Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Teori ini dikembangkan oleh Albert Bandura seorang pensyarah psikologi pendidikan
dari Stanford Universiti, USA. Teori pembelajaran ini dikembangkan untuk
menjelaskan bagaimana seseorang mengalami pembelajaran dalam persekitaran
yang sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku,
lingkungan dan kejadian-kejadian internal pada pembelajaran yang mempengaruhi
persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh
(interlocking).
Harapan dan nilai mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku sering dievaluasi,
bebas dari timbal balik lingkungan sehingga mengubah kesan-kesan personal.
Tingkah laku mengaktifkan kontingensi lingkungan. Karakteristik fizik seperti
ukuran, dan atribut sosial menumbuhkan reaksi lingkungan yang berbeza.
Pengakuan sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu. Kontingensi
yang aktif dapat mengubah arah aktiviti. Tingkah laku dihadirkan oleh model. Model
diperhatikan oleh pelajar (ada penguatan oleh model). Tingkah laku (kemampuan
dikod dan disimpan oleh pembelajaran). Pemrosesan kod-kod simbolik Skema
hubungan segitiga antara lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku,
(Bandura, 1976).
.0 RUMUSAN

Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap
sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah
pengajaran bagi menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat
menghasilkan P&P yang berkesan.

Strategi pengajaran yang berpusatkan murid perlu diberi keutamaan sewaktu


menjalankan P&P agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif. Kaedah
perbincangan adalah sangat sesuai dijalankan kerana kaedah ini melibatkan semua
murid untuk memberi pandangan dan idea seterusnya dapat membina hubungan
sosial dalam kalangan murid.

Selain itu, strategi pengajaran berasaskan tugasan juga tidak boleh diabaikan. Hal
ini demikian kerana strategi ini dapat member peluang kepada murid untuk
mengaplikasi apa-apa yang dipelajari oleh mereka. Kaedah simulasi perlu
dilaksanakan oleh guru bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk
melakonkan mengikut situasi hampir sama dengan situasi yang sebenar. Di
samping itu, kaedah simulasi dapat menjana kreativiti pemikiran murid dan
memantapkan kemahiran berbahasa.

5.0 CADANGAN

Sebagai seorang guru, haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Oleh
itu, perancangan guru seharusnya lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai
kemudahan dan sumber rujukan supaya aktiviti P&P menjadi lebih bermakna dalam
mendorong proses P&P menjadi lebih sempurna.

Dalam proses membentuk kumpulan, guru perlu mempelbagaikan cara untuk


membahagikan kumpulan supaya murid-murid dapat merasai pengalaman bersama
murid-murid yang lain.
Selain itu, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin
menjalankan kaedah simulasi agar murid-murid berasa selesa semasa
mempersembahkan simulasi mereka.

Bagi memastikan disiplin murid sentiasa terkawal, guru hendaklah memberitahu


murid supaya berbincang dalam keadaan yang tidak mengganggu murid-murid
yang lain sebelum mengarahkan murid melakukan sesuatu aktiviti. Sekiranya murid
masih dalam keadaan bising, guru perlu bertindak cepat untuk member amaran
kepada murid yang membuat bising.

Anda mungkin juga menyukai