Anda di halaman 1dari 6

Haniff bin Hashim

20001-04452

PENGENALAN
Praktis mental digunakan untuk menunjukkan kesediaan yang
akan berlaku pada diri individu. Seseorang yang melakukan praktis
mental mampu menunjukkan kemampuan dan prestasi yang baik dan
membanggakan jika dibandingkan dengan mereka yang menganggap
ringan terhadapnya.
Praktis mental juga merupakan satu kaedah yang berguna
semasa mempelajari sesuatu kemahiran motor. Dalam kaedah ini,
pelajar akan berfikir mengenai kemahiran yang dipelajari, meraptaikan
sekuen-sekuen lakuannya di dalam minda, seterusnya membayangkan
melakukan

aktiviti

membayangkan

tersebut

sekuen

dengan

pergerakan

jayanya;

semasa

contohnya

memenangi

suatu

pertandingan gimnastik peringkat kebangsaan. Persoalannya adakah


kaedah ini akan membantu pembelajaran motor ?
Semasa melatih mental, tindakbalas neural dan maskular
digerakkann. Konsep latihan mental mungkin lebih mudah difahami
sekiranya dia dianggap sebagai latihan tanpa gerak atau latihan
dalaman.
Pada

suatu

keberkesanan
Bagaimanapun

ketika

praktis

para

mental

terdapat

saintis

dalam

beberapa

masih

membaiki
eksperimen

ragu

tentang

lakuan

motor.

yang

telah

menunjukkan bahawa praktis mental sememangnya menghasilkan


pembelajaraan motor (Schmidt, R.A., 1991). Rajah 1 daripada
Rawlings, Rawlings, Chen & Yilk (1972), menunjukkan bahawa
kumpulan yang melakukan praktis mental belajar hampir sama banyak

-1-

Haniff bin Hashim


20001-04452

dengan kumpulan yang hanya melakukan praktis fizikal dan belajar


lebih banyak daripada kumpulan yang tidak melakukan praktis mental
langsung. Kajian lain pula menunjukan bahawa penggiliran secara
rawak antara praktis mental dan praktis fizikal akan menghasilkan hasil
yang lebih efektif daripada melaksanakannya secara blok.

Rajah 1
Beberapa kesan daripada praktis mental terhadap prestasi dan
pembelajaran. Praktis mental menghasilkan pembelajaran hampir sama banyak
dengan praktis fizikal.

FUNGSI PRAKTIS MENTAL


Terdapat tiga kepentingan dalam praktis mental iaitu :
i) untuk membina kecekapan kemahiran dengan lebih cepat,.
menyeluruh

dan

mendapat

kefahaman

yang

lebih

meluas. Maksudnya ialah apbila seseorang itu berfikir


sebelum melakukan sesuatu aktiviti, beerti dia dapt
mengumpulkan maklumat yang khusus yang berkaitan
dan berhubungan dengan aktiviti mentalnya dan dapat
menambahkan keberkesanan proses intelektual.
ii)

penggunaan yang lebih berkesan dapat dilakukan apabila


kemudahan penglibatan secara berpasukan dengan

-2-

Haniff bin Hashim


20001-04452

menggunakan peralatan terhad. Semasa menanti giliran


untuk

latihan

seterusnya,

seorang

murid

dapat

menggunakan masa itu untuk latihan mental pada


dirinya.
Latihan mental dapat memperbaiki prestasi dan persembahan
ahli sukan mengurangkan kesilapan dan
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa semasa praktis
mental dilakukan, terdapat kontraksi pada otot-otot yang terlibat, tetapi
dalam jumlah yang sangat kecil berbanding dengan lakuan sebenar.
Perlakuan ini akan dikesan oleh saraf pusat, menghasilkan praktis
mental, walaupun tanpa pergerakan ketara oleh tubuh. Corak elektrikal
yang dikesan melalui EMG (electromyogram) menunjukkan bukti
bahawa

terdapat

sedikit

aktiviti

otot

semasa

praktis

mental.

Bagaimanapun EMG ini tidak sepadan dengan EMG semasa lakuan


sebenar aktiviti menyebabkan kesukaran bagi memahami bagaimana
aktiviti elektrikal ini dapat meningkatkan pembelajaran motor.

-3-

Haniff bin Hashim


20001-04452

Pendapat juga mengatakan bahawa latihan mental dapat


mengurangkan jumlah latihan dalam sesuatu pembelajaran.
Lanjutan jangka masa latihan mental sebelum sesuatu aktiviti tidak
dipergunakan lagi dan ia akan lebih berkesan jika diadakan
selepas pengalaman yang mencukupi semasa aktiviti fizikal.
Praktis mental mungkin memberi kesan pada beberapa tempat
dalam sistem motor, seperti yang ditunjukkan dalam model
konseptual pada rajah 2. Mana-mana atau beberapa hipotesis tadi
boleh menyatakan kemahiran praktis mental dengan betul
menggunakan model ini. Apa jua hipotesis serta penjelasan yang
diberi, ianya jelas terbukti bahawa praktis mental

PENGGUNAAN PRAKTIS MENTAL ?

Kebiasaannya, jenis aktiviti mental yang biasa digunakan oleh


jurulatih ialah berkaitan dengan strategi permainan atau membuat
keputusan yang cepat semasa pertandingan. Tingkah laku yang bijak
akan mudah diperolehi jika pemain terlibat dalam latihan yang berbagai
bagai yang mungkin muncul dalam permainan.
Jurulatih patut menggalakkan semua pemain merancang apa
yuang mereka akan lakukan jika situasi tertentu terbit semasa
permainan. Jika pemain telah menimbangkan semua kemungkinan, dia
akan bertindak dengan lebih bijak. Jurulatih yang menggalakkan jenis
latihan mental atau perancangan situasi akan mendapati pemainpemainnya melakukan kesilapan yang berkurangan.

-4-

Haniff bin Hashim


20001-04452

Praktis mental tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya


bagi mendapat kesan yang optimum. Pelajar perlu diberi instruksi
secara berhati-hati dan sistematik, bukannya sekadar disuruh pergi ke
mana-mana tempat dan melakukannya sendiri. Pelajar sepatutnya
pergi ke tempat yang sunyi dan tenang serta fokus dengan jelas
tentang perlakuan yang perlu dilaksanakan. Perbuatan ini sendiri
memerlukan latihan kerana bukannya mudah untuk menjadi tenang
dan fokus atas arahan.
Pelajar haruslah membayangkan bahawa acara itu sangat
hampir, malah segala situasi termasuk warna-warni , bunyi serta lainlain sensasi semasa acara sebenar perlulah dihayati. Praktis mental ini
haruslah dilaksanakan dalam tempoh masa yang sama dengan masa
yang diperlukan untuk perlakuan sebenar. Setiap sekuen lakuan yang
dibayangkan haruslah jelas dan mengikut sekuen yang terbaik
mungkin. Akhirnya, pelajar membayangkan kejayaan dalam aksinya
itu, sambil mengelakkan imej-imej kegagalan.
Praktis mental tidak memerlukan alatan, membolehkan
ramai pelajar melakukannya pada masa yang sama. Kombinasi antara
praktis fizikal dan praktis mental adalah lebih efektif daripada praktis
mental sahaja atau praktis fizikal sahaja. Instruktur yang bijak akan
mencari jalan untuk menggabungkan kedua-dua praktis tersebut
contohnya seperti melaksanakan praktis mental sewaktu rehat antara
latihan fizikal yang memenatkan.
Dalam praktis mental, satu tingkat motivasi adalah perlu bagi
faedah optimum. Terdapat satu kecenderungan yang kuat untuk

-5-

Haniff bin Hashim


20001-04452

individu

memikirkan

mengenai

perkara

yang

mereka

minati

mengabaikan perkara yang tidak mereka minati. Seseorang guru atau


jurulati

mempunyai

tanggungjawab

mengajar

bagaimana

mengkonsepkan dengan berkesan dan untuk mengembangkan


pemahaman dan kepentingan para pelajar dan atlit-atlitnya.

-6-

Anda mungkin juga menyukai