Anda di halaman 1dari 7

RAMADHAN DAN SYAWAL BULAN MENILAI DIRI

( 27 Oktober 2006 / 04 Syawal 1427 H )












.





KAUM MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Hari ini merupakan hari ke 4 kita berada di bulan Syawal. Maka marilah
sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan penuh
keikhlasan serta melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman.
Sesungguhnya takwa mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t.
HADIRIN SIDANG JUMAAT TETAMU ALLAH YANG BERBAHAGIA
Kehangatan Idul Fitri masih dirasai oleh kita semua dan seluruh umat Islam
kerana ia merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang dapat
menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan penuh
keimanan dan keikhlasan. Malahan galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan
Syawal ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari raya bagaikan
suatu isyarat bahawa pemergian Ramadhan bukanlah bererti terhentinya
proses dalam mendidik diri serta mengawal nafsu agar terus mengerjakan
amal ibadah seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah,
menghadiri solat berjamaah di masjid / surau dan sebagainya. Oleh itu, amat

malang dan rugi bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu sepanjang
tarbiah Ramadhan sekiranya kita

kembali semula menjadi hamba kepada

kehendak dan dorongan nafsu tersebut.

Kerana itu, jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang

sentiasa

menghidupkan suasana Syawal dengan perkara yang dikira ibadat di sisi


Allah s.w.t dan bukannya dengan mencemari kesucian Syawal melalui amalan
yang bercanggah dengan syarak. Bersesuaian hari raya sebagai hari
kemenangan dalam mengekang nafsu sepanjang Ramadhan, maka janganlah
kita kotorkan kembali diri kita dengan melakukan maksiat sehingga kita
kembali menjadi kalah kepada hasutan nafsu dan syaitan. Kemenangan yang
mesti dicapai ialah kejayaan dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah
yang bertaqwa, bukannya sebagai manusia

yang durhaka terhadap Allah

s.w.t. Oleh itu, kita mesti teruskan segala proses tarbiah yang dilalui dan
diterima sepanjang Ramadhan yang lalu pada bulan-bulan seterusnya. Begitu
juga dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut hari raya janganlah
kita lupa untuk merebut tawaran Allah s.w.t untuk sama-sama menunaikan
ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana yang dinyatakan
oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dimana kelebihannya seperti orang berpuasa
sepanjang tahun dalam sabdanya yang berbunyi :













.




Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya :
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan
puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang
tahun ".
( H.R.Muslim )

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,


2

Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan


Syawal dan suasana hari raya masih terasa dengan aktiviti kunjung
mengunjung dan ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan,
kita janganlah lupa dan lalai dengan kemuliaan bulan ini, seolah-olah
semua keseronokan tersebut adalah bonus bagi kita menyambut hari
raya. Sehingga kita lupa bahawa ke datangan Syawal merupakan suatu
kehilangan besar sebahagian kenikmatan untuk beribadat, walaupun
ibadah puasa sunat boleh diteruskan di bulan Syawal, namun
keseronokan bertarawih dan Lailatul Qadar tidak dapat dinikmati lagi
sehinggalah Ramadhan yang akan datang.
Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya berhibur untuk meraikan
sesuatu kemenangan atau kejayaan tetapi hendaklah ianya dilakukan
melalui saluran hiburan yang betul dan berfaedah yang disertai
dengan nilai akhlak mulia serta membanyakkan kesyukuran kepada
Allah.
Oleh itu, dengan berlalunya Ramadhan maka marilah sama-sama kita
melakukan muhasabah diri. Apakah

diterima amal ibadah kita

sepanjang Ramadhan lalu ? atau Apakah puasa kita benar-benar


sebagai suatu ujian dan latihan bagi kita ?
Maka, diharapkan Syawal ini menjadi bulan untuk kita menilai diri,
diantaranya :
Pertama : Menilai Aspek Kesabaran dan Mengawal Emosi
Sepanjang Ramadhan kita dilatih agar bersabar dalam semua aspek
seperti menahan diri dari melakukan maksiat, juga bersabar dalam
mengerjakan amal ibadah. Yakni sentiasa berusaha membuang sifat
malas. Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri setelah berlalunya
Ramadhan, apakah kita masih berjaya mengawal semua itu ?.
3

Terutamanya anggota kita daripada melakukan perkara-perkara yang


haram, seperti telinga tidak mendengar perkara yang dilarang, mata
dijaga daripada melihat perkara maksiat, kaki tidak melangkah ke
tempat yang dilarang, mulut pula berhenti daripada mengumpat,
berbohong, membuat fitnah dan sebagainya.
Kedua : Menilai
Kebajikan

