Anda di halaman 1dari 7

PERJALANAN BIG FASA 1

19/11/2014
Kami telah bertolak dari IPG Kampus Sultan Mizan pada pukul 1.30 tengah hari iaitu selepas
tamatnya kertas yang terakhir untuk semester ini peperiksaan pada hari tersebut. Sebelum
bertolak, kami semua dikerahkan untuk mengangkut barang dari stor ke dalam bas IPG untuk
dibawa bersama ke tapak perkhemahan. Barang yang dibawa adalah seperti kelengkapan
khemah, alat bantuan apungan serta barang dan peralatan lain yang diperlukan semasa
perkhemahan berlangsung.
Tibanya di tapak perkhemahan, kami diberikan makan tengah hari. Selesai makan tengah hari,
kami menunaikan solat Zohor berjemaah di surau. Selepas selesai menunaikan perkara wajib,
kami telah diarahkan berkumpul untuk mendengar taklimat daripada Ketua Unit Kokurikulum
dan juga taklimat daripada kem komanden mengenai perkara-perkara serta peraturanperaturan yang perlu dipatuhi semasa tempoh perkhemahan tersebut.
Selesai taklimat daripada kem komanden, kami telah memulakan aktiviti memasang khemah.
Satu khemah dikongsi bersama 5-7 orang, pemasangan khemah tersebut telah dilakukan oleh
setiap ahli khemah tersebut. Selepas selesai memasang khemah, kumpulan memasak yang
pertama yang terdiri dari pelajar unit sains telah memasak makan malam dan kami makan
bersama-sama sebelum menunaikan solat Maghrib.
Selepas menunaikan solat maghrib terdapat sesi tazkirah yang telah dikendalikan oleh En
Yusuf di surau dengan tajuk yang dibincangkan ialah kepentingan ilmu. Pelajar juga
dikehendaki untuk menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu dan membentangnya di hadapan
rakan-rakan yang lain.

Selepas selesai menunaikan solat Isyak, kami telah berkumpul di dewan dan aktiviti yang
seterusnya ialah aktiviti dalam kumpulan yang dikendalikan oleh En Latiff B Hamzah. Aktiviti
pertama yang kami lakukan ialah aktiviti ice-breaking iaitu sesi berkenalan. Kami diarahkan
untuk membuat dua buah bulatan besar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan
dikehendaki untuk bersalaman dengan semua ahli dalam bulatan tersebut.
Pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan untuk sesi berkenalan. Antaranya ialah sesi mencari
rakan yang mempunyai persamaan dari bilagan adik-beradik dan bulan kelahiran. Kami juga
melakukan aktiviti yang memerlukan kami mengenalpasti dan mencari tuan punya tandatangan
yang telah kami kumpulkan pada awalnya. Seterusnya aktiviti pembahagian kumpulan
dilakukan dengan menggunakan sistem nombor. 6 kumpulan telah dibentuk daripada 59 orang
peserta BIG

20/11/2014
Pada tarikh 20/11/2014 BIG Fasa 1 PISMP Ambilan Jun 2014 terpaksa ditangguhkan
disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Keputusan telah dibuat oleh pihak
Unit Kokurikulum setelah berbincang dengan pihak IPG berkenaan penangguhan BIG tersebut.
Antara sebab utama penangguhan ini dilakukan ialah hujan lebat yang tidak berhenti lantaran
faktor musim tengkujuh yang dialami di pantai timur semenanjung malaysia pada setaip huhung
tahun. Ombak laut yang makin mengganas menghempas pantai dengan kuat disebabkan oleh
angin yang kencang dapat didengari dengan jelas di tapak perkhemahan kami. Paras air juga
mulai naik tinggi oleh sebab banyak sungai-sungai mulai paras air yang tinggi. Kebimbangan
yang dialami pihak oleh pengurusan ialah takutnya terputus hubungan jalanraya dengan
kampus oleh kerana jalan sepanjang ke tapak perkhemahan berkemungkinan akan
ditenggelami air banjir.

Pada malam sebelumnya pula,pelajar terpaksa berpindah daripada khemah ke surau dan
dewan terbuka kerana hujan turun tidak berhenti dengan lebat sekali membawa angin yang
kencang.Khemah juga tidak selamat untuk diduduki disebabkan oleh angin yang boleh
merobohkan khemah. Tapak khemah dimana khemah didirikan juga mula dipenuhi air dan air
telah mencapai hingga paras betis menyebabkan semua pelajar memungah barangan ke surau
dalam hujan lebat.

5/2/2015
Program BIG telah disambung pada 5/2/2015. Seperti sebelumnya, kami telah bertolak ke tapak
perkhemahan pada tengah hari khamis dan sampai di tapak perkhemahan sekitar jam 2.00
petang. Sampainya di tapak perkhemahan, kami telah menunaikan solat Zohor berjemaah di
surau dan seterusnya telah berkumpul untuk mengangkat barang bersama-sama.
Taklimat kem komanden dilakukan sekali lagi oleh En Sukreri mengenai peraturan-peraturan
yang perlu kami patuhi sepanjang berada di kawasan perkhemahan. Selepas selesai taklimat
kem, kami telah bersama-sama memasang khemah di tapak perkhemahan. Selesainya
memasang khemah, kami bersama-sama ke kantin untuk menikmati makanan tengah hari.
Selesai makan tengah hari, kami diberikan masa untuk berehat sebentar. Kami telah dipanggil
berkumpul oleh penghulu. Kemudian kami telah bertemu dengan Tn Hj Wan Aziz yang
merupakan seorang pensyarah baru di Unit Kokurikulum. Beliau telah menjadi komanden untuk
aktiviti kawad kaki. Semasa aktiviti tersebut, banyak perkara baru yang kami pelajari
terutamanya cara-cara kawad yang betul. Kami juga belajar untuk menerima arahan dan diajar
untuk berdisiplin.

Selepas selesai aktiviti kawad, kami diberikan masa untuk persiapan diri. Kumpulan memasak
yang kedua dari unit Matematik pula dikerahkan untuk memasak makanan malam untuk kami
semua. Seperti biasa, selepas solat Maghrib, sesi tazkirah telah dilakukan. Sesi ini dilakukan
oleh Tn Hj Wan Aziz.Banyak ilmu dan input yang baru telah dikongsikan kepada kami pada
malam tersebut.
Selepas selesai solat Isyak, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti PCK yang seterusnya.
Aktiviti PCK ini telah dikendalikan oleh En Zarizi. Aktiviti yang dilakukan dinaman aktiviti
orienteering. Aktiviti ini menggunakan kompas dan bearing untuk mencari sesuatu titik. Kami
diberi taklimat cara menggunakan kompas dan telah diberikan sebuah peta kawasan
perkhemahan tersebut yang mempunyai bearing yang tertentu. Kami dikehendaki untuk
mencari titik tersebut dan mencari marker yang akan digunakan untuk menanda kertas yang
telah diberikan kepada kami. Kami dibekalkan dengan sebuah lampu picit dan diarahkan untuk
bergerak dalam kumpulan. Kami diberi masa setengah jam untuk melengkapkan sembilan
marker.
Pada akhir malam itu, aktiviti telah tamat dan kebanyakan kumpulan berjaya untuk
melengkapkan tugasan dalam masa setengah jam. Aktiviti ini mengajar kami nilai kerjasama
dalam kumpulan.

6/2/2015
Hari kedua dimulakan dengan solat Subuh, bacaan Yasiin dan juga tazkirah. Seterusnya kami
diberikan masa untuk melakukan persiapan diri. Selepas persiapan diri, kami diarahkan untuk
berkumpul dan melakukan senaman pagi. Senaman pagi dilakukan di pantai
berdekatan.Selepas selesai senaman pagi, kami pergi ke dewan makan untuk menikmati
sarapan pagi.

