Anda di halaman 1dari 10

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KESIHATAN, KECERGASAN DAN


KESEJAHTERAAN DIRI.

1) BAKA
MenurutKamus Dewan, baka membawa maksud sifatsifat keturunan pada benda hidup dan genetik.
Setiap orang pasti akan mewarisi penyakit-penyakit ibu
bapanya.
Antara penyakit keturunan atau penyakit genetik ialah
Albino, buta warna, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Albino:

2)UMUR
Mengikut peningkatan umur, tahap kecergasan
seseorang akan menurun.
Pada usia 20-an seseorang individu memiliki
metabolisme yang tertinggi tetapi pada tahap
umur ini individu mula memasuki ke dunia
pekerjaan dan akan menghabiskan
kebanyakkan masa di meja kerja yang akan
mengakibatkan metabolisme menurun
kerana otot membakar kalori tiga hingga empat
kali ganda lebih cepat berbandingkan lemak
walaupun tidak melakukan kerja berat.

Pada usia 30-an, lebih-lebih lagi kaum wanita


tidak mementingkan senaman kerana mereka
makin sibuk dengan tugasan kerja dan urusan
rumahtangga.
Oleh kerana itu, mereka akan kehilangan satu
kilo mass muscle setiap tahun dan ditukar
kepada lemak dalam badan.
Pada usia 40-an, kadar metabolisme badan
semakin menurun dan kekuatan semula jadi
turut berkurang jika tidak menjaganya sejak awal
iaitu ketika 30-an.

3) KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL
Keupayaan fizikal ialah kecacatan badan sama
ada kehilangan atau tiada suatu anggota badan,
kecederaan spinal , lumpuh seluruh atau
sebahagian badan.
Contohnya, Penyakit Polio, Kudung, Kerdil,
Osteogenesis imperfecta atau penyakit tulang
rapuh atau Lobstein sindrom.
Sesetengah daripada mereka tidak boleh
bergerak and bersenam seperti orang biasa. Oleh
kerana itu, tahap kercergasan mereka akan lebih
rendah berbanding dengan orang yang sihat.

Penyakit Polio:

Kudung:

Osteogenesis imperfecta:

Kerdil:

4) PERKHIDMATAN KESIHATAN
Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti
yang berkesan dan sistematik juga dapat
mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Contohnya, klinik, hospital, dan pusat-pusat
penjagaan dapat membantu meningkatkan tahap
kesihatan komuniti dan individu.

5) PERSEKITARAN
Persekitaran Persekitaran alam, tempat tinggal
dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman
dan tidak tercemar boleh meningkatkan tahap
kesihatan individu.
Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan
dan nyawa manusia. Alam sekitar dan
persekitaran yang kotor dan tercemar
mengundang kepada bahaya toksik dan
penularan wabak penyakit yang akan menggugat
tahap kesihatan.

6) TINGKAHLAKU
Tingkahlaku yang patut diamalkan untuk
meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri ialah dengan menjaga
kebersihan diri.
Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan
seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga.

Kepentingan Menjaga Kebersihan Tubuh Badan


adalah seperti berikut:
a) Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit
seperti penyakit kulit.
b) Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat
dan cergas.
c) Mengekalkan persahabatan dengan kawankawan dengan mengamalkan kebersihan diri.

Anda mungkin juga menyukai