Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI ULAR


09000 KULIM KEDAH
KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE 2015
PERINGKAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI ULAR
1.0

Muqadimah
Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan
misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak
perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang
pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga
pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

2.0

Objektif

1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan menanam


keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2015
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SJKTLDG SUNGAI
ULAR dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SJKTLDG SUNGAI ULAR yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-guru dan
sekolah.
3.0

Tema

"Tunjuk Ajar Ku Sifu"


4.0

Anjuran

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SJKTLDG SUNGAI ULAR .

5.0

Perasmian

Cadangan Perasmi Pelancaran Program Mentor Mentee 2015 ialah Encik A.SADASIVAM PJK
(Yang Di-Pertua PIBG)
6.0

Tarikh

Program ini akan diadakan selama dari April hingga seminggu sebelum UPSR

7.0

Tempat

Program ini akan diadakan di SJKTLDG SUNGAI ULAR


8.0

Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 1 hingga tahun 6 SJKTLDG SUNGAI ULAR .

9.0

Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada seorang
murid untuk seorang guru.
10.0 Tatacara
1. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Isnin iaitu dari pukul 7.30 hingga 7.45 pagi.
Atau hari dan waktu yang dirasakan sesuai.
i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan pelajaran
Mentee.
2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah ke
tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada sebarang
perubahan hari perjumpaan.
3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.

11.0

Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua
masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal
peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
12.0

Peranan Mentee

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:


1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk
dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.
13.0

Penilaian

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan


semester dan UPSR Mentee.
2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain.
3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.

14.0

Pembahagian

PEMBAHAGIAN MENTOR DAN MENTEE


Bil
1.

Mentor

Mentee

PUAN KAMALAVALLI A/P VARATHAN


GURU BESAR
PUAN MALLIGA A/P CHELLATHURAI
PK KURIKULUM
PUAN KOGILA A/P SUNDRARAGAM
PEMANGKU HEM
PUAN KOGILA A/P SUNDRARAGAM GPK
Kokurikulum
CIK SUMATHI A/P APLLANAIDOO Guru
Bimbingan Dan Kaunseling

6.

PUAN SRI SHASITA A/P RATNAM

11

7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

PUAN KRISHNAKUMARI A/P SUBRAMANIAM


PUAN K.MALIGA A/P KALLIAPPAN
PUAN SANTHI A/P RAJU
ENCIK RAMAN A/L MUTHUSAMY
ENCIK ANBARASU A/L RAJALINGGAM
PUAN SHANTHE A/P RAMASAMY
PUAN TAMIL CHELVI A/P MUNIANDY
PUAN NEELA A/P PARASALAMAN
ENCIK PRABAKARA RAU A/L SUBRAMANIAM
PUAN HEMALLATHA A/P MURASAHIB

11
10
10
11
11
10
11
11
11
11

2.
3.
4.
5.

15.0

8
8
8
11

Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)


16.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari tuan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar.

Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE


SJKT LADANG SUNGAI ULAR 2015

PENASIHAT

: PUAN KAMALAVALLI A/P VARATHAN


Guru Besar

PENGERUSI

: PUAN MALLIGA A/P CHELLATHURAI


GPK Kurikulum

NAIB PENGERUSI

: PUAN KOGILA A/P SUNDRARAGAM


GPK Kokurikulum

PENYELARAS

: PUAN KOGILA A/P SUNDRARAGAM


GPK HEM (Pemangku)

SETIAUSAHA

: CIK SUMATHI A/P APLLANAIDOO


Guru Bimbingan Dan Kaunseling

NAIB SETIAUSAHA

: PUAN SRI SHASITA A/P RATNAM

AHLI JAWATANKUASA

: PUAN KRISHNAKUMARI A/P SUBRAMANIAM


PUAN K.MALIGA A/P KALLIAPPAN
PUAN SANTHI A/P RAJU
ENCIK RAMAN A/L MUTHUSAMY
ENCIK ANBARASU A/L RAJALINGGAM
PUAN SHANTHE A/P RAMASAMY
PUAN TAMIL CHELVI A/P MUNIANDY
PUAN NEELA A/P PARASALAMAN
ENCIK PRABAKARA RAU A/L SUBRAMANIAM
PUAN HEMALLATHA A/P MURASAHIB

Anda mungkin juga menyukai