Anda di halaman 1dari 2

i.

Pengenalan Perisian AutoCAD


Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang
berasaskanDOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2014
meneruskan aliran ini dengan persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak,
menjadikan kerja melukis lebih mudah dan berkesan. Dengan memberi tumpuan
kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu mencipta AutoCAD yang
lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai kebebasan
untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan
kompunen-komponennya.

Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan
perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged
File), IGES,dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga,
berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerjakerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih,
perisian ini mampu membawa penggun amengautomasikan kerja-kerja
penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk
arahan tambahan tersendiri.

ii.Kelebihan AutoCAD

Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah


dancepat. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual
yang memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala
jika menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah
dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa
yang banyak.Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang
kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi
kualiti lukisan dan jikaberlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air
atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter).
Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintahperintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi
yang tepat dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan
yang ada dalam perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang
sama dalam melakukanlukisan kerja secara manual. Contohnya; garisan (line),
bulatan (circle), lengkok (arc) dansebagainya.Lukisan kerja boleh diplot dengan
cepat dalam pelbagai skala dan berwarna.
Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti
pencetak dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan
dengan cepat pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot

dalam jenis saiz kertas yang dikehendaki.Hasil kerja lukisan boleh disimpan
dalam peranti storan seperti cakera keras, cakeraliut atau cakera padat (CD),
pen-drive atau thumb-drive dan sebagainya. Lukisan kerja yang dibuat dalam
perisian AutoCAD membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak
memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan.

Anda mungkin juga menyukai