Anda di halaman 1dari 8

KEBERSIHAN SUNGAI DAN TANGGUNGJAWAB

SAYA.
Sungai merupakan nadi kehidupan semua benda hidup termasuk manusia,
haiwan dan hidupan lainnya. Sungai memberikan sumber air bersih kepada kita untuk
menyempurnakan kegiatan asas harian kita untuk minuman, memasak makanan dan
mandi. Sejak zaman dahulu sungai menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan dari
satu destinasi ke destinasi lain. Malahan sungai juga memberi sumber makanan yang
kaya dengan protin kepada manusia. Selain itu sungai yang bersih juga dapat
menyumbang

hasil

pendapatan

kepada

negara

melalui

produk

pelancongan

berasaskan sungai. Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah


pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan
kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi
yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik.
Sejurusnya, kita perlu sediakan payung sebelum hujan dengan mengadakan langkah
pengawalan kebersihan sungai dari sekarang. Antara langkah-langkah mengatasinya
dapat dijelaskan pada perenggan-perenggan selanjutnya.

Langkah primer ialah kerajaan perlu mengadakan Kempen Cintai Sungai.


Kempen Cintai Sungai telah dimulakan sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran. Kempen ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong
membersihkan sungai. Selain dapat merapatkan hubungan antara masyarakat, aktiviti
gotong-royong juga

dapat menyemai sikap menyintai sungai kita

dalam kalangan

masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan kerjakerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan rehat di sungai-sungai
berkenaan. Antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah Sungai Muar dan Sungai
Batu Pahat. Aktiviti ini seharusnya diadakan secara berkala sepanjang tahun dan
melibatkan perbagai kategori dimana setiap kategori akan dipertandingkan bagi
memupuk minat masyarakat setempat ke arah menyintai sungai. Antara kategori
tersebut ialah Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kategori
Sekolah dan Kategori Perlancongan. Selain itu, kempen ini diperbagaikan dengan
aktiviti ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah, pertandingan mewarna,
ekspedisi sungai, gotong-royong dan sebagainya. Jelaslah melalui Kempen Cintai
Sungai bukan sahaja dapat mendidik tetapi juga mendewasakan masyarakat tetang
kepentingan sungai dalam kehidupan.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan undang-undang melarang


pembuangan sampah-sarap domenstik ke dalam sungai. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai semua bahan buangan sama ada dalam
bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas yang dilepaskan, dikeluarkan atau
diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran. Sampah
domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik, inorganik dan
sampah sarap yang bersaiz besar. Sebagai contohnya, sampah jenis organik seperti
plastik dan kertas. Sampah inorganik pula terdiri daripada kaca, tin alumunium, dan
contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan perabot dan sampah tanaman.

Pelepasan sampah ke dalam sungai akan menjejaskan penembusan sinaran matahari


dan kadar kandungan oksigen yang terlarut dalam air. Alga dan lelumut yang menjadi
sumber makanan hidupan akuatik juga akan terjejas. Akibatnya kelangsungan rantaian
makanan hidupan sungai musnah. Kedegilan masyarakat membuang sampah meratarata perlu dikenakan hukuman yang berat dan setimpal seperti saman wang tunai dan
hukuman penjara serta mengadakan khidmat sosial secara percuma dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Justeru itu, cadangan mengadakan program mendidik pesalah
dengan memperbagaikan kegunaan sampah dan pengurusan secara positif seperti
proses kitar semula dan membuat baja kompos

sebagai satu langkah yang bijak.

Pelaksanaan undang-undang akan memastikan persekitaran sungai yang harmoni


dapat diwujudkan.

Selanjutnya, peranan pihak media massa juga ditagih dalam menangani isu
pencemaran sungai. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,
komputer dan surat khabar. Sejak dahulu lagi, semua masyarakat menyedari bahawa
media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi, membentuk dan
mengubah cara pemikiran pembacanya. Apa sahaja ditayangkan dan dihebahkan akan
menjadi ikutan masyarakat. Televisyen adalah satu media elektronik yang hampir
dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Sudah pasti info
mengenai keadaan sungai yang semakin tercemar serta langkah untuk menjaganya
dapat diakses dengan mudah. Sejurusnya, media massa kini perlulah lebih banyak
memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran sungai diseluruh negara melalui slotslot iklan dan dalam siaran-siaran di televisyen. Salah satu rancangan televisyen

dikenali Program Aduan Rakyat TV3 menjadi tatapan ramai. Hal ini disebabkan
rancangan ini telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai polemik dalam negara
seperti gejala rasuah dan pembalakan haram. Justeru itu, program ini perlu mengupas
dan membuat pendedahan pula tentang pencemaran sungai secara kerap. Hal ini
disebabkan, penyelesaian kepada segala masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas
apabila pihak pelaku, pemilik tanah dan pihak berkuasa tempatan dilibatkan bersama.
Jelaslah, media massa juga dapat memainkan peranannya dalam memastikan sungai
sentiasa bersih.

Sejurusnya, peranan pihak sekolah wajar terlibat sama dalam memupuk nilainilai murni dalam penjagaan sungai. Anak murid sedari usia muda perlu diberi
kesedaran tentang kepentingan sungai bak kata pepatah melentur buluh biarlah ketika
rebung. Poster-poster yang menyentuh isu pencemaran sungai perlu digantung dan
ditampal di sudut-sudut khas dalam sekolah. Program 5 minit tentang sungai wajar
diadakan. Pembelajaran berkenaan topik sungai juga banyak disentuh dalam subjek
Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Geografi dan Sejarah. Secara
tidak langsung sungai

telah menjadikan alat pendidikan yang merentasi kurikulum

untuk mengembangkan pemupukan nilai positif terhadap sungai. Dalam pedagogi


bahasa, pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan Kajian Masa Depan
membolehkan murid dengan bimbingan guru membuat ekspedisi menjelajah sungai di
kawasan tempat tinggal masing-masing. Khidmat Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan boleh diminta sebagai salah satu aktiviti Khidmat Masyarakat.
Sebagai contohnya, beberapa aktiviti yang sesuai boleh dilakukan seperti melihat

punca pencemaran, mengenalpasti komuniti, memungut sampah, menebas rumput di


pinggir dan membersihkan taman sekitar Sungai Tengkorak di Pasir Gudang. Hasil
laporan beserta refleksi yang disiapkan kemudiannya diberi markah dan sijil sebagai
penghargaan kepada murid. Tidak cukup dengan aktiviti di dalam dan luar sekolah,
pihak sekolah boleh mengadakan ekspedisi keluar negeri seperti melawat sungai yang
paling tercemar dan sungai yang terurus dengan baik seperti Sungai Gombak dan
Sungai Melaka. Pelajar dapat membezakan kandungan sampah terampai, saiz sungai,
kedalaman sungai dan kepelbagaian aktiviti ekonomi di sekitar tebing sungai. Jelaslah,
sekolah dapat menyedarkan masyarakat tentang sungai sejak dari usia muda.

Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak
tentang pemeliharaan sungai. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anakanak sejak mereka dilahir. Ibu bapa adalah 'role model' kepada mereka ketika mereka
belum memasuki alam persekolahan. Masyarakat luar akan menilai tingkah laku anakanak ini umpama baik tingkah laku anak, baiklah tingkah laku induknya. Begitu juga
dengan perumpamaan dimana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Ini disebabkan ciriciri kehidupan induknya akan terpapar apabila mereka berada dalam kumpulan
masyarakat terbuka. Oleh itu, Ibu bapa perlulah menunjuk dan melakukan pembuangan
sampah di tempat yang betul di hadapan anak-anak sejak usianya kecil lagi disamping
menyuruh anak melakukan dengan arahan-arahan dan panduan yang betul. Jika
berada di luar rumah, sediakan bekas sampah atau jika tiada bekas makanan seperti
gula-gula

pastikan

anak-anak

dipesan

memasukkannya

dalam

poket

dan

membuangnya bila terjumpa tong sampah. Ibu bapa juga boleh membelikan dan

membacakan buku cerita hal sungai dan kehebatannya pada masa lalu seperti cerita
Sungai Hindus, Sungai Mekong, Sungai Manhattan, Sungai Amazon dan Sungai
Pahang. Disamping itu, pada masa lapang bawalah anak berjoging sama di kawasan
riadah yang terdapat sungai. Pilihlah kawasan sungai yang mempunyai pemandangan
yang indah agar

anak-anak dapat menginterpritasikan ideanya melalui lukisan.

Kebolehan melukis tentang keindahan sungai adalah satu kemenangan pendidikan


secara informal

dari ibu bapa ke atas anak-anak. Jelaslah ibu bapa adalah orang

paling rapat mendidik anak tentang kepentingan sungai.

Pemimpin masyarakat juga mempunyai peranan dalam mengawal pencemaran


sungai dengan menjadikan sungai sebagai anak angkat. Pemimpin yang berwiwaba
mampu mempengaruhi penyokong-penyokong yang menjadi komuniti di kawasannya.
Semakin ramai dan kuat penyokongnya semakin hebat pengaruhnya.

Justeru itu,

pemimpin harus menggunakan pengaruhnya ke arah yang positif untuk menarik


sokongan ramai ke atas program yang dianjurkannya. Seterusnya, program ini
diperturunkan ke peringkat pemimpin bawahannya. Pembentukan jawatankuasa
pelaksana akan memastikan pelaksanaan dan perjalanan program dapat dilakukan
dengan berkesan. Kejayaan

sungai angkat menjadi ujian kewibawaan pemimpin.

Melalui program pemimpin turun padang dengan slot melawat sungai angkat mengikut
zon dapat juga menyemarakkan lagi penjagaan sungai angkat melalui peruntukan baru
yang dititipkan bersama. Berbagai aktiviti boleh dilakukan dengan wang bantuan
diterima seperti pertandingan sungai terindah, membesarkan taman permainan sedia
ada, memperbanyakkan prasarana kemudahan di pinggir sungai seperti kemudahan

sukan dan rekreasi, kemudahan wakaf, kemudahan jeti, kedai-kedai makan yang kekal
dan tong-tong sampah yang bersaiz besar. Selanjutnya pembentukan jawatankuasa
pegawai

pencemaran sungai yang diberi elaun tetap bukan sahaja dapat

mengurangkan kos penyenggaraan dan memberi pendapatan kepada masyarakat,


tetapi dapat memastikan kawalan kebersihan ke atas sungai dilakukan secara tetap dan
berterusan. Lama-kelamaan cantuman keindahan zon-zon sungai angkat seperti di
sepanjang Sungai Kota Tinggi, Sungai Benut dan Sungai Mersing dapat dilakukan dari
semasa ke semasa sudah pasti satu lagi produk pelancongan berasaskan konsep
pelancongan Sungai Melaka dapat dilahirkan dan diatasi.

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembling tenaga untuk mengatasi isu ini.
Kita perlu bermusahabah diri dan tepuk dada tanya selera. Apakah yang dimahukan
oleh masyarakat sekarang dengan sungai bak mutiara di depan mata mereka? Jika
mahu

memastikan

Sungai

Tengkorak,

Sungai

Segget

dapat

dinikmati

akan

kewujudannya pada hari ini berterusan sehingga ke zaman anak cucu kita, langkah
proaktif pemeliharaan sungai perlu dilakukan dari sekarang. Ramai pemimpin terdahulu
telah menyuarakan kebimbangannya tentang pencemaran sungai seperti Tan Seri
Ramli Ngah Talib, mantan Menteri Besar Perak. Raungan mengenai kebimbangan akan
kehilangan sungai juga telah menjadi tajuk-tajuk utama dalam penulisan blog, novel,
sajak dan cerpen. Antara karya cerpen menarik yang menjadi kajian murid di sekolah
menengah ialah Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad. Sungai Ceper yang menjadi
nadi kehidupan telah mengubah seluruh kehidupan komunitinya kesan akan perubahan
sungai yang drastik. Semuanya bergantung kepada kerjasama dari semua pihak iaitu

pihak kerajaan yang mempunyai kuasa dan sumber kewangan, masyarakat yang
memberi sumbangan sumber manusia dan pihak individu yang memberi tenaga dan
idea. Jika pihak dari bawahan iaitu individu menyokong program memelihara sungai
dari tercemar sasarannya pasti akan berjaya umpama bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat.