Anda di halaman 1dari 3

Model sosial juga mempunyai kaitan dengan teori pembelajaran sosial.

Menurut Albert
Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau
pemerhatian, iaitu cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan
atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan.
Dalam terbitan buku, A Sosial Cognitive Theroy, Bandura (1986) telah mengemukakan
tanggapan bahawa individu mempunyai kepercayaan yang boleh mengamalkan langkahlangkah pengawalan ke atas pemikiran, perasaan dan tindakan, apa yang orang lain fikir,
kepercayaan serta perasaan yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli teori pembelajaran
sosial melihat manusia sebagai aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan prosesproses simbolik bagi memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain (Pervin,
1984) Bandura (1977) juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran dan
tidak merupakan entity yang pastif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran
mereka.
Bandura telah mengasaskan konsep Triadic Dterministic Timbal Balik yang
menyatakan bahawa faktor kognitif dan peribadi, tingkah laku dan persekitaran adalah saling
mempengaruhi dan berhubung kait.(Bandura, 1986; Ryckman, 1997) Bagi menjelaskan
pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan dan telah menjalankan
kajian bersama Walter (1963), iaitu eksperimen Bobo Doll ke atas kesan perlakuan kanakkanak (subjek) apabila mereka menonton orang dewasa (model) memukul, mengetuk dengan
tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video. Setelah menonton video kanakkanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan
dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi
yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video. (Ramlah Jantan & Mahani Razali
2004)

Individu
(Kognitif)

Tiga unsur
dalam
pembelajaran
sosial
Persekitaran

Tingkah laku

Model Determinisme Timbal Balik.


Sumber: Santrock (2001) Educational Psychology

Menurut teori ini juga, peristiwa yang dialami dan diingati oleh seseorang akan
menentukan peristiwa-peristiwa baru yang mendapat perhatiannya dan menentukan bagaimana

cara seseorang menginterpretasi, mengorganisasi dan bertindak menangi peristiwa tersebut.


(Bandura, 1986; Ryckman 1997) Teori pembelajaran sosial jga dikenali sebagai teori
pembelajaran peniruan atau juga sebaai pembelajaran pemerhatian atau modelling.
Terdapat beberapa bentuk peniruan. Pertama, iaitu peniruan secara langsung. Ia
berlaku melalui pemerhatian. Contohnya, kanak-kanak meniru guru Pendidikan Jasmani
mengelecek bola. Kedua, iaitu peniruan secara tidak langsung yang berlaku melalui imaginasi
atau pemerhatian tak langsung. Contohnya, kanak-kanak meniru watak kartun Ninja Turtle
dengan melakukan lompatan Jasmani. Ketiga, peniruan melalui sekat lakuan. Peniruan ini
hanya sesuai dalam situasi tertentu sahaja. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak dan
berlari-lari di padang tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Keempat, peniruan melalui tak
sekat lakuan. Peniruan ini boleh dilakukan dalam semua situasi. Contohnya, tingkah laku yang
sopan boleh diamalkan sama ada di rumah atau di mana-mana pun. Kelima, peniruan
gabungan yang dilakukan dengan melakukan beberapa tingkahlaku yang berlainan. Contohnya,
murid meniru gaya guru sukan memukul bola Sofbol dan gaya pemain Sofbol antarabangsa.
Keenam, peniruan melalui elisitasi. Ia melibatkan emosi dan keinginan. Contohnya, seorang
kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan untuk melukis bunga. Peniruan ini
berlaku apabila kanak itu melihat rakannya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali,
2004).
Banduara juga mengemukakan empat langkah atau syarat-syarat peniruan berlaku.
i. Pemerhatian
Menurut Bandura dan
Walters (1963) dalam
buku "Sosial Learning &
Personality Development",
hanya dengan memerhati
ii.Penyimpinan
iii. Pengeluaran
seorang lain pembelajaran
Perlakuan yang
Tingkah laku yang
boleh berlaku. Memerhati
tidak dilahirkan
ditiru dan
terhadap sesuatu subjek
tetapi tersimpan
dipersembahkan
yang ingin ditiru. Hal ini
di dalam otak
boleh dibuktikan melalui
pelajar tersebut
eksperimen Bobo Doll .
BIasanya, penumpuan
diberikan kepada orang
yang manrik, popular dan
dipuja oleh orangOrang
ramai yang ditiru tingkah laku dipanggil model dan tekniknya
(Mayer,1986)
dapat dibahagikan kepada 3 jenis.
Jenis-jenis model

Model sebenar/ model hidup


Model ini merupakan tingkah laku
orang, haiwan atau objek yang ditiru.
Contohnya, Cef Wan merupakan
model sebenar apabila dia menunjuk
cara memasak kepada sekumpulan
pelajar kursus memasak (Ormrad,
2008, Bandura, 1961)

iv. Motivasi
Sekiranya tingkah laku yang
dipersembahkan menerima
motivasi orang lain, maka peniruan
akan diulangi.
Jenis-jenis peneguhan :
Peneguhan secara langsung,
misalnya pujian.
Peneguhan secara tidak
langsung (vicarious
reinforcement)., misalnya melihat
orang lain menerima hadiah.
Peneguhan diri (selfreinforcement), iaitu motivasi
ialah
modeling.
Model
instristik
yang merangkumi
proses:

Model simbolik
Model simbolik juga termasuklah
watak dalam cerita, tokoh sejarah
serta tingkah laku watak-watak
yang ditonton dan didengar
melalui media dan televisyen.
(Ormrad, 2008.Bandura,
1961)

Arahan verbal
Huraian mengenai cara tingkah
laku yang sepatutnya tanpa
kehadiran sebarang manusia
(sama ada hidup atau simbolik).
Bandura, 1961

Menurut Bandura lagi, peniruan hanya berlaku jika terdapat perkara tertentu. Pertama,
perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak dicontohi, sama ada melalui
penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria. Kedua, hasil pemerhatian disimpan dalam
ingatan. Ketiga, gerak balas yang ditimbulkan. Keempat, ganjaran diberikan untuk meneguhkan
gerak balas itu. Dalam pembelajaran tiruan, perkara- perkara seperti umur dan jantina model
hendaklah sama dengan murid-murid, status model adalah tinggi, kesamaan model dengan
subjek, tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran lebih kerap ditiru dan subjek hendaklah
bermotivasi untuk meniru sesuatu seharusnya ada bagi menjamin keberkesanan pembelajaran.
Bandura juga menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Anda mungkin juga menyukai