Anda di halaman 1dari 22

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM

1112]
6.0 Pengenalan
Murid-murid di sekolah adalah berbeza-beza daripada segi taraf sosioekonomi,
aras motivasi dan sahsiah. Ada dalam kalangan mereka yang suka bercampur gaul
dengan rakan sebaya manakala ada juga yang suka bersendirian. Ada murid yang
begitu bersemangat dan berfokus dalam pelajaran dan ada pula yang sebaliknya. Ada
murid yang mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan penyayang manakala ada
pula yang sering balik ke rumah kosong dan dingin suasananya. Dengan itu, seorang
guru akan menemui pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, sama ada masalah
disiplin yang ringan atau lebih berat. Lantaran itu, Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling (B&K) amat diperlukan bagi membantu guru menangani pelbagai masalah
murid di sekolah. Di samping itu, perkhidmatan B&K diperkenalkan supaya manusia
boleh mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan dapat menangani
pelbagai masalah yang dihadapi murid. Perkhidmatan B&K semakin penting bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Wawasan
2020 serta membantu murid mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.
Dalam tugasan kerja kursus ini, fokus diberikan kepada aspek tingkah laku
bermasalah bukan lisan. Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah
laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira
dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia
bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi,
perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam
sesebuah

masyarakat

sama

ada

di

kawasan

pedalaman

mahupun

bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah

ini

timbul

kerana

kurangnya

keupayaan

individu

dalam

proses

mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam


persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan
individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses
1

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap
masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid
bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti
seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk
tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku antisosial, Tingkah laku distruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah
bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang
negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah
yang

kondusif

dan

mempertingkatkan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid
masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada
murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil
dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak
mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah,
agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan
sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah
serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.
Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas
seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan
seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang
kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan
mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]

yang mengganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut kajian psikologi, setiap individu sentiasa menghantar maklumat tentang dirinya
melalui riak air mukanya, pergerakan tubuh badannya dan cara dia menjarakkan dirinya
daripada orang lain. Kita juga sering menghantar utusan tentang diri seperti perasaan,
fikiran dan reaksi kita terhadap orang lain dan situasi-situasi tertentu dengan tidak perlu
mengeluarkan kata-kata.
Kesimpulannya, tingkah laku bukan lisan memainkan peranan yang penting
dalam pembelajaran langsung. Lazimnya, makna yang diperoleh daripada bahasa
bukan lisan ini adalah lebih tepat daripada apa yang diucapkan. Jika tingkah laku lisan
ini tidak dirawat, maka ianya akan menjadi penyakit di dalam bilik darjah yang mana ia
akan mengganggu kelancaran proses PdP dan mengganggu proses pembelajaran
individu yang lain.

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]

7.0 Definisi dan Konsep Bimbingan dan Kaunseling


7.1 Definisi Bimbingan
Pelbagai makna telah diberikan bagi istilah bimbingan. Shertzer dan Stone
(1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu
memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru
bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.
Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan
kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan
kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup
yang mungkin mendatangkan stres yang melampau.
Selain itu, Alice Crow (1964) menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang
diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan
panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku
dalam aspek yang perlu.
McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat
yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
D.W. Lefever (1970) menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan
yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu seseorang
individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta
membuat

penyesuaian

diri

dengan

kehendak

masyarakat

agar

memperoleh

kesejahteraan hidup.
Tambahan itu, George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan
sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan
peribadi murid seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan
lebih menekankan pencegahan daripada rawatan psikologi.
4

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Kesimpulannya, bimbingan merupakan satu proses atau khidmat membantu
seseorang individu agar dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang
maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan
mudarat terhadap dirinya sendiri dan orang disekelilingnya.

7.2 Pengertian Kaunseling


Pelbagai jenis isu yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Adakala kita
mengalami kebuntuan dari segi pemikiran, pemilihan kerjaya atau pemilihan sesuatu
kaedah mengajar. Adakala kita berasa tertekan semasa membuat persediaan bagi
menghadapi

peperiksaan

mahupun

menyediakan

projek

yang

diberikan

oleh

pensyarah. Dalam keadaan seperti ini, kita memerlukan bantuan perkhidmatan


kaunseling.
Istilah kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu counselling.
Beberapa tokoh dalam bidang ini telah memberikan definisi bagi istilah kaunseling.
Antaranya adalah :
1. Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu
proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan
persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai
yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.
2. Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses di mana klien diberi
kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihanpilihan yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
3. Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan
bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang
kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang
efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh
kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta
perasaan klien.
5

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
4. Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien
melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak
boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak
boleh dicapai langsung.
5. Cottle dan Downie (1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses di mana
seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima
maklumat tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang lain supaya dia
dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam
hidupnya.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan satu proses atau khidmat yang diberikan
untuk membantu klien dalam memahami dan menerima kelemahan dan kekuatan diri
sendiri supaya klien dapat menetapkan matlamat dirinya untuk mencapai kesejahteraan
hidup.

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]

8.0 Bahagian A
a) Pengenalpastian dan Penghuraian Tingkah Laku Bukan Lisan (Senarai Tingkah
Laku Bukan Lisan dalam pengajaran dan pembelajaran)
Saya menjalani sesi praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Lebor
Remun, Serian. Di sekolah tersebut, saya telah mengajar dua kelas iaitu kelas
pemulihan Tahun 2 yang mempunyai seramai 8 orang murid bagi subjek Bahasa
Melayu dan Matematik, manakala bagi kelas perdana pula, saya telah mengajar
seramai 37 orang murid Tahun 4 bagi kelas Matematik. Dalam melaksanakan tugasan
kerja kursus ini, saya telah memilih tiga orang murid kelas perdana yang menunjukkan
beberapa tingkah laku bukan lisan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dijalankan di dalam bilik darjah. Tiga orang murid yang saya maksudkan ialah Roland,
Donny dan Hairee (bukan nama sebenar).
Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun, Phd (2006), perlakuan bukan
lisan termasuklah riak air muka, pergerakan tubuh badan, cara duduk, cara bercakap,
isyarat-isyarat yang disertai semasa bercakap, jarak pergaulan, jarak kedudukan dan
seumpamanya. Perlakuan bukan lisan penting kerana ia menghantar isyarat-isyarat
tanpa sedar dan isyarat tersebut adalah tulen. Kaunselor perlu memerhati memerhati
dan meneliti tentang isyarat perlakuan bukan lisan ini semasa sesi dijalankan. Selain
itu, kaunselor juga perlu mengetahui jenis-jenis perlakuan bukan lisan dan dapat
membacanya.
Bagi murid yang bernama Roland, murid ini menunjukkan tingkah laku distruptif.
Tingkah laku tersebut dapat dilihat melalui rakaman video yang dilampirkan di
Lampiran 1 Pengenalpastian Tingkah Laku Bukan Lisan. Melalui rakaman video
tersebut, kita dapat lihat dengan jelas bahawa murid ini mempunyai masalah tingkah
laku yang mana tingkah laku tersebut menyebabkan murid ini lemah dalam
pelajarannya di samping memberi impak negatif terhadap kelancaran proses PdP.
Tingkah laku distruptif yang ditunjukkan oleh Roland ialah mengganggu rakan yang
7

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
duduk disebelah dia semasa rakan membuat kerja yang disuruh oleh guru. Jika kita
perhatikan pada video semasa minit ke 00.16 saat sehingga 00.20 saat, murid ini telah
mengambil pemadam milik rakan yang duduk di sebelahnya tanpa meminta izin
daripada rakannya.
Gambar
1.0
menunjukkan Roland
mengambil pemadam
rakannya
tanpa
kebenaran.

Gambar
2.0
menunjukkan Roland
menari
semasa
rakannya
memarahinya.

Murid ini juga menunjukkan aksi menari ketika rakannya marah yang mana
tingkah laku tersebut seolah-olah mengejek rakannya. Aksi ini dapat dilihat pada minit
ke 0.21 dalam video tersebut. Tingkah laku tersebut telah memberi gangguan kepada
fokus rakannya yang sedang leka membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Gambar
menunjukkan
mengetuk
menggunakan
tangannya.

3.0
Roland
meja

Selain itu, dalam gambar di atas, kita dapat lihat murid ini mencuba untuk
berbuat bising dengan mengetuk meja. Tingkah laku ini juga tergolong dalam jenis
tingkah laku distruptif. Tingkah laku mengetuk meja seperti yang dilakukan oleh Roland
telaj mengganggu fokus murid yang lain semasa membuat tugasan yang diberikan oleh
guru. Tambahan itu, murid ini juga cuba untuk mengganggu rakan di sebelah kanannya
dengan mengejek rakannya itu. Dalam minit 1.04, murid mencuba untuk menghantar
tugasan kepada yang diberikan kepada guru. Murid ini berjalan dengan gaya yang
diluar jangkaan guru yang mana murid ini berjalan seperti olah badan samseng.
Tambahan itu, murid ini hanya menyalin soalan sahaja dan berinisiatif untuk
menghantar soalan tersebut sebagai jawapannya.

Gambar
4.0
menunjukkan
riak
wajah
Donny
yang
sering
kelihatan
bimbang
dan
mempunyai masalah

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Murid kedua yang mempunyai masalah tingkah laku bukan lisan ialah Donny.
Seperti murid yang pertama, murid kedua ini juga mempunyai tingkah laku bukan lisan
jenis tingkah laku distruptif. Berdasarkan pemerhatian melalui rakaman video, kita
fokuskan kepada riak wajah murid tersebut. Pada pendapat saya, murid ini
menunjukkan ekspresi yang bimbang. Wajahnya menunjukkan murid ini seolah-olah
ingin memberitahu kita sesuatu. Tingkah laku ini merupakan tingkah laku menghalang
(bergantung). Tingkah laku ini juga merupakan tingkah laku yang membahayakan diri.
Disebabkan sering berasa bimbang, murid yang mempunyai tingkah laku yang
menghalang ini akan sentiasa merasa takut, menunjukkan reaksi bimbang dan tiada
keyakinan diri. Hal ini akan mendorong murid untuk tidak membuat tugasan yang
diberikan oleh guru, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada rakan-rakan
yang lain.
Tambahan itu, menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) dalam
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, pemendaman tingkah laku merupakan
keadaan apabila kanak-kanak mengarahkan perasaan dan emosi mereka ke dalam
iaitu dengan memendam perasaan dan emosi mereka. Melalui pemerhatian juga,
tingkah laku yang ditunjukkan oleh Donny ini merupakan tingkah laku somatik yang
merupakan tingkah laku menarik diri yang ditunjukkan dalam bentuk malu, merenung,
merajuk dan kesedihan. Selain itu, kebimbangan ditunjukkan dengan tingkah laku
bimbang melalui ekspresi wajah.
Gambar
5.0
menunjukkan
Donny
yang tidak mengikut
arahan
guru.
Dia
melukis semasa guru
memintanya
untuk
membuat
latihan
Matematik.

10

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Tambahan itu, melalui rakaman video, didapati murid ini tidak mengikut arahan
yang diberikan oleh guru. Guru mengarahkan murid untuk menyalin soalan di papan
tulis dan menyelesaikan soalan tersebut, sebaliknya murid ini telah membuat benda lain
di mana murid ini telah melukis bentuk bulatan pada kertas yang dipegang olehnya. Dia
hanya bertindak merubah tingkah lakunya setelah guru sedar akan tingkah laku
tersebut. Tingkah laku telah mengganggu kelancaran proses PdP di dalam bilik darjah
kerana murid ini telah menarik perhatian guru khas kepada dirinya dengan
menegurnya.
Menurut Galloway, Ball, Bloomfield dan Seyd (1982) dalam Akhiar Pardi dan
Shamsina Shamsuddin (2013) menyatakan bahawa tingkah laku distruptif sebagai
tingkah laku yang dapat dilihat sebagai bermasalah, tidak sesuai serta mengganggu
guru yang sedang mengajar. Murid yang distruptif mampu menarik perhatian guru dan
menghalang guru daripada memberi perhatian kepada murid-murid yang lain.
Gambar 6.0 menunjukkan bahawa Donny
mengasingkan diri daripada kumpulan. Dia
juga mengelakkan diri daripada aktiviti
berkumpulan.

Gambar
7.0
menunjukkan bahawa
Donny
cuba
untuk
melibatkan diri tetapi
Selain itu, dalam aktiviti berkumpulan, Donny menunjukkan tingkah laku yang
dia hanya bergantung
mana dia tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti tersebut
dijalankan. Murid
ini
kepada
hasil
perbincangan
jelas menunjukkan bahawa dia terlalu mengharapkan pertolongan
ataukumpulan
bantuan
dan
dia
tidak
daripada orang lain. Tingkah laku ini dapat dilihat dalam rakaman video
menyumbang
idea
Pengenalpastian Tingkah Laku Bukan Lisan. Melalui pemerhatian
ini
semasa saya, murid
sesi
perbincangan
berkelakuan seolah-olah dia hanya menunggu rakan-rakannya
untuk menyiapkan
tugasan kumpulan yang diberikan. Dia hanya berdiri dan tidak menyumbang idea
semasa sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung.
11

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Murid yang ketiga ialah murid yang bernama Hairee. Murid ini juga menunjukkan
tingkah laku distruptif seperti dua orang murid di atas tetapi murid ini tingkah lakunya
lebih ekstrim. Murid ini suka merayau-rayau di dalam kelas. Tingkah laku ini
menyebabkan proses PdP terganggu kerana guru hanya memberi fokus kepada
tingkah laku murid ini dan sentiasa menegur tingkah laku negatif tersebut. Bukti bagi
tingkah laku ini dapat dilihat menerusi rakaman video di Lampiran 1.

Gambar 8.0

Gambar 9.0

Gambar
8.0
dan
9.0
menunjukkan
bahawa murid
cuba
untuk
bersembunyi
dibelakang
pintu
bilik
darjah.

Melalui rakaman video juga, kita dapat lihat bahawa murid ini cuba untuk
bersembunyi di sebalik pintu di belakang bilik darjah sepanjang minit ke 02.41 hingga
03.00 Murid ini bertindak seolah-olah guru tidak sedar akan tingkah laku yang
ditunjukkan olehnya. Tambahan itu juga, selepas murid bersembunyi di belakang pintu,
murid ini cuba untuk mengganggu rakan dalam kumpulannya dengan berbuat bising.
Murid juga engkar akan arahan guru di mana murid ini enggan masuk ke dalam
kumpulannya dan mengikuti sesi perbincangan. Tingkah laku ini dapat dilihat pada minit
ke 03.27 sehingga 03.49. Aksi ini kita dapat lihat pada gambar 10.0.

12

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Gambar
10.0
menunjukkan
bahawa murid ini cuba membuat
bising.

Disamping itu, Hairee juga cuba menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa


dia kuat dengan mengangkat kerusi plastik dengan menggunakan tangan kanannya
sahaja. Tingkah laku ini dapat dilihat sepanjang minit ke 04.25 sehingga 04.43 dan minit
ke 08.48 sehingga 09.06. Melalui rakaman video juga, kita dapat lihat kelancaran sesi
PdP terganggu dengan kehadiran tingkah laku negatif murid ini.
Selain mengganggu proses PdP, murid ini juga mengganggu rakan dalam
kumpulannya dan tidak ada langsung memberi buah fikiran atau sumbangan kepada
kumpulannya. Tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid ini juga boleh
mendatangkan bahaya kepada rakan-rakannya. Cuba bayangkan jika kerusi yang
diangkat itu jatuh dan terkena kepala salah seorang rakan dalam kumpulannya, sudah
pasti berlakunya pergaduhan ataupun kecederaan.

13

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Gambar 11.0 menunjukkan Hairee
cuba menunjukkan kekuatannya
dengan
mengangkat
kerusi
dengan
menggunakan
satu
tangan sahaja.

Menurut para guru mata pelajaran yang mengajar di kelas Tahun 4, mereka
mengatakan bahawa murid ini memang sangat bermasalah dan boleh bertindak diluar
jangkaan guru. Melalui pengalaman diri sendiri semasa masuk sit-in di kelas Tahun 4
semasa minggu pertama praktikum, murid ini telah meletakkan cecair pemadam atau
lebih dikenali sebagai liquid paper pada bahagian mata murid perempuan di dalam
kelasnya. Ini jelas menunjukkan bahawa murid ini memang mempunyai masalah dalam
tingkah laku.
Kesimpulannya, di setiap kelas atau sekolah mempunyai beberapa orang murid
yang bermasalah atau sering menunjukkan tingkah laku bukan lisan seperti tingkah laku
distruptif. Sebagai seorang guru, kita harus menganalisis punca yang menyumbang
kepada masalah ini kerana masalah ini merupakan masalah yang serius. Jika guru
tidak berusaha untuk membendung masalah tingkah laku bukan lisan di dalam bilik
darjah, guru tersebut gagal dalam menguruskan bilik darjah mahupun membentuk
sahsiah yang baik dalam diri murid-muridnya dan jangan hanya kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga.

14

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]

8 (b) Cara Guru Menangani Tingkah Laku Bukan Lisan.


Jadual 1.0 Analisis Tingkah Laku Bermasalah Bukan Lisan.
Bil

Nama Murid

Tingkah Laku Bermasalah Bukan Lisan

(Bukan Nama
1

Sebenar)
Roland

1. Mengganggu rakan yang duduk disebelah dia semasa


rakan membuat kerja yang disuruh oleh guru.
2. Murid ini telah mengambil pemadam milik rakan yang
duduk di sebelahnya tanpa meminta izin daripada
rakannya.
3. Murid ini juga menunjukkan aksi menari ketika rakannya
marah yang mana tingkah laku tersebut seolah-olah
mengejek rakannya.
15

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
2

Donny

1. Murid ini menunjukkan ekspresi yang bimbang.


2. Tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru,
menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada
rakan-rakan yang lain.
3. Murid ini tidak mengikut arahan yang diberikan oleh
guru
4. Dia tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti
tersebut dijalankan.
5. Dia terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan
daripada orang lain
6. Dia hanya berdiri dan tidak menyumbang idea semasa

Hairee

sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung.


1. Murid ini suka merayau-rayau di dalam kelas
2. Cuba untuk bersembunyi di sebalik pintu di belakang
bilik darjah.
3. Murid ini cuba untuk mengganggu rakan dalam
kumpulannya dengan berbuat bising.
4. Murid juga engkar akan arahan guru di mana murid ini
enggan masuk ke dalam kumpulannya dan mengikuti
sesi perbincangan
5. Menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia kuat
dengan mengangkat kerusi plastik dengan
menggunakan tangan kanannya sahaja.
6. Juga mengganggu rakan dalam kumpulannya.
7. Tidak ada langsung memberi buah fikiran atau
sumbangan kepada kumpulannya

Berdasarkan Jadual 1.0, kita dapat lihat senarai tingkah laku bukan lisan dalam
kategori tingkah laku distruptif yang ditunjukkan oleh tiga orang murid di dalam kelas
Tahun 4. Ramai pendidik mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedah-kaedah
untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. ia juga sering dilihat sebagai
sesuatu yang guru perlu lakukan sebelum pengajaran sebenar bermula. Menurut
Richards (1990) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) mentafsirkan
pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku,
16

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
pergerakan

serta

interaksi

murid

semasa

pembelajaran

berlangsung

supaya

pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Dalam usaha untuk menangani tingkah laku bukan lisan yang dikenal pasti boleh
mengganggu kelancaran proses PdP di dalam bilik darjah, seorang guru yang prihatin
dan bertanggungjawab boleh merujuk kepada Teori Pelaziman Operan. Pelaziman
Operan melibatkan sejenis pembelajaran di mana tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
yang akan diterima. Sekiranya perubahan persekitaran disebabkan oleh tingkah laku
yang memperkukuhkannya, ini bermakna apabila ganjaran diberikan kepada organisme
atau dengan menyingkirkan rangsangan, akan terdapat peluang untuk tingkah laku itu
diulangi. Sekiranya perubahan persekitaran tidak menyediakan pengukuhan, atau
rangsangan yang digunakan tidak disukai dan tidak menyenangkan, peluang untuk
tingkah laku diulangi adalah tipis.
Skinner begitu yakin apabila menyatakan bahawa pembelajaran tidak akan
berlaku tanpa pengukuhan, sama ada pengukuhan positif mahupun pengukuhan
negatif. Jika dilihat masalah tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga
murid ini, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan memberikan peneguhan
terhadap mereka. Peneguhan positif boleh diberikan dari segi pujian, ganjaran atau
senyuman manakala peneguhan negatif boleh dilaksanakan dengan menarik
rangsangan yang menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku negatif.
Selain itu, guru juga boleh menjalankan intervensi kaunseling kanak-kanak untuk
mengatasi atau mengurangkan tingkah laku bukan lisan yang mengganggu kelancaran
sesi PdP di dalam bilik darjah. Intervensi kaunseling kanak-kanak terdiri daripada
beberapa jenis. Antaranya terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan
terapi biblio. Guru boleh menjalankan satu terapi dalam satu sesi ataupun
menggabungkan dua atau tiga terapi dalam satu sesi mengikut kesesuaian murid.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengenal pasti tingkah laku murid terlebih
dahulu sebelum memulakan sesi terapi. Hal ini demikian bagi memastikan kesesuaian
dan keberkesanan terapi tersebut kepada diri murid yang bermasalah.

17

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Terapi bercerita merupakan satu medium komunikasi antara ahli terapi dan klien
yang mana komunikasi tersebut digunakan untuk mempengaruhi klien agar dapat
membina dirinya dengan cara yang telah dipersetujui bersama antara ahli dan klien.
Terapi ini akan berkesan jika ianya dilaksanakan dengan teknik yang berkesan. Teknik
yang boleh digunakan ialah menetapkan mood, mengatur cerita, memastikan
keselesaan murid, menyampaikan cerita dengan melakukan aksi dan tetap sebagai diri
sendiri. Bercerita boleh dilaksanakan secara tidak langsung, disampaikan secara kreatif
dan mengajar kanak-kanak mereka-reka cerita.
Selain terapi bercerita, terapi seni juga boleh dilaksanakan. Terapi seni
merupakan satu diagnostik dan kaedah rehabilitasi yang menggunakan aktiviti seperti
melukis, mewarna, mengecat, fotografi dan tarian untuk meluakan perasaan dan
menyampaikan perkara atau isu yang diberikan perhatian. Terapi seni dapat
mengurangkan tekanan dan ketakutan selain dapat melalaikan kanak-kanak daripada
prosedur yang boleh menyakitkan. Terapi seni juga digunakan untuk menambah baik
komunikasi kerana seseorang kanak-kanak boleh mengalami peristiwa trauma sebelum
ia boleh benar-benar menyatakan perasaannya menggunakan kata-kata. Menurut
Persatuan Terapi Seni Amerika dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013),
proses kreatif melibatkan seni dapat membantu mengurangkan masalah, membentuk
dan membina kemahiran tertentu, mengurus tingkah laku dan memberi peluang celik
akal kepada ibu bapa dan kaunselor. Contohnya, kanak-kanak yang terabai akan
melukiskan gambar dirinya yang terasing daripada keluarga atau adik-beradiknya tanpa
menyatakan menggunakan kata-kata secara lisan tentang perasaannya.
Terapi muzik telah digunakan 400 tahun sebelum Masihi, apabila Hippocrates
menggunakan muzik untuk menyembuhkan pesakit-pesakit mental. Aristotle juga telah
menjelaskan bahawa muzik merupakan tenaga yang dapat membersihkan emosi.
Terapi muzik untuk kanak-kanak mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan individu
dan pendekatan kelompok. Apabila berjumpa klien pada kali pertama, ahli terapi muzik
akan menetapkan matlamat yang bakal dicapai pada akhir sesi. Terapi muzik dikatakan
boleh digunakan untuk merawat masalah komunikasi, tumpuan, motivasi dan masalah
tingkah laku. Di dalam bilik terapi muzik perlu disediakan pelbagai alat muzik moden
18

