Anda di halaman 1dari 11

10 Ciri Akhlak Terpuji

Akhlak berasal dari perkataan Al Khuluq. Al-Khuluq


bererti tabiat atau tingkah laku.

Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang
telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan
pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam
membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk
manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.

Tepatlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, Sesungguhnya semua
sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak
ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia.

Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan
dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang
akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok, apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya.
Apabila rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya. Allah Subhanahuwataala berfirman:
Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak
subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda
kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (Al- Araf: 58)
Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah
Sallallahualaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara lain:
Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.
Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Quran dalam firman Allah:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung (Al-Qalam: 4)


Juga dalam firman Allah swt. lagi:

Orang orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maruf dan mencegah dari perbuatan yang
mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.(Al Hajj, 22 : 41)
Firman Allah swt. lagi:
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitabkitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anakanak yatim, orangorang miskin, (yang memerlukan pertolongngan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan
(memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang
menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan,
peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang
bertakwa. (Al-Baqarah, 2: 177)
Akhlaq yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi
iman yang tidak disertai oleh akhlak. Sebuah athar menyatakan (antara lain, bermaksud):
Bukanlah iman itu hanya dengan cita cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam
hati dan dibuktikan dengan amalan
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah ditanya: Apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan
akhlaq (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab: Akhlaq yang buruk (Suul
khalq).
Diriwayatkan dari Annawas bin Saman ra. berkata, Saya bertanya kepada Rasulullah saw. Tentang
bakti dan dosa, maka jawab Nabi saw. Bakti itu baik budi pekerti, dan dosa itu ialah semua yang
meragukan dalam hati dan tidak suka diketahui orang. (HR. Muslim)
Abu Darda berkata, Bersabda Nabi saw, Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang
mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik). (HR. At Tirmidzi)
Aisyah ra. Berkata, Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya seorang
mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus
menerus berpuasa dan solat malam. (HR. Abu Daud)
Jabir ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan
terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat
aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong
dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya. (HR. At Tirmidzi).
Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk sentiasa memberi
komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan thariqah (jalan) untuk membina
akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan

(tarbiyah). Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk,
masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan
Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang
sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru menjadi punca
lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan akhlak yang berlegar di sekeliling
kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama.
Keruntuhan yang tidak dikawal pada satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan
nafsu, lantas melupakan terus Pencipta Yang Maha Esa.

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi
mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu
memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat
membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.

Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam
jiwanya. Allah Subhanahuwataala berfirman :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri.(Ar-Rad: 11)
Di antara ciri-ciri akhlaq yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang
muslim yang benar adalah akhlaq-akhlaq berikut:

1.

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga
perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadith
Rasulullah yang berbunyi:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan
haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak
diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang
kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh
kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya.
Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah
ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila

ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah
yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dalam hadith baginda (antara lain, bermaksud):

Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia
meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia
meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan
2.

Memelihara penglihatan.

Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang
diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang
syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini AlQuranul Karim mengingatkat orang orang mumin supaya memelihara diri dari penglihatan yang
tidak memberi faedah, firman Allah SWT:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (An-Nur: 30)
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pula bersabda (antara lain, bermaksud):

Pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis


Baginda juga mengingatkan (antara lain, bermaksud):

Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah
akan menghodohkan wajah kamu.(Hadith Riwayat At Tabrani)
3. Memelihara Lidah
Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yng tidak berfaedah,
perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji
dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. ketahuilah, seorang mukallaf itu
sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan
kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut
sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa

kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya
adalah jarang.

Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang menerangkan


keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain):

Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek)
lidahnya.( Hadith riwayat Al Tarmizi)
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam juga bersabda:
Bukanlah ia seorang mumin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadith
riwayat At Tarmizi)
Sabda baginda lagi:
Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak
kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling
layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
4. Bersifat Pemalu.
Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak
seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia
tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan
suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.
Diceritakan dari Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bahawa baginda adalah seorang yang sangat
pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:


Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah
ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah
menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman
Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: Hakikat malu itu ialah sifat yang
menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak
orang lain.
5. Bersifat Lembut dan Sabar
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah, sifat
sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara

yang tidak menyenangkan, malah jalan dawah sememangnya penuh dengan kepayahan,
penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halanganhalangan ini
sering dihadapi oleh para petugas amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan
menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dawah.

Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang
amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dawah kepada seluruh lapisan manusia yang
berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Dai akan menyampaikan dawahnya kepada
orang-orang jahil dan orang-orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan yang emosional (sensitif),
orang yang mudah bertolak ansur dan yang keras kepala, orang yang tenang dan yang mudah
tersinggung. Oleh yang demikian ia wajib menyampaikan dawah kepada semua golongan itu sesuai
dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki
jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi,
ketabahan dan lemah lembut.

Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkan agar
seorang dai itu berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati.

Arahan-arahan Dari Al-Quran:


Di antara arahan-arahan al-quran ialah:

Firman-firman Allah:

Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk
hal-hal yang diutamakan.(Al-Syura, 42: 43)
Maafkanlah mereka dengan cara yang baik (Al-Hijr, 15: 85)
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas. (Az-Zumar, 39: 10)
Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah
mengampunimu? (An-Nur, 24 : 22)
Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang
mengandungi) keselamatan. (Al-Furqan 25 :63)
Arahan-arahan dari hadith-hadith Nabi.
Di antara arahan-arahan dari hadith-hadith Nabi ialah:

Sabda-sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (yang bermaksud, antara lain):

Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta
bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya.
Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan
(kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab:
Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil,
maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan
pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya
terhadap kamu.
Apabila Allah Subhanahuwataala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada
hari itu pun menyeru; Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan. Baginda bersabda:
Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak
dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya:
Apakah keistimewaan kamu. Mereka menjawab: Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar,
apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut, lalu dikatakan kepada mereka:
Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal
Contoh-contoh praktikal dari Nabi:
1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan
perang) berkata: Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak
bertujuan mendapat keredhaan Allah. Setelah diceritakan kepada Rasulullah
Sallallahualaihiwasallam baginda bersabda:
Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar.
2. Anas Radiyallahu anh telah berkata:

Pada suatu hari Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai
kain selendang buatan najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah
belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan bekas di leher
baginda. Badwi tersebut berkata : Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada

di sisimu, lalu Rasulullah berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda:
Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya.
3. Abu Hurairah menceritakan:
Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam: Wahai
Muhammad bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan
harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau. Kemudian ia menarik kain selendang Rasulullah
sehingga meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah memerintahkan supaya
membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar.
4. Al-Tabrani menceritakan:
Bahawa seorang wanita berkata lucah (yakni ucapan yang menimbulkan berahi) kepada sekelompok
lelaki, kemudian ia lalu dihadapan Nabi Sallallahualaihiwasallam ketika Nabi sedang memakan roti
berkuah di atas tanah. Kemudian wanita itu berkata: Lihatlah kamu kepadanya, ia duduk seperti
seorang hamba abdi dan ia makan seperti seorang hamba abdi.
5. Abu Hurairah radiallahu anh menceritakan:
Bahawa seorang leleki berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat
yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya
berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat terhadap saya, saya berlemah-lembut
dengan mereka tetapi mereka bersikap keras terhadap saya. Lalu baginda bersabda : Jika
sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka
dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian.
6. Pada suatu ketika datang seorang yahudi menuntut hutang dengan Rasulullah dengan
berkata: Kamu dari Bani Abd.Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran
hutang. Ketika itu Umar Ibn Al-Khattab ada bersama dan ia hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu
Rasulullah berkata kepadanya: Wahai Umar, sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku
dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik.
7. Diriwyatkan bahawa Nabi Isa Alaihissalam bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) dari satu
kampung ke satu kampung yang lain kerana berdawah. Lalu di dalam dawahnya itu ia bercakap
kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang
buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia itu merasa hairan terhadap tindakan itu lalu
mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: Setiap orang itu
mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya.
Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas
para pendawah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan belapang dada khususnya apabila

cabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat-handai, orang-orang
yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat-sifat lemah-lembut, sabar dan
berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan
perpecahan serta perbezaan. Cukuplah oleh seorang pendawah itu mendapat apa yang diredhai
oleh Allah.

6. Bersifat Benar dan Jujur


Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri
sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang
paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang
memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat
menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari
sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh
menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih,
mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa
kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap
sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda (yang bermaksud, antara lain):

Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa
ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang
yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan
kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi
Allah sebagai seorang pendusta. (Muttafaqun alaihi)
7. Bersifat rendah diri
Seseorang Muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudaramaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang
miskin maupun yang kaya. Rasulullah SAW sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar
dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda (antara lain, bermaksud):

Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat
takbur. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam hadith qudsi Allah berfirman :

Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba
merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya. (Hadith Qudsi riwayat Muslim)

8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat


Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah
menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari
prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang. (Al-Hujurat, 49 : 12)
Allah berfirman lagi:

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mumin dan muminat tanpa kesalahan yang mereka
perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Al-Ahzab,
33 : 58)
Dan Rasulullah bersabda (antara lain, bermaksud):

Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya,
janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai
keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan
membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya. (Hadith riwayat Abu Daud)
9. Bersifat pemurah
Seorang muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya
pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara
memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang
berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di
dalam Al-Quran Al-Karim sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan
yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Diantaranya:

Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan
kepada mereka. (Al-Anfal, 8: 3)
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri
kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan

Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya
dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai. (Al-Baqarah, 2 : Ayat 272)
Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (antara lain, bermaksud):

Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua
malaikat lalu seorang darinya berdoa : Ya Allah, berikanlah ganti kepada si hamba yang
menafkahkan hartanya. Manakala malaikat yang ke dua berdoa : Ya Allah, berikanlah kebinasaan
kepada sihamba yang bakhil ini.
10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)
Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh
ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada
prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara
pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.
Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah
saw. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah "
( Surah al Ahzab : Ayat 21 )