Anda di halaman 1dari 17

SIAPAKAH PENCEROBOH DI LAHAD DATU?

Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan
Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada
satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki.
Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan
tersebut. - Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di TawiTawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli
SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang
tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka. - Sultan Bantilan II juga menghantar
mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan
ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke
Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan
bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI). - Tiga hari
sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di
Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat
dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang. - Menurut laporan dari TawiTawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka
mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang
dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka
dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada
pihak yang lebih besar main dibelakang mereka. - Kemudian beberapa hari kemudian mereka
telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17.
Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang
satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai
baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih
tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI
tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut
kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan
USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo. - Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak
diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau
tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem
Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu
memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya
mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak
tahun lalu. - Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama
mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu
melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang
dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun

kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan
tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan
Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan
berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin
berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat. - Malaysia nampaknya
panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat
sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk
mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula
spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan
kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah
demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah
kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam
perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari
Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak
lama lagi di Sulu-Mindanau. - Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari
jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti
ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu
ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya
diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah
sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada
mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak
walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh
MALAYSIA. - Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis
alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia
bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya.
Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan
buntal. - Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka
maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang
kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia
berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan
buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa
senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu
jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja
memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus
bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu
semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak
popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan
kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata
Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

KRONOLOGI
Krisis pencerobohan di pantai timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota
keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku sejak 9 Februari lalu sehingga hari ini:
9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung
dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari: Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan
tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100
lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari: Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di
kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi
atau dikenali Mad bon.
14 Februari: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan
melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan
tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga
Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan
'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan
Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Beliau juga berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja
Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut
selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan
kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat
'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain
menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British
ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari: Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat
dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa
sebarang pertumpahan darah.

24 Februari: Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk
membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di
Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari: Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap
kumpulan penceroboh itu.
28 Februari: Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan
Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu,
Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan
hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda
Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac: Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan
penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung
Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.Dua
belas penceroboh bersenjata terbunuh.
2 Mac: Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban
dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu tiba di
Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 12.43 tengahari.
Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor,
Jertih manakala jenazah Koperal Sabarudin Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar.
Pada hari yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melawat dua anggota
komando yang cedera iaitu anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl
Azman Ampong, 39, di Hospital Lahad Datu.
3 Mac: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kesengitan di Semporna
dengan penceroboh 'Kesultanan Sulu' berakhir dengan jumlah sebanyak 12 kematian,
termasuk enam anggota polis. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul,
Semporna, Sabah pada 2 Mac, jam 8 malam.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerajaan mengambil tindakan keras
terhadap pihak penceroboh.
4 Mac: Jenazah Supt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel
dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami dari cawangan khas IPK Sabah,
Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau, Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau dan
Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari BN 14 PGA Tawau dibawa ke kampung masingmasing.
Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul
Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari
Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie. Jenazah mereka tiba pada jam 7
petang.

Semasa sidang media di Manila, Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata pentadbiran
beliau akan meneruskan membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan
keamanan.
5 Mac: Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan
itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara".
Operasi diberi nama Ops Daulat.
Pada 11 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu
mencapai objektif yang ditetapkan.
Dalam sidang media lebih kurang pukul 2 petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.
Pada pukul 4 petang, Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi
susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di
kawasan itu.
Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau
tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
6 Mac: Dalam satu sidang media bersama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan
tiga belas mayat pengganas dari Selatan Filipina ditemui di Kampung Tanduo susulan operasi
menggeledah.
Korban itu termasuk seorang pengganas yang ditembak mati dalam satu pertempuran pada
6.45 pagi Rabu.
Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah kubur.
Polis juga telah menahan empat lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun yang
dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul,
Semporna.
7 Mac: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Sulu, mengumumkan
gencatan senjata pada pihak Kesultanan Sulu berkuatkuasa pukul 12.30 tengahari, menurut
jurucakapnya, Abraham Idjirani.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Lahad Datu, menolak gesaan
gencatan senjata dan mahu pengganas itu meletakkan senjata tanpa syarat serta serah diri.
Najib juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi
wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kawasan itu merangkumi daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.


Tan Sri Ismail Omar pula berkata setakat ini 52 orang pengganas Sulu termasuk ketua
kumpulan itu yang berpangkat jeneral, telah terbunuh dalam Ops Daulat.
Rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan terkejut serta jijik dengan tindakan tidak
berperikemanusiaan penceroboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah mencacatkan anggota
pasukan keselamatan negara yang terbunuh dipertempuran di Kampung Sri Jaya Siminul,
Semporna.
8 Mac: Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan
dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012.
Ismail berkata kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menceroboh Sabah dan
berkubu di dua kampung dekat Lahad Datu belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah
diri dan meletak senjata.
Beliau berkata, sehubungan itu, gerakan memburu saki-baki anggota kumpulan itu
diteruskan.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pihaknya masih menunggu
Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak
senjata tanpa syarat.
9 Mac: Keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun kedengaran beberapa bunyi siri letupan
dilepaskan di 'ground zero' selepas 24 jam tiada pertempuran dilaporkan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa seorang penceroboh ditembak
mati pada jam 8 pagi. Jumlah penceroboh yang ditembak mati adalah seramai 53 orang
manakala seramai 79 suspek sudah ditangkap.
Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan
pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini.
Pasukan forensik yang berpangkalan di timur Sabah akan melakukan bedah siasat mayatmayat di kawasan tersebut hanya selepas proses pembersihan selesai.
Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan perbincangan
dengan Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah.
Malaysia melalui Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi bagaimanapun menolak
tawaran oleh Jamalul Kiram itu.
10 Mac: Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja lelaki beusia antara 12 ke 15 tahun
ditembak mati manakala seorang lelaki dewasa cedera di bahagian kakinya apabila anggota
keselamatan Malaysia menembak sebuah belukar di Kampung Sungai Bilis pagi ini.
Beliau juga berkata dua orang lelaki dan tiga orang perempuan ditahan untuk siasatan di
tempat yang sama.

Manakala, di Semporna, enam orang yang dipercayai ada kaitan dengan penceroboh Sulu di
Sabah ditahan dalam dua kejadian yang berasingan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pula berkata dua anggota pasukan keselamatan
telah cedera ditembak peceroboh dalam satu kejadian berbalas tembakan di Tanjung Batu
yang bermula dari 8 malam hingga 4 pagi tadi (Sabtu).
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Malaysia mahu penceroboh Sulu ini samada
ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan mengikut undang-undang.
Manakala, sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan
apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung
Tanjung Labian.
11 Mac: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyatakan siasatan forensik masih
lagi dilakukan untuk mengenalpasti identiti mayat seorang pengganas Sulu yang berpangkat
Jeneral yang dipercayai sebagai Komander Haji Musa.
Siasatan dilakukan setelah pihak keselamatan menjumpai pakaian seragam pengganas Sulu
yang mempunyai pangkat Jeneral di kawasan operasi di kawasan Kampung Tanduo.
Gerakan operasi mopping-out kini giat diperhebat dan lebih menfokuskan kawasan
Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
Walaupun begitu, keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu dan Semporna yang tegang
sebelum ini telah kembali kepada keadaan normal dengan urusan perniagaan berjalan seperti
biasa dibawah kawalan pasukan keselamatan.
Usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat pengganas di kawasan operasi pihak keselamatan
masih lagi berlangsung.
Sehingga kini, 54 pengganas Sulu telah terbunuh dalam pertempuran dengan pihak
keselamatan namun hanya 22 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi
mopping-out di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.
18 dari 22 mayat pengganas Sulu yang kebanyakannya telah reput dan busuk telah dibawa ke
Hospital Lahad Datu manakala selebihnya pula telah dihantar ke Hospital Tawau untuk
proses bedah siasat.
97 orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan oleh polis sementara
125 orang ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi pihak keselamatan.
Polis turut menafikan pasukan keselamatan melakukan kekerasan dan kekejaman dengan
menyasarkan tembakan kepada kanak-kanak. Ini susulan seorang budak berumur sekitar 12
hingga 15 tahun terbunuh setelah ditembak pihak keselamatan di satu belukar di Kampung
Sungai Bilis Ahad lalu.
Penduduk tempatan pula diingatkan untuk tidak memasuki kawasan operasi pasukan
keselamatan

Sementara itu, keluarga Kiram sedia berundur pasukan militannya dari Lahad Datu demi
menghentikan konflik di kawasan itu dan wakil 'Sultan Sulu' telah memohon kebenaran untuk
ke Sabah demi berbincang untuk penyelesaian konflik berdarah itu.
12 Mac: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa
seorang tentera Malaysia terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung
Batu, Lahad Datu pagi ini semasa diserang hendap oleh kumpulan pengganas
Beliau juga berkata dalam pertempuran itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seorang lagi anggota tentera meninggal
dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.
Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam
pertempuran pagi tadi. Beliau berkata seorang lagi penceroboh yang terkena tembakan
sempat melarikan diri.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah Allahyarham Prebet
Mohd Hurairah Ismail yang maut dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu
dijangka diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 4 pagi Rabu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan ehsan wang
tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah
dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan
penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam
daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun
Nasional) dan Amanah Ikhtiar.
Sementara itu, adik Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II sedang berusaha mendapatkan
penjelasan daripada kerajaan Malaysia ketika pasukan keselamatan negara terus memburu
pengganas di Lahad Datu.
13 Mac: Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan
selamat dikebumikan di kampong halaman masing-masing.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua anggota tentera yang
terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib percaya ketua kumpulan penceroboh militan
Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dua lagi mayat
pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung
Batu semalam ditemui hari ini.
Beliau berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan
sepucuk pistol Colt.45.
Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membawa masuk beberapa
aset-aset pertahan mereka dalam mengukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk

helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel
Carrier).
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menggembleng
guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha
Operasi Daulati.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang remaja berumur 12 tahun yang
ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai
pertalian dengan salah seorang lelaki yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.
Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Liow berkata pihaknya sudah
menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat penceroboh Sulu.
14 Mac: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang lelaki yang membawa
bungkusan yang mengandungi dua bilah pedang samurai serta tiga parang panjang ditahan
oleh pihak polis semasa suatu sekatan jalan di Jalan Tanjung Labian, Lahad Datu kerana
dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak pengganas.
Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung isu
Lahad Datu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata seramai 35 pengikut waris Jamalul
Kiram III yang ditahan di Filipina semalam akan didakwa di mahkamah negara itu dalam
masa terdekat.
Ahmad Zahid juga berkata Gazmin telah memberi jaminan bahawa Filipina akan memberi
kerjasama jangka masa panjang untuk menyekat orang-orang mereka daripada memasuki
perairan Malaysia secara haram.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan juga diumumkan akan kini bertanggungjawab
menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah
tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak menolak
kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi
menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden
pencerobohan di Lahad Datu.
Juga, Kementerian Kesihatan mengumumkan akan menyediakan sebuah hospital bergerak
terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu bagi menampung keperluan dan perkhidmatan
kesihatan di zon konflik itu.
15 Mac: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri
dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berkata Azzimudie
dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di
Selatan Filipina.

Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat


yang diterima daripada sumber risikan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota pasukan
keselamatan menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo.
Menurut beliau, kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan
sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.
Hamza berkata setakat ini 61 orang Sulu telah ditembak mati dan 27 mayat telah berjaya
dikeluarkan dari tempat pertempuran.
Polis juga telah menahan lapan pemuda dari Filipina yang menaiki bot laju untuk memasuki
kawasan operasi di Kampung Sungai Bilis semalam.
Hamza berkata pemuda-pemuda itu yang berusia dalam lingkungan 17 ke 18 tahun cuba
membawa 300 bekas air kosong dan wang tunai 369,000 pesos (RM28,300).
16 Mac: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menyatakan satu
mesyuarat berhubung kawasan yang dipanggil Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)
akan diadakan segera bagi membincangkan perkara berhubung penubuhan kawasan
keselamatan khas Sabah.
Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengenai penubuhan ESSCOM untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semasa sidang media di Lahad Datu hari ini
mengatakan Malaysia akan memastikan ketua pengganas Sulu, Azimuddie Kiram dihadapkan
ke muka pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas perbuatannya.
Menurut beliau kerjasama diantara kerajaan Malaysia dan Filipina akan dapat memastikan
Azimuddie dihadapkan ke mahkamah jika dia ditangkap.
Pada sidang media yang sama, Hamza menegaskan bahawa pasukan keselamatan perlu
memastikan kawasan penduduk betul-betul selamat sebelum membenarkan mereka kembali
ke rumah masing-masing.
Ini kerana kawasan tersebut dikhuatiri terdapat jerangkap ditinggalkan musuh serta kesan
serangan yang dilakukan pihak keselamatan.
Sementara itu anggota keselamatan hari ini telah menahan seorang lelaki yang dipercayai
pengganas Sulu di kawasan Felda Sahabat 17.
Menurut Hamza, suspek ditahan pada pukul 6.30 pagi ketika pasukan keselamatan sedang
menjalankan operasi dan suspek telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan
lanjut.
Operasi mopping-out atau penggeledahan masih lagi diteruskan dan kawasan operasi telah
tertumpu ke kawasan Tanjung Batu.

Selain dari pemeriksaan rumah ke rumah, pasukan keselamatan juga menumpukan usaha
penggeledahan di kawasan ladang kelapa sawit dan hutan belukar.
Berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di Filipina membiayai keluarga Jamalul
Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan
maklumat daripada kerajaan Filipina.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau ada membaca kenyataan setiausaha pertahanan
Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti
berhubung insiden itu.
Dalam satu kenyataan di Perak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menyangkal dakwaan media Filipina kononnya disekat daripada mendapat gambaran sebenar
Operasi Daulat di Lahat Datu.
Menurut beliau, kerajaan akan berbincang bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini
melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan.
17 Mac: Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim memberitahu pemberita pada sidang
media di Lahad Datu hari ini bahawa anggota keselamatan negara telah bertembung dengan
kumpulan musuh yang terdiri dari empat orang.
Seorang daripadanya telah berjaya ditembak mati pada pukul 10:15 pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata saki-baki musuh dilihat sudah bergerak
dalam kumpulan kecil dan beliau berharap orang ramai tidak memasuki kawasan operasi.
Beliau menambah, hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu
yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.
Pada sidang media yang sama, Hamza berkata setakat ini seramai 104 orang telah ditahan
dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) manakala 241
orang lagi telah ditahan dibawah akta-akta lain.
Selain itu beliau berkata proses menjejaki musuh, pemeriksaan dan pengeledahan sedang giat
dijalankan dan Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan serta selamat dari
pengganas Sulu secara sepenuhnya esok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran hari ini
menyatakan keyakinan beliau bahawa pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar di kawasan
parlimen itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kesesuaian persenjataan termasuk logistik perlu
diambil kira agar pasukan keselamatan negara mendapat kelengkapan alatan kententeraan
yang sesuai mengikut keadaan.
18 Mac: Pasukan keselamatan telah bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di kampung
Tanjung Batu, Felda Sahabat 22, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media pagi Isnin berkata pihaknya
percaya ada musuh yang cedera atau terbunuh tetapi beliau belum menerima laporan
mengenainya.
Sementara itu, kawasan persisiran pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama
pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru yang diperkukuh
dengan peningkatan kekuatan anggota pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan
Khas Timur Sabah (Esscom).
Cadangan itu akan dilaksana dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim
berkata, Ops Pasir yang dilaksanakan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB) bagi mengawal
1,400 kilometer pantai Sabah akan diteruskan walaupun Esscom diwujudkan.
Beberapa buah kereta perisai berantai yang tiba di Lahad Datu adalah untuk meningkatkan
kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.
Menurut Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar,
kereta-kereta perisai itu dibawa dari Semenanjung Malaysia untuk mengukuhkan lagi operasi
serta mendominasi kawasan-kawasan Tanjung Labian apabila operasi tamat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menolak kenyataan ketua pengganas, Jamalul
Kiram III mengenai genjatan sejata.
Katanya, beliau tidak pernah mempercayai kata-kata Kiram mahupun ahli keluarganya sejak
hari pertama lagi.
Hamza juga memaklumkan, dua pertempuran yang berlaku pagi tadi tidak mengakibatkan
sebarang kemalangan jiwa.
Kekuatan pasukan ketenteraan terus ditambah dalam usaha menghapuskan saki baki
penganas Sulu.
Petang tadi pula, sebanyak 17 kenderaan perisai jenis 'armoured personnel carrier' (APC)
Adnan tiba di Lahad Datu sebelum dibawa ke Felda Sahabat.
Kenderaan perisai itu tiba di bandar Cenderawasih dari Tawau kira-kira pukul 5 petang Isnin.
Dibawa dengan lori pengangkut, ia turut diiringi 17 trak tentera yang dipenuhi anggota
tentera.
Setakat ini jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012 masih 104 dan tangkapan bagi kesalahan-kesalahan lain, 240.
Mayat yang telah dikeluarkan pula sebanyak 28 dan jumlah musuh yang telah ditembak mati,
62.
Ops Daulat yang telah memasuki hari ke-14 telah mengorbankan sembilan anggota

