Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI AMALI PROJEK

Disediakan oleh : Nur Diyana bt Mohamad


Nursaniah bt Abd Rahman
Pada 27 April yang lepas, kami telah melakukan satu aktiviti amali
mengenai kaedah dan teknik mengajar secara projek. Aktiviti amali ini bertujuan
untuk memenuhi sukatan pelajaran dan memberi pendedahan kepada guru
pelatih bagaimana mahu mengajar menggunakan kaedah projek. Aktiviti amali
ini telah dilakukan oleh Masrina dan Nur Hazirah yang bertindak sebagai guru
dan guru pelatih yang lain sebagai murid-murid.
Kaedah projek yang dijalankan oleh kumpulan ini ialah aktiviti membuat
buah durian.

Tema pengajaran mereka ialah buah-buahan dan aktiviti yang

dijalankan juga sangat menarik. Set induksi pengajaran ini ialah menyanyi lagu
Buah Durian sehingga murid berjaya mengingati lagu tersebut.

Kami tidak

susah mengingat lagu ini kerana lagu ini hanya terdapat empat baris sahaja.
Guru mengajar kami menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif. Selesai set
induksi, guru menerangkan serba sedikit tentang buah durian. Guru juga bersoal
jawab dengan murid-murid tentang pengalaman mereka memakan buah durian.
Aktiviti seterusnya ialah membuat buah durian menggunakan belon,
kertas, gam, gunting, warna air dan tali. Guru telah membuat satu contoh yang
telah siap kepada kami dan memancing minat kami untuk turut sama melakukan
aktiviti ini. Tetapi sebelum itu, guru telah memanggil beberapa orang murid untuk
melakukan demostrasi bagaimana mahu menjalankan aktiviti ini.

Langkah

pertama dalam membuat buah durian ialah guru memberikan belon kepada
setiap kumpulan. Belon itu akan di gam dan dilekatkan dengan kertas putih
sehingga tidak menampakkan warna asal belon.

Kemudian guru telah

menyediakan duri yang dibuat menggunakan kertas putih dan guru melekatkan
duri tersebut pada belon yang telah siap dibalut dengan kertas putih tadi.
Semasa aktiviti ini, murid-murid boleh menunjukkan kreativiti masing-masing di

dalam menyusun duri-duri di atas permukaan belon tadi.

Murid juga boleh

menyusun duri mengikut kehendak mereka masing-masing. Selesai menyusun


duri-duri di atas permukaan belon, guru telah mewarnakan permukaan belon
yang telah siap di pasang duri menggunakan warna hijau. Setiap langkah yang
ditunjukkan oleh guru turut sama dilakukan oleh murid.
Setelah guru menunjuk cara melakukan aktiviti buah durian, guru telah
membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mendapat dua
biji belon. Kami telah bekerjasama menyiapkan buah durian kami sepanjang
aktiviti ini.

Ini adalah projek kami mengikut sukatan yang telah ditentukan.

Selesai mewarna buah, kami bekerjasama mengemas peralatan yang telah kami
gunakan sepanjang aktiviti ini.
Guru melakukan refleksi selepas semua siap mengemas dan berada di
dalam keadaan yang tenang. Guru menerapkan nilai-nilai murni seperti berhatihati, bekerjasama dan berkongsi sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Secara

keseluruhannya, saya berpendapat amali projek ini berjaya walaupun ia


melibatkan masa selama sehari sahaja dan tiada pemerhatian dilakukan selepas
tamat aktiviti ini.