Anda di halaman 1dari 2

WARISAN perlu dikekalkan dan budaya perlu disuburkan.

Jika usaha itu tidak dilaksanakan maka generasi akan


datang tidak dapat melihat budaya dan warisan nenek moyang mereka.
Untuk itu, masyarakat perlu mengamalkan budaya memelihara dan memulihara harta benda bukan sahaja
bangunan yang didiami tetapi segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Ketika ini, budaya memelihara
dan memulihara sudah ada dan perlu dipupuk agar budaya ini kukuh bertapak dalam minda masyarakat
sehingga mereka sentiasa mementingkan budaya pemeliharaan dan penyelenggaraan.
Masyarakat tidak boleh menganggap bahawa tanggungjawab untuk menjaga budaya dan warisan hanyalah di
tangan kerajaan atau agensi tertentu. Tetapi mereka perlulah bekerjasama untuk menjaga agar budaya dan
warisan itu kekal dan mekar sepanjang masa.
Walaupun kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan untuk menyelenggarakan bangunan, harta benda atau
tempat bersejarah, namun budaya memelihara seni warisan perlu dipupuk kerana ia mampu mengurangkan kos
penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Dari segi jabatan kerajaan pula, mereka perlu cergas melaporkan sebarang kepincangan pada bangunan atau
harta kerajaan walaupun bukan di jabatan atau bangunan mereka sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mementingkan aspek penyelenggaraan dan mahukan
minda masyarakat turut berubah untuk memupuk budaya itu.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sentiasa mengadakan Program Merakyatkan Seni Budaya
(PMS) untuk menyuburkan seni budaya bangsa selain bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk
memelihara dan memulihara tempat bersejarah di seluruh negara.
JKKN telah mengadakan PMS Komuniti 1Malaysia 'Menyusur sungai di Laman Tun Sri Lanang dan Kampung
Johor Lama, Kota Tinggi pada Selasa lalu. Hadir sama dalam program itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Setibanya di jeti Tun Sri Lanang Kota Tinggi, Dr. Rais dan rombongan dibawa menaiki bot mudik Sungai Johor
untuk menziarah Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan, Kota Tinggi. Laksamana Bentan adalah
laksamana yang membunuh Sultan Mahmud Shah.
Lawatan singkat dari dalam bot itu seterusnya telah menghilir Sungai Johor menuju jeti Kampung Makam yang
mengambil masa 15 minit dari Kampung Kelantan.
Setiba di Kampung Makam, Dr. Rais dibawa menziarahi Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang
dibunuh oleh Laksamana Bentan gara-gara isteri laksamana dibunuh oleh Sultan kerana memakan seulas nangka
milik Sultan.
Selepas menghabiskan masa selama setengah jam, rombongan terus menaiki kereta ke Kampung Johor Lama
kira-kira 26 kilometer di bandar Kota Tinggi. Di Johor Lama diadakan program PMS.
Selain memberi sumbangan komputer riba kepada penduduk di kawasan ADUN Johor Lama dan Sedili, masingmasing mendapat 100 buah, Dr. Rais turut bergotong-royong membaiki dua buah rumah orang kampung.
Sebelum mengakhiri lawatan, Dr. Rais sempat melawat muzium Johor Lama yang memberi fokus kepada sejarah
penubuhan dan pemerintahan Kerajaan Johor Lama.
Selepas majlis itu, Dr. Rais berkata KPKK akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor untuk menjadikan
Kota Johor Lama di sini sebagai satu daripada kota warisan dan budaya di negeri ini.
Menurutnya, ini antara langkah untuk memelihara kebudayaan dan kesenian lama di kawasan itu sekali gus
menonjolkan Johor sebagai negeri jelapang budaya yang ulung di negara ini.
"Kota Johor lama antara salah satu kawasan peninggalan sejarah bukan sahaja dari segi sejarah kerajaan lama
tetapi juga melibatkan seni warisan lama. Beberapa peninggalan sejarah di kawasan ini serta Sungai Johor juga
perlu dilihat kembali secara serius termasuk legenda di kawasan itu," katanya.
Selain memelihara dan memulihara tempat bersejarah, Dr. Rais sering menekankan aspek penyelidikan warisan,
budaya dan seni yang kini diterajui oleh JKKN. Ia bagi memastikan hasil kajian terperinci itu dapat digunakan
untuk generasi akan datang.

Perjalanan
Menurutnya, kajian yang dijalankan membabitkan sejarawan tempatan selain pakar akademik negara mampu
menjelaskan sejarah dan perjalanan sesuatu peristiwa selain mendapatkan bukti warisan bagaimana sesuatu
kejadian itu berlaku.
Dr. Rais turut mencadangkan satu kajian antropologi dijalankan melibatkan suku kaum Orang Asli Kanaq di
Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Menurutnya, suku kaum Orang Asli berkenaan terdapat di Johor sahaja dan kini hanya tinggal seramai 30
keluarga.
"Kaum Kanaq sangat sedikit apabila diselidik oleh pakar tempatan. Dimaklumkan kaum ini hidup sendiri
walaupun dapat bantuan daripada kerajaan.
"Budaya mereka walaupun telah ada orang luar datang buat kajian tetapi kita tidak faham. Kita akan wujudkan
penyelidikan agar mereka ini juga mampu menjadi antara daya tarikan penting ke negeri ini," katanya.
Dr. Rais mahu agensi di bawah KPKK terutama RTM dan Perbadanan Filem Nasional (FINAS) membuat
dokumentari mengenai Johor Lama dan Tamadun Melayu di susur Sungai Johor. Ini termasuk mengenai Kota
Johor Lama, Laksamana Bentan, Sultan Mahmud Shah dan Cik Siti 99.
Beliau mahu KPKK melihat kemungkinan mengadakan pesta air di perairan Johor Lama yang boleh diusahakan
bersama Kementerian Pelancongan bagi menarik pelancong tempatan dan luar negara dan memekarkan sejarah
di kawasan itu.
Dr. Rais turut mengumumkan Kampung Johor Lama dan Felda Apeng Timur diberikan kemudahan kampung
tanpa wayar.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20130317/wj_04/Johor-Lama-jadi-kotawarisan-dan-budaya#ixzz3P5Sh4KaH


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai