Anda di halaman 1dari 28

1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

KEDUDUKAN DAN PERGERAKAN ASAS


7.1
POSISI ATAU POSTUR PERSEDIAAN
Ini merupakan posisi atau postur persediaan untuk semua pergerakan dalam
permainan badminton. Pemain sepatutnya:
Memastikan berat badan mereka condong ke hadapan sedikit.
Berada di atas bebola atau di hujung kedua-dua kaki secara seimbang.
Bengkok sedikit di bahagian lutut.
Mempunyai kedudukan kaki yang bergerak dengan sedikit dan ringan.
Jarak kaki selebar bahu.
Raket di hadapan badan dan raket kapala atas.
Siku dalam keadaan relaks dan jauh dari badan.
Memerhatikan pihak lawan dan bulu tangkis (membuat antisipasi pukulan).

Rajah 7.1 Posisi atau postur persediaan


Posisi dalam Fasa Pertahanan
Semasa pertahanan, raket dipegang melintasi bahagian perut atau abdomen dan
mempunyai jarak yang sama bagi pukulan hadapan atau forehand dan kilas
atau backhand.

Rajah 7.2: Posisi dalam fasa pertahanan

7.2

POSISI DALAM FASA SERANGAN

Dalam serangan, kedudukan raket mesti dipegang di hadapan dan pada aras atas
kepala untuk tindakan serangan yang cepat ke atas hantaran pihak lawan yang lemah.
Posisi ini juga digunakan untuk menerima servis daripada pihak lawan.

Rajah 7.3: Posisi dalam fasa serangan

7.3
GERAK KAKI DALAM BADMINTON
Gerak kaki adalah kebolehan seseorang pemain badminton bergerak dengan cekap
dan lincah dalam gelanggang permainan. Pergerakan ini melibatkan banyak berhenti
dan mula, perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau bulu tangkis dan berbalik
kepada situasi asal bersedia (pusat operasi). Kebanyakan pergerakan asas adalah dari
arah sisi ke sisi, ke hadapan dan ke belakang. Pergerakan ke hadapan adalah lebih
senang berbanding pergerakan ke belakang atau ke sisi. Oleh itu, ramai pemain
merasakan senang dan cepat bergerak ke hadapan jaring berbanding bergerak ke
belakang. Jika seorang pemain mempunyai gerak kaki yang baik, imbangan pemain
akan sentiasa kekal, keyakinan pemain untuk bergerak ke seluruh gelanggang akan
meningkat dan kelajuan pergerakan dapat dipertingkatkan.

Pergerakan ke sisi membenarkan pemain bergerak dengan cepat ke hadapan


dan ke belakang, menukar arah, kedudukan dan mudah untuk menukar rentak
atau pace yang cepat dan membantu pemain membuat jangkauan yang baik. Secara
amnya, pergerakan ini merupakan satu atau dua lompatan pendek (skip) dan didikuti
dengan pukulan atau strike yang panjang.

Rajah 7.4 (a) Menjangkau ke kanan dengan satu langkah yang panjang
(b) Menjangkau ke kiri dari bawah secara kilas
Pergerakan ke Hadapan
Dalam kedudukan bersedia, cara yang paling cepat untuk bergerak ke hadapan adalah
dengan berlari. Jika pemain tersebut tinggi, pemain itu hanya memerlukan satu atau
dua langkah untuk sampai ke tengah gelanggang dan dua langkah untuk sampai ke
hadapan jaring. Berapa langkah yang diperlukan untuk sampai adalah tidak penting,
tetapi perlu diingatkan bahawa apabila bergerak ke hadapan, kedudukan badan perlu
betul dan raket mesti dipegang dalam posisi bersedia. Apabila mengambil bulu tangkis
ke hadapan, kepala raketlah yang akan menyentuh bulu tangkis. Oleh itu, keseluruhan
badan tidak perlu bergerak ke hadapan gelanggang. Pemain perlu menganggarkan
jarak yang sesuai untuk berhenti dan membuat satu langkah yang akhir ke hadapan
untuk berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan yang sepatutnya.
Pergerakan ke Belakang

Pergerakan ke belakang dari jaring boleh dilakukan secara berkesan dengan


berlari, skipping atau pergerakan mengejar. Walau apapun cara yang dipilih oleh
pemain, mereka memerlukan tiga tindakan asas iaitu:
1. Sebelum bergerak ke belakang, raket perlu ditarik paras bahu ke belakang dengan
memutar bahagian pinggang dan badan sebanyak 45.
2. Pastikan kedua-dua kaki berada rapat dengan lantai semasa bergerak.
3. Lakukan langkah yang besar pada langkah terakhir untuk membantu pemain berhenti
serta mengekalkan kestabilan dan imbangan

Berlari ke belakang boleh dicapai dengan menggerakkan kedua-dua belah kaki


secara berselang seli ke belakang. Semasa bergerak ke belakang, pastikan bahagian
atas badan dan kepala tidak banyak bergerak. Ini adalahuntuk mengekalkan imbangan
dan kedudukan badan yang baik. Apabila membuat skipping ke belakang, kaki yang
tidak mempunyai raket akan sentiasa berada di hadapan kaki satu lagi. Kaki yang
mempunyai raket akan menendang ke belakang setiap kali langkah dilakukan.

Pergerakan mengejar adalah hampir sama dengan pergerakan skipping tetapi ia


dilakukan dengan membawa kaki yang tidak mempunyai raket sebaris dan
bersebelahan dengan kaki yang ada raket. Ini diikuti dengan kaki yang ada raket
bergerak ke belakang dalam pergerakan yang berikutnya.

