Anda di halaman 1dari 8

Sibuk kejar kehidupan

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar
lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar
lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan
orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak
pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke
mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank.
Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk
di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah
Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang
kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat
maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali
menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan
online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta
alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari
pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab
alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak
ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej
lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa
pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah
waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat.
Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena
hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa,
malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni
leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi....
semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam
keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk
dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Cinta itu menghancurkan kau?


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat
dan salam atas junjungan besar arrasul saw. Alhamdulillah, di beri kesempatan
untuk menulis. Ya Allah, segala puji bagiMu!
Apa-apa pun, insyallah, untuk kali ini, saya amat terpanggil untuk menyentuh
sesuatu ISU yang bagi saya, ia agak di pandang remeh oleh sesetengah daei. Ya,
bagi saya, isu ini memang sesuatu isu yang tak sepatutnya di jadikan FOKUS UTAMA
kita dalam dakwah. Kerana, ada certain pendakwah yang tak habis-habis
perkatakan tentang isu ini sehingga akhirnya, umat ini terdidik dengan isu ini dan
melupakan isu yang lebih UTAMA dan lebih besar dari ini.
Pun begitu, isu ini tidak boleh di abaikan juga. Kerana, bagi saya, di sebabkan isu
inilah, ramai remaja dan belia islam HANCUR, lebur, porak-peranda, gila dan lainlain. Ia adalah isu CINTA!!
Serius, isu CINTA ni bagi saya sangat bahaya, dan ramai "orang baik-baik yang
jatuh ke dalam perangkap cinta ini, dia tidak lagi menjadi orang baik-baik. Atas
faktor itulah, saya ambil keputusan untuk hurai isu cinta ini sepanjang yang
mungkin, supaya segala SALAH FAHAM yang berlaku tentang isu ini dapat di
perjelaskan. Saya harap!
Saya akan bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa noktah besar. Fahamilah ia
wahai kawan yang smart lagi baik!
APA ITU CINTA?
Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dari PENGORBANAN. Apa kaitannya?
Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk
mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.
Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusahpayah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang
suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan
nyatakan pengajarannya.
Jom layan!
****
Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat
berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang
menggelarkan Qais sebagai Laila Majnun yang bermaksud Tergila-gilakan Laila.
Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah
seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan
kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!

Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan
menyatakan cintanya kepada Laila.
So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.
Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang
dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan
Qais ni. Sampai satu tahap, pembantu Laila telah mengadu pada Laila:
Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrilagila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kau
Lalu Laila macam teruja. Laila pun balas:
Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau
bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?
Tapi pembantu tu jawab:
Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada
orang je
Lalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan lelaki yang mendakwa
cintakannya itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:
Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan
berikan emas dan perak kepadanya!!!
Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat
istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!
Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:
Ramainya yang datang. Mana satu lelaki yang tergila-gilakan aku tu??
Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:
Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah
cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang
datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku
dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYA sebagai bukti cintanya kepadaku
Bila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi,
tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah
biji matanya keapda Laila, lantas berkata:
Wahai Laila, aku cinta padamu
Lelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas
itu..
****
Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha.
Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari

kisah Laila Majnun ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang
mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.
Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita
pada hari ni.
1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan
Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergilagilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan
Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita
tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?
2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergilagilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang
mengaku mencintai diriNya yang agung.
3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya,
ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah.
Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya,
hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!
4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji
matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang
dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban.
Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.
Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala
perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA
CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya
kepada Allah hanyalah PALSU!
5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk
buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu
juga apabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk
mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.
Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan
sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!
BERCINTA SEBELUM NIKAH?
Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan
maruahnya, habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan
kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.
Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni
sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni.
Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya
pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka
telah putus cinta dengannya.

Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu
yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah
dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak
makan dan akhirnya gila.
Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu
adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki
jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu.
Itu dah jadi dosa!!
Layan bermaksud kita merelakan perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang
menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang
dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk
gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur,
dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.
Ini semua dosa kau tahu!
Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!
Saya nak nyatakan bawah:
Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang
yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyapsenyap. Tetapi, apa jua bentuk LAYAN, maka ia tetap berdosa!
Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.
KAU CINTA ALLAH KE CINTA MANUSIA?
Ramai orang tak tahu bahawa, bila kita bercinta dengan seseorang ni, kita boleh
jatuh syirik tanpa kita sedar! Bak kata ibn Qayyim:
Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang
yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia
sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya
berkorban ala kadar.
Ini adalah satu syirik. Kita seolah-olah menjadi hamba kepada orang kita kita cinta!
Saya bagi contoh-contoh syirik dalam percintaan:
1) Saya ada sorang kawan, dia kata, semenjak dia bercinta, pelajarannya
meningkat. Kerana awek dia cakap, kalau dia belajar sungguh-sungguh, baru
cintanya akan di balas. Ini adalah syirik wahai kawan! Kita sanggup berkorban masa
belajar, kurangkan masa tidur agar kita skor exam, tapi untuk dapatkan CINTA
perempuan tu! Gerun gila! Taubatlah
2)Kita sedia maklum bahawa chatting lelaki perempuan ni hukumnya HARAM
melainkan ada perkara yang mengharuskan. Baca entri saya berkenaan kekeliruan
dalam ikhtilat. Means, kalau betul kita cinta Allah, kita takkan buat benda yang
Allah larang. Tapi di sebabkan kita cinta seseorang tu punya pasal, kita sanggup
langgar perintah Allah dengan chatting berjam-jam, kongsi cerita itu ini, bergayut

kat telefon, berbalas senyuman semata-mata nak dapatkan cinta tu. Tu syirikla
kawan!
Kau sanggup buat benda yang crush kau suka, tapi buat Allah marah selamba je.
Taubatlah wahai kawan!
Cukup dua contoh kot. Nanti panjang sangat. Moga Allah jauhkan kita!
BAHAYA CINTA SEBELUM NIKAH
Korang tahu tak, betapa bahayanya kesan cinta ni pada hati kita? Bahaya gila
bapak! Meh sini, saya nyatakan betapa bahayanya ia, dan bagaimana ia boleh
menghancurkan hati kita:
1) Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah!
Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati
(Ibn Qayyim)
Means, kalau kita kata kita cinta Allah, mustahil kita akan cinta makhluk. Sebab ada
orang yang konon-konon kata:
Nak bercinta takde masalah. Tapi pasti, letak cinta Allah Rasul nombor satu!
Saya jawab:
Cinta kau pada Allah dan rasul adalah palsu. Kerana mana mungkin orang yang
cinta Allah dan rasul boleh cinta dan LAYAN cintanya pada makhluk. Mustahil!
2) Bila kita mencintai seseorang, hati kita akan terseksa. Orang yang mencintai
sesuatu selain Allah, mahu tak mahu, cinta itu akhirnya akan menyeksa dirinya!
(Ibn Qayyim)
Sape yang pernah bercinta, korang mesti pernah rasa terseksa kan? Jangan tipu diri
sendiri. Please jujur dengan diri sendiri.
Di muka bumi ini, tiada yang lebih menyeksakan daripada bercinta. Kau rasa
seakan mereka mendapat kemanisan dalam percintaannya, tetapi kau akan lihat
mereka kerap melinangkan air mata, keran takut berpisah atau kerana rindu
3)Hati orang yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang tenggelam
dalam cinta
(Ibn Qayyim)
Cukup 3 ini sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya rasa dengan tiga kata-kata
Ibn Qayyim ini dapat menyedarkan kita akan betapa bahayanya cinta ini. Saya amat
berharap! Agar kita sedar, cintalah punca diri hancur, cintalah punca dakwah kita
terganggu, cintalah pun TARBIAH kita mundur.
Agar kita sedar!
CUKUPLAH TERTIPU DENGAN NAFSU

Saya yakin 100%, orang yang bercinta dan melayan cintanya ini hidup dalam
kegelisahan, tidak tenang, resah-gelisah, gundah-gulana, rasa tertekan dan yang
sama waktu dengannya. Betul tak? Tepuk dada, pejam mata, Tanya diri dengan
jujur, dan katakanlah:
Ya. Aku amat terseka!
Tapi, saya seakan-akan terdengar, ada di kalangan pembaca yang betul-betul ingin
berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:
Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia,
dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!
Maka, ingatlah pesanan ini:
Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah,
langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita
LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang
yang kita cintai.
Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang
yang kita cintai?
Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini
adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah
masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa
cinta kita padaNya adalah palsu?
Kerana itu, taubatlah.
Kembalilah pada Allah.
Menangislah padanya.
Dan, berubahlah

Anda mungkin juga menyukai