Anda di halaman 1dari 2

Kesan buruk penggunaan laman sosial terhadap masyarakat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di
Malaysia. Laman sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, dan
sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang
mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya.
Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan
penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di
laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia.
Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap
gaya
hidup
masyarakat
di
Malaysia.
Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan
masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua
pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah
digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun
facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang
menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah
mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu,
implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut
yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya,
sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial
akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan
negara
sebagai
negara
yang
disegani
dan
baerintegriti.
Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya
banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes
penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara
ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka
biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman
sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam
laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu
janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan
tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang.
Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman
sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna
laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok
sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula,
penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan
pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan
negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara.
Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat
dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu,

penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.
Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh
atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur
pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti
bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna
laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti Facebook
dan My Space diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh
penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti Black Metal, Punk,
Gothic, dan Skin Head akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia.
Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud
budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan
laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis
nilai-nilai
moral
masyarakat.
Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar
ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa
rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat
membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya
semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilainilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan
kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak,
diluah
mati
bapak.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan
terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu
memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat
penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu,
masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak
hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda
masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu
memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku
pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai