Anda di halaman 1dari 2

Konsep Model Pengajaran

Konsep Pengajaran
Sebelum mempelajari apa yang dimaksudkan model pengajaran, mari kita
memahami konsep pengajaran yang sering dilakukan oleh para pendidik kini.
Pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara
sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya
mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan &;
menguasai kemahiran yang diperlukan. (Mok Soon Sang, 2004).

Sebagai seorang pendidik, antara nilai-nilai yang harus ada pada seorang guru
ialah tidak mudah berputus asa dan menyatakan kesanggupan utk mencari ilmu
sepanjang hayat tanpa perasaan jemu. Guru juga harus menghormati murid atau
para pelajarnya dan tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan yng sedia ada dalam
dirinya. Tidak jemu membimbing, mengarah, membantu anak didiknya dengan
bersunggunh-sungguh. Selain itu, mereka juga mesti menghadapi cabaran diri dan
menyelesaikannya secara profesional. Selain itu, turut menyumbang bakti
menyalurkan nilai budaya dan kepada masyarakat sekeliling. (Evans & Brueckner,
1992).
Model Pengajaran
Secara kesimpulannya, model-model pengajaran boleh dibahagikan kepada
empat kumpulan model iaitu model pemprosesan maklumat, model behavioral,
model sosial dan model personal.model-model ini dikategorikan kepada empat
kumpulan kerana setiap model-model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan
psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana
manusia belajar. Maka pada setiap model Pengajaran boleh difahamkan sebagai
proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan
menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 )
pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik
bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar .
Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui perubahan
tingkah laku yang dialami pelajar. Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran
kepada tahap keupayaan guru dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik
darjah . Oleh yang demikian setiap guru perlulah menghayati setiap model
pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar pendidikan.
Secara umumnya, model pengajaran boleh dikatakan sebagai suatu
perihalan yang berkaitan dengan persekitaran pembelajaran yang dijadikan
panduan untuk merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta

menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multimedia serta


pengajaran yang memerlukan bantuan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan
sebagainya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran ini seelok-eloknya
direka bentuk agar bersesuaian dengan pelbagai fungsi untuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, kolej, institusi dan pengajian tinggi. Ia juga perlu
diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak
kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Atau dalam erti lain, model pengajaran
sebenarnya sama dengan model pembelajaran.
-model pengajaran yang terdapat dalam sistem pendidikan mempunyai tokoh-tokoh
tersendiri yang mengkaji model-model pengajaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai