Anda di halaman 1dari 1

MUNGKIN ramai yang tidak tahu aplikasi permainan video Clash of Clans (CoC) mampu

menjana pendapatannya hingga RM10 juta sehari daripada permainan video yang
ditawarkannya menerusi platform Apple App Store dan Google Play Store. Tidak mustahil
permainan video ini menjadi yang tertinggi menjana pendapatan walaupun secara dasarnya
permainan video ini adalah dalam platform percuma. SuperCell, syarikat yang mencipta CoC
mempunyai cara tersendiri untuk menjana pendapatan. Walaupun diberikan percuma tetapi
terdapat beberapa perkara yang memerlukan pemain untuk membeli. COC diketahui umum
sebagai permainan video paling digilai buat masa ini, di mana saja pasti setiap orang tidak kira
tua dan muda mempunyai permainan video ini di dalam telefon pintar mereka.

Anda mungkin juga menyukai