Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN FAEDAH MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Sudah terang lagi bersuluh, dalam era globalisasi kini warisan bangsa Malaysia
menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai
kaum di negara kita yang telah mengambil masa beratus-ratus tahun untuk wujud seperti
sekarang. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya, di dalam
peralihan zaman yang kian rancak membangun. Hal ini mungkin di sebabkan isu warisan bangsa
Malaysia ini kurang diutamakan. Oleh itu kerajaan telah mengambil initiatif untuk menjaga
warisan Malaysia ini dengan membangunkan Rancangan Malysia ke-8 (RMKe-8) untuk
pembangunan budaya dan seni. Hal ini menunjukan warisan Negara amat penting untuk
dipertanhankan kerana mempunyai faedah yang tersendiri.
Lazimnya warisan budaya atau warisan tradisonal sering dikaitkan dengan peradaban
ataupun tamadun sesuatu bangsa, dalam hal ini budaya tradisional melambangkan sifat majmuk
masyarakat kita. Misalnya pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni.
Budaya warisan Malaysia juga menunjukkan budi dan pekerti bangsa Malaysia, contohnya nilai
yang terdapat dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan masyarakat kita yang prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
Sehinggakan ramai orang asing yang terkejut melihat budaya masyarakat kita kerana rakyat kita
bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling
mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum, ini membuktikan
warisan budaya Malaysia mempengharui bentuk masyarakat kita umpama bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu
dikekalkan.

Selain itu budaya tradisional juga boleh memupuk perpaduan Negara. Hal ini demikian
kerana rakyat majmuk di Negara kita memiliki nilai-nilai tradisional yang murni, yang dapat di
lihat terutamanya dalam hari-hari perayaan besar iaitu hari raya, tahun baru cina dan deepavali.
Semasa hari-hari perayaan tersebut budaya kunjug-mengunjung dan mengadakan rumah terbuka
akan berlaku. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan
bersama-sama ibrat bagai aur dengan tebing. Jiran tetangga dan sahabat handai saling
mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan
Selamat Hari Raya, Gong Xi Fa Cai dan Selamat Deepavali keluar dari jiwa yang penuh
keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk
perpaduan.

Marcapada itu, tanpa kita sedar ataupun tidak warisan budaya kita juga telah banyak
menyumbang dalam sektor ekonomi, terutamanya sektor perlancongan yang telah meningkat
pembangunanya dari tahun ke tahun disebabkan oleh kedatangan pelancong asing untuk melihat
sendiri keunikan budaya masyarakat di Negara kita contohnya, persembahan teater tradisional
seperti bangsawa, makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Selain itu ada juga
pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada
yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita dengan mengikuti
program-program homstay yang mampu menjana pendapatan penduduk luar bandar. Tidak
kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya
penting untuk mengembangkan pelancongan merancakkan lagi ekonomi negara.

Selain itu, budaya penting untuk dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui
budaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul kita dan cara hidup masyarakat kita yang
unik dan penuh dengan keplebagaian. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita
akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.
Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bagaimana yang
banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya, yang akan menimbulkan
kesedaran agar tidak dijajah oleh bangsa lain yang bersikap menanam tebu di tepi bibir. Kita juga
boleh mengambil pengajaran diripada peristiwa tersebut agar tidak bersikap seperti lembu
dicucuk hidung yang hanya menuruti arahan orang lain. Oleh itu budaya kita haruslah dikekalkan
agar menjadi iktibar generasi akan datang.

Di samping itu, budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya luar yang boleh
menghanyutkan remaja kita, contohnya budaya hedonisme iaitu budaya yang mengagungagungkan hiburan. Sehubungan itu, pengekalan warisan ini juga bertujuan untuk memupuk jati
diri masyarakat, sifat prihatin dan juga kesantunan dalam diri remaja sekarang, yang selalu
bergolak dengan kes-kes buli misalnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita juga boleh
menyelesaikan masalah sosial hanya dengan mengamalkan warisan budaya kita tanpa
mengambil jalan yang sukar umpama ada tangga hendak memanjat tiang. Dengan ini, rakyat kita
tidak dihanyutkan oleh budaya Barat dengan mudah. Yang ada pada hari ini berpunca daripada
yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan


warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran
untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya
sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan
budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat.
Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan
budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Sehubungan itu, langkah-langkah memulihara warisan 1 malaysia haruslah dilaksanakan


dengan mengadakan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita
kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita
dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga
digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut
budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus
dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti Malaysia
Hari lni dan Selamat Pagi Malaysia.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni
Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti
kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan
mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat
untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan
membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat
dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.

Secara tuntasnya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di
muzium, bak pepatah yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha
memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersamasama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk
dek hujan.

Anda mungkin juga menyukai