8.0
KEMAHIRAN ASAS
8.1
MEMEGANG RAKET
Cara raket badminton dipegang adalah sangat penting. Raket perlu dipegang dengan
betul untuk mendapatkan pukulan yang tepat dan berkesan.

8.1.1 GENGGAMAN
Berikut ialah cara-cara untuk memperoleh genggaman raket yang baik bagi pemain
tangan kanan:
1. Cara 1: Raket dipegang pada bahagian leher raket di tangan kiri bersudut tepat dengan
lantai. Pemain meletakkan tangan kanan dengan jari-jari terbuka ke atas tali raket.
Pemain menggerakkan tangan kanan dari atas raket melalui tangkai atau shaft raket ke
bawah pemegang raket atau handle. Jari-jari pemain akan menggenggam di sekeliling

pemegang raket apabila bahagian bawah tangan kanan sampai ke penghujung


pemegang raket.

2. Cara 2: Jurulatih atau seorang pemain memegang kepala raket dengan kedudukan
selari dengan lantai. Hujung pemegang atau handle raket dihulur kepada seorang
pemain yang akan menerima raket itu secara berjabat tangan.

3. Cara 3: Raket diletak di atas lantai dengan hujung batang raket dalam kedudukan sudut
tepat dengan permukaan lantai. Pemain akan mengambil raket tersebut seperti beliau
hendak membuat potongan ke atas kayu dengan menggunakan hujung batang raket.

Rajah 8.1: Cara-cara genggaman raket

Genggaman asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri berikut:


1. Pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atauhandle raket.
2. Jari-jari terbuka sedikit dan bahagian pemegang atau handle raket rehat di atas
bahagian sebelah bawah jari-jari.
3. Perlu diberi ruang di antara bahagian pemegang atau handle raket dan tapak tangan
supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain.
4. Keseluruhan bahagian pemegang atau handle raket tidak melepasi tangan.

5. Pastikan raket adalah sebahagian daripada tangan pemain.

Rajah 8.2: Genggaman asas


8.1.2 GENGGAMAN KILAS
Untuk memperoleh genggaman kilas atau backhandyang betul, pemain perlu:
1. Pegang raket seperti genggaman asas.
2. Genggaman mestilah relaks dan dipusingkan bahagian pemegang atauhandle raket
dengan jari-jari dalam anggaran 30 ke kanan.
3. Letakkan ibu jari di atas bahagian pemegang atau handle raket di bahagian belakang
raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal
raket.

Rajah 8.3: Genggaman kilas

8.1.3 MEMBUAT PUKULAN ASAS


Pergerakan membuat pukulan dalam badminton adalah serupa dengan pergerakan
membuat balingan secara bebas. Permainan pergelangan tangan memainkan peranan
yang penting dalam membuat pukulan asas dalam sukan badminton. Pergelangan
tangan yang boleh bertukar arah dari kanan dan kiri atau bengkok ke belakang atau ke
hadapan menentukan arah bulu tangkis akan bergerak di udara. Dengan memusingkan
tapak tangan, pergelangan dan forearm permukaan raket akan sentiasa bersudut tepat
dengan bulu tangkis.

Pukulan atas kepala adalah sama seperti membaling bola kriket dari sempadan.
Pukulan sisi lengan adalah sama seperti membaling seketul batu supaya ia bergerak
meluncur di atas permukaan air di sungai. Pukulan bawah tangan pula adalah seperti
membuat lambung bola tenis kepada pemain yang baru belajar memukul bola.

1.
2.
3.
1.
2.

1.
2.

Kawasan Membuat Pukulan


Kawasan pukulan atau stroke areas adalah berdasarkan posisi bulu tangkis dan
arasnya ketika ia dipukul. Pukulan dalam badminton bolah dibahagikan kepada tiga
kawasan pukulan iaitu:
Pukulan atas kepala atau overhead stroke.
Pukulan sisi lengan atau sidearm stroke.
Pukulan bawah tangan atau underarm stroke.
Ketiga-tiga pukulan atau stroke ini boleh dilakukan secara:
Pukulan hadapan (forehand):Ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis berada lebih ke
ruang di sebelah tangan raket.
Pukulan kilas (backhand): Ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis adalah lebih ke
ruang di sebelah tangan bebas.
Oleh itu, kedudukan pemain dan arah pergerakan bulu tangkis akan mempengaruhi
jenis pukulan dalam permainan badminton.
Pergelangan Tangan
Sebelum melakukan sesuatu pukulan atau stroke, pergelangan tangan perlu dibengkok
ke belakang atau mencekah.
55 cm hingga 65 cm sebelum membuat sentuhan dengan bulu tangkis, pergelangan
tangan perlu berada dalam keadaan relaks dan tidak mencekah. Ini adalah untuk
menambahkan lagi kelajuan pergerakan pergelangan tangan dan seterusnya kelajuan

pergerakan lengan memukul. Jika mengatur masa dengan betul, tindakan ini akan
menghasilkan kuasa pukulan yang kuat.
3. Untuk pukulan yang ada kuasa, memperdayakan dan curam, maka penggunaan
pergelangan tangan perlu dibengkok dengan tiba-tiba dan betul serta tepat mengatur
masa.

8.1.4 AYUNAN RAKET


Semasa membuat sesuatu pukulan atau stroke dalam badminton, terdapat empat fasa
yang penting, iaitu fasa ayunan raket ke belakang, fasa ayunan ke hadapan, fasa
semasa konteks dan fasa ikut lajak. Fasa-fasa ini merupakan keseluruhan pergerakan
yang dilakukan oleh semua pukulan dalam badminton.

Rajah 8.4; Ayunan raket untuk pukulan atas kepala

Ayunan ke Belakang
Apabila bulu tangkis berada pada ketinggian yang paling tinggi, raket akan diayun ke
belakang secara teguh. Dengan membengkokkan siku, kepala raket akan dibawa ke
bawah tulang belikat bahu kanan. Pada masa yang sama, pergelangan tangan berada
dalam keadaan mencekah. Tindakan tersebut meletakkan pemain dalam keadaan
posisi sisi dengan berat badan pemain di belakang kaki dan lututnya bengkok sedikit.

Rajah 8.5: Ayunan ke belakang

1.
2.
3.
4.
5.

Ayunan ke Hadapan
Apabila bulu tangkis mula turun, kepala raket dibaling ke atas untuk menemui bulu
tangkis. Pergerakan di bawah akan menunjukkan bagaimana tubuh badan pemain
bergerak semasa melakukan ayunan ke hadapan:
Pangkal tapak tangan akan mendahului dalam pergerakan.
Bahagian lengan akan diluruskan secara tiba-tiba.
Lebih kurang 0.5 m sebelum membuat sentuhan, pergelangan tangan tidak akan
mencekah.
Badan pemain akan ditolak ke atas supaya berat pemain akan digunakan dalam
pukulan.
Badan dan lengan adalah rapat dan dalam satu garis lurus. Ini bertujuan untuk memberi
kuasa dan kawalan dalam pukulan.

Lengan kiri bergerak dalam arah yang bertentangan dalam tindakan ayunan ke
hadapan atau ke belakang. Ini bertindak sebagai mengimbang balas pergerakan.
Lengan kiri juga digunakan oleh beberapa pemain sebagai panduan memperlihatkan
bulu tangkis semasa melakukan pukulan hadapan atas kepala

Rajah 8.6: Ayunan ke hadapan


Kedudukan Semasa Konteks atau Sentuhan
Kedudukan semasa konteks atau sentuhan adalah di sebelah kanan dan di hadapan
kepala pemain. Pada ketika itu, lengan yang membuat pukulan perlu lurus untuk
memastikan konteks berlaku pada ketinggian yang paling tinggi. Kepala raket dipukul
menuju dan melalui bulu tangkis dan muka raket adalah bersudut tepat dengan pangkal
bulu tangkis.

1.
2.
3.
4.

Rajah 8.7: Kedudukan semasa konteks atau sentuhan


Pukulan Ikut Lajak
Dalam pukulan ikut lajak:
Kepala raket akan terus melalui garisan lurus penerbangan bulu tangkis selama yang
boleh.
Kepala raket ditujukan ke arah kawasan yang ditetapkan.
Raket di bawah melintangi badan sehingga ketinggian pada aras pinggang.
Bagi kawalan yang baik, bulu tangkis dan kepala raket berkonteks seberapa lama yang
boleh mengikut aliran bulu tangkis.
Tindakan memindahkan berat badan ke hadapan kaki supaya tubuh badan adalah
bersudut tepat dengan jaring.

Rajah 8.8: Fasa ayunan persediaan, fasa sentuhan dan fasa pemulihan

Pemulihan
Raket diayun ke bawah melintangi badan dan berat badan dipindah ke hadapan kaki.
Pemain yang mempunyai imbangan baik akan bergerak dengan licin dan lancar ke
tengah gelanggang atau pusat operasi bersedia untuk mengmbil pukulan pihak lawan
sebelum pihak lawan dapat melakukan pukulan bulu tangkis.

Rajah 8.9: Fasa pemulihan

8.2
MEMBUAT SERVIS
Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain badminton
mestilah menguasai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis merupakan
kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut oleh pemain
bermula dari servisnya. Secara amnya, di dalam permainan badminton terdapat empat
jenis servis iaitu servis tinggi, servis rendah, servis flik dan servis kilas.

Servis Tinggi
Kemahiran servis tinggi biasanya digunakan dalam permainan perseorangan.
Tujuannya adalah supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang
gelanggang untuk membalas servis dan sukar untuk melakukan serangan. Ini akan
menyebabkan gelanggang sebelah hadapan pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul
dari tempat permulaan biasa atau belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke
ketinggian 22 hingga 30 kaki ke belakang gelanggang pihak lawan.

Pemain memegang raket secara pepat (forehand). Bulu tangkis dipukul setinggi
22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan
regu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.
Cara Membuat Servis
1. Dalam kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang, berat badan dipindah ke kaki
belakang. Bahagian kiri bahu pemain (tangan bebas) menghadap ke arah servis.
2. Raket diayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak semasa
raket diayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan sambil
mengilaskan badan untuk menghadap jaring. Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah
aras pinggang.
3. Dalam fasa ikut lajak, raket terus diayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu tangkis
yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras pinggang dan bahu
tangan bebas.

Rajah 8.10: Servis tinggi

Servis Rendah
Kemahiran ini amnya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu tangkis
dipukul supaya ianya melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan hadapan
gelanggang pihak lawan.

1.
2.
3.
4.
5.

Pemain memegang raket secara pepat atau forehand semasa melakukan servis
rendah. Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis rendah, pemain boleh
memendekkan sebanyak enam inci bahagian pemegang atau handle raket untuk
kawalan yang baik.
Cara-cara melakukan servis rendah:
Dalam kedudukan bersedia dan raket diayun ke belakang badan sedikit dan berat
badan dipindah ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket dikuncikan.
Semasa bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan seluruh
lengan mengayun bersama-sama ke hadapan.
Bulu tangkis disentuh di hadapan sedikit pada ibu jari kaki hadapan.
Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.
Ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.

