Anda di halaman 1dari 1

Wawasan 2020

PELAKSANAAN mata pelajaran baru, Dunia Sains dan


Teknologi yang akan diperkenalkan tahun depan adalah
satu usaha yang bertepatan dengan inspirasi negara dalam
memenuhi pembangunan Wawasan 2020 untuk mencapai
status negara maju.
Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
baru ini terbukti inisiatif Kementerian Pelajaran amat
bersesuaian dalam usaha memberi pendedahan
kemudahan dunia sains dan teknologi kepada anak kecil
yang bakal mewarnai kepemimpinan negara kelak.
Pengisian subjek ini secara tidak langsung melahirkan murid
yang celik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pada
zaman era digital yang serba moden, selain mendedahkan
aplikasi bidang sains dalam kehidupan seharian.
Melalui perkembangan pendidikan seperti ini yang
dititikberatkan kerajaan menunjukkan minat dan responsif
kepada usaha membangunkan keupayaan sains dan
teknologi ke arah mempertingkatkan pencapaiannya
membentuk proses pendidikan lebih dinamik seterusnya
mencapai matlamat Wawasan 2020.

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PenuhimatlamatWawasan2020/Article