Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan
Isi
Perancangan Ujian
Jenis-Jenis Ujian
Senarai Semak Menulis Soalan Objektif Aneka Pilihan
Senarai Semak Menulis Item Jawapan Pendek
Senarai Semak Menulis Soalan Esei
Computer Adaptive Testing
Analisis Item dengan Quest
Laporan Pelajar
Refleksi
Pengenalan
Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas.
Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak
menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian
cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya boleh
mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery ini akan menjadi motivasi kepada
seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu
pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat
kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif
seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio,
projek dan lain-lain).
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat
mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran.
Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru
mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar.Tindakan susulan juga dapat dibuat serta
merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan
pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan
diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi
dalam tahun/tahap yang sama.Manakala pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta
merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan
pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya
mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta
perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adaptive Testing (CAT) dapat melaksanakan
tugas pengujian ini dengan berkesan.
Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi
keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian
sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk
membentuk satu program penilaian yang berkesan.
Isi
Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian
atau praujian membantu dalam hal pemilihan item.Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan
memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa.
Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item pelbagai strand atau kemahiran yang
bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan
Analisis item dengan perisian seperti Quest dapat memaparkan secara terperinci prestasi pelajar
dengan menunjukkan pola jawapan pelajar secara gambar rajah.
Perancangan Ujian
Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan ujian ialah ujian perlu mengandungi
unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan,
menimbulkan kesediaan dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.
Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat
mengukur perkara yang hendak diukur.Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang
ujian jenis objektif:
Ujian memerlukan perancangan yang rapi. Jadual Penentuan Ujian (JPU) merupakan satu blue
print yang dapat membantu penggubal soalan menyediakan soalan mengikut kriteria yang ditentukan.
Setiap ujian perlu ada jadual spesifikasinya ataupun JPU. Guru boleh merancang dan mentadbir ujian
dengan menggunakan item dari bank item berpandukan JPU tertentu. Guru memilih item berdasarkan
item dalam bank dan jenis ujian bertulis mengikut format ujian yang diperlukan.Guru boleh
menyediakan satu ujian mengikut bilangan, arahan yang diberi dan mencetak ujian mengikut bilangan
pelajar yang akan diuji.
Jenis-Jenis Ujian
Ujian Pensil dan Kertas
Ujian Pensil dan Kertas boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu
bentuk yang calon memilih jawapan yang telah disediakan. Bentuk ujian ini biasanya
dinamakan ujian objektif
bentuk yang calon membekalkan jawapan sendiri. Bentuk ujian ini biasanya diberi nama ujian
esei dan ujian berstruktur.
Ujian Objektif
Hasil ujian objektif memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai perkembangan dirinya
dari aspek kognitif, afektif, kemahiran atau ciri-ciri personaliti.Dengan ini pelajar tersebut boleh
meneruskan aktiviti pemilihan atau pengayaan.Ujian objektif juga dapat menunjukkan status
pencapaian pelajar.
Terdapat beberapa jenis ujian objektif yang boleh dilakukan
salah/betul
padanan
(iii) Salah/Betul
Item berbilang pilihan ini mengandungi jenis dua pilihan.Calon dikehendaki menentukan betul atau
salah penyataan-penyataan yang diberikan.Pilihan yang biasa diberikan ialah Ya -Tidak, Betul Salah, Benar -Tidak Benar, Sama - Bertentangan dan Tepat - Tidak Tepat.
Jenis Himpunan
Jenis Pembetulan
(iv) Padanan
Item padanan mengemukakan masalah, premis atau stimuli dan beberapa penyelesaian masalah
atau tindakbalas.Tindak balas boleh digunakan lebih dari sekaliIa mempunyai sifat homegen sama
ada di bahagikan masalah atau tindak balas.
Item padanan dibahagikan kepada:
Ujian Berstruktur
Item ini mengandungi maklumat dalam pokok item. Calon dikehendaki mengkaji maklumat tersebut
dan seterusnya memberi respon kepada maklumat tersebut dengan menjawab beberapa item untuk
menguji kefahamanya terhadap situasi yang diberi.
Ujian Esei
Ujian esei digunakan dengan tujuan untuk melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan
menganalisis secara lebih mendalam tentang idea yang diberikan.Aras soalan yang perlu dikenal
pasti kerana item esei amat bergantung kepada hasil atau bentuk jawapan yang dikehendaki.
Terdapat dua jenis item esei iaitu:
item Terbuka
item Berpandu
Ujian esei jenis item terbuka memerlukan seseorang itu menulis tentang sesuatu topik yang
dikemukakan dalam ayat yang lengkap, dalam perenggan atau dalam karangan yang lebih panjang.
(ii) Item Berpandu
Ujian esei jenis item berpandu ini masih memerlukan seseorang itu menulis tentang sesuatu topik
yang dikemukakan dalam ayat yang lengkap, dalam ayat lengkap, dalam perenggan atau dalam
karangan yang lebih panjang tetapi tuntutan dan perlu mengikut arahan yang diberi
Senarai Semak
Menulis Soalan Objektif Aneka Pilihan
1 Adakah objektif pengajaran jelas?
2 Adakah Jadual Penentuan Ujian disediakan dan diikuti?
3 Adakah setiap soalan jelas?
Adakah bahasa yang digunakan jelas dan sesuai bagi peringkat
4 pelajar?
8 temeh diuji?
9 Adakah kesukaran soalan sesuai untuk peringkat pelajar?
16 betul?
Senarai Semak
Menulis Item Jawapan Pendek
1
Senarai Semak
Menulis Soalan Esei
1
Quest
Perisian analisis item yang dibincangkan di ruang ini berpandukan kepada Quest. Quest ialah
perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan satu
model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu item
dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu model
yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat berikut:
Calon yang berkebolehan tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjawab
sesuatu item dengan betul
Sesiapa pun mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjawab item yang mudah
Hasil analisis Quest dibentangkan dalam bentuk jadual dan juga gambar rajah. Analisis fit
merupakan suatu analisis yang penting untuk menentukan kesesuaian item dalam sesuatu
ujian.
Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam
satu folder yang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di dalam
pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\
C:\md quest <Enter>
C:\a:pkxarc a:quest c:\quest <Enter>
Penganalisisan dengan Quest memerlukan
fail kawalan.
Fail data mengandungi jawapan calon manakala fail kawalan mengandungi perintah untuk
pelaksanaan. Quest sesuai untuk menganalisis item ujian objektif dan item ujian esei. Contoh
fail kawalan di bawah ini boleh diubahsuai untuk menganalisis item ujian esei. Prosedur
menganlisis item ujian objektif adalah seperti berikut:
(a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang pemproses
perkataan atau DOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti
BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkanjawapan calon dengan DOS
Editor.DOS Editormenyimpan semua fail dalam bentuk ASCII.
Taipkan edit BM.dat pada C:\
Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut:
00001ACDABDACADCBBBBBBA
002ABBBBCCDDDCBBAABBC
(b) Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu dengan DOS Editor. Ubahsuaikan fail kawalan seperti
contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data. Perkara yang perlu
diubahsuai ialah tajuk pada perintah Title dan nama fail analisis seperti BM.map ke satu nama
yang sesuai. Gantikan jawapan pada perintah key mengikut jawapan yang disediakan dalam
Peratuan Memberi Markah. Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti
BM.ctl.
Title Ujian BM Bulan Mei 2000 (obj)
Set logon >- BM.log
data_file <<BM.dat
codes ABCD
format name 1-3 items 4-23
key DCADBCCBABCDAAADDBDA
*item_names <<BM.nam
estimate !iter=50
set width = 132 !PAGE
show !map = 1,2,3 >- BM.map
show !table = 1,2 >- BM.tbl
show counts >- BM.cnt
show items !order = fit >- BM.itm
show cases !order = fit >- BM.cas
itanal >- BM.ana
kidmap >- BM.kim
quit
(c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut:
C>CD\Quest
C:\QUEST>Quest
>Submit BM.ctl
Tunggu sehingga analisis tamat
(d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit map
(BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap (BM.kim).
(e) Tafsir hasil analisis (rujuk penjelasan dalam Panduan Ringkas Analisis Item)
dengan betul dan salah. Anggaran kebolehan ini boleh digunakan untuk perbandingan kebolehan
antara calon.
Oleh kerana CAT memerlukan banyak item yang pelbagai kesukaran, analisis item untuk menentukur
dan equating item perlu dilaksanakan berterusan. Analisis item yang berasaskan model Rasch
mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukur dan equate item yang sedia ada dalam bank. Rajah
berikut menunjukkan urutan CAT dilaksanakan.
Laporan Pelajar
Analisis item ujian dapat menghasilkan laporan prestasi pelajar secara gambar rajah. Laporan seperti
dalam contoh di bawah dinamakan Kidmap. Kidmap mengilustrasikan pola respons setiap individu.
Contoh berikut ialah Kidmap bagi pelajar dalam kumpulan tertentu.
Bagi item objektif, nombor item sebenar dipaparkan. Bagi item subj
dalam bentuk x.y. x mewakili nombor item dan y mewakili aras (atau m
Refleksi
Dalam keadaan apakah yang jenis ujian berlainan digunakan?
Sejauh manakah analisis item dapat membantu anda untuk membina ujian yang bermutu?
satu
ralat