Anda di halaman 1dari 20

SIRI PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN

Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi


www.PemikirKaya.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

8 Cara Mudah Untuk


Jimatkan Wang Anda!
Langkah Berkesan Untuk Memastikan Anda Sentiasa Memiliki Wang

EBOOK INI ADALAH PERCUMA !


[YA] boleh diberikan percuma kepada orang lain.
[YA] boleh dipakejkan di website/email anda
[YA] boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus
[YA] boleh diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti
[TIDAK] boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights
[TIDAK] boleh mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini
[TIDAK] boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain
[TIDAK] boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart

Khairulnahar a.k.a Thinkerich


www.PemikirKaya.com
Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda


Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Diterbitkan oleh: www.BajetWang.com


Hak Cipta 2009 oleh Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian,
artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan
apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak
kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika didapati
anda melanggar hakcipta ini.
Edisi Pertama Julai 2009

LAPORAN INI ADALAH PERCUMA


BUKAN UNTUK DIJUAL
Anda adalah digalakkan supaya menyebarkan Laporan ini untuk memberi
manfaat kepada semua agar lebih ramai dapat membuka minda dan
fikiran mereka terhadap wang dan kekayaan yang sebenar.
Laporan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum
mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai
mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang
dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin
dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta
penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,liabiliti, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati

www.pemikirkaya.com

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Salam sejahtera,

Jika anda sentiasa mengalami masalah kekurangan wang, cara terbaik adalah
dengan mengkaji tabiat berbelanja dan gaya hidup anda.
Dengan membuat sedikit perubahan ke atas pengurusan kewangan anda,
masalah kewangan sebenarnya boleh di atasi dengan lebih mudah.
Menjimatkan wang bukanlah perkara yang sukar. Ianya hanya memerlukan
komitmen dan kesungguhan dari dalam diri anda sendiri.
Jika selama ini anda fikir yang anda tidak mempunyai wang untuk disimpan,
anda pasti terkejut kerana selama ini lebih banyak wang yang telah anda
bazirkan untuk perbelanjaan yang sia-sia.
Laporan ini disediakan adalah untuk membantu semua pengguna agar lebih
bijak dalam menguruskan kewangan mereka.
Semoga ianya dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua, lebihlebih lagi di dalam situasi ekonomi masa kini yang serba mencabar.
Selamat membaca dan mengamalkannya.
Salam kekayaan,

Khairulnahar a.k.a Thinkerich


www.pemikirkaya.com
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Hanya kerana Jualan Murah yang sedang giat dipromosikan di


Pusat Membeli Belah sempena Karnival Mega Sale yang
diadakan

setiap

tahun,

ini

tidak

bermakna

anda

perlu

mengambil kesempatan tersebut untuk membelanjakan wang anda sebaik


mungkin. Anda perlu fikirkan perkara berikut sebelum membuat keputusan
untuk membeli dan mengambil kesempatan sempena musim perayaan dan
jualan murah pada harga diskaun.
Adakah ianya benar-benar perlu?
Atau sekadar mengambil peluang sempena diskaun tersebut?
Sebagai contoh pakaian yang ditawarkan dengan harga potongan
70% daripada harga asalnya, telah menarik perhatian anda.
Maka anda pun berhasrat untuk memilikinya. Tetapi tunggu
dulu! Fikirkan kembali, adakah anda benar-benar perlu pakaian berkenaan?
Apakah pakaian sedia ada telah rosak? Atau sudah tidak sesuai dengan badan
anda?
Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Jika jawapannya, TIDAK PASTI!


Maka anda perlu cepat-cepat meninggalkan tempat berkenaan.
Harus diingat anda hanya perlu melihat atau membelek-belek pakaian yang
dijual dengan tawaran diskaun jika anda benar-benar PERLU membelinya
SAHAJA. Jika sekadar untuk melihat, seboleh mungkin cuba ELAKKAN.
Jangan sekali-kali cuba-cuba untuk melihatnya kerana kebanyakan pengguna
lebih mudah dipengaruhi oleh kemahuan dan kehendak emosi berbanding
dengan keperluan sebenar. Bagi anda yang mempunyai tabiat suka membazir
dengan membeli sesuatu yang bukan keperluan sebenar seperti majalah, cuba
anda kaji semula dan hapuskan perbelanjaan yang tidak perlu seperti
langganan majalah hiburan, memiliki lebih daripada dua nombor telefon
bimbit sama ada prabayar atau pasca bayar, dan juga TV satelit berbayar jika
anda sekadar sempat menonton hanya 2 atau 3 saluran sahaja setiap hari.
Kesimpulannya

apabila

anda

berbelanja

kurang

daripada keperluan, bermakna peluang anda untuk


memiliki lebih simpanan adalah tinggi! Lebih banyak
yang anda jimatkan maka lebih banyak yang boleh
anda simpan. Lebih banyak yang anda simpan maka lebih cerah peluang anda
untuk menjadi kaya!

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Ingat pesanan ini! Jangan sekali-kali shopping dengan perut yang kosong.
Kajian

mendapati bahawa seseorang individu itu akan

lebih

bernafsu untuk membeli belah ketika perut

kosong.

Dengan kata lain, anda akan lebih cenderung

untuk

membeli

hawa

nafsu ketika perut sedang kosong atau lapar.

dengan

borosnya

dengan

menurut

Sudah tentulah pembelian ketika itu tidak berasaskan keperluan sebenar


anda.
Jika anda kurang percaya, fakta ini mungkin boleh membantu anda.
Sepanjang bulan Ramadhan, kebanyakan pengunjung di setiap bazaar
Ramadhan tersebut terutamanya Muslim yang menjalankan ibadat puasa,
pada kebiasaanya akan membeli apa sahaja yang terlintas di mata, fikiran dan
selera mereka, jika boleh semuanya hendak dibeli untuk juadah berbuka
puasa. Malangnya apabila tiba waktu berbuka puasa mereka hanya mampu
makan dan menghabiskan hanya dua hingga tiga juadah sahaja. Baki yang
selebihnya tidak dapat mereka habiskan.

Pernahkan anda melihat atau

mengalami sendiri situasi sebegini? Selain itu, jika anda keluar bersiar-siar
Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

pastikan juga perut anda tidak berada dalam keadaan kosong atau lapar.
Seboleh mungkin cuba makan terlebih dahulu dan jangan sekali-kali berada
dalam keadaan perut kosong. Ini kerana kemungkinan untuk anda berbelanja
dan makan di luar adalah tinggi.
Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentu ianya akan meningkatkan jumlah
perbelanjaan bulanan ke atas bajet anda dan dalam masa yang sama ianya
juga bakal menambahkan saiz pinggang anda! Sudah tentulah bila perkara
sebegini terjadi, maka anda perlu sediakan wang tambahan untuk membeli
pakaian baru pula!
Jika anda bekerja di luar, sediakan dan bawa makanan yang
anda sediakan dan bekalkan dari rumah. Walaupun ianya
mungkin mengambil sedikit masa untuk penyediaannya,
ianya adalah jauh lebih baik daripada anda mengambil masa untuk beratur di
food court mahu pun kafetaria. Anda pasti terkejut kerana selepas
mengamalkan pesanan di atas anda akan dapati lebih banyak wang yang anda
dapat jimatkan setiap bulan. Kenapa? Tidak percaya! Cubalah, anda pasti
dapat melihat hasilnya nanti! Itu pun jika anda BERTINDAK sebagaimana
yang saya sarankan!
Saya yakin anda akan berpuashati dengan saranan ini.

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Mengeluarkan wang melalui mesin ATM sememangnya


cara

dan

kaedah

yang

mudah

serta

cepat

untuk

mendapatkan tunai anda, tambahan lagi ianya boleh


didapati

di

mana-mana

sahaja.

Walau

bagaimanapun,

terlalu

kerap

mengunjungi mesin ATM terutamanya mesin ATM yang bukannya daripada


Kad ATM bank anda, maka berhati-hatilah kerana anda terpaksa membayar
harga yang mahal! Ini kerana setiap kali anda mengeluarkan wang daripada
mesin ATM yang disediakan oleh Bank lain, anda akan dikenakan caj
tambahan antara RM1 ke RM2 bagi setiap urusniaga pengeluaran yang anda
lakukan.
Terdapat juga sesetengah Bank menetapkan syarat pengeluaran melalui mesin
ATM tanpa caj hanya untuk empat kali pengeluaran sebulan, setiap
pengeluaran yang berikutnya akan dikenakan caj RM0.50!

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Ianya tidak ubah seperti anda membayar untuk menggunakan


wang anda sendiri. Apakah anda fikir perkara sebegini sesuatu
yang baik untuk diri anda?
Itu belum diambil kira yuran perkhidmatan ATM yang dikenakan caj di antara
RM12 setiap tahun. Oleh itu, sebelum anda menggunakan apa sahaja
perkhidmatan mesin layan diri (ATM) yang disediakan oleh pengeluar kad ATM
bank anda mahu pun bank yang lain, pastikan anda mendapat maklumat
sepenuhnya tentang bayaran yang bakal dikenakan ke atas anda.
Ingat, wang anda adalah milik anda sepenuhnya. Jangan biarkan wang anda
hilang begitu sahaja hanya untuk membayar kepada pihak bank!
Walaupun nilainya di antara RM0.50 hingga RM2.00 sahaja, jika berulang
kali, jumlahnya menjadi besar. Bukankah adalah lebih baik sekiranya wang
tersebut anda simpan untuk kegunaan lain?

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Cuba usahakan untuk mendapatkan arahan tetap potongan


secara

automatik

atau

auto

debit

daripada

akaun

gaji/pendapatan anda ke dalam akaun simpanan atau akaun


unit amanah(unit trust) yang telah anda khaskan.
Anda digalakkan untuk membuka satu akaun khas berbentuk simpanan
pelaburan seperti akaun ASB atau Unit Trust (Unit Amanah). Bermulalah
dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu. Sekiranya anda mampu kemudian
hari, cuba tingkatkan simpanan automatik ini secara tetap.
Ingat! Anda perlu tingkatkan jumlah simpanan anda sebaik sahaja

anda

mendapat wang tambahan dan bukannya meningkatkan perbelanjaan atau


hutang pengguna anda! Dengan simpanan secara tetap ini ianya akan
memudahkan anda membina simpanan dan tabungan untuk membantu anda
sekiranya berada di saat-saat kecemasan.

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Dalam pengurusan kewangan keluarga, pasti ada salah seorang di antara


anda atau pasangan yang agak lemah dalam menguruskan kewangan mereka.
Sentiasa ambil langkah berbincang dengan pasangan tentang
matlamat kewangan dan simpanan anda dan libatkan
mereka bersama dalam penyediaan bajet bulanan keluarga.
Dengan ini anda dapat bersama-sama membentuk perubahan dalam tabiat
dan gaya perbelanjaan anda sekeluarga.
Cuba berunding dan berbincang dengan pasangan anda, ketika merancang
perbelanjaan dan keperluan masa depan anda sekeluarga. Ambil perhatian ke
atas

perkara

yang

perlu

disediakan

seperti

yuran

persekolahan

dan

pendidikan masa depan anak-anak, bayaran perubatan dan juga persaraan


anda.
Selalulah ingat mengingati antara satu sama lain kerana anda sekeluarga
pasti ingin hidup pada masa hadapan dengan lebih selesa dan bukannya
untuk hari ini sahaja. Dengan melakukan sedemikian rupa, anda dan

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

pasangan akan lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perbelanjaan


kelak.
Jika perlu adakan satu akaun simpanan khas atau dana bersama yang mana,
setiap orang daripada pasangan anda menyimpan lebihan wang mereka ke
dalam dana atau tabung tersebut untuk kegunaan bersama keluarga anda
pada masa depan. Saya sarankan anda simpan dalam Dana Unit Amanah.
Anda boleh mulakan terlebih dahulu dan buktikan kepada pasangan anda
bahawa ianya terlalu mudah untuk menyimpan baki perbelanjaan anda.
Nyatakan dan jelaskan kepadanya bahawa tujuan utama anda adalah untuk
mengumpul jumlah wang yang boleh anda gunakan pada masa hadapan. Jika
sekiranya anda berhadapan dengan masalah menguruskan pendapatan dan
wang gaji anda, saya sarankan anda pelajari kaedah yang betul melalui ebook
Panduan Wang Gaji!

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Ianya tidaklah sesukar mana seperti yang anda sangkakan. Anda


boleh sahaja hidup dengan lebih bebas jika tidak terikat dengan
sebarang hutang dan pinjaman terutamanya hutang pengguna.
Mengurangkan perbelanjaan anda hanya kepada keperluan berdasarkan
kemampuan kewangan diri anda adalah penting. Bahkan ianya amat penting!
Ianya tidak ubah sebagaimana anda perlu mengurangkan gula, garam dan
bahan perisa dalam setiap hidangan masakan anda.
Jika anda tidak berusaha mengelakkannya, ada kemungkinan untuk anda
mendapat penyakit yang tiada penyembuhnya seperti penyakit kencing manis
dan darah tinggi! Jika sekiranya anda hidup sepanjang masa dalam keadaan
berhutang, ini bermakna anda akan hidup dalam keadaan yang tidak sihat.
Tidak sihat fizikal dan tubuh badan dan juga tidak sihat dari segi kewangan
anda. (Ehem..tentulah ianya

juga menganggu emosi dan

mental

matlamat anda untuk bebas

anda!)

Letakkan

daripada hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, dan juga ansuran pinjaman
kenderaan anda atau apa jua jenis bentuk pinjaman pengguna yang menjerat

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

anda dalam jangkamasa panjang. Cuba cari dan dapatkan berapakah jumlah
faedah yang perlu anda bayar bagi setiap perkara ini. Anda akan dapati lebih
mudah untuk anda berhenti berhutang sebaik mengetahui jumlah faedah
yang anda perlu bayar kepada pihak bank.
Senaraikan semua bentuk pinjaman dan hutang yang anda ada, dan
senaraikan kadar faedahnya sekali. Dalam melakukan perkara ini anda perlu
tahu jenis-jenis faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan bagaimana
membuat pengiraannya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkaitan
perkara ini melalui buku Bajet Wang - 7 Cara Mengatasi Masalah
Kekurangan Wang di www.bajetwang.com yang akan menerangkan perkara
ini dengan lebih terperinci. Senaraikan dan selesaikan terlebih dahulu hutang
yang mengenakan interest atau faedah tertinggi, kemudian diteruskan dengan
nilai yang kedua tertinggi dan begitulah seterusnya hinggalah kepada yang
terendah.

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Jika anda mempunyai pinjaman hutang jangka masa


panjang, anda dinasihatkan untuk tidak membayar pada
kadar minima sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
bank sahaja, ada baiknya jika anda membayar lebih
daripada yang disyaratkan. Sebagai contoh jika anda mempunyai pinjaman
perumahan yang pada kebiasaannya perlu dibayar sekali sebulan, cuba
pecahkan bayaran tersebut menjadi dua kali sebulan atau membuat bayaran
lebih daripada yang sepatutnya.
Dengan cara ini anda dapat mempercepatkan bayaran balik pinjaman
perumahan anda dan dalam masa yang sama anda dapat menjimatkan ribuan
atau

mungkin

puluhan

ribu

wang

anda.

