Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kesimpulan
Bencana alam adalah sebuah peristiwa yang banyak mengundang masalah dan kerugian
kepada manusia seperti kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Kejadian bencana alam
seperti gempa bumi dan tsunami adalah sesuatu bencana yang tidak dapat dielakkan oleh manusia
manakala kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh sebenarnya dapat kita elakkan
sekiranya kita mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menguruskan alam ini.
Terdapat pelbagai jenis bencana alam di dunia ini. Bencana-bencana tersebut boleh
dibahagikan kepada dua iaitu bencana yang disebabkan oleh manusia dan kedua pula bencana yang
disebabkan oleh alam itu sendiri. Sebagai contoh, bencana yang disebabkan oleh manusia seperti
banjir, kebakaran hutan dan tanah runtuh. Contoh-contoh bagi bencana alam pula ialah letusan
gunung berapi, tsunami, gempa bumi, angin siklon, tornado dan kemarau. Kemusnahan yang dibawa
oleh kesemua bencana ini adalah bergantung kepada kekuatan bencana tersebut. Terdapat pula,
bencana-bencana yang dapat diukur kekuatannya seperti gempa bumi yang diukur melalui skala
Ritcher.
Faktor-faktor yang menyebabkan kejadian bencana alam juga boleh dibahagikan kepada dua
iaitu factor manusia dan faktor alam atau geografi. Faktor geografi merujuk kepada bencana alam
yang disebabkan oleh alam yang bersifat dinamik iaitu sentiasa bergerak untuk mencapai satu
keseimbangan yang wajar. Namun, kejadian bencana alam ini tidak boleh mempersalahkan lumrah
alam sahaja. Ini kerana, manusia turut menjadi punca berlakunya bencana alam. Kerakusan manusia
menebang pokok-pokok di hutan menyebabkan tiada lagi kawasan tadahan air dan tanah pula akan
bergerak atau runtuh kerana tiada yang mengcengkamnya. Ini terbukti dengan kejadian bencana
alam seperti tanah runtuh yang selalu berlaku di negara kita. Oleh itu, setiap kejadian bencana itu
pasti ada puncanya, tidak kiralah disebabkan alam atau manusia.
Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku kerana ia sukar untuk dielakkan. Sikap
masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah
menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa
bahawa setiap kali bencana alam yang melanda setiap kali itulah ada nyawa manusia yang
melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?