Selepas selesai sarapan pagi, kami diarahkan bersedia untuk memulakan aktiviti air. Sebelum
memulakan aktiviti air, kami diberikan alat bantuan apungan. Seterusnya kami bergerak ke
kawasan tasik dimana kami akan mulakan aktiviti air tersebut.
Setibanya di kawasan tasik, kami diberikan taklimat tentang alat bantuan apungan dan juga
langkah keselamatan dalam air. Seterusnya kami memulakan aktiviti air dengan water
confident iaitu salah satu aktiviti untuk membiasakan kami dan memberikan keyakinan kepada
kami ketika berada dalam air. Seterusnya, kami diberikan peluang untuk berenang di sekitar
tasik tersebut. Selepas habis sesi water-confident kami diarahkan untuk naik ke darat dan
diarahkan untuk membentuk kumpulan baru. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan.
Seterusnya setiap kumpulan diberikan dua batang paip, sebuah pelampung dan juga tali. Kami
dikehendaki untuk bersama-sama membina sebuah rakit dengan bahan-bahan yang diberikan.
Selepas rakit siap dibina, kami diberitahu kami akan bertanding dan bersaing antara kumpulan
untuk membawa rakit ke bahagian tengah tasik dan berpatah balik ke tebing. Setiap ahli
kumpulan mengerahkan tenaga untuk membawa rakit tersebut hingga ke destinasi. Dalam
aktiviti ini, peranan ketua kumpulan sangat penting dalam memberi dorongan dan sokongan
kepada ahli kumpulan untuk terus berusaha selagi boleh untuk membawa rakit ke destinasi.
Selepas tamatnya aktiviti tersebut, kami diberikan peluang untuk melakukan refleksi berkenaan
aktiviti. Kami mendapati apa yang penting bukanlah kemenangan namun kerjasama yang
diberikan oleh setiap ahli kumpulan untuk mencapai matlamat.
Seterusnya kami kembali ke tapak perkhemahan dan diarahkan untuk melakukan persiapan diri
dan kami juga diberikan rehat. Seterusnya pelajar lelaki pergi menunaikan solat Jumaat dengan
berjalan kaki ke masjid.Sementara itu, pelajar perempuan pula menyiapkan makan tengah hari.
Pada sebelah petang pula, aktiviti kembara telah dilakukan. Kami telah memulakan kembara
melalui jalan pantai dan diminta untuk merentasi paya dimana airnya berbau amat busuk dan

berwarna kehitaman.Setibanya di kawasan rehat, kami diarahkan untuk memasak makanan


yang telah dibekalkan kepada kami sebelum perjalanan. Kami dibekalkan dengan beras, telur
dan juga ikan masin. Dengan bekalan air yang sangat terhad, kami telah berjaya memasak
makanan dengan baik dan berkongsi bersama-sama dengan ahli kumpulan untuk
menghabiskan makanan tersebut.
Sebelah malam pula, kami telah melakukan aktiviti PCK yang dikendalikan oleh En Latiff
Hamzah. Dalam aktiviti ini, kami telah menganalisis borang soal selidik yang telah diberikan
kepada kami sebelumnya iaitu borang mengenai potensi dan kecenderungan diri. Dalam aktiviti
ini kami lebih mengenali diri serta potensi yang ada pada diri kami sendiri.

7/2/2015
Hari ketiga merupakan hari terakhir BIG ini berlangsung. Seperti biasa hari kami dimulai dengan
solat Subuh, tazkiran, persiapan diri dan juga senaman pagi. Dalam aktiviti senaman pagi, kami
diajar serba sedikit tetang seni mempertahankan diri.
Seterusnya aktiviti disambung dengan PCK yang terakhir iaitu refleksi keseluruhan mengenai
aktiviti sepanjang perkhemahan BIG ini berlangsung. Kami dikehendaki untuk menyenaraikan
dan juga membentang dapatan di hadapan.
Seterusnya, kami bersiap untuk melakukan majlis penutup. Jawatankuasa protokol mengambil
alih tugas tersebut dan majlis penutup dijalankan dengan lancar.Kami diberitahu oleh Ketua Unit
Kokurikulum bahawa kami telah lulus BIG untuk Semester ini.
Selepas selesainya majlis penutup, kami dikerahkan untuk menurunkan khemah dan
membersihkan tapak perkhemahan. Seterusnya,kami mengangkat barang-barang yang

digunakn sepanjang aktiviti BIG ke dalam bas dan selepas menikmati makan tengah hari, kami
telah bertolak pulang ke IPG.

Anda mungkin juga menyukai