Anda di halaman 1dari 7

TINJAUAN TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN

KEMAHIRAN PROSES SAINS


ABSTRAK

Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam pembelajaran sains yang kurang diberi
perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap
pengetahuan dan sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan 28 guru pelatih
PISMP major sains di IPG Kampus Tuanku Bainun. Keputusan ujian objektif menunjukkan
kemahiran yang kurang dikuasai oleh guru pelatih ialah membuat hipotesis (54.2%) dan definisi
operasi (33.3%). Sebaliknya kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (95.8%),
menginterpretasi data (95.8%) serta membuat pengelasan (91.7%) dapat dikuasai oleh majoriti guru
pelatih. Analisis buku rekod mengajar guru pelatih menunjukkan guru pelatih mencatatkan kemahiran
proses sains dalam sesuatu pelajaran semata-mata untuk memenuhi keperluan format penulisan
rancangan mengajar tanpa pemahaman bagaimana menggunakan kemahiran tersebut dalam pelajaran
yang dirancang. Catatan refleksi

guru pelatih juga tidak pernah menyebut tentang masalah bagaimana

untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains. Implikasi dapatan ini adalah
kemahiran proses sains diberi perhatian yang amat rendah oleh guru pelatih dalam penyampaian
pelajaran sains. Hasil temubual pula mendedahkan hakikat guru pelatih tidak memahami sepenuhnya
kemahiran proses sains yang disampaikan dalam kuliah semasa pengajian di institut pendidikan
guru. Pertalian yang lemah antara konsep kemahiran proses sains dengan prosedur pengajaran dan
pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains mungkin telah menyebabkan guru
pelatih kurang memberi penekanan yang sewajarnya terhadap kepentingan dan pelaksanaan
kemahiran proses sains dalam pendidikan sains di sekolah rendah.
1.0 PENGENALAN
Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah telah menekankan penguasaan kemahiran saintifik
(kemahiran proses dan manipulatif) serta kemahiran berfikir di samping pemahaman prinsip asas
sains serta

sikap saintifik dan nilai murni. Ini bertujuan supaya sistem persekolahan di

Malaysia dapat melahirkan rakyat yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan
pengetahuan sains dan teknologi sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran serta bekerjaya
dalam bidang pembangunan dan perindustrian.
Salah satu cabaran bagi guru sains sekolah rendah adalah bagaimana menerapkan kemahiran
proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains. Bagi melaksanakan
penerapan kemahiran proses sains ini, guru sains telah dilatih dan diberi kemahiran di Pusat

Pengajian seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains yang dapat menerapkan kemahiran proses sains. Penguasaan kemahiran
proses sains ditekankan selain daripada penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains. Ini adalah kerana
pengetahuan sains terhasil daripada aktiviti menyelesaikan masalah secara saintifik bergantung
kepada kemahiran murid terhadap proses sains (Harlen,2000).
Langkah Kerajaan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains di tahun satu dalam
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah satu langkah
yang disokong oleh semua warga pendidikan. Ini dapat menggalakkan daya pemikiran yang kritis dan
kreatif serta memupuk perasaan ingin tahu murid terhadap persekitaran mereka. Justeru,guru yang
mengajar perlu menguasai kemahiran proses sains dengan sebaik-baiknya bagi menjamin pelaksanaan
kurikulum berkesan (Burns.et al,1985).

1.1 Latar belakang kajian

Mata pelajaran sains dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai tahun
persekolahan 1994/1995.

Bagi melaksanakan kurikulum Sains, penekanan diberi kepada kepada

guru pelatih bagi menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip
asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman
yang relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi
tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang
dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1993). Langkah ini dijangka memberi persediaan yang
sesuai dan mencukupi untuk murid-murid mengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah
menengah.
Kemahiran proses sains dapat dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan
kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi
kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal,
berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains
bersepadu (KPSB) pula terdiri dari kemahiran mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi,
mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1999).

Menurut Wellington (1991) kemahiran-kemahiran proses sains tersebut

merupakan asas kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains, guru
ataupun pelajar apabila mempelajari sains.
Kemahiran proses sains ini perlu dikuasai oleh guru dalam menyampaikan pengajaran faktafakta sains dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana sains bukan sahaja ilmu pengetahuan

malahan ia adalah suatu cara untuk memahami alam persekitaran dan prosesnya secara sistematik. Murid
memerlukan kemahiran proses sains untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya
dengan lebih mendalam. Justeru, guru pelatih perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains
ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat disampaikan kepada murid. Guru dengan tahap
pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains yang berlainan akan mengajar kemahiran
proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan kualiti yang berbeza.
Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,
membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang
dan masa.

Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan


menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen yang dicipta atau direka
boleh juga dilaksanakan untuk membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin
pemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan.

Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang boleh

diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.

Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)- Pemerhatian yang

dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai.

Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan

pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut mungkin betul atau tidak.

Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan datang

berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan


maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model, jadual, graf, gambarajah,
carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)- Satu proses
memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan
perubahannya mengikut masa.
Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data, mendefinisi

secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen.

Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk graf dan

membuat kesimpulan berdasarkan graf

Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Ia
membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh bagi konsep yang dihuraikan.

Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah yang boleh


mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar, memalarkan pembolehubah
lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak bersandar.

Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan

1.2 Pernyataan masalah

3.5 Kesimpulan
Tahap pencapaian KPS guru pelatih adalah cemerlang pada aspek kemahiran mengelas,
menggunakan nombor dan menginterpretasi data , sementara tahap sederhana pada aspek kemahiran
memerhati,membuat inferens, berkomunikasi,mengawal pembolehubah dan mengeksperimen,
manakala aspek definisi operasi dan membuat hipotesis adalah pada tahap lemah .
Tahap pelaksanaan KPS guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran dalam praktikum
adalah cemerlang pada dua kemahiran iaitu memerhati dan berkomunikasi, sementara tahap
sederhana bagi kemahiran mengelas,menggunakan nombor dan membuat inferens, manakala lima
kemahiran lagi iaitu definisi operasi, membuat hipotesis,mengawal pembolehubah, menginterpretasi
data dan mengeksperimen adalah pada tahap yang lemah.
BIBLIOGRAFI

Burns, J. C., Okey, J. R. dan Wise, K. C. (1985). Development of Intergrated Process


Skill Tests: TIPS II . Journal of Research in Science Teaching. 22(2): 169-176
Harlen, W. (2000). Teaching, learning &assessing science 5-12 (Ed. 3). London:

Kassim, Abu Hassan and Hussin, Rohana (2003) Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan
hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor
Bahru. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific,
Johor Bahru.
Padila,M,J.,Okey,J.R. and Dillashaw,F.G.1983. The Relationship between science process skill
and formal thinking abilities, journal of research in education,vol.20,3,pp 239-246.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1993). Laporan kajian pelaksanaan Penilaian Kemajuan


Berasaskan Sekolah di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman (2005). Keberkesanan Program Peka dalam penguasaan
Kemahiran proses Sains Bersepadu. Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng (2001).Satu Tinjauan awal Konsepsi Kemahiran Proses Sains
di Kalangan Guru sains PKPG 14 Minggu di Maktab perguruan Batu Lintang.

Wellington, J. (1989). Skill and process in science education: An introduction.

In Wellington, J. (Ed), Skills and process in science education: A critical analysis.


London: Routledge.
Yeam, Koon Peng (2007) Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains
Dalam Kalangan Guru Pelatih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.