Anda di halaman 1dari 2

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda

Mimbar Nakhoda O a
BIL: 26/RAMADHAN 1436H/JULAI 2015M

PERCUMA UNTUK AHLI JEMAAH MASJID

Ramadhan Bulan Al-Quran


Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Oleh sebab itu perbanyaklah membaca Al-Quran itu baik di luar
Shalat mahupun di dalam Shalat. Khususnya ketika kita melaksanakan Shalat Tarawih pada bulan
Ramadhan, perbanyaklah ayat-ayat Al-Quran yang dibaca di dalam Shalat tersebut. Semakin banyak
jumlah ayat Al-Quran yang dibaca dalam Shalat Tarawih, semakin baik. Meskipun membaca Surah
selain Al-Fatihah di dalam Shalat adalah suatu perbuatan yang bersifat anjuran atau Sunnah, namun
bagi setiap orang yang membaca Al-Quran dalam Shalat Tarawih akan mendapatkan balasan pahala
yang besar. Sebab satu amalan Sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti satu amalan Wajib di
luar Ramadhan. Membaca Al-Quran di luar Shalat saja pahalanya besar, apalagi di dalam Shalat, dan
apalagi pada bulan Ramadhan. "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka dia
mendapatkan satu kebaikan dan daripada satu kebaikan itu berlipat-ganda menjadi sepuluh kebaikan.
Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim sebagai satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim
satu huruf. (Tirmidzi, Al-Hakim, Baihaqi). Apabila Rasulullah melaksanakan Qiyam Ramadhan atau
Shalat Tarawih, beliau memperpanjang bacaan Al-Quran, lebih panjang daripada Shalat-shalat yang
lain. Beliau pernah Shalat malam pada bulan Ramadhan, di dalam Shalat itu beliau membaca Surah AlBaqarah, An-Nisa dan Ali-lmran. Setiap kali beliau berjumpa ayat tentang ancaman, beliau berhenti
sejenak untuk memohon perlindungan. (Muslim, dari Hudzaifah bin al-Yaman). Umar bin Khattab ra
memerintahkan Ubay bin Kaab dan Tamim Ad-Dari untuk mengimami Shalat pada bulan Ramadhan.
Mereka membaca sebanyak 200 ayat dalam satu rakaat, sehingga Para Sahabat bersandar
berpegangan pada tongkat mereka, kerana lama berdiri. Shalat baru selesai menjelang fajar.
Disebutkan dalam satu riwayat, bahawa ada pula yang memasang tali di antara tiang-tiang masjid,
kemudian mereka berpegangan pada tali tersebut. Pernah Umar bin Khattab mengumpulkan tiga
orang penghafal Al-Quran, untuk menjadi imam Shalat Tarawih. Yang paling cepat bacaannya, beliau
perintahkan untuk membaca 30 ayat pada setiap rakaat Shalat Tarawih. Yang bacaannya sedang,
diperintahkan membaca 25 ayat pada setiap rakaat. Sedangkan yang paling lambat bacaannya,
diperintahkan membaca 20 ayat setiap rakaat. Pada masa Tabiin iaitu masa setelah Para Sahabat
Nabi, biasanya kalau mereka melaksanakan Shalat Tarawih, mereka menghabiskan bacaan Surah AlBaqarah seluruhnya dalam 8 rakaat Shalat. Jika ada Imam yang membaca seluruh Surah Al-Baqarah
dalam 12 rakaat, mereka beranggapan bahwa Imam telah memperpendek bacaan Shalatnya. Memang,
sesungguhnya jumlah ayat Al-Quran yang dibaca dalam Shalat Tarawih tidaklah harus seperti yang
digambarkan di atas. Sebab kemampuan setiap orang berbeda-beda. Akan tetapi, sangatlah bagus
dilakukan jika mampu melakukan seperti itu. Gambaran di atas menunjukkan bahawa betapa
agungnya membaca Al-Quran itu pada bulan Ramadhan, ketika Shalat, terutama pada Qiyam
Ramadhan yakni Shalat Tarawih, mahupun di luar Shalat. Demikian pula dengan membaca Al-Quran di
luar Shalat pada bulan Ramadhan. Di antara Ulama masa lalu ada yang mengkhatamkan bacaan AlQuran setiap dua hari dalam bulan Ramadhan. Bererti selama sebulan Ramadhan beliau
mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebanyak 15 kali. Ada ulama, seperti An-Nakhai, yang
mengkhatamkan bacaan Al-Quran setiap tiga hari. Ada yang mengkhatamkan Al-Quran setiap 3 hari,
tapi pada 10 hari terakhir Ramadhan, dia khatam setiap hari. Menurut sebuah riwayat, bahawa Imam
Syafii mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan di luar Shalat sebanyak 60 kali. Demikian juga
yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. Apabila telah datang bulan Ramadhan, maka Imam Malik
menghentikan sementara kegiatan membaca Hadits-hadits dan belajar kepada Para Ulama, lalu
memberikan tumpuan untuk membaca Al-Quran. Demikianlah perhatian yang sangat besar diberikan
oleh orang-orang Shalih dan Para Ulama terhadap Al-Quran pada bulan Ramadhan.

SEJARAH HARI RAYA AIDIL-FITRI


Setiap perayaan mesti ada sejarahnya. Begitu juga perayaan dalam Islam. Sejarah hari raya dalam Islam bermula
apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab
pada masa itu iaitu Nairuz dan Mahrajan. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya
itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara
turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa
Islam menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya
korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna
jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu Ibadat. Aidilfitri disambut
sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang
hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika
dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat Fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik
kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih
daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu
sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah
malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan Solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid
sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah menyatakan bahawa: Sesiapa yang
menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan
mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat. Pada pagi hari raya dimulakan dengan
membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan
ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak
pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini
bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja
semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah , datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata
sahabat ini, Ya Rasulullah , pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera
bertanya, Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata, Kerana saya tidak ada baju baru. Rasulullah kemudian
bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi.
Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah
tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak
sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari
raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau
membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama.
Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu
disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak
melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak
supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya,
maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.
Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu
ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah Zakat Fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang
akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang
ditetapkan Syariat. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian
yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan
Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan
tuntutan Agama.
Mimbar Nakhoda ini diterbitkan secara bulanan oleh Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung
Nakhoda, Jalan Nakhoda Tengah, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Naqsyabandi Akademi
Quran Sunnah Hadits, Madrasah Ulul Azmi, Kampung Sepakat Wira Damai, Batu Caves. Cetakan adalah terhad, maka
digalakkan untuk difotostat dan diedarkan kepada orang lain, semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran
pahala yang berterusan, Amin.

Ketua Editor: Ust. Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi / Penolong Editor: Sdr. Muhammad Taufiq

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda

Tahap-Tahap Turunnya Al-Quran


(Nuzul Al-Quran)
Adapun tahap tahap turunya al-quran ada 3 tahap, iaitu:
1. Tahap Pertama (At-Tanazzul Al-Awwal) - Al-Quran diturunkan atau ditempatkan di Lauh Mahfuzh, yakni suatu tempat di
mana manusia tidak mengetahuinya secara pasti. Hal ini sebagaimana diisyaratkan dalam Al-Buruj: 21-22:

Proses Turunnya Al-Quran


Dalam proses pewahyuannya terdapat beberapa cara untuk menyampaikan wahyu yang dibawa
Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad , diantaranya:
1.

Turunnya Wahyu kepada beliau seperti suara loceng, dan cara ini adalah cara yang paling
berat bagi Rasulullah . Sebagaimana dalam Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
Rahimahullah, dari Aisyah Radhiyallahu Anha bahawasanya Al-Harits bin Hisyam
Radhiyallahu Anhu bertanya kepada Rasulullah , dia berkata: Wahai Rasulullah ,
bagaimana Wahyu turun kepada anda? Maka Rasulullah menjawab: Terkadang Wahyu
itu datang kepadaku seperti suara loceng, dan itu adalah yang paling berat bagiku.
Kemudian ia terhenti sedangkan aku sudah memahami apa yang Jibril Alaihissalam
katakan. Aisyah Radhiyallahu Anha berkata: Dan sungguh aku telah melihat Wahyu itu
turun kepada Baginda pada hari yang sangat dingin, lalu Wahyu itu terhenti sementara
keringat telah mengalir di dahi beliau.

2.

Dan terkadang wahyu turun dalam bentuk seorang laki-laki yang menyampaikan Kalamullah
kepada Nabi , sebagaimana Hadits yang lalu dalam Sahih Bukhari. Nabi telah ditanya
tentang tatacara turun wahyu, maka beliau menjawab, Dan terkadang Malaikat menjelma
kepadaku sebagai seorang laki-laki, lalu ia berbicara kepadaku dan kemudian aku
memahami apa yang dia katakan. Kerana sesungguhnya Malaikat telah menjelma menjadi
sosok lelaki dalam bentuk yang beraneka macam, dan tidak ada yang terluput darinya apa
yang dibawa oleh Malaikat pembawa Wahyu tersebut. Sebagaimana dalam kisah datangnya
Malaikat dalam rupa Dihyah Al-Kalbi, atau seorang Arab Badwi dan dalam bentuk yang
lainnya. Dan semuanya tercatat dalam kitab Shahih.

3.

Dan terkadang wahyu turun dengan cara Allah berbicara langsung kepada Nabi dalam
keadaan terjaga tidak tidur, sebagaimana dalam Hadits Isra Miraj yang panjang, yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Hal yang paling penting dalam pembahasan ini yang wajib
diyakini dan diimani adalah bahawa Jibril Alaihissalam turun membawa Al-Quran dengan
lafaz Al-Quran dari awal Surah Al-Fatihah sampai akhir Surah An-Naas, dan bahawa lafazlafaz tersebut adalah Kalamullah firman Allah, tidak ada campurtangan Jibril Alaihissalam
dan juga tidak ada campurtangan Nabi dalam pembuatan dan penyusunannya, akan tetapi
semuanya adalah dari sisi Allah . Sebagaimana firman Allah : Inilah suatu kitab yang ayatayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi
Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu. (Hud: 1)

t 8ys9 g #u % u t/
Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Lauh Mahfuzh.
Penjelasan mengenai sejak bilakah Al-Quran ditempatkan di Lauh Mahfuzh dan bagaimana caranya, adalah merupakan hal-hal
ghaib yang menjadi bahagian keimanan dan tidak ada yang mampu mengetahuinya selain dari Allah . Dalam konteks ini AlQuran diturunkan secara sekaligus mahupun secara keseluruhan. Hal ini di dasarkan pada dua argumentasi:
1.
Pertama: Kerana Nash pada ayat 21-22 Surah Al-Buruj tersebut tidak menunjukkan arti beransur-ansur.
2.
Kedua: Kerana rahasia dan hikmah diturunkannya Al-Quran secara beransur-ansur tidak cocok untuk Tanazzul tahap
pertama tersebut. Dengan demikian turunnya Al-Quran pada tahap awal, iaitu di Lauh Mahfuzh dapat dikatakan
secara sekaligus dan tidak beransur-ansur.
2. Tahap Kedua (At-Tanazzul Ats-Tsani) - Al-Quran turun dari Lauh Mahfuzh ke Baitul `Izzah di Sama Ad-Dunya langit dunia,
yakni setelah Al-Quran berada di Lauh Mahfuzh, kitab Al-Quran itu turun ke Baitul `Izzah di langit dunia atau langit terdekat
dengan bumi ini. Banyak isyarat mahupun penjelasannya dari ayat-ayat Al-Quran mahupun Hadits Nabi . antara lain sebagai
berikut dalam Surat Ad-Dukhan ayat 1-6:
A3ym @ r& . t  $p. z $. $) 4 >x.t t6 7's#s9 o9tr& !$) 79$# =tG69$#u m

=y9$# 9$# u ) 4 y7i/ i Zymu t,# $. $) 4 !$t i #\ r&


Ha-Mim. Demi Kitab Al-Quran yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi
dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh Hikmah, iaitu
urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus Rasul-rasul sebagai Rahmat dari Tuhanmu.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ad-Dukhan: 1-6)
Hadis riwayat Hakim dari Sa`id Ibn Jubair dari Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad bersabda, Al-Quran itu
dipisahkan dari pembuatannya lalu diletakkan di Baitul Izzah dari langit dunia, kemudian mulailah Malaikat Jibril
menurunkannya kepada Nabi Muhammad . Hadis riwayat An-Nasai, Hakim dan Baihaqi dari Ibnu Abbas ra. Beliau berkata,
Al-Quran itu diturunkan secara sekaligus ke langit dunia pada malam Qadar, kemudian setelah itu diturunkan sedikit demi
sedikit selama duapuluh tahun.
3. Tahap Ketiga (At-Tanazzul Ats-Tsalits) - Al-Quran turun dari Baitul Izzah di langit dunia langsung kepada Nabi Muhammad ,
yakni setelah wahyu Kitab Al-Quran itu pertama kalinya di tempatkan di Lauh Mahfuzh, lalu keduanya diturunkan ke Baitul Izzah
di langit dunia, kemudian pada tahap ketiga Al-Quran disampaikan langsung kepada Nabi Muhammad dengan melalui
perantaraan Malaikat Jibril. Dalam hal ini antara lain tersebut dalam Surah Asy-Syu`ara: 193-194 dan Al-Furqan: 32:

t9$# z t3tG9 y77=s% 4n?t F{$# y 9$# / tt


Al-Quran itu dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin Jibril ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di
antara orang-orang yang memberi peringatan. (Asy-Syu`ara: 193-194)

W? s? o=?uu ( x8y#x / |Mm7s[9 y79x2 4 Zynu \'s#d #u )9$# n=t th s9 (# xx. t%!$# t$s%u
Berkatalah orang-orang Kafir, mengapa Al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja? Demikianlah supaya
Kami perbuat hatimu dengannya dan Kami menurunkan dan membacakannya kelompok demi kelompok. (Al-Furqan: 32)
Menurut As-Suyuthi berdasarkan tiga laporan dari Abdullah bin Abbas, dalam riwayat Al-Hakim, Al-Bayhaqi dan An-Nasai telah
menyatakan, bahwa Al-Quran telah diturunkan melalui dua tahap:
1.
Dari Lawhul-Mahfuzh ke Baytul-Izzah iaitu langit dunia yang paling rendah secara keseluruhan dan turun sekaligus,
yang terjadi pada malam Qadar (Lailatul-Qadar).
2.
Dari Baytul-Izzah ke dalam hati Rasulullah secara bertahap selama 23 tahun Kenabian Muhammad . Adapun
yang pertama kali diturunkan terjadi di bulan Ramadhan, melalui Malaikat Jibril Alaihissalam.

Maka semua lafaz Al-Quran baik yang tertulis mahupun yang dibaca semuanya dari sisi Allah ,
dan peranan Jibril Alaihissalam tidak lain hanyalah sebagai pembawa Wahyu saja kepada Rasulullah .
Dan tidak pula peranan Rasulullah melainkan hanyalah memahami, menghafal dan
menyampaikannya saja. Kemudian menjelaskan dan mengamalkannya. Allah berfirman:

t9$# z t3tG9 y77=s% 4n?t F{$# y 9$# / ttt ts>y9$# b>u tGs9 )u
Dan sesungguhnya Al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Rabb semesta alam, dibawa turun
oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di
antara orang-orang yang memberi peringatan. (Asy-Syuara: 192-194)
Maka yang berbicara adalah Allah , yang membawa dan menyampaikan adalah Jibril
Alaihissalam dan yang menerima adalah Rasul Rabb semesta alam .