Anda di halaman 1dari 9

4 LANGKAH MUDAH UNTUK MENULIS FORMULA ION UNSUR KUMPULAN 1

EVELYN INTIK AK RAMBOK


SMK BUKIT SENTOSA, RAWANG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 4 aliran Sains di dalam subtopik Sifat kimia unsur Kumpulan 1. Seramai 31 orang
pelajar kelas 4 Beta, SMK Bukit Sentosa, Rawang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, buku modul pelajar dan rakaman video.
Hasil analisis menunjukkan pelajar mengalami masalah untuk menulis formula ion bagi unsur
lithium, natrium dan kalium. Pelajar tidak dapat menentukan cas ion unsur tersebut dengan
betul. Pelaksanaan kajian akan difokuskan kepada 4 langkah mudah untuk menulis formula
ion lithium, natrium dan kalium dengan betul. Pelajar akan diajar menggunakan cara ini
semasa di dalam kelas tambahan. Selepas selesai penerangan, pelajar akan diberi lembaran
kerja untuk menguji keberkesanan teknik yang telah dicadangkan.

1.0

Refleksi
Pada 16 April 2014 yang lalu, saya telah menjalankan makropengajaran di SMK
Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk kelas 4 Beta. Saya diberi tajuk sifat kimia
unsur Kumpulan 1 dalam topik Jadual Berkala Unsur. Ini adalah merupakan
pengalaman pertama saya mengajar di kelas sebenar. Situasi dan suasana di dalam
kelas adalah sangat berbeza berbanding dalam kelas mikropengajaran. Sikap pelajar
adalah sangat berbeza dengan aras kecerdasan yang berbeza.
Saya dapati masalah utama pada makro pertama ini adalah kemahiran untuk
menerangkan mengenai konsep formula ion. Akibatnya, pelajar mengalami masalah
untuk memahami hubungan antara susunan elektron dengan sifat kimia unsur
Kumpulan 1.
Saya telah mengarahkan pelajar untuk menjawab soalan pada buku modul
setelah selesai membuat penerangan mengenai sifat-sifat kimia. Hasil dari
pemerhatian awal saya dapati bahawa pelajar mempunyai kesukaran untuk menjawab
soalan berkaitan dengan formula ion. Ada sebahagian daripada pelajar tidak dapat
menulis formula ion yang betul untuk unsur Kumpulan 1 walaupun saya sudah
menunjukkan cara menjawab soalan yang sama di hadapan kelas. Walaupun mereka
telah belajar bagaimana cara untuk menulis formula sebatian kimia pada tajuk
sebelumnya, saya berasa risau kerana mereka tidak dapat memberikan formula ion
yang betul.
Namun, setelah merujuk semula kepada Huraian Sukatan Pelajaran Kimia,
penerangan lanjut mengenai pembentukan formula ion adalah dalam topik ikatan
kimia iaitu topik selepas Jadual Berkala Unsur. Oleh itu, saya mencari cara yang
mudah dan ringkas supaya pelajar dapat memahami mengenai penulisan formula ion.
2

2.0

Fokus kajian
Kajian ini akan fokus kepada penulisan formula ion yang betul. Oleh itu, sangat
penting untuk pelajar mengingati simbol bagi unsur-unsur Kumpulan 1. Selain itu,
kajian ini adalah untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada pelajar mengenai konsep
duplet/oktet, konfigurasi elektron dan susunan elektron dalam atom.
Selain itu, kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar
dalam ujian bulanan mata pelajaran Kimia. Guru Kimia kelas 4 Beta ada menyatakan
bahawa tahap kecerdasan pelajar kelas 4 Beta adalah lebih rendah jika dibandingkan
dengan kelas Sains yang lain. Oleh itu, hayat tumpuan kebanyakkan pelajar dalam
kelas ini adalah singkat.

3.0

Objektif kajian
3.1

Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sifat
kimia unsur kumpulan 1.

3.2

Objektif khusus
i.

Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pembentukan ion unsur


Kumpulan 1 semasa tindak balas kimia.

ii.

Memastikan pelajar dapat menulis formula ion yang betul untuk unsur
lithium, natrium dan kalium.

iii.

Membantu pelajar menghubungkait sifat kimia unsur Kumpulan 1


dengan susunan elektron.

4.0

Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Beta SMK
Bukit Sentosa sesi 2014. Jumlah pelajar adalah seramai 31 orang yang terdiri daripada
18 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan.

5.0

Pelaksanaan kajian
5.1

Tinjauan masalah
Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dilakukan melalui
pemerhatian, buku modul pelajar dan rakaman video pengajaran.
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian secara tidak langsung terhadap
tingkah laku pelajar sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

b) Buku modul pelajar


Selepas selesai menerangkan isi pembelajaran kepada pelajar, saya
mengarahkan mereka menjawab beberapa soalan di dalam buku modul
sebagai aktiviti pengukuhan. Daripada itu, saya dapat menilai tahap
kefahaman pelajar dengan memerhatikan cara mereka menjawab
sesuatu soalan.

c) Rakaman Video
Saya telah merakam sesi makropengajaran untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai suasana di dalam
kelas, tingkah laku pelajar serta kelemahan sesi pembelajaran untuk
tujuan penambahbaikan.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1

Analisis Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati pelajar tidak suka
untuk melibatkan diri semasa proses pembelajaran. Tiada
pelajar yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjawab
soalan yang saya ajukan. Namun, mereka dapat memberikan
jawapan yang betul bila diajukan kepada seluruh kelas.

5.2.2

Analisis Buku Modul Pelajar


Kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang
meminta mereka menyatakan formula ion bagi unsur kumpulan
1. Mereka tidak dapat membezakan cas bagi ion unsur
Kumpulan 1 iaitu lithium, natrium dan kalium. Mereka tidak
dapat membezakan cas unsur jika dalam keadaan atom dan
dalam bentuk ion. Mereka menanyakan soalan seperti, Kenapa
cas positif dan bukannya negatif?, Kenapa atom lithium
mendermakan elektron dalam tindak balas?

5.2.3

Analisis Video
Dalam rakaman video tersebut, reaksi pelajar semasa menjawab
soalan dalam buku modul dapat dilihat dengan jelas. Mereka
seperti tidak mempunyai idea dan memerlukan bimbingan guru
untuk menjawab soalan yang baru sahaja diterangkan. Pelajar
juga tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana tidak
memahami kehendak soalan.

5.3

Melaksanakan Tindakan
Saya akan mengadakan kelas tambahan untuk subtopik unsur-unsur Kumpulan
1 khususnya mengenai hubungan antara sifat-sifat kimia unsur Kumpulan 1
dengan susunan elektron bagi kumpulan sasaran. Saya akan menggunakan
teknik 4 langkah ini untuk mengajar tentang formula ion.
Contoh Soalan: Pembentukan ion lithium dalam tindak balas kimia.
Langkah 1: tentukan susunan elektron

Pelajar perlu tahu bilangan nombor proton untuk atom lithium iaitu 3

Selepas itu, pelajar akan membuat susunan elektron untuk atom lithium iaitu
2.1.

Langkah 2: susunan elektron duplet atau oktet

Berapa elektron yang perlu didermakan/diterima bagi mencapai susunan


elektron duplet/oktet?

Atom lithium akan mendermakan 1 elektron untuk mencapai susunan duplet


2.
Langkah 3: persamaan pembentukan ion

lukiskan susunan elektron untuk atom lithium


1+
Li

Li

Langkah 4: tentukan cas ion

Atom yang mendermakan elektron akan bercas positif. Sebagai contoh ion
lithium (2.1) akan bercas positif 1 (+1) kerana berlebihan 1 elektron untuk
mencapai susunan duplet.

Cara penulisan yang betul: Li+

Atom yang menerima elektron akan bercas negatif kerana kekurangan


elektron. Sebagai contoh ion fluorida (2.7) akan bercas negatif 1 (-1) kerana
kekurangan 1 elektron untuk mencapai susunan oktet.

Selepas penerangan mengenai 4 langkah ini, saya akan memberikan


setiap pelajar satu lembaran kerja untuk menilai kefahaman mereka selepas
menggunakan teknik ini.
7

6.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya


Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

Kumpulan sasaran untuk kajian ini sebolehnya diperluaskan kepada


semua pelajar Tingkatan 4 aliran Sains di SMK Bukit Sentosa.

Kemudahan di dalam kelas harus dipastikan berfungsi dan dalam


keadaan baik supaya tidak menganggu sesi pelaksanaan kajian.

Rujukan

Madznah Bachok. (2004).Format penulisan laporan kajian tindakan. Manual kajian


tindakan.
Mary Tan Mui Yee. (2012). Kesan penggunaan aktiviti hands-on dalam proses
pembelajaran sains tahun empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
SN. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 2012, 180-194.
Noor Fatihah Md Noor. (2008). Keberkesanan penggunaan kaedah mnemonik dalam
topik jadual berkala unsur tingkatan empat. Kajian ilmiah tahun akhir. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Yeap (2013). eNotes: chemistry spm form 4 and 5. Percetakan Jiwabaru. Selangor.