Rajah 8.11: Servis rendah

Servis Flik
Servis flik adalah sama seperti servis rendah tetapi pada saat-saat terakhir pemain
akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Pukulan flik ke atas bulu tangkis
secukup tinggi melepasi pihak lawan atau penerima. Servis ini selalunya digunakan
dalam permainan regu dan merupakan variasi kepada servis rendah. Ia digunakan
sebagai satu tindakan untuk memerangkap pihak lawan secara mengejut. Untuk
memerangkap pihak lawan, laluannya adalah sama seperti servis rendah sehingga kirakira satu kaki sebelum raket menyentuh raket, pergelangan tangan dilonggar untuk
melakukan flik atau kuis.

1.
2.
3.
4.
5.

Rajah 8.12: Penerbangan bulu tangkis dalam servis flik (A) dan servis rendah (B)
Servis Kilas
Kemahiran servis ini dilakukan dengan memegang raket secara kilas. Servis ini
merupakan satu variasi kepada servis rendah pepat atauforehand. Ia biasanya
digunakan dalam permainan regu.
Cara membuat servis kilas:
Raket berada di hadapan badan dan siku (tangan yang memegang raket menghala ke
garisan tepi). Kepala raket dituju ke bawah di hadapan kaki kiri.
Tangan yang bebas memegang bulu tangkis di bawah sedikit dari aras pinggang.
Apabila bulu tangkis dilepaskan, gerakkan raket ke hadapan dan tolak bulu tangkis ke
hadapan melepasi jaring depan.
Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang.
Ikut lajak raket adalah singkat.

Rajah 8.13: Servis kilas

PERATURAN SERVIS
Servis adalah sangat penting dalam permainan badminton kerana setiap mata yang
dipungut oleh pemain bermula daripada servisnya. Oleh yang demikian, adalah penting
bagi setiap pemain memastikan bahawa cara melakukan servis adalah betul kerana ia
menjadi satu faktor untuk memenangi sesuatu perlawanan. Peraturan servis perlu

diambil perhatian oleh semua pemain. Perkara-perkara berikut boleh membatalkan


servis:
1. Bingkai raket berada tinggi dari aras pinggang semasa servis dilakukan.
2. Tidak keseluruhan kepala raket berada di bawah tangan pembuat servis.

Rajah 8.14: Peraturan servis


8.3
MEMBUAT PUKULAN
Membuat pukulan ataustroke playmerupakan kemahiran asas ketiga yang penting di
dalam permainan badminton selepas kemahiran membuat servis dan kemahiran
menerima servis. Sebagai kemahiran asas, setiap pemain perlu mengetahui cara untuk
membuat pukulan dan seterusnya dapat menggunakan sesuatu pukulan untuk sesuatu
situasi tertentu.

1. PUKULAN DERAS
Pukulan deras atau drive merupakan pukulan sisi badan. Bulu tangkis dipukul ketika ia
berada dalam kedudukan di antara atas bahu dengan pinggang pemain. Pukulan ini
digunakan sebagaai satu pukulan pertahanan dan kadangkala digunakan sebagai
serangan dalam permainan perseorangan atau regu. Pukulan ini dilakukan lebih kurang
di tengah gelanggang di garisan tepi dan pukulan adalah laju dan pipis. Kegunaannya
adalah sebagai pengganti smesy kerana bulu tangkis tidak boleh dipukul dengan baik

semasa menyerang atau kerana bulu tangkis telah jatuh daripada ketinggian jaring.
Pukulan ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu pukulan deras pepet atau pukulan
hadapan (forehand drive) atau pukulan deras kilas atau backhand drive.

1.
2.
3.
4.
5.

Pukulan Deras Hadapan


Kemahiran ini dilakukan di sebelah kanan sisi badan pemain (pemain tangan kanan).
Perlakuannya hampir sama dengan pergerakan membuat lemparan dari sisi badan
dalam permainan sofbol.
Langkah-langkah untuk membuat pukulan deras hadapan ialah:
Raket dibawa ke belakang dekat badan sebagai langkah bersedia.
Sambil membuat ayunan, kaki kanan (sebelah tangan raket) melangkah ke hadapan
dan badan direndahkan sedikit.
Semasa memukul bulu tangkis, lengan diluruskan dan sentuhan bulu tangkis adalah
kuat dan mendatar. Ketika itu, berat badan dipindahkan ke kaki hadapan.
Sentuhan raket dengan bulu tangkis berlaku di hadapan sedikit dari kaki hadapan pada
aras ketinggian jaring.
Ikut lajak mengikut aliran bulu tangkis seberapa lama sebelum mengayun raket di
hadapan badan dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk tindakan selanjutnya.

Rajah 8.16: Pukulan deras pepet atau hadapan (forehand)

1.
2.
3.
4.

Pukulan Deras Kilas


Pukulan deras kilas dilakukan apabila bulu tangkis menuju dari sebelah kiri pemain di
antara bahu dengan pinggang. Langkah-langkah untuk membuat pukulan deras kilas
ialah:
Raket dibawa ke belakang, bahu kanan diarahkan ke jaring. Siku menunjuk kea rah
bulu tangkis yang datang ke arah pemain.
Pada masa yang sama, kaki kanan bergerak ke hadapan menyilang dengan kaki kiri.
Ketika itu, berat badan adalah di kaki kiri pemain.
Semasa memukul bulu tangkis, ayun raket ke hadapan dengan tangan raket lurus.
Badan mengilas dan berhadapan arah jaring sambil memindahkan berat badan ke kaki
kanan.
Ikut lajak dan seterusnya kembali ke keadaan asal untuk tindakan selanjutnya.

Rajah 8.17: Pukulan deras kilas

2. PUKULAN BAWAH LENGAN


Pukulan Bawah Lengan Hadapan
Secara asasnya, pukulan ini adalah pukulan pertahanan dan digunakan untuk:
1. Memberi masa pemain pulih semula.
2. Dipukul jauh ke belakang gelanggang supaya pemain mempunyai masa untuk balik ke
pusatnya.
3. Dipukul jauh ke dalam kawasan pihak lawan bagi mengelakkan pihak lawan menyerang
dari pukulan.

Genggaman raket untuk pukulan ini adalah sama seperti genggaman asas. Kedudukan
kaki pemain semasa pukulan ini adalah seperti berikut:

1. Dalam kedudukan lunge dengan kaki kanan langkah ke hadapan kaki kiri sebanyak 0.6
m.
2. Kaki kanan mengarah ke bulu tangkis yang akan diambil.
3. Lutut dibengkokkan.
4. Kaki kiri dikeluarkan dengan hujung kaki menyentuh lantai.
Ayunan Raket ke Belakang
Raket ditarik ke belakang di sebelah sisi kanan dan di belakang badan. Lengan
dibengkokkan, pergelangan tangan dikunci dan raket melepasi aras bahu.
Ayunan Raket Ke Hadapan
1. Kepala raket dibawa dari bawah dan ke hadaapan.
2. Lengan diluruskan, pergelangan tangan dilonggarkan.
Sentuhan Pukulan
Sentuhan pukulan dilakukan bersebelahan dan di hadapan kaki kanan pemain.
Ikut Lajak
Tangan mengikut pergerakan lurus penerbangan bulu tangkis sehingga kepala raket
mencapai aras ketinggian kepala pemain.
Pemulihan
Dengan pukulan yang kuat dari kaki kanan yang bengkok, pemain cepat pulih dan
dapat balik ke posisinya.

Rajah 8.18: Pukulan bawah lengan hadapan

1.
2.
3.
4.

Pukulan Bawah Lengan Kilas


Genggaman kilas asas digunakan dalam pukulan ini. Pergerakan pukulan ini adalah
seperti berikut:
Kedudukan lunge ke hadapan kaki kanan di hadapan kaki kiri dalam jarak 0.6 m.
Kaki kanan mengarah ke bulu tangkis yang akan dipukul.
Lutut dibengkokkan.
Kaki kiri diregang keluar dengan ibu jari kaki menyentuh lantai.

Ayunan Raket ke Belakang


1. Kepala raket ditarik ke belakang dan di bawa ke sebelah kiri sisi badan pemain dan
kepala raket berada melebihi aras bahu.
2. Lengan dibengkokkan dan pergelangan tangan dikunci.
3. Tangan kanan berada dekat dengan bahu kiri.
Ayunan Raket ke Hadapan
Siku mengarah ke bulu tangkis, lengan diluruskan dan pergelangan tangan
dilonggarkan sebelum bulu tangkis disentuh.

Sentuhan atau Konteks


Sentuhan dilakukan pada sisi dan hadapan kaki kanan.
Ikut Lajak
Raket mengikut garisan penerbangan bulu tangkis, iaitu ke hadapan dan atas melepasi
aras bahu.
Pemulihan
Dengan tolakan kuat kaki kanan yang bengkok, pemain dapat pulih dengan cepatnya
dan balik ke pusat operasi dengan lancar.

Rajah 8.19: Pukulan bawah lengan kilas

3. PUKULAN JUNAM/ DROP


Kemahiran ini merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Bulu
tangkis dipukul dengan perlahan tetapi merupakan satu pukulan menyerang. Pukulan
junam dilakukan dari garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat dengan
jaring di sebelah gelanggang pihak lawan. Dalam permainan badminton, pukulan ini
digunakan sebagai gentian kepada pukulan lob bagi memaksa pihak lawan membuat
lambung dari bawah agar dapat melakukan smesy dan memaksa pihak lawan berada di
luar posisi.

1.
a)
b)
c)
d)

2.
a)
b)
c)
d)
e)
f)

1.
2.
3.
4.

Rajah 8.20: Pukulan junam


Rajah 8.20 menunjukkan cara-cara membuat pukulan junam seperti langkah-langkah
berikut:
Ayunan ke belakang
Raket dibawa ke bawah dan ke belakang dengan lengan dibengkokkan.
Pastikan raket dibawa di antara tulang belikat.
Siku di tangan bebas berada di atas.
Lengan dibengkokkan dan pergelangan tangan diketatkan.

Ayunan ke hadapan
Tangan ditolak ke hadapan dan atas dengan lengan lurus.
Pergelangan tangan dilionggarkan dan berat badan diayun ke hadapan.
Lengan diayun ke hadapan tetapi diperlahan dan dihentikan semasa menyentuh bulu
tangkis dengan aksi memotong.
Gunakan pergelangan tangan pada saat akhir.
Jangan pukul bulu tangkis.
Semasa ikut lajak, raket terus mengikut arah pergerakan bulu tangkis ke hadapan.
Jenis Pukulan Junam
Pukulan junam boleh dilakukan secara junam lurus atau junam silang. Kemahiran ini
boleh juga dibahagikan kepada berikut:
Junam lurus pukulan kilas.
Junam lurus pukulan hadapan.
Junam silang pukulan hadapan.
Junam silang pukulan kilas.

4. PUKULAN SMESY
Ini adalah pukulan berkuasa yang bertujuan untuk mematikan permainan dengan cepat.
Pukulan ini merupakan pukulan serangan dan menjunam dengan cepat ke dalam
gelanggang pihak lawan. Pada amnya, pemain melakukan smesy untuk mematikan rali
dan mengalahkan lawan yang sudah keluar dari posisi atau tidak ada
keseimbangannya. Ia juga digunakan bukan sahaja untuk mematikan rali, tetapi
mewujudkan ruang supaya pukulan berikutnya dapat mematikan pihak lawan. Pukulan
smesy ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dalam gelanggang apabila diperlukan.

