Institusi keluarga yang bahagia penting kepada pembangunan negara kerana
keluarga bahagia menjamin kesinambungan generasi masa hadapan negara. Keluarga bahagia manjadi kunci kapada pembangunan negara kerana dapat melahirkan modal insan yang berkualiti .Hal ini, menerusi kekukuhan ikatan kekeluargaan dapat melahirkan generasi berkualiti yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan negara .Modal insan yang dilahirkan oleh keluarga bahagia turut menjadi pemimpin pelapis dan penyumbang tenaga dalam proses pembinaan negara yang maju.Oleh itu, jelaslah institusi keluarga yang bahagia mampu membentuk sebuah negara yang sejahtera. Selain itu, institusi keluarga bahagia juga dapat membendung masalah sosial, khususnya dalam kalangan remaja.Hal ini, sekiranya keluarga itu kucar-kacir, sering bertengkar, dan tiada lagi kasih sayang, sudah pasti akan melahirkan generasi yang bermasalah dan cenderung terlibat dengan masalah sosial yang sering menyebabkan kesejahteraan negara merundum.Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku jika sesebuah keluarga berjaya mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian.Oleh itu, sesebuah keluarga pasti akan melahirkan generasi yang bertanggungjawab, memiliki sifat dan sikap yang terpuji dan penuh kasih sayang kerana mendapat didikan serta mencontohi teladan yang baik daripada ibu bapa mereka. Seterusnya, institusi keluarga yang bahagia juga dapat melahirkan pemimpin masa depan yang berkaliber.Ibu bapa akan memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna dan sebaik mungkin.Mereka sentiasa menerapkan nilai-nilai moral