Kemurahan

Hati

dan

Melakukan

Amal

Disepanjang Ramadhan kita dapati ramai orang berlumba-lumba dan


suka bersedekah tetapi selepas berlalunya Ramadhan, apakah ianya
terus berlaku ?. Maka dalam hal ini, marilah kita merenung diri, adakah
kita termasuk dikalangan orang-orang yang pemurah dan suka
melakukan amal kebajikan atau sebaliknya ?
Kerana

sesungguhnya

tujuan

utama

puasa

adalah

untuk

mengendalikan diri manusia daripada cintakan dunia dan kemewahan


hidup. Malahan dapat menguji keimanan serta mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia
ayat 90 :

Maksudnya : Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba


dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami
dengan penuh harapan serta gerun dan takut ; dan mereka sentiasa
khusyu(taat) kepada kami .
Ketiga : Mencintai dan menghidupkan Amalan Membaca AlQuran

Kita sedia maklum bahawa Ramadhan adalah saat yang paling sesuai
untuk menimba dan mengali sebanyak mungkin rahsia kemuliaan dan
keagongan al-Quran sebagai petunjuk bagi kehidupan manusia. Maka,
apakah kita masih malas untuk membaca al-Quran?. Sedangkan di
bulan Ramadhan ramai yang mampu khatam al-Quran. Lebih-lebih lagi
Ramadhan disebut Sahrul Quran iaitu bulan yang didalamnya
diturunkan al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w. :

.





Maksudnya : Bacalah oleh mu al-Quran, kerana sesungguhnya alQuran itu akan menjadi Syafaat (penolong) bagi pembacanya di hari
kiamat
HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

( H.R. Muslim )

Berlalunya Ramadhan bersama janji Allah tentang ganjaran pahala yang


berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa, maka ramai dikalangan kita yang
memohon doa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan
yang akan datang.
Begitu juga, Ramadhan akan dirindui bukan hanya kerana peluang-peluang
untuk beribadah serta untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan tetapi
pengajaran daripadanya amat penting untuk dinilai dan diteruskan sebagai
contoh, disepanjang bulan Ramadhan, umat Islam samada secara sedar atau
tidak telah mengunjungi Masjid, membaca al-Quran, berpakaian sopan
mengikut tuntutan syariat Islam, bercakap benar, tidak mengunjungi tempattempat hiburan atau maksiat, bahkan anak-anak remajapun balik cepat ke
rumah selepas sekolah atau dari tempat kerja semata-mata ingin bersama
ahli keluarga berbuka dan bersolat jamaah. Apakah ini tidak boleh
diteruskan ?.
HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Selain itu, dalam kita merayakan Aidil Fitri, terdapat beberapa perkara yang
perlu kita berikan perhatian bagi memastikan kita sentiasa dalam keredhaan
Allah s.w.t. diantaranya :
1. Jangan kita cemari kemuliaan Syawal dengan aktiviti-aktiviti yang
bercanggah

dengan

syarak

seperti

hiburan

yang

melalaikan,

melakukan pembaziran dalam menyediakan makanan dan sebagainya.


2. Kita

hendaklah

sentiasa

berjimat

cermat

dengan

mengatur

perbelanjaan mengikut keperluan supaya kita sentiasa dalam keadaan


stabil terutama dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak,
simpanan untuk hari tua dan keperluan-keperluan lain.
3. Hendaklah kita sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan
sentiasa memakan makanan yang halal, bersih, berkhasiat dan dalam
kuantiti yang diperlukan.
4. Kita juga hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri dan kelurga
serta orang-orang lain di sepanjang musim perayaan bagi mengelak
dari sebarang tragedi malang menimpa diri kita dan orang lain.
Akhirnya, dikesempatan Syawal yang mulia ini mimbar Jumaat ingin menyeru
seluruh jamaah dan umat Islam agar menjadikan Aidil Fitri yang kita rayakan
dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. serta mengharapkan disiplin
tarbiah yang dibentuk sepanjang Ramadhan memberi kesan yang baik dan
terus kekal dalam diri. Mudah-mudahan segala amalan yang kita kerjakan di
bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima Allah dan tidak menjadi sia-sia.
INSYA ALLAH.

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Taatlah kamu kepada


Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah, dan janganlah kamu batalkan
(merosakkan ) amal-amal kamu .
) ( Surah Muhammad : 33

Anda mungkin juga menyukai