Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

PROGRAM KERJASAMA ANTARA


SK SULTAN ABU BAKAR 2 MUAR
DAN UNIT KAUNSELING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR 2015

Tarikh:

Sabtu, 1 Ogos 2015


Tempat:

Dewan Puteri Emas, SK Sultan Abu Bakar 2 Muar

Anjuran:

Unit Hal Ehwal Murid


SK Sultan Abu Bakar 2

Dengan kerjasama:

Unit Kaunseling dan Kerjaya


Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

1.

PENGENALAN
Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam, Penguasa pada percaturan hidup manusia.

Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, idola mukmin sedunia. Di dalam usaha
melestari generasi berpengetahuan, menunjang agama jua menggilap potensi kini agar terus
memiliki sahsiah dan akademik seiring generasi milenia, sesuatu perlu dilakukan.
Program Kerjasama Antara SK Sultan Abu Bakar 2 Muar dan Unit Kaunseling Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor 2015 merupakan salah satu program yang telah dirangka dan
akan dijadikan sebagai permulaan kepada program tahunan SK Sultan Abu Bakar 2 Muar.
Program ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada murid Tahap 2 tentang kepentingan
sahsiah dan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka. Program ini banyak menyumbang
ke arah menyuntik semangat belajar dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan
terutama dalam peperiksaan.
Sehubungan itu, program ini diharap dapat memberi impak positif dalam diri murid. Ini
kerana program ini dicetus dan diilhamkan bagi memberi kesedaran dalam kalangan murid
tentang peranan dan tanggung jawab mereka sebagai murid sekolah di samping menggalakkan
pembabitan mahasiswa universiti dalam membimbing anak-anak didik ini bersahsiah terpuji
serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
2.

OBJEKTIF
Antara rasional / objektif program ini ialah :1. Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar
dalam menimba ilmu pengetahuan.
2. Mewujudkan murid yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin.
3. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan
cabaran hari ini.

emosi murid untuk menghadapi

4. Melahirkan murid berakhlak mulia dan terpuji seiring generasi berpengetahuan.


3.

NAMA PROGRAM
Program Kerjasama Antara SK Sultan Abu Bakar 2 Muar dan Unit Kaunseling Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor

4.

TARIKH / HARI / MASA


1 Ogos 2015 (Sabtu) / 7.30 pagi

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

5.

TEMPAT
SK Sultan Abu Bakar 2, Muar Johor

6.

PENYERTAAN
Peserta Tahun 4, 5 dan 6 (52 orang)

7.

AHLI JAWATANKUASA
Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama guru akan diadakan untuk mewujudkan
jawatankuasa kerja untuk menjayakan program ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan
adalah seperti berikut:-

8.

1. Pengerusi

: Pn Zariah Binti Mairaj (Guru Besar SK SAB 2)

2. Tim. Pengerusi 1

: Pn Faizah Binti Muhammadun (PK Pentadbiran)

3. Tim. Pengerusi 2

: Encik Azman Bin Abu Hassan (PK HEM)

4. Tim. Pengerusi 3

: Pn Noraini Binti Abu (PK KK)

5. Setiausaha

: Pn Hawati Binti Hasan

6. Naib Setiausaha

: Pn Khalijah Binti Mohamed Yasin

7. Bendahari

: Cik Sharini Binti Mezelan

8. Ahli Jawatankuasa

: Semua Guru SK Sultan Abu Bakar 2

TENAGA PENCERAMAH
Pihak sekolah akan menjemput penceramah dari Unit Kaunseling Universiti Teknologi
Malaysia Skudai Johor untuk menyampaikan motivasi yang menjurus ke arah meningkatkan
kesedaran dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan pelajaran.

9.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1

10.

PERBELANJAAN PROGRAM
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK SAB 2 - Rujuk Lampiran 2

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

11.

PENUTUP
Harapan kami, semoga program bagi kepentingan bersama ini mendapat
sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua peringkat masyarakat sama ada
secara langsung atau pun sebaliknya. Selain itu, program khidmat sosial seperti inilah
adalah tapak yang terbaik bagi golongan mahasiswa, dewasa ini menunjukkan serta
membuktikan keperihatinan mereka terhadap masyarakat dan khususnya kepada murid
sekolah rendah.
Sokongan secara lisan, tenaga dan kewangan dan apa jua bantuan amatlah
diharapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha kecil
ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Disediakan oleh :

(Pn Hawati Binti Hasan)


Setiausaha Program Motivasi
SK Sultan Abu Bakar 2 Muar

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

Lampiran 1

Tentatif
7.30 am
8.00 am
9.00 am
10.00 am
10.30 am
12.00 pm

Pendaftaran Peserta
Taklimat
Ceramah 1
Kudapan
Ceramah 2 - LDK
Makan Tengah hari dan bersurai

Lampiran 2

Kertas Kerja Program Motivasi 2015

Belanjawan
BELANJAWAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SAB 2, MUAR
Perkara
Makanan : Sarapan
: Makan tengah hari
Tag/fail/booklet
Sijil
Kertas A4, Kertas Mahjung, Pen Marker

RM
52 peserta x RM3.00
52 peserta x RM6.00
52 peserta x RM2.00
52 peserta X RM1.00
JUMLAH BESAR

Jumlah(RM)
156.00
312.00
104.00
52.00
100.00
724.00