Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu
pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza
dengan disiplin ilmu yang lain. Namun, timbul pertikaian yang berterusan hingga
kini di kalangan para sarjana di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata
terhadap kedudukan sejarah itu sebagai suatu disiplin ilmu yang yang tersendiri.
Secara khususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa
lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh
ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain.
Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang
lalu. Rekod-rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji
sejarah dan peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta
peristiwa yang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah.
Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak
mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka
menganggap sejarah sebagai peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan
berita lapuk dan usang. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kini terutama
dikalangan golongan pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai
makna yang jelas. Namun begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam
membentuk sesebuah masyarakat dan negara
ISTILAH DAN PENGERTIAN SEJARAH
Ilmu sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini
merupakan bidang ilmu yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan
beberapa perubahan dan pertambahan supaya ia selaras dengan keadaan dan
kehendak tempatan. Di barat juga pewujudan ilmu sejarah itu sebagai suatu bidang
pengajian ataupun disiplin yang tersendiri hanyalah bermula pada kira-kira
pertengahan kurun ke-19.
Secara umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh
pengertian sejarah dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada
sejarawan. Di dalam bahasa kita, sejarah itu, secara pengertian kita yang terus,
diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera lama, asal-usul(keturunan) salasilah,
peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat, tambo,
dan ilmu sejarah iu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah
lalu.
Di dalam bahasa asing, khusunya di barat, perkataan sejarah itu disamakan
dengan perkataan history (bahasa Inggeriss) yang pada asanya berasal daripada
perkataan Yunani purba, historia, yang bererti penyelidikan.
yang berlaku pada masa dahulu dan dikatkan dengan perkara yang terjadi
sekarang.
Rentetan daripada pandangan yang diberikan oleh Leopold von Ranke telah
menyebabkan kepada perkembangan ilmu pensejarahan itu, iaitu dengan
munculnya pula beberapa orang sejarawan yang merasakan bahawa penulisan
sejarah yang saintifik, lengkap dan muktamad akan dapat dilakukan dalam sedikit
masa lagi. J.B.Burry merupakan sejarawan yang penuh yakin mengatakan bahawa
sejarah itu sains, tidak kurang dan tidak lebih.[13] Pandangan ini tidak dapat
dipersetujui oleh sesetengah sejarawan. Bagi mereka sejarah bukanlah sains dan
tidak perlu dianggap seperti demikian. Pandangan ini juga dianggap tidak
munasabah dan tidak boleh dilaksanakan. Antara sejarawan yang menentang
pandangan bahawa sejarah itu adalah saintifik ialan E.H.Carr, R.G.Collingwood
dari Britain, Benedetto Croce dari Itali dan Charles A. Beard dari Amerika.
A.Marwick pula membahagikan makna sejarah kepada tiga tahap atau
bahagian. Pertama, sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu
manusia yang sebenarnya telah berlaku. Kedua konotasi terhadap percubaan
manusia untuk menggambar dan mentafsirkan masa lalu. Ketiga sejarah adalah
suatu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau sekurang-kurangnya
setanding dengan ilmu falsafah, matematik, sains dan ilmu-ilmu lain.[14]
Terdapat juga sejarawan-sejarawan lain yang turut memberikan definisi dan
pandangan mereka tentang sejarah. Sebagai contoh R.Suntharalingam melalui
bukunya yang bertajuk pengenalan kepada sejarah, beliau menyatakan sejarah
sebagai satu ilmu pengetahuan yang mencakupi segala hal.[15] Ini kerana sejarah
merupakan sesuatu perkara yang telah berlaku yang boleh dijadikan panduan atau
landasan dalam semua aspek termasuk ekonomi social dan politik. Sejarawan
Indonesia yang bernama Sidi Ghazalba melihat tahap-tahap perubahan tenggapan
terhadap sejrah dan lantas makna istilah sejarah itu menerusi tahap-tahap
perkembangan budaya (Melayu/Indonesia) melalui proses akulturasi dengan Islam
dan Barat dari sejak dari kurun ke-13 dan kurun ke-15.[16] Seorang lagi
sejarawan Indonesia yang bernama Sartono Kartodijo pula cuba membahagikan
pengertian sejarah kepada dua bahagian iaitu sejarah dalam erti kata
yang subjektif dan objektif.[17] Pada pandangan beliau sejarah yang subjektif
adalah suatu binaan peristiwa yang disusun oleh penulis sebagai satu cerita atau
harian.[18] Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif menujukkan kepada
kejadian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam keadaan yang sebenarnya
berlaku.[19] DR.Radar Krishnan pula mendefinisikan sejarah sebagai ingatan oleh
sesuatu bangsa dan negara.[20]
Selain itu juga terdapat sejarawan barat yang lain turut memberi pandangan
tentang pengertian tentang sejarah, sebagai contoh A.L.Rowse memberi pengertian
sejarah dari segi keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam,
manusia, haiwan ataupun makhluk secara amnya.[21] R.O.Winstedt pula memberi
yang dikarang oleh Raja Ali Haji yang menceritakan sejarah masyarakat Melayu
suatu masa dulu.
Seterusnya,ilmu sejarah juga adalah memberi pengajaran kepada masyarakat.
[34] Pendidikan dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia. Ini
kerana setiap perkara itu sama ada ia merupakan suatu idea,penciptaan,ilmu yanh
pelbagai disiplin dan sebagainya ada sejarahnya tersendiri.Walau apapun
pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan sumber kesedaran kepada
masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi memperbaiki segala
kelemahan,menilai,kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat
tradisi,memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan
individu,masyarakat dan negara.Selain kita boleh mengetahui tentang sejarah yang
telah berlaku melalui pendedahan pengalaman masyarakat masa dahulu kala bagi
memberi pemahaman dan pengajaran kepada kita dalam menghadapi masalah
masa sekarang dan akan dat
KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA NEGARA
Sejarah merupakan ilmu dimana penggunaannya sangat meluas. Sejarah
dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada semua tingkah laku atau
aspek-aspek yang mempengaruhi kehidupan seharian. Melalui sejarah kita dapat
tahu rentetan peristiwa yang berlaku yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam
hidup. Sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan juga seharusnya
meggunakan sejarah sebagai panduan untuk mencapai status negara maju. Oleh
yang demikian, sejarah memang memainkan peranan yang penting dan besar
dalam membina sesebuah negara yang progresif dan produktif.
Antara kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah untuk pembangunan
bangsa dan negara. Salah satu tujuan pembelajaran ilmu sejarah adalah untuk
mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang pernah dicapai oleh
sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia pernah dijajah oleh kuasa barat iaitu
Portugis, Belanda dan British serta kuasa asing yang lain iaitu Jepun
sebelum Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ramai
pejuang negara yang cintakan tanah air telah terkorban untuk membebaskan
negara ini daripada ancaman musuh sebelum kemerdekaan dapat dikecapi. Secara
tidak langsung, semangat cinta akan tanah air akan tersemat didalam diri anakanak muda Malaysia apabila mereka mengingati perjuangan para pejuang yang
banyak menaburkan jasa bagi memastikan negara kita bebas daripada ancaman
penjajah. [35]
Selain itu, hubungan budaya yang lalu dengan budaya masyarakat hari ini
perlu diberi pemahaman yang mendalam bagi memastikan masyarakat hari ini dan
hari depan dapat dibangunkan dan dimajukan. [36] Contohnya di Barat, untuk
memperbaiki kehidupan masyarakat mereka, sejarah telah dilihat daripada pelbagai
sudut. Manakala bagi masyarakat Jepun pula, mereka telah menjadikan peristiwa