Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR


(2 JULAI 2010 / 19 REJAB 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya
berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama
kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT
di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat
kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di
sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi
reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar
kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia
yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang
berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda1

petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu
detik yang dinamakan kiamat.
Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala
yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS
sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang
berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita
sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan
oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:

Maksudnya: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan


apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang
diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu.
Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu
tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau
timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang
Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari
hisab. Menurut Imam Ghazali: Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha
luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu
manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok
kayu untuk dijadikan tempat berteduh.
Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan
semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau
seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang
bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu
manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak
menyelamatkan diri masing-masing.
Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di
hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak
dalam tiga bentuk, Pertama: manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan

sudah tersedia untuk membawa mereka, Kedua: manusia yang berjalan kaki dan
Ketiga: manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.
Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi
manusia ketika berada "di bumi al-Mahsyar ," masing-masing sibuk dengan hal
tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam
lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas
kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh
yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk
ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu
tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging
bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.
Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama
mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada
pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut
tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka sudah merasa terlalu lama
berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap
dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada
siapa.
Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang
menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir
makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, tidak
adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan
hukuman?. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan
daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat
kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak
mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.
Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik
tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat
naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat
3

dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka
semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan
perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui
perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun
dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota
dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud:"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di


mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang
umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa
digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara
apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai
dengan apa yang telah diketahuinya?"(At-Tirmizi)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam
sekalian insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di Padang
Mahsyar amat dahsyat yang memakan masa ratusan tahun. Marilah kita semasa
masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan
muhasabah diri,

sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian

prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT
dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Muhasabah
ini penting supaya buku rekod catatan amalan akan menunjukkan amalan yang
cemerlang di Padang Mahsyar dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Buku rekod amalan yang baik akan diberi melalui tangan kanan. Manakala
mereka yang mempunyai buku rekod yang penuh dengan dosa maka buku rekod
diberi melalui tangan kiri.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT
dalam surah Ibrahim ayat 42-43:

Maksudnya: Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang
dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan
mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka.
Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak
berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.

Anda mungkin juga menyukai