalu digunakan ketika atlet menunjukkan prestasi yang

merosot dalam bidang masing –masing. Apabila sesuatu kemahiran sudah dikuasai

maka jurulatih bertindak ke arah kemahiran yang lain. Contohnya, pemain bola lisut

yang ingin menguasai pukulan bola, atlet diajar tentang cara memegang kayu

pemukul dengan baik dan komponen-komponen kemahiran yang lain. Cara sebegini

membawa kepada persekitaran pembelajaran yang lebih efektif danmemberikan

pelajar tentang maklumat yang lebih spesifik terhadap persembahan kemahiran

yang lebih mantap bagi setiap fasa.

Tharpe dan Gallimore(1976) menjalani kajian terhadap sikap jurulatih John

Wooden dalam 15 sesi latihan yang dijalankan dan mendapati 75% komen dan

pandangan Wooden termasuk dalam maklum balas pengajaran. Komen-komennya

lebih kepada apa yang patut dibuat oleh pemain-pemainnya dan cara untuk

melakukan setiap latihan dengan betul.

Secara kesimpulannya, kedua-dua fungsi maklum balas sama ada maklum

balas motivasi atau pengajaran mempunyai konsep yang sama. Akan tetapi kita

dapat melihat bahawa maklum balas pengajaran merupakan komponen yang efektif

dan kompetetif seperti kajian yang telah dijalankan oleh Bandura dan

Cervone(1983) bahawa terdapat perselisihan negatif antara sasaran (maklum balas

motivasi) dengan rangsangan persembahan atlet.

Peranan maklum balas tambahan

Maklum balas tambahan dalam proses latihan atau pembelajaran sesuatu

kemahiran mempunyai dua peranan yang penting.

1. Mempermudahkan pencapaian matlamat aksi kemahiran tertentu. Ini adalah

kerana , maklumbalas tambahan akan memberikan maklumat-maklumat

tentang kejayaan kemahiran yang sedang atau telah dilakukan. Pelajar dapat
menentukan sama ada apa yang telah dilakukan adalah bersesuaian untuk

melakukan kemahiran berkenaan dengan betul. Dalam kes di atas responden

dapat meramal akan pergerakan tangan mereka tepat atau pun tidak tepat

dan dapat membetulkan kesilapan mereka selepas maklum balas diberi.

2. Maklumbalas tambahan juga memotivatikan pelajar untuk meneruskan

usahanya ke arah sesuatu matlamat. Dalam ujian yang dibincangkan di atas

sunjek dapat menggunakan maklum balas tambahan yang diberikan untuk

membandingkan perlakuannya dengan matlamat perlakuan mereka. Mereka

juga kemuadian menentukan sama ada perlu meneruskan percubaannya

kearah mencapai sasaran.

4. KESIMPULAN

Kesimpulannya sekiranya maklum balas pengajaran diberi kepada

seseorang, ia akan lebih berkesan daripada maklum balas motivasi. Maklum balas

pengajaran adalah cara dimana seseorang diajar tentang sesuatu perkara dan juga

perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara utama. Contohnya dalam aktiviti

yang dijalankan oleh kami, maklumat- maklumat yang berkaitan dengan aktiviti telah

diberikan secara jelas dan terperinci seperti panjang papan uji kaji, di manakah
terletaknya sasaran dan sebagainya. Ini akan memberikan gambaran yang jelas

tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, kemungkinan melakukan

kesalahan dapat dikurangkan.

Dalam aktiviti yang dijalankan, apabila maklum balas pengajaran diberikan

tentang aktiviti tersebut, pelajar dapat memperolehi satu gambaran yang jelas

tentang aktiviti yang dijalankan. Oleh itu para pelajar dapat mencapai sasaran

apabila maklumat secara terperinci diberikan. Namun ada juga pelajar yang dapat

mencapai sasaran hanya dengan maklumat yang tidak terperinci. Ujian yang

dijalankan berjaya mencapai objektif.

BIL TAJUK/PERKARA

Bahagian pertama(tugasan individu)

1 Jurnal 1

2 Jurnal 2

3 Jurnal 3
4 Jurnal 4

Bahagian kedua (tugasan kumpulan.)

1 Pengenalan

Diskripsi ujian

2 Pengumpulan data

Graf garis

Ulasan data

3 Perbincangan

4 Kesimpulan

Refleksi

Kolabrasi