Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN PERMAINAN.
Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-

objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulanketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objekobjek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang
di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan
memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai
supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima
orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat
pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan,
sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan
buah tujuh.

2.0

SEJARAH PERMAINAN
Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau

Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut


adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai
barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak
spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang
sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta
kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

3.0

MATLAMAT PERMAINAN.

Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru


pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran
sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan
sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan
yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112. Disamping itu, program yang sebegini
juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.
Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai
kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya dalam
kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya.
4.0

OBJEKTIF.

4.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran


untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
4.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk
mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.
4.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang
dilaksanakan.

5.0

BUTIRAN PROJEK

5.1 Nama Projek


5.2 Penganjur
5.3 Tarikh
5.4 Tempat
5.5 Penyertaan

: Permainan Tradisional Batu Seremban


: PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Ambilan
Jan 2012 (Semester 5)
: 10.03.2014
: Padang Depan Gimnasium IPG Ipoh
: 21 Orang

6.0 PERANCANGAN
6.1.

Melantik Jawatankuasa Induk.

6.2.

Menentukan bidang tugas.

6.3.

Perancangan kertas kerja.

6.4.

Membuat anggaran perbelanjaan.

6.5.

Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan

permainan,
persiapan tempat, padang, hadiah dan cenderamata, acara yang
dipertandingkan,
bahan dokumentasi, keselamatan dan kebajikan.
6.6.

Menentukan masa pertandingan.

6.7.

Post-mortem bersama AJK Induk.

7.0

ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN.


Pengerusi

: Mohd Syahrul Azman Bin Bolalan

Naib Pengerusi

: Mohd Zulhelmi Bin Idrus

Setiausaha

: Nur Musernah Bt Musini

Bendahari

: Khairunisa Bt Mis Man

AJK Tugas Khas

: Rabiatul Adawiyah Bt Wahid

8.0 PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain
iaitu:
8.1Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin
memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang
terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut
maka pemain itu dianggap mati
8.2Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu
menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu
tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang
melambungkannya, maka
pemain itu dianggap mati
8.3Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului
permainan membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan
meneruskan permainan.
8.4Setiap pemain hanya diberikan masa 2 minit untuk bermain dan
memungut sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3
pusingan atau 3 kali peluang bermain untuk setiap perlawanan
8.5Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu
hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya
kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah
membuat kesalahan.
8.6Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui
oleh kesemua pemain.
8.7Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah
pasukan yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang
akan dikira sebagai pemenang.
8.8Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta
8.9Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.
8.10 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang
penyertaan.
8.11 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain
yang sedang bermain.
8.12 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak
lawan akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan
sebanyak 3 kali pemain akan dibuang gelanggang.
8.13 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas
perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur

9,0 PROSEDUR PERMAINAN


9.1Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil
dengan sebelah tapak tangannya.
9.2Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan
diselerakkan di atas lantai.
9.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji
batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke
udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan
memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai
sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan
menggunakan tangan yang sama.
9.4Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut
itu untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki
memungut dua biji batu secara serentak.
9.5Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada
lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.
9.6Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang
seperti yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.
9.7Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing
yang akan ditentukan dalam undian
9.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya
iaitu sistem kalah mati

10.0 ORGANISASI PERMAINAN


Rujuk Lampiran 2
11.0 SENARAI PERALATAN
Rujuk Lampiran 3
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada perbelanjaan

13.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan


dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui
pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai
permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami
mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.

Lampiran 2
ORGANISASI PERMAINAN

D
6.7
m

Catatan

Meja Ketua Hakim

Kawasan Keseluruhan

.
Kawasan Permainan Setiap Kumpulan

Lampiran 3
SENARAI PERALATAN
Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Perkara
Batu kerikil
Meja Ketua Hakim
Kerusi
Kertas A4
Pen
Pita Pelekat
White board
White board marker

Kuantiti
35 ketul
2 buah
2 buah
10 helai
4 Batang
1 Gulung
1 buah
3 batang

Lampiran 4

ANGGARAN PERBELANJAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL


( BATU SEREMBAN )
KUMPULAN

: .

NAMA PASUKAN

: .

KETUA PASUKAN

: .

BIL

NAMA PESERTA

NO KAD PENGENALAN

NO TELEFON

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : .

Nama Pasukan

Pusingan
1

Pusingan 2

Pusingan
3

Jumlah mata

Kedudukan