Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN PELBAGAI PANDANGAN BERKENAAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Konsep Profesionalisme
Definisi professional mengikut hilferty 2008 mengatakan keprofesionalisme
guru bergantung kepada
terdapat

pelbagai

perubahan sejarah, politik dan social kerana

perubahan

dan

pembanggunan

melangkaui

masa.

Menurut kennedy (2007), definisi profesionalisme adalah satu ungkapan


untuk menjelaskan status kumpulan kerja yang dihormati.
Istilah profesion dan professor adalah etimologi yang berasal daripada
bahasa latin. Menurut baggini (2005) untuk menjadi professional, seseorang
itu perlu menguasai sesuatu kemahiran atau bidang ilmu tertentu. Hoyle
(2001) menyatakan profesionalisme adalah berkait dengan meningkatkan
kualiti

perkhidmatan

lebih

daripada

keadaan

biasa.

Sebelum

membincangkan tentang profesionalisme keguruan, adalah lebih baik


dinyatakan

perbezaan

antara

istilah,

profesioinalisme

dan

professionalization. Istilah professionalization adalah proses atau idea untuk


menuju tahap profesionalisme yang angin dicapai bagi sesuatu profesion.
Manakala profesionalisme diertikan sebagai kelulusan atau keperluan untuk
menjayakan bidang tersebut ke tahap tertinggi.
Barber menjelaskan terdapat empat ciri professional iaitu keupayaan terbaik
dalam

meringkaskan

dan

ilmu

yang

tersusun.Ciri

kedua,

ianya

berorientasikan masyarakat. Ketiga keupayaan terbaik dalam mengawal


sikap mengikut etika pekerjaan. Akhir sekali, wujudnya system ganjaran bagi
pencapaian yang dicapai.

Perbezaan Pendapat Tentang Profesion Perguruan.


Terdapat lima pendapat yang tidak bersetuju bahawa profesion perguruan
adalah satu profesion yang professional. Pandangan tersebut diutarakan oleh
webb dan kawan-kawanya (2004) etzioni (1969),David (2000), Leiter (1998)

dan Samuel (1970). David Etzioni dan webb menyatakan guru semiprofesional kerana tidak memnuhi ciri-ciri pekerjaan professional, Manakala
Leiter dan Samuel pula menyatakan guru bukan satu professional kerana
mempunyai matlamat yang ditentukan oleh organisasi yang mengawal
mereka.
Sebaliknya,

Baggini,

Tichelor

professional

kerana

tugasan

dan

Phelps

mereka

menyatakan

adalah

guru

dibayar

adalah

dan

boleh

dikembangkan selain memerlukan mereka berfikir secara kritikal dan kritis


bagi

menjana

kecemerlangan.

Sachs

(2003),

membahagikan

profesionalisme guru kepada dua ketogeri iaitu profesionalisme lama


bercirikan latihan lama berkepentingan diri, lambat berubah dan bertindak
balas. Manakala profesionalisme baru bercirikan kolaboratif, aktif, fleksibel,
progresif serta membina ilmu.
Hargreaves(2000) membahagikan profesionalisme kepada empat fasa iaitu
fasa pra, fasa pertikaian, fasa kolaborasi dan pembangunan dan diakhiri
dengan fasa profesionalisme.

Perspektif Terhadap Keprofesionalisme Keguruan


Pada pendapat kami, profesion perguruan bolehlah dianggap sebagai satu
profesion yang professional berdasarkan ciri-ciri profesionalisme guru yang
dinyatakan Sachs(2003) bahawa ciri guru professional ialah guru yang
mengikut

etika

masyarakat

dalam

perkhidmatan,

berkolabarasi

dan

bekerjasama, berorientasikan gur yang aktif, fleksibel dan progresif, cakna


terhadap perubahan dan mempunyai budaya inkuiri serta membina ilmu itu
sendiri.
Hujah ini juga disokong dengan pendapat Hargreaves(2000) yang mana
menyatakan guru yang professional telah melalui empat fasa dalam
membina guru yang professional. Fasa-fasa tersebut adalah bermula dengan
fasa pra-professional iaitu permulaan kepada bidang pendidikan itu sendiri
yang mana guru berfungsi hanya sebagai penyampai maklumat dan ilmu.
Seterusnya,

bidang

keguruan

telah

melalui

revolusi

apabila

sistem

pengajaran tradisional dipersoalkan dan mendapat kebebasan pengajaran


yang diterima. Fenomena ini seterusnya menimbulkan fasa kolaborasi dalam
memperkembangkan sektor pendidikan yang mana diadakan kolaborasi
untuk mewujudkan matlamat pendidikan yang sama selain menampung
kekurangan sistem pendidikan tradasional dalam mendepani perubahan era.
Seterusnya guru pada masa kini dinyatakan sebagai individu professional
selepas melalui fasa-fasa tersebut tetapi harus kuat dalam mendepani
cabaran semasa seperti bebanan kerja dan perspektif masyrakat. Fasa ini
dikenali fasa pasca-profesional.
Berdasarkan hujah-hujah ini kami ingin menegaskan sekali lagi profesion
keguruan sebagai satu profesion yang professional.

Anda mungkin juga menyukai