Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Cadangan Jogathon

KERTAS KERJA CADANGAN


LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012
1.0

TAJUK
Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat SK St.Ambrose, Panchor 2012

2.0

PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan
yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
jasmani,
rohani,
emosi
dan
sosial.
Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SK St.Ambrose, Panchor akan
mengadakan Larian Jogaton dan Karnival Sukan Rakyat. Di samping dapat menghasilkan murid yang
sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid,
guru dan warga sekolah.
Semoga Larian Jogathon dan Karnival Sukan Rakyat ini akan dapat memberikan peluang kepada muridmurid untuk bersukan di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah
untuk kesejahteraan bersama.
.
OBJEKTIF
Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru dan PIBG
Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan..
Membina semangat kerjasama di dalam kalangan murid dan guru.
Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.
Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.

3.0
1)
2)
3)
4)
5)
4.0
1)
2)
3)

MATLAMAT
Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
Mampu mengeratkan ukhuwah sesama warga sekolah.
Mencari dan mengasah bakat bakat baru dalam sukan Jogathon untuk sekolah, daerah dan bahagian
pada masa akan datang.

5.0

PENGANJUR
Unit Kokurikulum SK St.Ambrose, Panchor.

6.0

BUTIR BUTIR AKTIVITI


NAMA AKTIVITI
: Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat 2012
TARIKH
: 13 Julai 2012
TEMPOH
: 1 hari
HARI
: Jumaat
MASA
: 7.30 Pagi 12.00 Tengah hari
TEMPAT
: SK St. Ambrose, Panchor

7.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Sila rujuk lampiran 1

8.0
i.
ii.

PESERTA AKTIVITI
Murid murid SK St. Ambrose, Panchor (Larian Jogathon)
Guru guru & murid murid SK St. Ambrose, Panchor (Sukan Rakyat)

9.0

LALUAN LARIAN JOGATHON


Sila rujuk lampiran 2

10.0
1)
2)
3)

DIF PERASMIAN
Encik Kelim Ak Amin ( YDP PIBG )
Encik Junerason Anyew ( Guru Besar )
Encik Tapok Ak Rayun ( Ketua Kaum )

11.0 SYARAT SYARAT LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT


Sila rujuk lampiran 3a & 3b
12.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 4
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 5
14.0 KAD KUTIPAN DERMA JOGATHON
i.
Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar
melalui pelajar.
ii.
Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.
iii.
Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau
sebelum 2 Julai 2012.
iv.
Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00
15.0 CABUTAN BERTUAH
Tiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak 5 hamper disediakan
sebagai hadiah cabutan bertuah.
16.0 KATEGORI LARIAN JOGATHON
Sila rujuk lampiran 6
17.0 HADIAH LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
Sila rujuk lampiran 7
18.0 BORANG PENYERTAAN
Sila rujuk lampiran 8
19.0 HAL SURAT-MENYURAT
Sila rujuk lampiran 9
20.0 SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KERJA
Sila rujuk lampiran 10
21.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang penganjur.
Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu
yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga
diharap objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di
samping menjadi pendorong kepada minat murid terhadap sukan.
Disediakan oleh,
______________________

Disemak Oleh,
__________________

( MICHAEL BETI TUANG)


SETIAUSAHA
I
LARIAN JOGATHON DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR

( VICTORIA ROBIN)
PENYELARAS PROGRAM
LARIAN JOGATHON DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR

Anda mungkin juga menyukai