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
dan tradisional serta dalam pelbagai bentuk yang dikumpulkan daripada pelbagai
bangsa kerana klien mungkin daripada pelbagai bangsa. Banyak pakar menjelaskan
bahawa irama muzik atau rentak muzik sebenarnya mempunyai kesan yang dapat
mententeramkan manusia.
Selain itu, terapi biblio juga boleh digunakan untuk sesi terapi. Terapi biblio
merupakan sokongan kepada rawatan psikologi dengan menggunakan buku atau
bahan-bahan bacaan, yang lazimnya digunakan di luar sesi kaunseling. Terapi ini
melibatkan pemilihan bahan bacaan yang relevan dengan situasi kehidupan klien.
Terapi biblio juga merupakan proses interaksi dinamik antara personality pembaca
dengan kesusasteraan yang digunakan untuk membuat penilaian, penyesuaian dan
pertumbuhan. Konsep terapi didasarkan kepada kecenderungan manusia untuk
menyesuaikan diri dengan orang lain melalui ekspresi dalam kesusasteraan. Contohnya
kanak-kanak membaca atau dibacakan cerita mengenai ketabahan seorang budak
ketika menghadapi kesukaran hidup dalam kemiskinan.
Melalui pembacaan

saya

di sebuah blog http://yanpiaw2.tripod.com/cgi-

bin/kplinota/p4.htm yang ditulis oleh Dr.Chua Yan Piaw, beliau menyenaraikan beberapa
cara mengatasi tingkah laku distruptif sama ada tingkah laku lisan mahupun tingkah
laku bukan lisan. Antaranya ialah, ketika guru memberi tugasan, guru harus
memastikan arahan diberikan dengan jelas. Hal ini demikian kerana ia akan
memudahkan murid melaksanakan tugasan yang diberi. Arahan yang tidak jelas akan
menyebabkan murid kurang jelas mengenai apa yang mereka perlu lakukan. Selain itu,
guru juga harus menerangkan objektif bagi setiap tugasan yang diberikan. Kefahaman
murid mengenai tentang objektif akan memotivasikan murid ke arah pencapaiannya.
Tambahan itu, tugasan yang diberikan haruslah mencukupi dan mencabar bagi
memastikan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Tugasan yang terlalu mudah akan
menyebabkan murid menyiapkan tugasan dengan cepat dan secara tidak langsung ia
akan menyebabkan murid mempunyai ruang untuk menunjukkan tingkah laku lisan dan
bukan lisan yang negatif di dalam kelas.

19

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Disamping itu, Dr. Chua Yan Piaw juga mencadangkan agar guru memastikan
peraturan-peraturan bilik darjah mudah dan teratur. Peraturan-peraturan yang mudah
dan teratur sangat membantu guru dalam memastikan kelancaran proses PdP di dalam
bilik darjah. Kita juga tahu bahawa peraturan dalam bilik darjah membantu
mendisiplinkan murid. Peraturan yang tidak jelas dan terlalu sukar untuk dipatuhi akan
menyebabkan murid belajar dalam keadaan tertekan. Melalui pengalaman diri sendiri
ketika berada di sekolah rendah, jika peraturan dalam bilik darjah terlalu ketat, muridmurid sekolah rendah akan belajar dalam keadaan ketakutan dan tiada motivasi untuk
belajar. Murid-murid akan diam dan kurang responsif terhadap soalan guru. Tambahan
itu, seorang guru juga harus bersikap adil dan saksama. Kadang-kadang, terdapat
segelintir guru yang hanya memberikan perhatian kepada murid-murid yang pandai
sahaja. Murid yang sederhana ataupun lemah dalam pelajaran akan berasa tersisih dan
rasa tidak disayangi oleh guru. Perkara sebegini semestinya akan menyebabkan murid
tersebut

berasa

tidak

diperlukan

di

dalam

kelas.

Ini

menyumbang

kepada

pemberontakan dari segi emosi dan rohani murid. Murid akan cuba menunjukkan rasa
tidak puas hati dengan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini oleh guru.
Selain itu, sebagai seorang guru, kita harus mengelakkan diri daripada mengutuk
murid di hadapan murid lain. Perkara sebegini akan menyebabkan murid yang dikutuk
berasa malu, rasa diejek dan jatuh maruahnya. Dengan itu, murid tersebut akan
memendam perasaannya dengan mendiamkan diri. Terdapat juga murid yang akan
berdendam dengan gurunya. Murid yang berdendamlah yang akan cuba membuat
masalah disiplin di sekolah yang mana mereka cuba menggores kereta ataupun
memancitkan tayar kereta guru. Begitu juga dengan kes guru yang menghukum
keseluruhan murid atas kesalahan beberapa orang murid di dalam kelas. Sebagai
seorang guru, kita haruslah mengelakkan diri daripada menghukum seluruh kelas jika
hanya beberapa pelajar yang melakukan kesalahan. Menyindir murid juga merupakan
satu perkara yang harus dielakkan oleh guru kerana ianya akan menimbulkan keinginan
untuk membalas dendam murid. Tambahan itu, guru juga perlu mengelakkan diri
daripada menengking atau berleter di dalam kelas. Hal ini kerana suasana yang tegang

20

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
tidak menggalakkan PdP di dalam bilik darjah. Selain itu, ia juga akan menyebabkan
pembaziran masa jika guru tersebut hanya berleter sahaja.
Guru yang bijak menangani masalah tingkah laku distruptif akan mencuba
pendekatan yang lain dalam usaha menangani tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid. Bagi murid yang melakukan sesuatu yang baik atau menunjukkan peningkatan
prestasi, guru bolehlah memberikan pujian atau ganjaran. Hal ini dapat menyuntik
perasaan ingin juga dalam diri murid yang lain. Sebagai contoh, jika murid memberikan
hadiah kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini oleh guru, murid lain
akan cuba untuk berusaha mendapatkan hadiah yang sama. Ini akan mewujudkan
persaingan sihat di dalam kelas semasa guru mengajar. Disamping itu, guru juga harus
mendengar masalah pelajar sama ada masalah dari segi fizikal mahupun emosi. Guru
harus memberi peluang untuk muridnya meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana
murid yang puas hati ialah murid yang sihat dan produktif.
Menurut Dr. Chua Yan Piaw juga, pengajaran yang lebih berbentuk humanistik
seperti yang dicadangkan oleh Teori Abraham Maslow dapat membantu murid dalam
meneroka gaya pembelajaran kendiri murid. Ini memberi peluang kepada murid untuk
belajar dengan lebih selesa di mana murid tersebut belajar menggunakan caranya
sendiri. Walaupun demikian, guru perlu memberikan bimbingan kepada murid tersebut
supaya murid tidak terpesong dari segi pelajarannya. Selain Abraham Maslow, Carl
Roger mengesyorkan Teori Pemusatan Perorangan atau dikenali sebagai pendekatan
pemusatan klien yang diasaskan daripada psikologi kemanusiaan. Andaian asas Carl
Roger adalah manusia secara asasnya bertanggung, iaitu manusia mempunyai peluang
yang luas untuk memahami dirinya sendiri dan menyelesaikan masalah masing-masing
tanpa bantuan langsung daripada kaunselor atau ahli terapi. Manusia berupaya untuk
melalui proses pertumbuhan kendiri seandainya mereka terlibat dalam perhubungan
yang spesifik.
Kesimpulannya, guru harus bijak dalam menangani masalah tingkah laku
distruptif, terutama tingkah laku bukan lisan. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
menzahirkan perasaan melalui tingkah laku bukan lisan sukar untuk ditafsir oleh guru.
21

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / PISMP PM


1112]
Murid-murid tersebut hanya menunjukkan tingkah laku hiperaktif, bising, menunjukkan
pergerakan yang tidak sepatutnya, mengganggu rakan, ketawa dengan kuat, bimbang,
murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Maka, dengan wujudnya terapi dan
dan teori-teori yang boleh digunakan sebagai panduan dalam menangani masalah
tingkah laku, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah boleh diatasi dengan mudah
mengikut kesesuaian dan tempoh masa yang tertentu.

22

Anda mungkin juga menyukai