Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti
berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini
menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang
mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini
mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK
khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga
boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada
ekonomi Negara.
2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK
HIDUP.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak
asasimasing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.
Definisi biodiversiti adalah semua bentuk kehidupan yang dikelompokkan dari segi spesies tumbuhan
dan haiwan, mikroirganisma serta ekosistem dan proses-proses ekologi.
Biodiversiti adalah penting untuk keseimbangan ekosistem. Rantai makanan yang penuh adalah
berdasarkan biodiversiti. Biodiversiti membekalkan makanan, minuman, habitat kepada haiwan.
Selain itu, manusia akan mendapat sumber makanan yang secukupnya.
Sementara itu, terdapat banyak perkara yang telah menggugah biodiversiti. Antaranya termasuk
perubahan cuaca yang semakin panas, kesan rumah hijau, pemanasan global yang menyumbang
kepada pencairan air kutub, lapisan ozone yang semakin nipis dan sebagainya. Semua kesan cuaca
adalah berasal daripada kegiatan harian manusia yang telah menghapuskan alam sekitar. Sebagai
contohnya, penipisan lapisan ozone disebabkan terdapat banyak kandungan kluroflorokarbon(CFC)
yang tertumpul dalam ozone. Dengan ini, lapisan ozone yang nipis membenarkan ultraviolet (UV) dari
pancaran matahari boleh sampai ke muka bumi. Oleh Itu, UV yang berbahaya telah menyebabkan
kebanyakan prosses kimia dalam tumbuh-tumbuhan berubah. Tambahan pula, manusia juga
medapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser kulit.
Oleh itu, kita haruslah memerah otak untuk menyelesaikan masalah ini dengan memikir cara
yang paling sesuai untuk pengekalan biodiversiti. Antara cara yang sesuai adalah penanaman semula
perhutanan untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam udara. Hal ini demikian kerana semasa
proses photosinthesis tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan ini akan mengeluarkan oksigen dan
menghisap masuk karbon dioksida yang terdapat dalam udara. Tambahan pula, manusia haruslan
mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Dengan ini, kita dapat mengurangkan
kandungan CFC dalam udara serta tidak terus lagi menyebabkan lapisan ozone menjadi nipis.
Secara intiha, biodiversiti adalah penting bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu,
kita haruslah berusaha mengekalkan biodiversiti yang sedia ada.
Menurut kamus Inggeris, "Concise Oxford English Dictionary",
biodiversiti didefinisi sebagai kepelbagaian flora dan fauna yang
hidup dalam satu dunia atau sesuatu habitat.
dan bumi ini amat penting untuk manusia dan pelbagai spesis di dunia
ini.Oleh sebab itu,kita kena berusaha mengekalkan biodiversiti supaya
ia sentiasa seimbang.
Ancaman Terhadap Biodiversiti
Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik
01/11/2007 | Artikel Bahasa Malaysia
Pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang
memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan
tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai
ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung.
Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan
biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak
dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Dalam ruang lingkup ini, ahli
biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda banyak spesies
dengan kadar purata kawasan 1 km2. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh
jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh,
haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya
memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan.
Unsur kemusnahan biodiversiti yang seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan secara
tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem
tersebut, yang mana ia sekaligus akan memberi kesan buruk kepada spesies asal yang menghuni
dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies asing ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada
flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan kegiatan manusia. Satu contoh jelas yang telah
dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur di Lautan Atlantik. Pencerobohan spesies
ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal yang mana kini ia terdiri daripada 95%
jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana yang memberi kesan besar terhadap
ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau didapati 70% spesies ikan air tawar
di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat daripada pengenalan spesies luar biasa (exotic
species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan daripada pencerobohan spesies asing ke atas
spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana, sekiranya terus dibiarkan ia akan membawa
kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas spesies-spesies lain.
Selain itu, pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan biodiversiti kita.
Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya boleh membawa kepada
lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Bahan-bahan yang terhasil daripada
usaha-usaha pertanian, seperti baja dan racun serangga pula, boleh meresap ke dalam akuifer dan
sungai yang akhirnya akan sampai ke laut dan akan meracuni hidupan laut. Keadaan ini sekaligus
akan mengancam sumber makanan kita yakni ikan yang kita sedia maklum merupakan sumber
protein utama dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, malah lebih buruk lagi ia akan turut
mempengaruhi dan merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Manakala pencemaran
atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim mendadak yang dijangka akan
mengakibatkan gangguan ke atas taburan spesies, dan seterusnya membawa kepada kepupusan
biodiversiti yang sedia ada.
Pada hari ini perubahan iklim dunia menjadi mawdu' hangat yang sering diperdebatkan oleh peminpinpemimpin dunia dalam mana mana persidangan. Malah perkara ini turut dibincangkankan dalam
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-62 baru-baru ini, yang mana
sangat bersesuaian dengan tema perhimpunan tersebut iaitu "Masa Depan Di Tangan Kita:
Menghadapi Cabaran Kepimpinan Terhadap Perubahan Iklim". Perkara ini sebenarnya bukan perkara
yang baru, malah jika diimbas kembali, kesan daripada perubahan iklim lebih sedekad yang lepas
misalnya telah menyebabkan suhu dunia meningkat antara 0.3 dan 0.6 oC yang mana ia merupakan
peningkatan terbesar dalam jangkamasa 1000 tahun, dan daripada peningkatan suhu ini ia telah
menyebabkan kesan rumah hijau' (greenhouse effect). Malah akhbar ada melaporkan kajian terbaru
IPCC menjangkakan bahawa suhu purata Malaysia akan meningkat antara 0.6 oC hingga 4.5 oC
menjelang tahun 2060. Jangkaan ini amatlah membimbangkan dan jika ia menjadi kenyataan
bermakna biodiversiti kita akan berhadapan dengan pelbagai ancaman yang lebih besar lagi.
Bukan itu sahaja, malah akibat perubahan iklim ini juga telah memberi kesan yang ketara kepada
paras air laut yang mana ia telah meningkat kepada 10-20 cm di seluruh dunia, pencairan glasier di
kutub, perubahan bentuk pemendapan dan meningkatnya peristiwa kejadian suhu melampau.
Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim seluruh bumi terganggu. Apa yang lebih
membimbangkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam jangkamasa yang cukup pantas dan ini akan
menimbulkan masalah kepada kebanyakan spesies untuk menyesuaikan diri, dan sekaligus akan
memberi masa depan yang suram kepada nasib biodiversiti kita.
Unsur kepupusan biodiversiti yang seterusnya ialah disebabkan oleh penuaian berlebihan yang
dilakukan ke atas sumber biodiversiti secara berterusan. Pada hari ini, bukan sahaja di negara kita
malah di negara-negara lain juga didapati banyak spesies yang diburu dan dituai secara berterusan
untuk tujuan pembangunan. Malah kadar ekonomi sesebuah negara sangat bergantung kepada hasil
yang diperoleh daripada sumber biodiversiti. Salah satu contoh jelas kepupusan secara langsung yang
disebabkan oleh penuaian secara berlebihan ialah melibatkan spesies burung merpati dan kakak tua
Carolina dalam abad yang ke-20. Jika pemburuan dan penuaian sumber biodiversiti dilakukan secara
berterusan tanpa adanya langkah pemuliharaan yang berkesan, dikhuatiri biodiversiti yang masih lagi
wujud pada hari ini akan menerima nasib yang sama dengan kedua-dua spesies yang disebutkan tadi.
Sebagai contoh, pada hari ini di negara kita spesies harimau merupakan antara salah satu spesies
yang semakin berkurangan dan diancam kepupusan berikutan pemburuannya untuk tujuan
perdagangan.
Meskipun kadar pertumbuhan masyarakat adalah penggerak utama kepada kelima-lima unsur yang
disebutkan tadi, kehilangan biodiversiti tidak dapat dielakkan yang mana ia sangat mempengarauhi
pertumbuhan dan pembangunan masyarakat dan ekonomi sesebuah negara. Namun ia hanyalah
sebahagian daripada unsure khusus secara menyeluruh yang bertitik tolak daripada asas
kemasyarakatan, ekonomi, siasah, budaya dan sejarah masyarakat. Kekurangan pengetahuan
terhadap kepentingan biodiversiti, terutamanya di kalangan masyarakat khasnya, merupakan antara
unsur langsung yang menyumbang kepada terancamnya sumber biodiversiti kita yang masih wujud
pada hari ini.
Kita sebagai pemegang amanah di muka bumi ini sepatutnya sedar bahawa biodiversiti yang terdapat
di negara kita merupakan khazanah yang tidak ternilai, dan ia adalah sumber tempat manusia
bergantung untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun perkembangan terkini menunjukkan
semakin manusia maju dengan bermacam-macam bentuk pembangunan, satu aspek yang terpaksa
dikorbankan ialah alam dan biodiversiti yang dimilikinya. Manusia mengeksploitasi biodiversiti tanpa
mengambilkira kepentingan masa depan dan padah yang akan diterima apabila biodiversiti yang
menjadi pendokong kepada kehidupan manusia dieksploitasi tanpa batasan.
Jika dilihat, agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya prihatin terhadap keselamatan biodiversiti
yang dikurniakan Ilahi dan kita sebagai sebagai pemegang amanah disaran agar memakmur dan
menjaganya sama seperti nyawa sendiri kerana ia menjanjikan sumber rezeki kepada kehidupan kita.
Sebarang tindakan menzalimi biodiversiti dan alam akan memudaratkan dan membahayakan umat
manusia itu sendiri. Sebenarnya menjaga biodiversiti adalah sama seperti menjaga keturunan kita dan
ia merupakan suatu kelangsungan generasi manusia pada masa akan datang. Oleh itu sudah tiba
masanya kita meletakkan kepentingan pemeliharaan biodiversiti sebagai matlamat utama dalam
kehidupan kita serta berusaha menjaga dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada
terus dimusnahkan. Malah, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini
indah dan segar dan sesungguhnya Tuhan Yang Maha Kuasa (yakni Allah SW.T) telah menjadikan
kamu sebagai penjaganya, dan Dia melihat apa yang kamu lakukan" (Riwayat Abu Said Al-Khudri).
Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat perlulah sedar bahawa hasil
bumi anugerah Allah S.W.T haruslah dipertahankan dan tidak boleh dieksploitasi dan dizalimi sesuka
hati mengikut hawa nafsu. Ini kerana dikhuatiri kerakusan pengeksploitasian secara berlebihan
sumber biodiversiti akan membawa padah yang buruk kepada kehidupan manusia sejagat.
Justeru itu, pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti secara mapan dan lestari adalah perlu bagi
menjamin kehidupan yang sejahtera dan makmur kepada manusia sejagat. Jadi, sama-samalah kita
muhasabah diri kita agar menjadi umat yang bijaksana dan bersyukur ke atas nikmat yang Allah
S.W.T telah kurniakan kepada kita dalam usaha mencapai keberkatan hidup kita di dunia dan juga
akhirat.
termasuk
di
dalam
ekosistemnya.Biodiversiti
kelompok
terbahagi
spesies
kepada
tiga
dan
antara
peringkat
iaitu
spesies
dan
kepelbagaian
biosis
dan
proses
ekologi
dalam
persekitaran
daratan,
laut
dan
lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang
terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur
kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak
ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah
rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak
pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan
menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada
setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam
Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa
sahaja
yang
kamu
nafkahkan
(belanjakan),
maka
Allah
S.W.T.
akan
Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai
masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati
kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis
organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia
yang disebutkan di atas.
Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi
kebanyakan
tumbuh-tumbuhan
berbunga,
pembiakannya
bergantung
kepada
beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam
membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu
per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada
pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami
hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan
dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas
menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan
keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi.
Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti
juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan
dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak
sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan
karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang
kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung
ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke
atmosfera
melalui
hutan
hujan
menyebabkan
hujan
ribut
malar
dan
akan
Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan
pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh
spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing
yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik
dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup.
Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti
nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam
biosfera.
Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam
mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan
mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis
partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.
Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air.
Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan
mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan
sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan
bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang
pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti
terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau
secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan
oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan
tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan.
Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga
berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan
empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh.
Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam
sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu
bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara.
Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan
umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan
biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan
biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah
tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita
perlu mewujudkan satu garis panduan yang dapat melahirkan satu interaksi sihat
antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami agar khazanah yang
sangat berharga ini akan terus terpelihara.