Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN

Merancang pengajaran (pemilihan tajuk, kaedah pengajaran, penyediaan bahan


pengajaran, persediaan nota guru, persediaan alat Bantu atau media
penyampai) dengan lebih baik dan teliti

Penggunaan pelbagai teknik atau kaedah pengajaran supaya dapat menarik


minat pelajar turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan pelajar secara aktif semasa pengajaran supaya pelajar dapat


berinteraksi secara langsung dengan guru dan rakan-rakan di dalam kelas

Mengambil kira perbezaan individu murid dari segi kecerdasan intelek, emosi,
latar belakang keluarga dan persekitaran kehidupan dengan lebih serius supaya
ianya dapat di analisa dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
semua faktor itu adalah penyumbang secara tidak langsung kepada kemejadian
pelajar

Mengaitkan isi pengajaran dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar supaya


sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih dekat dan diingati oleh pelajar
tersebut

Mengadakan lebih banyak kelas tambahan dan memberikan bahan bantu untuk
pelajar lebih memahami isi pengajaran

Memfokuskan bahan bantu mengajar menggunakan teknologi supaya seiring


dengan keadaan kelas alaf 21

Sentiasa bersiap siaga untuk menghadiri kursus-kursus yang dapat


meningkatkan tahap profesionalisme seorang guru dan memberikan nilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai