Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Pendidikan jasmani suaian adalah direka khas untuk kanak- kanak yang mengalami
kecacatan dari segi mental mahupun fizikal serta kanak- kanak yang tidak mempunyai
keupayaan seperti seorang manusia yang normal. Ianya merangkumi perkembangan
kecergasan fizikal dan lakuan motor, perkembangan kemahiran motor, dan perkembangan
kemahiran dalam akuatik,tarian, sukan dan permainan secara individu atau kumpulan. Terdapat
dua komponen penting untuk pendidikan jasmani suaian bagi kanak- kanak kurang upaya iaitu
mengembang dan melaksanakan Individual Education Program (IEP) dan mengajar kurikulum
pendidikan jasmani yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan di Malaysia.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK-KANAK KURANG UPAYA
(BERKEPERLUAN KHAS)
Antara kepentingan pendidikan jasmani bagi kanak- kanak kurang upaya ialah untuk
perkembangan keseimbangan, diskriminasi dan integrasi deria, dan fungsi deria-motor. Selain
itu, perkembangan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Perkembangan kemahiran
mengawal objek. Perkembangan bermain, kesenggangan, rekreasi,sukan dan kemahiran
kecergasan fizikal. Perkembangan kecergasan fizikal untuk kehidupan seharian dan kesihatan.
Menghalang dan menguruskan keadaan kesihatan diri. Perkembangan kemhairan pergerakan
untuk hidup berdikari.
TENAGA PENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Tenaga pengajar pendidikan jasmani suaian ialah guru yang berperanan untuk
membimbing murid-murid tersebut dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang dan cuba
mencapai objektif yang telah ditetapkan dan cuba membantu mereka melakukan aktiviti fizikal
pada tahap yang paling maksimum. Tenaga pengajar pendidikan jasmani suaian telah dilatih
dan dinilai dengan sangat baik bagi melaksanakan program yang melibatkan kemahiran fizikal
kanak- kanak kurang upaya. Antara tingkah laku atau ciri-ciri seorang tenaga pengajar
pendidikan jasmani suaian yang baik ialah bersama merancang program pembelajaran dan
pembelajaran secara kolaboratif, merancang dan melaksanakan penilaian kanak- kanak
berkeperluan khas, berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi, memberi layanan dan
bimbingan yang adil, melakukan aktiviti yang memerlukan kanak- kanak merasai dan
melakukan sendiri pengalaman pembelajaran (hands-on teaching),memberi bimbingan dan
sokongan kepada kanak- kanak berkeperluan khas, memastikan kanak-kanak kurang upaya
terdedah kepada program kesihatan bagi mengurangkan hypertension, obesity, diabetes,
masalah kardiovaskular.
NAMA AHLI KUMPULAN 2: 1. NURUL AMIRAH BINTI HAZIZi (PJK2) 2. NURUL AMILIANI BINTI AZMI (PJK 2)
3. NOR BAHIAH BINTI SAMSUDIN (PJK 1)

Anda mungkin juga menyukai