Anda di halaman 1dari 2

PPG MATEMATIK SEM 7

Ras & Mohamad Zakri

Farida Binti Mohamed Shahudin, Willian Bin

ANALISIS VIDEO SDP


Howard Gardner dalam Teori Kecerdasan Manusia (1983), mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan. Kebanyakan pengajaran memberi
penekanan kepada kecerdasan Linguistik dan logik matematik sahaja. Kecerdasan lain
kurang dirangsang. Manusia belajar melalui berbagai cara untuk mencapai kecemerlangan.
Mereka akan menggunakan beberapa jenis kecerdasan secara bergabung. Teori ini
menyokong pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni
dalam pendidikan.
Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata
pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakkan murid-murid
mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu
diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan
mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.
Tiga unsur utama iaitu seni visual, irama dan pergerakan perlu digabungkan dengan
baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Pelajar akan
melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka
tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru.
Guru perlu tahu menggunakan seni visual dengan baik, memasukkan elemen-elemen
irama dan menggunakan pergerakan yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
video, kad gambar , sajak yang
dideklamasikan juga diselitkan serentak bersama irama muzik dan pergerakan seperti
senaman ringan ketika sesi pembelajaran.
Dalam video, didapati penggunaan irama muzik dalam pengajaran dan pembelajaran
juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Sepertimana
yang ditunjukkan dalam video, pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh
guru. Pelajar juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanakkanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila dirangsang oleh sesuatu irama
muzik. Dalam video, beberapa alat muzik seperti tamborin, gitar dan gendang digunakan
untuk menghasilkan irama. Irama juga boleh dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui
tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya.
Dalam video, Pergerakan didapati dirancang dengan baik. Pelbagai pergerakan
didapati melibatkan tangan, kaki dan goyang badan. Pergerakan secara terancang adalah
sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar.
Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas disusun dengan baik
bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat.
Susunan perabut termasuk kerusi dan meja juga dilihat bersesuaian dengan suasana dan
corak pembelajaran. Contoh seperti yang ditunjukkan ialah pergerakan seperti meniru aksi
haiwan, meniru pergerakan keretapi dan regangan badan. Selain itu, pada pendapat kami,
guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang
dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti sama ada
di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar
merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat
mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga
mengikut lirik sesebuah lagu.

PPG MATEMATIK SEM 7


Ras & Mohamad Zakri

Farida Binti Mohamed Shahudin, Willian Bin

Kesimpulan
Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guruguru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti
punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk
pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan
bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih
bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai
sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.
Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana
ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini
kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif,
berkeyakinan dan berdaya maju.

Anda mungkin juga menyukai