Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Dengan perasaan penuh khusyuk dan rendah diri, puji pujian dan kesyukuran tidak
terhingga dipersembahkan kehadrat Allah yang telah mengurniakan taufik dan hidayah serta daya
kesungguhan kepada saya dalam menyempurnakan penulisan ini. Ucapan terima kasih dan
penghargaan khas ditujukan kepada penyelia projek ini iaitu En Johar Bin Jonid, pensyarah
muzik di Open Universiti Malaysia kerana jasa, usaha, teguran, tunjuk ajar dan bimbingan yang
telah diberikan selama ini. Sejuta penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua
rakan rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan, galakan dan
dorongan sepanjang proses menyiapkan penulisan ini. Begitu juga dengan segala khidmat, jasa dan
sumbangan yang diberikan oleh mana mana pihak untuk menyiapkan penulisan ini, samada
secara langsung atau tidak langsung, didoakan semoga akan diberkati, diberikan taufik dan
ganjaran yang sewajarnya oleh Allah (s.w.t). Mudah mudahan tugasan ini merupakan satu
kesinambungan penyebaran ilmu demi memartabatkan institusi pendidikan diperingkat
sekolah khususnya, seterusnya di peringkat negeri dan negara amnya.

BAB1
PENDAHULUAN
1.1

Latar Belakang Kajian

Muzik boleh dianggap sebagai sejenis bahasa sebab ia berupaya mewujudkan komunikasi
antara manusia. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi
penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran
melalui teori muzik. Ia dapat memberi pendedahan awal pengetahuan asas tentang muzik
secara sistematik

Muzik juga boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan

meredakan emosi yang tegang ( Swanwick K. & Taylor D, 1982 ).


Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata
pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur-unsur muzik, pelbagai genre muzik
dan alat muzik. Pendidikan muzik juga akan memdedahkan murid kepada pengalaman muzik yang
mudah. Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
merangkumi aspek bahasa muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik
(Huraian Sukatan Pelajaran, 2002: v).
Pada Tahun 1979, jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran telah mengambil
keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai satu mata pelajaran wajib yang menekankan kepada
pembentukan kemahiran murid. Sebagai usaha merealisasikan matlamat ini, permainan alat muzik telah
diajar di sekolah dan rekoder merupakan alat muzik yang difikirkan sesuai di perkenalkan di sekolah di
seluruh Negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan alat muzik rekoder di semua sekolah rendah di
seluruh negara sejak tahun 1983. Matlamat utama kurikulum muzik ini digubal ialah untuk
memperkembangkan potensi dan kualiti individu dari segi nilai estetika muzik etika melalui pengalaman
muzik.
Guru-guru yang ditugaskan mengajar muzik ini ialah guru-guru pengkhususan muzik lepasan InstitusiInstitusi Perguruan. Kebanyakan guru muzik ini lebih terdedah kepada teknik pengajaran yang berasaskan
latihan yang diperolehi semasa berkursus di Institusi Perguruan. Selain dari itu, guru-guru ini juga pernah
mengikuti beberapa bengkel muzik tradisionai dan moden termasuk bengkel rekoder. Selepas tamat
latihan, mereka dikehendaki mengajar muzik rekoder di sekolah masing-masing. (Huraian Sukatan
Pelajaran, 2002: vi).

KURIKULUM MUZIK KSSR


Objektif Pendidikan Muzik KBSR boleh dirumuskan kepada beberapa bahagian iaitu:
( Dokumen Standard Kandungan Pelajaran )
1. Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik,
2. Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik,
3. Membaca dan menulis notasi muzik,
4. Mengetahui dan memahami teknik menyanyi,
5. Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul,
6. Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik,
7. Memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul
8. Memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif,
9. Memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik,
10. Menghargai pelbagai jenis muzik serta budaya yang terdapat di Malaysia dan
11. Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba
Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR ( 2002 )
disusun berdasarkan aspek-aspek berikut;
i. Persepsi Estetik,

ii. Pengalaman Muzikal


iii. Ekspresi Kreatif dan
iv. Penghargaan Estetik
Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi faktor-faktor yang
lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Susunan keempat -empat aspek
tersebut bukanlah suatu hierarki yang tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi
kemudahan mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran. Dalam bidang permainan alat
muzik pula, terdapat banyak latihan tentang asas asas bermain rekoder yang diajar untuk kanak-kanak
di peringkat sekolah rendah.

1.0

REFLEKSI P&P

Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik untuk tahun 5 dan dalam masa yang
sama juga, saya ditugaskan untuk mengajar muzik untuk murid tahap1, iaitu murid tahun 1, 2
dan 3. Untuk penulisan proposal kajian tindakan saya pada kali ini, saya akan membuat
kajian terhadap tahun 5 Mutiara bagaimana Sistem Penjarian Bernombor dapat
mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder. Murid-murid kelas 5 Mutiara merupakan
kelas yang terakhir

( tercorot ) dan ini memberikan saya cabaran dalam menjalankan kajian

saya pada kali ini.


Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas amat merisaukan kerana mereka bukan sahaja
tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat memainkan tempo dengan betul serta
membaca skor lagu dengan baik. Salah satu puncanya ialah kurangnya amali dan juga teori
tentang penjarian serta amali sewaktu mereka di tahun 4 dahulu. Seperti yang kita sedia
maklum, kebanyakkan guru yang mengajar muzik di sekolah rendah bukanlah guru opsyen
muzik. Jika ada pun, guru-guru yang opsyen muzik mungkin ditugaskan untuk mengajar
subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Hal ini demikian
kerana matapelajaran murid, ini sering diambil remeh dan dianak tirikan di sekolah. Selain

itu fsktor persekitaran juga dilihat sebagai factor yang menyumbang kepada kemerosotan
kemahiran murid dalam permainan rekoder ini.
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, kesemua murid dalam Tahun 5 Mutiara amat
meminati Pendidikan Muzik. Sekiranya murid diminta untuk meniup rekorder, murid amat
memberi komitment dalam pembelajarannya. Masalah yang timbul ialah murid tidak dapat
meniup rekorder dengan betul dan membuat penjarian yang salah pada lubang rekorder. Oleh
kerana itu, objektif P&P tidak akan dapat dicapai. Oleh yang demikian, apakah langkah yang
perlu saya ambil untuk memastikan agar objektif pengajaran dan pembelajaran untuk
pelajaran berkenaan permainan rekorder ini tercapai?
Hal yang kita ketahui bahawa setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza
Antara satu sama lain. Ada diantara murid yang boleh menguasai dengan hanya mendengar
walaupun sekali di ajar dan ada di antaranya memerlukan latih tubi dan bimbingan
berulangkali untuk mencapai dan menguasai sesuatu pelajaran ataupun kemahiran. Oleh
yang demikian, di dalam penulisan proposal kajian tindakan pada kali ini, saya akan mencari
punca yang menyebabkan murid Tahun 5 Mutiara, SK Seri Binjai ini tidak dapat menguasai
dan mengaplikasikan penjarian rekorder dengan betul semasa P&P di jalankan di dalam
kelas. Kajian yang dijalankan merujuk kepada mata pelajaran muzik di kalangan murid
Tahap 2 untuk Tahun 5 Mutiara.

2.0

PERMASALAHAN KAJIAN

Pengalaman mengajar selama 10 tahun di dalam bidang pendidikan muzik sekolah rendah ia
amat bermakna kepada pengkaji. Segala pengalaman bertugas yang dilalui samada secara
induktif ataupun deduktif di dalam kelas dapat diguna pakai untuk diadaptasikan terhadap
murid dengan harapan peningkatan kemahiran mencapai sasaran pencapaian murid ke tahap
maksimum.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran bermain rekorder di kelas melalui pemerhatian,
pengkaji telah mendapati beberapa orang murid tidak menguasai kemahiran membaca nama
kedudukan not-not pada melodi skor lagu dengan betul. Oleh yang demikian, ianya telah
menyebabkan murid tidak dapat membuat tiupan dan penjarian pada rekorder. Ini akan

menghasilkan bunyi tiupan yang sumbang dan tidak sedap didengar. Ianya sekaligus akan
memberi kesan yang buruk kepada prestasi dan keputusan amali rekorder yang dijalankan
oleh guru berkenaan.
Proses peniupan rekorder melibatkan beberapa aspek bagi menghasilkan bunyi yang sedap
dan kualiti ton yang betul. Di antaranya ialah teknik postur, embouchure, penglidahan,
pernafasan dan penjarian. Semua teknik ini sangat membantu dalam penghasilan kualiti ton
yang baik.kegagalan murid membuat penjarian akan menjejaskan kualiti ton yang baik untuk
persembahan. Sekiranya masalah ini berterusan, mereka akan sukar untuk memainkan dan
meniup not-not melodi skor dan menghasilkan pic yang sumbang.
Selain itu, pengkaji juga mendapati tempoh masa yang diperuntukkan di dalam seminggu
iaitu hanya 60 minit mempengaruhi permasalahan dalam usaha murid untuk menguasai
kemahiran bermain rekorder. Kekurangan masa dan latihan intensif yang kurang akan
menyebabkan murid menghadapi masalah dalam kemahiran yang telah dinyatakan tadi.
Pengkaji juga mendapati permasalahan ini terjadi kerana kemahiran bermain rekorder adalah
kemahiran yang baru diperkenalkan kepada murid-murid di sekolah rendah. Selain itu,
kebanyakkan murid di dalam kelas ini juga didapati tidak memiliki rekorder sendiri. Ini
secara langsung akan memberi kesan kepada murid kerana sekiranya murid mempunyai
rekorder sendiri, mereka boleh melakukan latihan di rumah seterusnya memperbaiki dan
meningkatkan kemahiran dalam permainan rekorder.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kemahiran bermain rekorder dengan membaca melodi skor lagu secara
semerta berpandukan system nombor
2. Meningkatkan kemahiran bermain rekorder dengan teknik latih tubi menggunakan
bahan perisian Encore

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah system nombor dapat meningkatkan kemahiran bermain rekorder dengan


membaca melodi skor lagu secara semerta?
2. Adakah teknik latih tubi dengan berbantukan bahan perisisan Encore dapat
meningkatkan kemahiran bermain rekoder?

3.0

TINJAUAN LITERATUR

Sejak dahulu lagi, para ilmuan mengatakan bahawa mendengar muzik dapat mempengaruhi
perkembangan otak dan kesihatan mental manusia. Menurut Dr. Alfred Tomatis yang
bertugas di Perancis, menyatakan bahawa muzik dapat memberikan energy ataupun kekuatan
kepada otak. Eksperimen telah dijalankan oleh seorang pemuzik professional, Dorothy
Retallack pada tahun 1970 di Temple Blue College, Colorado kepada tanaman beliau. Beliau
telah menanam labu dan terdapat perbezaan pada tanama beliau. Misalnya lagu yang
dihalakan kapada klasik muzik telah tumbuh dengan subur manakala akarnya pula melingkari
radio tersebut, manakala pokok lagu yang dihalakan kepada radio yang mempunyai muzik
rock tidak dapat hidup dengan baik. Ini menunjukkan bahawa muzik memainkan peranan
dalam pertumbuhan sesuatu hidupan.
Begitu juga dengan Pendidikan Muzik, ianya telah menjadi sebahagian daripada alam
kehidupan manusia dan juga budaya masyarakat. Kanak-kanak dan orang dewasa akan
bertindak balas secara sepontan terhadap sesuatu yang berbunyi dan melahirkan ekspresi diri
melalui muzik. Dalam perbualan seharian juga terdapat perkara asas dalam muzik terdiri dari
beberapa aspek seperti irama dan juga tona. Di sekolah rendah, Pendidikan Muzik tersiri
daripada beberapa aspek contohnya nyanyian, gerakkan, kemahiran dalam mengendali alat
perkusi yang berpic atau tidak berpic dan juga permainan rekorder.

Berdasarkan teori Emilie Jaques-Dalcroze (Lois Chosky,1986) pergerakan dalam pendidikan


muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian. Dalcroze menggunakan gerak
tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity
terhadap aspek-aspek muzik.
Melalui rujukan laman web yang bertajuk kaedah dan teknik pengajaran dalam
catatannota.blog.com (2012) menyatakan bahawa latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta
dalam meningkatkan kecekapan tentang pelajaran yang diajar, ianya bertujuan untuk
mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ianya menjadi
lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus dielakkan dalam
pelajaran bercorak kemasyarakatan ini adalah disebabkan latih tubi dalam mata pelajaran
tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam mata
pelajaran muzik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiranseperti
memgingati system nombor not melodi pada skor lagu. Kaedah ini telah lama dilakukan iaitu
sejak beribu tahun lamanya terutama dalam permainan gamelan yang menggunakan nombor
sebagai menggantikan not tersebut.
Untuk mengelakkan kebosanan murid dan tumpuan murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh
digunakan. Antaranya latih tubi berbentuk pertandingan secara individu ataupun
berkumpulan. Contohnya, siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang
sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan markah murid yang lain pada akhirnya. Maka, murid yang kurang daya
saing, kaedah latih tubi yang sesuai ialah dengan kaedah postur memegang dan teknik
membuat penjarian yang tepat akan diberikan hadiah.apabila semua notasi dalam melodi lagu
yang ingin dimainkan telah dapat diingati dengan baik, maka murid akan dapat memainkan
melodi tersebut dengan mudah dan menghasilkan ton yang tepat.
Merujuk petikan laman wab scribd oleh Azman (2012), berhubung dengan proposal kajian
tindakan yang berkaitan dengan kaedah penjarian rekoder menggunakan system nombor,
menyatakan bahawa masalah murid yang tidak menguasai kemahiran penjarian bermain
rekoder di dalam kelas.
Menurut Stephanie Merrit, Direktur Pusat Muzik Dan Penceritaan Carlifonia menceritakan
pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru, dimana pada suatu hari, murid-muridnya
kelihatan tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah. Jadi beliau bertanya kepada
muridnya adakah mereka bersarapan sambal mendengar muzik, mereka menjawab tidak. Jadi

mulai dari saat itu, beliau menyuruh anak muridnya bersarapan pagi sambal mendengar
muzik. Semenjak murid-muridnya mengamalkan apa yang di suruh oleh gurunya, mereka
menjadi cerdas dan bersemangat. Melakukan aktiviti gerakkan ataupun bermain merupakan
langkah yang baik dalam perkembangan kemampuan seseorang. Aktiviti yang dilakukan juga
perlulah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak serta kemampuan mereka. Menurut
Depkibud (1999), ia menyatakan bahawa perkembangan dan kemampuan individu boleh
diperkembangkan secara beransur-ansur dengan bermain sambal belajar. Dengan ini kanakkanak tidak akan rasa terpaksa dan tertekan dalam kemnajlandi proses pembelajaran di dalam
kelas.

4.0

METADOLOGI / KAEDAH KAJIAN

Penguasaan meniup melodi lagu dalam permainan rekoder di dalam kelas amat merisaukan
pengkaji. Ini adalah kerana seramai lima orang responden tidak dapat meniup rekoder dengan
not yang betul dan tidak membaca skor lagu dengan baik. Walaupun,responden telah
menguasai nilai not namun, kelemahan yang dilihat adalah kerana responden gagal
mengingati kedudukan nama not dan tidak boleh membaca not-not melodi lagu di skor
dengan betul secara semerta. Kelemahan ini juga adalah berpunca dengan kekurangan latihan
secara intensif dan melodi lagu yang baru dipelajari oleh responden. Responden yang
menghadapi masalah ini adalah dikalangan murid Tahun Empat. Kemahiran bermain
rekoder mempunyai prinsip yang penting iaitu dapat meniup rekoder berpandukan melodi
lagu dengan tepat dan betul.
Jelaslah bahawa, kemahiran asas yang pengkaji dapati ialah responden tidak dapat mengenal
nama kedudukan not dan ini akan menganggu kelancaran memainkan melodi lagu dengan
baik. Not asas yang perlu dikuasai dalam sukatan pelajaran pendidikan muzik tahun empat
ialah not B, A, G dan C. Oleh itu, pengkaji harus mengatasi mengatasi masalah ini dengan
cara meneliti, mengkaji, mendengar dan menunjuk cara serta membimbing responden untuk
peningkatan kemahiran bermain rekoder.

Langkah-langkah pengkaji pada peringkat awal ialah memastikan responden mengenal nama
kedudukan not melodi lagu dengan meniup rekoder mengikut tempo perlahan. Mereka tidak
perlu diajar dengan cara paksaan atau terlalu cepat untuk menguasai nama kedudukan not
melodi. Pengkaji boleh membantu responden menyebut nama not melodi terlebih dahulu
sebelum membuat penjarian rekoder. Penguasaan penjarian rekoderakan dikuasai sekiranya
responden mengingati nama not melodi yang dipelajari.
Selain masalah mengingati nama kedudukan not melodi, responden menghadapi masalah
meniup

rekoder

secara

semerta

dengan

melodi

lagu

baru

yang

diberikan

oleh pengkaji. Lagu yang baru sukar dimainkan kerana responden tidak pernah mendengar
melodi tersebut. Kekerapan mendengar melodi lagu yang dipelajari akan menyebabkan
responden boleh menghafal melodi lagu dan ini memudahkan meniup rekoder
dengan penjarian yang betul.
Sekiranya responden tidak menguasai kemahiran mengenal nama kedudukan not melodi lagu
dan memainkannya secara semerta, maka kesukaran pasti akan terjelma dengan berpandukan
prinsip Falsafah Pendidikan Negara yang mengharapkan memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti
muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.
Justeru itu, pengkaji telah mengambil langkah drastik dengan memilih seramai 20 orang
responden yang terlibat untuk mengaplikasikan dan mengkaji adakah kaedah pengajaran
permainan rekoder melalui sistem penjarian bernombor ini dapat membantu murid untuk
menguasai permainan rekoder. Responden yang terlibat adalah terdiri dari 10 orang murid
lelaki dan 10 orang murid perempuan kelas 5 Mutiara. Sasaran peningkatan kemahiran akan
dilakukan dengan pelaksaanaan pengesanan ujian sebelum dan selepas.

SENARAI NAMA RESPONDEN / SASARAN


BIL
1.

NAMA
AHMAD SHAH BIN ZAINAL

TAHUN
5 MUTIARA

2.

AIMAN SUFI BIN RAMZI

5 MUTIARA

3.

KHAIRUDDIN BIN KHALID

5 MUTIARA

4.

MOHD IRFAN BIN DAUD

5 MUTIARA

5.

MOHD RASID BIN AZHAR

5 MUTIARA

6.

MUHD NURIDIN BIN KAMAL

5 MUTIARA

7.

SALLEHUDDIN BIN SAMAT

5 MUTIARA

8.

ZAINAL BIN RAHMAN

5 MUTIARA

9.

ZUBIR BIN HASSIM

5 MUTIARA

10. ZURINDAR BIN JAIS

5 MUTIARA

11. AINA NABILAH BT SALIM

5 MUTIARA

12. IRDINAH MAISARAH BT AZMIN

5 MUTIARA

13. JAMILAH BT JAUHIR

5 MUTIARA

14. NORZAIMAH BT RAHMAT

5 MUTIARA

15. NUR AIN NATASHAH BT AZMI

5 MUTIARA

16. RASHIDAH BT JAAFAR

5 MUTIARA

17. SITI NUR MAZLIN BT TARMIZI

5 MUTIARA

18. WAN NUR FAEQAH BT ABD. SAMAD

5 MUTIARA

19. ZARETH ZUKRINA

5 MUTIARA

20. ZURAINI AFIQAH BT SALAM

5 MUTIARA

SKOP DAN BATASAN KAJIAN


Sasaran kumpulan untuk kajian ini, pengkaji telah memilih seramai lima orang responden
yang bersekolah di daerah Segamat, Johor. Semua responden ini berumur sepuluh tahun.
Responden belajar di Tahun Empat. Seramai dua orang responden adalah lelaki dan tiga
orang adalah perempuan. Kumpulan ini adalah dari kalangan responden yang sangat lemah

dan lemah. Maklumat data ini diperolehi daripada keputusan ujian akhir tahun yang lalu.
Kajian pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas yang dijalankan oleh
pengkaji, didapati bahawa responden yang terlibat tidak menguasai kemahiran membaca dan
mengingat notasi melodi pada skor lagu. Kesukaran responden membaca melodi lagu
secarasemerta menyukarkan dan mengganggu kelancaran persembahan dan permainan
bermain rekoder dalam kelas.
Justeru itu, pengkaji telah mengambil langkah drastik dengan memilih seramai lima
responden yang terlibat untuk mengaplikasikan dan mengkaji adakah kaedah sistem
pernomboran penjarian rekoder dengan berbantukan bahan bantu perisian Encore dapat
membantu meningkatkan kemahiran dan menguasai bermain melodi lagu secara
optimum.Sasaran peningkatan kemahiran akan dilakukan dengan pelaksaanaan pengesanan
ujian sebelum dan selepas.