1.
2.
3.
4.

1.
2.
3.

Untuk melakukan smesy yang tajam, pantas dan sukar diambil oleh pihak lawan,
kerapkali
pemain
terpaksa
melompat
untuk
membuat
smesy.
Cara melakukan smesy yang baik adalah seperti berikut:
Untuk smesy pepat atau forehand pegangan pada raket perlulah pepat juga.
Pemain perlu bersedia seperti untuk melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke).
Raket perlu diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam.
Ayun raket ke hadapan dengan pantas dan pukul bulu tangkis dengan kencang.
Pergerakan pemain semasa melakukan smesy mestilah eksplosif.
Sentuh bulu tangkis di atas dan hadapan kepala dan badan pemain sebelah tangan
raket. Semasa melakukan smesy, pegangan mestilah relaks dan tidak terlalu ketat.
Pada amnya, pukulan smesy dapat dilakukan dalam tiga arah ke dalam gelanggang,
iaitu:
Pukulan smesy lurus selari dengan garis tepi.
Pukulan smesy silang.
Pukulan smesy ke badan pihak lawan (body smash).

Rajah 8.21: Pukulan smesy


5. PUKULAN LOB
Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang
tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas. Pada amnya, pemain
menggunakan pukulan ini supaya mempunyai masa untuk bersedia semula di tengahtengah gelanggang. Pukulan lob juga digunakan sebagai membalas servis tinggi dan
memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang. Terdapat dua jenis pukulan
lob, iaitu pukulan lob defensif atau pertahanan dan pukulan lob ofensif atau attacking
lob.

Pukulan Lob Defensif


Rajah 8.22 menunjukkan penerbangan bulu tangkis dalam pukulan defensif. Pukulan ini
adalah sama seperti aksi membaling sesuatu benda yang tinggi ke hadapan. Bulu

tangkis dipukul tinggi ke arah belakang gelanggang. Dalam permainan perseorangan,


pukulan ini memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang dan
menyebabkan pihak lawan sukar untuk membuat serangan.

Rajah 8.22: Penerbangan bulu tangkis semasa pukulan


1.
2.
3.
4.
5.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Lob defensif
Lob ofensif
Smesy
Junam laju
Junam perlahan

Pukulan Lob Ofensif


Pukulan ini digunakan sebagai serangan di mana pemain akan memastikan bulu
tangkis dimainkan dari garisan belakang gelanggang dipukul kuat dan tinggi sedikit ke
belakang gelanggang pihak lawan. Pukulan ini digunakan dalam semua permainan
sebagai gentian kepada pukulan lob, drop ataupun smesy apabila pihak lawan berada
jauh di hadapan gelanggang dan pukulan ini baik sebagai pukulan untuk memerangkap
pihak lawan.
Secara asasnya, pukulan lob yang baik dilakukan seperti berikut:
Pemain perlu bersedia seperti hendak melakukan pukulan atas kepala (overhead
stroke). Raket diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam dan
smesy.
Kilaskan badan supaya 90 dan berat badan dipindah ke kaki belakang.
Raket diayun ke belakang bahu dan siku tangan yang memegang raket mengarah ke
garisan belakang.
Bahagian bahu dan lengan yang bebas menunjuk ke arah lob.
Kilaskan badan sambil mengayun raket ke hadapan. Pastikan raket tidak digenggam
dengan kuat (loose grip). Poin konteks atau sentuhan bulu tangkis adalah pada
jangkauan yang tertinggi sebelah tangan yang memegang raket.
Permukaan raket perlu diarahkan ke sasaran yang ditujukan.
Setelah memukul bulu tangkis, tangan raket terus bergerak ke sebelah kiri menyilang
badan pemain. Ikut lajak dan berat badan berpindah ke kaki hadapan.

6. PUKULAN DI JARING
Pukulan di jaring atau net play merupakan satu pukulan yang sangat penting dalam
permainan perseorangan. Apabila seoarang pemain dapat menguasai permainan di
jaring, maka peluang untuk pemain itu mengawal pihak lawan adalah ketara. Terdapat
dua jenis pukulan di jaring, iaitu:
1. Apabila bulu tangkis diaminkan di atas aras jaring.
2. Apabila bulu tangkis dimainkan di aras jaring atau ke bawah.

Bulu Tangkis di Atas Aras Jaring


Pukulan dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras sedikit di atas jaring. Jika
dimain dengan baik, pihak lawan dipaksa melakukan kesalahan dan ini memberi
peluang kepada pemain mengetuk bulu tangkis ke bawah sekiranya pukulan balas balik
pukulan di jaring terlalu tinggi.
Cara melakukan kemahiran tersebut adalah seperti berikut:
1. Lonjak ke hadapan dan buat pukulan pada poin konteks paling tinggi di atas jaring.
Pastikan gabus bulu tangkis atau corkmelepasi kawasan pihak sendiri sebelum
membuat konteks. Jika belum melepasi, pukulan itu dibatalkan.
2. Gunakan pergelangan tangan semasa melakukan pukulan.
3. Genggaman raket jangan terlalu ketat (loose grip).

Rajah 8.23: Bulu tangkis di atas aras jaring


Bulu Tangkis Bawah dari Aras Jaring

1.
2.
3.
4.

Pukulan ini dilakukan apabila bulu tangkis berhampiran dengan jaring beberapa meter
dari lantai dan jaring. Ia digunakan sebagai tindakan defensif dengan bulu tangkis
dipukul melepasi aras atas jaring.
Cara melakukan pukulan jaring ini adalah seperti berikut:
Siku dibengkokkan dan dihulurkan sedikit dengan pergelangan tangan dilonggarkan.
Bulu tangkis ditolak bukan dipukul.
Konteks di hadapan badan pemain.
Tolakan dimatikan selepas konteks.

Pukulan Kilas Atas Kepala


Pukulan ini adalah pukulan lob defensif dan ofensif, junam dan smesy. Seorang pemain
perlu ingat bahawa pukulan-pukulan kilas atas kepala hanya digunakan dalam keadaan
terdesak. Seboleh-bolehnya, gunakan pukulan hadapan atau forehand atas kepala
kerana pukulan ini adalah lebih kuat dan tepat.

1.
2.
3.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.
4.

Oleh sebab pukulan ini adalah secara amnya lemah daripada pukulan hadapan,
pukulan kilas seharusnya dipemainkan beberapa meter dekat dengan bahagian
hadapan gelanggang badminton.
Genggaman
Genggaman yang digunakan adalah genggaman kilas.
Posisi dan Kedudukan Pemain
Kedua-dua kaki mengarah 45 ke arah belakang gelanggang.
Kaki kanan berada di depan kaki kiri.
Belakang bahu kanan membelakangkan jaring.
Ayunan Raket ke Belakang
Pemain memusing untuk melihat di belakang gelanggang.
Kepala raket dipegang depan badan dan tinggi arasnya.
Belakang badan dan lutut dibengkokkan sedikit.
Bahu kanan membelakangkan jaring.
Siku dibengkok dan mengarah ke atas menunjuk arah bulu tangkis yang akan dipukul.
Pergelangan tangn dikuncikan.
Ayunan Raket ke Hadapan
Badan dan bahu bergerak mengikut pukulan.
Kedua-dua kaki dilurus serentak untuk memindahkan keseluruhan badan ke atas untuk
menemui bulu tangkis.
Siku bergerak ke bulu tangkis dengan lengan diluruskan dalam satu pergerakan ke
atas.
Pergelangan tangan dilepaskan dan longgar.
Sentuhan
Sentuhan raket dan bulu tangkis berlaku di atas hadapan kepala atauforehand dengan
penggunaan pukulan pergelangan yang kuat.
Ikut lajak
Pukulan perlu terus mengikut ayunan kepala raket yang mengikut laluan arah
penerbangan bulu tangkis. Pastikan ikut lajak dipanjangkan ayunannya.

Pemulihan
Kelajuan ayunan lengan dan ikut lajak akan menyebabkan pemain bergerak balik ke
tengah gelanggang dengan kedudukan persediaan.

9.0
APLIKASI PRINSIP ASAS SAINS DALAM SETIAP KEMAHIRAN ASAS
9.1
SISTEM TUAS
Sistem tuas merupakan satu mesin ringkas yang bertujuan untuk membantu manusia
melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan selesa serta dapat mengatasi beban.
Sistem tuas juga dapat membantu dalam keberkesanan sesuatu pergerakan. Sistem
tuas ialah satu struktur yang teguh yang diengselkan (fulkrum) di satu titik dan daya
dikenakan kepada kedua-dua hujung struktur tersebut (daya motif dan daya rintangan).

Rajah 9.1: Sistem tuas

Badan manusia mempunyai bentuk tersendiri yang berasaskan kepada struktur


tulang. Tulang-tulang ini bersambung antara satu sama lain melalui sistem persendian
dan bertindak sebagai tuas yang memindahkan tenaga otot terhadap objek yang
menghasilkan sesuatu pergerakan. Terdapat tiga jenis sistem tuas dalam badan
manusia. Antaranya ialah tuas kelas pertama, tuas kelas ke dua dan tuas kelas ke tiga.
Komponen utama sistem tuas ialah aksis (fulkrum), daya dan beban (rintangan).

Sistem tuas kelas pertama dapat diaplikasikan dalam kemahiran memegang


raket badminton. Di dalam sistem tuas kelas pertama, aksis atau fulkrum terletak di
antara daya motif dan daya rintangan. Kedua-dua daya ini bertindak secara
bertentangan.

Rajah 9.2: Cara memegang raket

9.2
TENAGA PUTARAN
Tenaga putaran (rational force) di dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen
(principal of moments). Momen pada sesuatu titik putaran ialah b (beban) j (jarak).
Kesan tenaga putaran boleh ditingkatkan dengan menambahkan beban ataupun
dengan memanjangkan jarak. Tenaga putaran dapat diaplikasikan dalam kemahiran
asas memegang raket badminton.

Memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya akan


memudahkan penghasilan pukulan yang kencang. Rajah di bawah menunjukkan
pemain melompat tinggi untuk melakukan pukulan yang kencang. Sementara itu,
permainan di jaring pula memerlukan pergerakan raket yang pantas dan terkawal. Oleh
itu pemain perlu memendekkan raket badminton dengan mengubahsuaikan
genggamannya seperti yang ditunjukkan oleh pemain ke dua yang menunggu peluang
untuk membalas di kawasan jaring. Sekiranya pemain memilih raket yang lebih berat,
kesan tenaga putaran akan membantu pemain menghasilkan pukulan-pukulan yang
lebih kuat. Jika berat raket (b) ditambah, maka momennya akan meningkat. Kesan
sampingan menggunakan raket yang berat ialah ia akan menjadi lebih sukar untuk
digerakkan.

