Anda di halaman 1dari 2

RESEPI KEK LAPIS HORLICKS

Bahan-bahan Kek Lapis Horlicks

Bahan-bahan Kek Lapis Horlicks


1. 10biji telur ayam
2. 1 packet kecil horlicks
3. 1 tin sederhana susu pekat manis
4. 16oz@450g mentega
5. 1/2 gelas gula halus
6. 1 gelas tepung gandum
7. 2 sudu kecil essence vanilla
8. 1 sudu makan ovallette
9. 1 tin besar seri kaya

Cara-cara membuat Kek Lapis Horlicks


1. Pukul mentega bersama gula.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Campurkan mentega, gula dan telur yang telah dipukul tadi.
4. Kemudian pukul hingga kembang campuran ketiga-tiga bahan tersebut.
5. Masukkan susu pekat manis kemudian pukul selama satu minit.
6. Lakukan proses yang sama untuk horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence dan ovalette.
7. Terus pukul semua bahan tadi sehingga sebati selama 10minit.
8. Bakar lapisan menggunakan api atas sahaja pada suhu 180.
9. Bakar 3 sudu makan adunan bagi setiap lapisan.
p/s: Pada suhu 180, anda boleh memulakan bakaran lapisan seterusnya selang 10 ke 15 minit.

Facebook
Twitter

Google Buzz