keselamatan negara, manakala sembilan lagi cedera.


20 Mac: Lapan lelaki Filipina telah didakwa di Mahkamah Majistret sementara di ibu pejabat
polis Lahad Datu kerana melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong dan penglibatan
dalam aktiviti keganasan.
Suspek yang berusia antara 17 dan 67 tahun telah didakwa bawah Seksyen 130 Kanun
Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas dan di bawah Seksyen 121 akta yang
sama kerana melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong.
Ia adalah tuduhan pertama yang sedang dijalankan di tengah-tengah pencerobohan pengganas
Sulu di Lahad Datu.
Kes itu bagaimanapun telah dipindahkan kepada ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Dalam perkembangan yang sama juga, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar berkata bedah siasat pada 28 mayat pengganas Sulu telah siap dan untuk mengelakkan
faktor kesihatan dan ruang yang tidak mencukupi di rumah mayat Hospital Lahad Datu dan
Hospital Tawau, semua mayat akan dikebumikan di lokasi sementara yang tidak didedahkan.
Selain itu, Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata
operasi mopping-out'oleh pasukan keselamatan di kawasan kampung Tanjung Batu akan
mengambil beberapa hari lagi sebelum penduduk kampung dibenarkan untuk kembali ke
rumah-rumah mereka.
Pada masa yang sama juga, satu mayat musuh telah ditemui dan ia dipercayai bahawa lelaki
itu dibunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 6 Mac.
Mayat tersebut akan diambil keluar dari kawasan itu hari ini.
21 Mac: Satu pertempuran di kampung Tanjung Batu berlaku tengahari semalam
menyebabkan seorang musuh dibunuh dan seorang wanita telah berjaya ditangkap oleh pihak
keselamatan.
Ketua Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kepada
pemberita, seorang anggota ATM tercedera kerana terkena serpihan peluru di jari kiri semasa
satu pertempuran pada pukul 11:30 pagi semalam.
Walaubagaimanapun, anggota ATM tersebut berada dalam keadaan stabil setelah
pembedahan mengeluarkan serpihan peluru itu telah selamat dilakukan.
Sementara itu, lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur
hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli
kumpulan pengganas, hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau.
Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan mahkamah tersebut yang
telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.
Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Hanya pekerja mahkamah dibenar masuk
ke mahkamah manakala wartawan hanya dibenar berada di luar kawasan.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dilihat memasuki mahkamah pada pukul 8.23 pagi.
22 Mac: Polis telah menyiasat insiden yang berlaku di Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu
namun masih tidak dapat memastikan insiden itu ada kaitan dengan pengganas atau tidak.
Ini berikutan susulan sebuah rumah di kampung itu yang dijilat api pada malam Khamis dan
pihak berkuasa mempercayai kejadian tersebut lebih menjurus kepada kecuaian pemilik
rumah tersebut.
Dalam satu sidang media di Lahad Datu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok
Lian mengesahkan kejadian tersebut namun menafikan adanya tembak menembak berlaku
pada kejadian itu.
Sehingga kini, tiada petunjuk yang kukuh menunjukan kejadian itu berpunca dari angkara
pihak pengganas.
Pihaknya telah meletakan beberapa anggota keselamatan di kampung itu demi untuk
meyakinkan penduduk tentang faktor keselamatan.
Sehingga hari ini, jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan masih lagi kekal sebanyak 63
orang manakala mayat musuh yang telah dibawa keluar dari kawasan konflik juga kekal
dengan 30 mayat.
Jumlah anggota keselamatan negara yang gugur di medan pertempuran juga masih lagi tidak
berubah iaitu sebanyak 10 orang.
Dalam masa yang sama juga, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama-sama
dengan pegawai pejabat daerah telah mula membuat penilaian kerosakan harta benda di
kawasan-kawasan terlibat di Lahad Datu bagi mentaksirkan jumlah kerugian yang dialami
oleh mangsa.
Dalam masa yang sama juga, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu
berkata pendakwaan keatas lapan warga Filipina atas tuduhan pengganas dan melancarkan
perang terhadap Yang diPertuan Agong adalah tidak sah atas alasan Malaysia tidak
memiliki Sabah.
Namun, dakwaan Jamalul Kiram III telah disangkal dan diberi amaran oleh Peguam Negara
Tan Sri Gani Patail yang mengatakan bahawa Jamalul Kiram III juga akan didakwa atas
tuduhan yang sama andainya dia menjejakan kaki ke Sabah.
Malah beberapa peguam dan pengamal undang-undang turut bersetuju dengan tuduhan yang
dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap lapan suspek pengganas yang dihadapkan ke
mahkamah pada Khamis.

KEHENDAK PIHAK SULU

Untuk memahami apa kehendak Sulu,mari kita memahami sejarah perjanjian secara ringkas..
Mereka berkata SABAH adalah milik KIRAM sebab itu kiram 9 keluarga menerima
pampasan sebanyak rm5300 setahun. Menurut mereka Kiram adalah FILIPINO maka itulah
sebabnya Filipina adalah pemilik SABAH.
Kenyataan bodoh ini masih dipertahankan oleh Filipina dan diangguk oleh keluarga KIRAM
tanpa memahami KONTEKS penipuan HAKIM MAKASKIE terhadap KIRAM.
Bila Hakim Makaskie memukul tukul hakimnya bahawa 9 waris Kiram layak mendapat
agihan dari PAMPASAN itu maka adakah ini bermakna SABAH milik KIRAM dari 9
keluarga ini? TIDAK... Hakim Makaskie menamakannya PAMPASAN bukannya wang
PAJAKAN. Inilah helah British yg tidak disedari oleh KIRAM.
Sepatutnya Hakim makaskie memilih antara dua anak lelaki Rajamuda Mawallilwasit bin
Sultan Jamalul Alam menjadi SULTAN SULU sebagai ketua KERAJAAN SULU untuk
layak menerima WANG PAJAKAN (sewaan) itu. Wang pajakan bukan harta peribadi, ianya
termasuk dalam harta negara. Yang mana RAKYAT SULU keseluruhan berhak menerimanya
sekali bersama Sultan mereka.
Helah Hakim Makaskie ialah melantik kesemua waris yg menuntut itu seramai 9 orang agar
tiada lagi SULTAN SULU. Hal ini tidak disedari oleh KIRAM. Kerana dalam penghakiman
ini tiada satu pun dari pihak Datu Punjungan dan Datu Esmail I yg disebut sebagai SULTAN
SULU.
Maka itu WANG PAJAKAN disebut oleh Hakim Makaskie sebagai WANG PAMPASAN
waris Sultan... bukan SULTAN SULU.
Nota dari orang Sulu :
INSIDEN DI LAHAD DATU Kita melihat kejadian di Lahad Datu dari 2 aspek :
1. Konflik Sejarah.
- Sultan Sulu masih menganggap SABAH dibawah kekuasaannya, walaupun mereka gagal
memberikan bukti bertulis atau membawa kes ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
2. Memancing campur tangan Kuasa Luar.
- Sepertimana yang diketahui, negara asing memang berminat mewujudkan satu keadaan
tidak aman di Malaysia. Ini ditambah lagi dengan agen-agen asing yang dilantik dengan
saluran dana berjuta-juta dolar kepada pertubuhan NGO yang diragukan identiti mereka.

Kesimpulan : Pertumpahan darah bukanlah satu jalan terbaik. Kerajaan Malaysia melalui
ATM dan PDRM serta Majlis Keselamatan Negara pastinya mempunyai taktikal yang
mempunyai beberapa option seperti:a) Rundingan
b) Pujuk rayu
c) Diplomasi antara negara
d) Serangan bersenjata.
Ingat, peristiwa di Bukit Jenalek Perak (Kes Al-Maunah), PDRM dan ATM telah
menggunakan pelbagai kaedah sebelum tindakan senjata dilaksanakan.
Perlu diberi perhatian, yang MULA melakukan PENCEROBOHAN adalah kumpulan
TENTERA SULTAN SULU. Dan mereka telah diajak serta dipujuk untuk keluar. Sayugia
diberi perhatian, mereka BUKAN RAKYAT MALAYSIA.
.... APA PUN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG
MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH SEBELUM MELAKSANAKAN TINDAKAN
BERSENJATA!!!
Misteri... apakah rahsia perjanjian Najib dan Filipin antara MILF yang masuk berita baru
baru ini??
WAJARKAH kami rakyat SABAH untuk masih bertuankan KESULTANAN SULU yang
jelas2 telah mengkhianati rakyatnya di sabah dengan mangadaikan negeri sabah pada
BRITISH...?
MEMBIARKAN kami berjuang sendiri mempertahankan tanahair SABAH sewaktu peristiwa
KONFRANTASI dulu....membiarkan kami menentang komunis,membiarkan kami
menentang penjajahan jepun,membiarkan kami membangunkan ekonomi kami sendiri
sehingalah warga2 SULU itu tertarik kembali untuk menuntut sabah....
MAMPUKAH SULTAN SULU untuk membangunkan sabah sepertimana sekarang
sedangkan wilayahnya di MINDANAO itu tetap MUNDUR sehinggakan rakyatnya sendiri
sanggup menjadi pendatang asing,disumbat di rumah merah malah dirotan semata mata
melarikan diri dari kepompong kemiskinan disana..
WAJARKAH kami untuk MENDAULATKAN mereka yang tidak berjuang untuk keamanan
kami di SABAH namun sebaliknya mewujudkan kekecohan,ketakutan malah menconteng
arang dimuka kami....mengapa tidak diadakan UNDIAN/PUNGUTAN SUARA dari
PERIBUMI asli sabah dan DAYAK2 BORNEO samaada masih ingin BERSULTANKAN
RAJA RAJA SULU atau memalingkan kesetiaan kami kepada RAJA RAJA MELAYU??