Rajah 9.3: Genggaman raket pada kedudukan berlainan mempengaruhi pukulan

9.3
KESEIMBANGAN DAN KESTABILAN
Apabila jumlah semua daya yang bertindak ke atas tubuh seimbang maka ianya
dikatakan berada dalam keadaan yang seimbang. Ini bermaksud, tubuh manusia
berada dalam keadaan keseimbangan apabila semua daya bertindak ke atasnya
adalah sifar.

Pusat graviti (centre of gravity) boleh disifatkan sebagai titik bagi tarikan graviti
berpusat dan bertindak ke atas sesuatu objek. Berat tubuh adalah tertumpu pada pusat
ini. Pusat graviti seseorang itu berubah dengan perubahan kedudukannya serta apa
yang dibawa oleh anggota-anggotanya. Kedudukan pusat graviti adalah penting kerana
ia menentukan keseimbangan tubuh anda. Tubuh anda akan seimbang sekiranya pusat
graviti tubuh anda terletak di atas tapak anda. Contohnya semasa anda berdiri. Apabila

pusat graviti anda dipindah dari kedudukan yang stabil ini, daya tarikan graviti akan
menjadi lebih kuat pada salah satu daripada bahagian tibuh anda. Anda akan terjatuh
sekiranya pusat graviti anda dipindah terlalu jauh dari tapak anda.

Rajah 9.4: Kedudukan tapak kaki


Sekiranya jarak di antara tapak kaki anda adalah sempit, kestabilan tubuh anda
akan menurun. Contohnya semasa berdiri dengan kaki yang rapat ataupun di atas satu
kaki. Pusat graviti yang rendah akan menambahkan kestabilan. Oleh itu orang yang
tinggi adalah kurang stabil berbanding dengan orang yang lebih gemuk dan pendek.
Kestabilan merupakan keupayaan sesuatu objek kekal dalam kedudukan
keseimbangan asalnya apabila ia diubah. Kestabilan dipengaruhi oleh:
1. Pusat graviti yang rendah dan rapat kepada dasar sokongan.
2. Dasar sokongan yang lebih besar dan luas.
3. Pusat graviti lebih rapat kepada pusat dasar sokongan.

Dalam kemahiran asas membuat servis memerlukan kedudukan yang stabil dan
seimbang serta pusat graviti yang rendah. Semasa pemain berada dalam kedudukan
untuk melakukan servis, badan dan lutut dibengkokkan dan sebelah kaki kaki ke depan
sedikit untuk memudahkan pergerakan ke depan dan ke belakang. Kaki dan lutut yang
bengkok bukan sahaja dapat merendahkan pusat graviti dan menstabilkan tubuh
pemain, malah ia juga merupakan kedudukan persediaan yang membolehkan pemain
bertindak balas dengan lebih pantas. Semasa pemain bersedia untuk membuat servis,
pemain akan membuka tapak dalam kedudukan bersedia.

Rajah 9.5: Kaki dan lutut dibengkokkan semasa membuat servis


Kestabilan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kestabilan statik (static
stability) dan kestabilan dinamik (dynamic stability). Kestabilan statik adalah pengekalan
kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Manakala kestabilan dinamik pula ialah
kestabilan tubuh semasa dalam pergerakan. Kedua-dua kestabilan ini adalah amat
penting dalam kemahiran asas membuat servis. Kestabilan statik biasanya digunkana
semasa pemain bersedia untuk bergerak dan kestabilan dinamik pula digunakan

semasa pemain mengatur serangan. Kedua-dua jenis kestabilan ini sering kali
digunakan secara serentak.

9.4
PEMINDAHAN BERAT BADAN
Prinsip pemindahan berat badan dapat diaplikasikan dalam kemahiran membuat servis
tinggi. Ketika berada dalam kedudukan bersedia, raket perlu diayun ke belakang dan
berat badan dipindah ke kaki belakang. Bahagian kiri bahu pemain iaitu tangan bebas
menghadap ke arah servis. Kemudian raket diayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu
tangkis dilepaskan serentak semasa raket diayun ke hadapan. Berat badan juga
dipindahkan ke kaki hadapan sambil mengilaskan badan untuk menghadap jaring.
Dalam fasa ikut lajak pula, raket terus diayun ke atas mengikut arah pergerakan bulu
tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras pinggang dan
bahu tangan bebas.

Rajah 9.6: Servis tinggi


9.5
IKUT LAJAK
Ikut lajak merupakan unjuran pergerakan yang telah dimulakan dalam sessuatu
permainan. Prinsip asas sains ini adalah sangat penting terutamanya bagi kemahiran
melontar, menyepak dan juga memukul. Kelajuan terakhir objek adalah berkadar terus
dengan jumlah masa daya diaplikasikan. Asas ikut lajak dapat memastikan pelepasan
objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Sekiranya
asas ikut lajak tidak dilakukan maka daya yang dikenakan ke atas objek adalah
berkurang.
Asas ikut lajak dapat diaplikasikan dalam kemahiran asas membuat pukulan.
Semasa pemain melakukan pukulan ikut lajak, bulu tangkis dan kepala raket
berkonteks seberapa lama yang boleh mengikut aliran bulu tangkis untuk menghasilkan
kawalan yang lebih baik. Asas ikut lajak sangat penting untuk menghasilkan kekuatan
dan daya yang maksimum bagi membuat sesuatu pukulan.

Contohnya, semasa melakukan pukulan kilas atas kepala, pukulan perlu


dilakukan terus mengikut laluan arah penerbangan bulu tangkis. Pemain perlu
memanjangkan ayunan raket supaya bulu tangkis dapat dipukul ke belakang
gelanggang pihak lawan dengan kuat dan tinggi.

Rajah 9.7: Ikut lajak pukulan kilas atas kepala

Posted in: Badminton

Anda mungkin juga menyukai