Tambahan

lagi

ianya

juga

meningkatkan ekuiti rumah anda. Apa itu ekuiti? Dapatkan jawapannya di


dalam buku Bajet Wang - 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang! di
www.bajetwang.com

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan perkara yang mereka bayar
untuk sesuatu perkhidmatan atau barang itu sebenarnya boleh dilakukan
oleh mereka sendiri. Perkara paling mudah ialah dengan melihat kepada
makanan dan minuman anda. Saya percaya semua orang boleh menyediakan
minuman kegemaran mereka sendiri, tetapi kenapa mereka perlu minum di
luar?
Begitu juga dengan masakan, saya percaya anda boleh masak
lebih lazat daripada masakan di luar kenapa buang masa dan
wang anda untuk menikmati makan malam di luar? Adalah lebih
menjimatkan

sekiranya

anda

dan

keluarga

bersama-sama

membantu menyediakan makan malam bersama keluarga di rumah dan saya


pasti ianya suatu pengalaman yang menyeronokan.
Berapa ramai yang menghantar kereta mereka untuk
dicuci di bengkel kenderaan mahu pun pusat cucian
kenderaan?

Apakah

anda

tidak

mampu

sendiri?

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

lakukannya

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Jika anda mempunyai kemudahan pili air di rumah anda, mulai sekarang
lakukan sendiri kerja-kerja mencuci kereta anda. Wang anda dapat dijimatkan
dan anda juga boleh mengeluarkan peluh yang sihat.

Cara Terakhir
Bertindaklah!
Saya percaya anda telah pun mengetahui dan mempelajari serba sedikit cara
untuk menjimatkan wang anda. Namun begitu ianya akan menjadi sia-sia jika
ilmu yang saya kongsi bersama ini tidak anda praktikkan dan lakukannya!
Hanya dengan bertindak anda akan dapat lihat kesan dan perubahannya.
Bilamana anda sudah dapat melihat dan merasai sendiri
kesannya barulah anda boleh tersenyum puas dengan
tindakan anda! Anda telah pun mengetahui 8 Cara Unuk
Menjimatkan Wang Anda, tetapi anda mungkin tidak pernah tahu atau ambil
tahu bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan wang?
Baiklah untuk memastikan anda beroleh kebebasan kewangan dan seterusnya
dapat keluar daripada belenggu dan kesempitan wang, apa kata anda ambil
tindakan berikut dengan mempelajari 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah
Kekurangan Wang dari

www.bajetwang.com

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

Bertindak SEGERA! Dapatkan Buku HEBAT ini SEKARANG juga bersama


Tawaran Promosi* 7 Naskah Ebook Best-Seller! PERCUMA!

*Sementara Tawaran Masih Berkuatkuasa


PESAN SEKARANG DENGAN KLIK DI SINI

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda!

ANDA MENGHADAPI MASALAH MENGURUSKAN WANG GAJI ANDA?


Ingin Tahu Cara Penyelesaiannya?
Dapatkan Jawapannya Melalui Ebook Panduan Wang Gaji
Bagaimana Hendak Menguruskannya Dengan Cara Yang BETUL!

Judul
Jenis
Penulis
Terbitan

:
:
:
:

Panduan Wang Gaji


E-book
Khairulnahar aka Thinkerich
Thinkerich Enterprise

Sinopsis
: E-book ini menyediakan panduan
mengenai pengurusan wang gaji dengan cara yang betul!
E-book ini turut mengandungi panduan yang praktikal
serta mudah dan berkesan yang boleh diikuti. Turut
dimuatkan pelbagai tip dan panduan berkaitan simpanan,
perlindungan, pelaburan, dan percukaian yang boleh
diikuti oleh mereka yang sedang tercari-cari panduan
khusus untuk menguruskan kewangan mereka dengan
mudah, teratur dan berkesan supaya kedudukan
kewangan mereka menjadi lebih teguh dan stabil!
Sekian, terima kasih. Wassalam.

DAPATKAN VERSI PENUH DI


http://www.WangGaji.com

Hakcipta Terpelihara www.BajetWang.com

Anda mungkin juga menyukai