Anda di halaman 1dari 19

OBJEKTIF

1. Mengetahui konsep dan peranan


kata tugas dalam item pentaksiran
2. Memahami kata tugas yang
berkaitan dalam item pentaksiran
3. Menggunakan kata tugas yang
sesuai dalam pembinaan item
pentaksiran

KATA TUGAS

1. Suatu kata kerja yang


berfungsi untuk mengarah dan
memandu calon memberikan
respons yang sejajar dengan
tugasan item

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Takrifkan / Definisikan
Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas
tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau
terminologi.
Nyatakan
Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut.
Senaraikan
Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori
dan sebagainya secara spesifik tanpa memberi
hubungan, perkaitan atau penerangan lanjut bagi setiap
satunya

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Namakan
Memberikan kata panggilan yang spesifik terhadap
suatu perkara
Labelkan
Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang
spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta,
ilustrasi dan sebagainya
Kenalpastikan
Memberikan petunjuk atau makluman terhadap suatu
benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan
jelas

KATA TUGAS
Contoh Kata Tugas:
Terjemahkan
Menukarkan suatu bentuk maklumat kepada suatu
bentuk maklumat lain tanpa mengubah makna
maklumat tersebut.
Tukarkan bentuk
Mempersembahkan maklumat kepada suatu bentuk lain
yang lazim
Ringkaskan
Memberi penerangan yang lebih padat daripada
pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan
utama pernyataan itu

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Anggarkan
Memberikan suatu sukatan yang dianggap sesuai
dengan keadaan yang ditetapkan dengan
menggunakan ciri-ciri suatu pengetahuan tertentu
Ramalkan
Memberikan suatu nilai yang dijangkakan
berdasarkan pola atau corak tertentu

KATA TUGAS
Contoh Kata Tugas:
Terangkan
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu
dengan sebab.
Jelaskan
Memberi ketrangan tentang sesuatu supaya mudah difahami
Huraikan
Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang
lebar/terperinci dan teratur

KATA TUGAS
Contoh Kata Tugas:
Apakah
Memberi maklumat yang khusus/speksifik.
Bagaimanakah
Memperihalkan/memberikan penerangan tentang
cara/keadaan/langkah/kejadian
Bezakan
Memberi kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih
perkara

KATA TUGAS
Contoh Kata Tugas:
Membentangkan
Memaparkan,menghuraikan,menerangkan,menyampaikan
sesuatu
Memilih
Membuat keputusan berdasrkan sesuatu
Menganalisis
Penghuraian sesuatu untuk mengetahui pelbagai aspeknya

KATA TUGAS

2. Membayangkan kerencaman
(kepelbagaian) tugasan

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Lukiskan
Memberikan persembahan berbentuk grafik
bagi memperincikan suatu benda atau perkara
Lakarkan
Memberikan persembahan berbentuk grafik
secara kasar tanpa memerlukan perincian atau
mengikut skala

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Berapakah
Memberikan suatu kuantiti secara terus atau
kiraan mudah dan tidak melibatkan prosedur
hitungan tertentu
Hitungkan
Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi
melalui prosedur hitungan tertentu seperti
menggunakan rumus

KATA TUGAS

3. Suatu kata tugas tidak unik bagi


sesuatu objektif pentaksiran

KATA TUGAS
Contoh penggunaan Kata Tugas
Lakarkan simbol bagi DAN
Tugasan ini mentaksir pengetahuan tentang
konvensi (simbol)
Lakarkan satu litar yang menunjukkan
gabungan get-get logik yang mungkin terdapat
di dalam kotak hitam itu
Tugasan ini mentaksir kebolehan mensintesis

KATA TUGAS
4. Terdapat Kata Tugas yang
memerlukan sokongan beberapa
perkataan lain atau frasa untuk
menjelaskan tugasan.

KATA TUGAS
Contoh penggunaan kata tugas
Jelaskan bagaimana anda boleh
mengubahsuai sistem pengairan di atas
supaya penggunaan tenaga dapat
dijimatkan di samping mengekalkan
keupayaan pengairan ladang itu.

CONTOH KATA TUGAS


Bincangkan
Cadangkan
Terjemahkan
Analisiskan
Hubungkaitkan
Kelaskan

Bandingkan
Bezakan
Selesaikan
Rumuskan
Susunkan

Doa dan harapan agar semua warga


pendidik dapat merealisasikan item
dengan jayanya, menepati rukun
pentaksiran dan dapat menggunakan
kata tugas yang tepat untuk
respons yang dikehendaki .

Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai