Anda di halaman 1dari 32

MAULID

MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH


SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

Sheikh Muhammad Hisham Kabbani


MAULID
MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM
Sumber:
http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm

• Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah
mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (S.A.W)?
• Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab?
• Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka
"salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu
bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman,
'Uthaymin.
• Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai
membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis
Maulid - walaupun mereka meraikannya?
• Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah"
(S.A.W) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah
dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh"?

*Artikel ini adalah terjemahan bagi sebahagian penulisan Sheikh Muhammad Hisham Kabbani. Semoga
Allah SWT membalas jasa baik PENULIS dan PENTERJEMAH artikel yang sangat bermanfaat ini.

*Artikel ini diedit dalam bentuk “e-Book” secara sukarela oleh seorang Muslim yang berharap agar
manfaat artikel ini dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam. Mohon maaf di atas segala kekurangan
dan kesilapan yang berlaku. Semoga Allah SWT menerima usaha yang dhaif ini sebagai sebab untuk
mencapai redha Allah dan Rasul-Nya.
ISI KANDUNGAN
1. PRAKATA ..................................................................................................................... 1

2. DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN SUNNAH YANG MENGATAKAN


BAHAWA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN (S.A.W) ADALAH DITERIMA
OLEH SHARI'A................................................................................................................ 4

2.1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah


(S.A.W). .......................................................................................................................... 4
2.2 Rasulullah (S.A.W) Menekankan Bahawa Hari Isnin Sebagai Hari Kelahiran
Baginda............................................................................................................................ 5
2.3 Firman Allah: Bergembiralah Dengan Nabi (S.A.W) ............................................... 7
2.4 Nabi (S.A.W) Menyambut Hari-Hari Bersejarah...................................................... 8
2.5 Allah Berfiman: "Berselawatlah Kamu Kepada Nabi" ............................................. 8
2.6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir ...................................................... 9
2.7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik ....... 10
2.8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda ........................ 10
2.9 Menyanyi dan Membaca Syair ................................................................................ 12
2.10 Menyanyi dan Membaca al-Quran ........................................................................ 13
2.12 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik ............. 14
2.12 Nabi (S.A.W) Menekankan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet
Emphasized the Birthday of Prophets] .......................................................................... 15
2.13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin ............................ 15
2.14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi .......... 16
2.15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) ................... 17

3. SEJARAH SAMBUTAN MAULIDURRASUL (S.A.W) ........................................ 17

3.1 Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) yang terawal secara


Beramai-ramai ............................................................................................................... 18
3.2 Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (S.A.W) ..................................... 18
3.3 Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) Pada abad ke - 10 Hijrah.......... 19

4. SAMBUTAN MAULIDURRASUL (S.A.W) DI NEGARA-NEGARA ISLAM


PADA ZAMAN SEKARANG ........................................................................................ 20

4.1 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on
the Meetings of Dhikr] .................................................................................................. 21
4.2 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (S.A.W) ..................................... 21
4.3 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and
Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid] ......................................................... 22

Lampiran I: Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam Ajaran/Fahaman


Wahabi ............................................................................................................................. 24

i
1. PRAKATA

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam
buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat.

Di dalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya
ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama
Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula
dilarang untuk menyambutnya.

Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan
Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya,
banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan
zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk
menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa
perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang
dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini.

Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat
jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman
Allah kepada orang-orang yang beriman:

"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran:
103).

Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat
Islam. Di kalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah
kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut
ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya,
mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan di kalangan ummat Islam
diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi

1
mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain
mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan
rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan
agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri
sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah
pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih
dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah


(S.A.W) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis di
dalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295):

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran
baginda (S.A.W) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang
pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira
diatas kelahiran baginda (S.A.W), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira
dengan kelahiran baginda (S.A.W)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-
tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak
mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting
untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya.

Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatkan persoalan khilaf (perbezaan pendapat para
ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali
orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta
dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan
As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban
kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-
pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah
beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini.

2
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (S.A.W) adalah


dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah
hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (S.A.W) adalah juga dibenarkan,
begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara
seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (S.A.W) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-
Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap
masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a di dalam hati-
hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (S.A.W) merupakan peluang keemasan yang


berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita,
yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'i, untuk mengajar dan
mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (S.A.W) dan akhlaq baginda yang
mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai.
Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati
Rasul (S.A.W) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan
hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

3
2. DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN SUNNAH YANG
MENGATAKAN BAHAWA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN
(S.A.W) ADALAH DITERIMA OLEH SHARI'A.

2.1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat


Rasulullah (S.A.W).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (S.A.W) untuk mengingatkan ummatnya yang
mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka:

"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan
mencintai kamu" (3:31)

Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan
kecintaan terhadap Rasulullah (S.A.W), perasaan taat kepada baginda, sentiasa
mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana
Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Tahap kecintaan kepada Rasulullah (S.A.W), merupakan antara pengukur kepada tahap
kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain.

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah
(S.A.W) telah bersabda:

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan
manusia seluruhnya."

4
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah (S.A.W) bersabda:

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri."

Dan Sayyidina 'Umar berkata:

"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.”

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap


Rasulullah (S.A.W) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang
dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat ke atas Nabi" (33:56).

Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan:

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya".

Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan
dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (S.A.W). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta
salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2.2 Rasulullah (S.A.W) Menekankan Bahawa Hari Isnin Sebagai Hari


Kelahiran Baginda

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan di dalam Sahih Muslim, kitab as-Siyam (puasa),
bahawa Rasulullah (S.A.W) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda
bersabda:

"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."

5
Daripada Mutawalli Sha'rawi:

"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (S.A.W) dilahirkan sebagai
bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (S.A.W) dilahirkan tidak seperti
malam-malam manusia lain dilahirkan".

Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana
'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan
beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya,
Jilid 2, mukasurat 265-268.

Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261):

"Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah
setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat
yang besar iaitu diutusNya Nabi (S.A.W) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan
menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin,
baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku".

Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut,
kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (S.A.W) dan baginda bersabda,"Aku
merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana
kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah
panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat
'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis di dalam Sahih nya, Rasulullah
(S.A.W) bersabda:

“Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama
telah diturunkan kepadaku."

6
Rasulullah (S.A.W) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur
kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh
Abu Qatada di dalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (S.A.W) telah melahirkan
dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah
satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (S.A.W) sendiri
mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah
yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah
menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati
sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir
miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (S.A.W), ataupun bersama-sama
mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya
merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan
menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)

2.3 Firman Allah: Bergembiralah Dengan Nabi (S.A.W)

Ketiga: Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (S.A.W) kerana
Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran:

"… diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur di atas rahmat
Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (S.A.W) sendiri, dan Allah
berfirman:

“Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-
Anbiya':107)”

Kerana Rasulullah (S.A.W) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan
menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh

7
manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa
sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan
menyambut hari NabiNya.

2.4 Nabi (S.A.W) Menyambut Hari-Hari Bersejarah

Keempat: Nabi (S.A.W), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan


kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada
para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa
itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat
di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini:

"Apabila Rasulullah (S.A.W) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada
hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka
pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa
dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda
yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal: "Kami lebih berhak ke atas
Musa daripada kamu.”

2.5 Allah Berfiman: "Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

KELIMA: Memperingati kelahiran Rasulullah (S.A.W) akan membuatkan hati kita


tergerak untuk berselawat ke atas Nabi (S.A.W) dan memuji baginda yang merupakan
satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat:

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang
yang beriman ! Berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56).

Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (S.A.W) akan membuat kita mudah
untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang
berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala

8
dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi
perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak
(ramai - 'plural') di dalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan
MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi – di dalam satu perkumpulan yang ramai.
Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat ke atas Nabi (S.A.W)
hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

2.6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir

KEENAM: Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan


kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (S.A.W), atas rahmat dan kemurahan Allah,
orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sahih Bukhari.

Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur
yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwaybah yang telah
mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (S.A.W).

Hadith ini terkandung di dalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula
membicarakannya di dalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi
ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273.

Seorang al-hafiz, Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis di


dalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi :

"Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya"
"hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur
setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang
seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal
dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]

9
2.7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq
Yang Baik

KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda,
mengenai mukjizat baginda, kelahirannya, akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda
kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun
bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara
yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan
kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda
dengan lebih mendalam lagi.

Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan
redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih
bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan
kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu
rahmat buat kita semua.

2.8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda

KELAPAN: Pada zaman Nabi (S.A.W), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat
datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair
mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang
baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya
syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain.

10
Rasulullah (S.A.W) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat di dalam
hadith riwayat Bukhari di dalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah
(S.A.W) bersabda:

"Terdapat hikmah di dalam syair";

dan kerana itu bapa saudara Nabi (S.A.W) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran
Nabi (S.A.W) seperti di dalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang, Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak


bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah,
Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak
menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat di dalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan di dalam
kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga di dalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan di dalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan
bahawa Nabi (S.A.W) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda
semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan
para musuh. Pada hari itu baginda berkata:

"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah (S.A.W) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji
baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka
apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul
untuk mendekati Nabi (S.A.W), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk
mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (S.A.W) akan
membuatkan Allah redha kepada kita.

11
2.9 Menyanyi dan Membaca Syair

Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha bahawa Nabi (S.A.W), telah membenarkan
beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya.
Baginda memberitahu Abu Bakr:

"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah
hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih].

Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu al-Qayyim menulis bahawa Nabi (S.A.W)
memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair
dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat (r.a.) memuji
baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan
Khandaq dan mereka pernah berkata:

" Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami
hidup."

Ibnu al-Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawahah telah
membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (S.A.W) semasa baginda
menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah
(S.A.W) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi
bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji
baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang
jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga
pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda
pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100
rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh.

12
Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'ishah (r.a.) selalu membaca syair memuji baginda (S.A.W)
dan beliau amat menyenanginya.

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (S.A.W):

Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan di dalam diriku, Aku hanya seorang yang
telah hilang segala deria rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya, Kerana
hanya dengan itu mungkin aku akan kekal di dalam syurga, Bersama-sama 'Yang
Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat, Dan untuk hari itu, aku kerahkan
seluruh tenagaku ke arah itu.

2.10 Menyanyi dan Membaca al-Quran

Seperti yang ditulis oleh Ibnu al-Qayyim di dalam kitabnya:

"Allah memberi keizinan kepada Nabi (S.A.W) agar membaca al-Quran dengan berlagu.
Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan
suara yang merdu dan ketika itu Nabi (S.A.W) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah
beliau selesai mengaji, Nabi (S.A.W) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan
beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda: “Engkau mempunyai suara yang
merdu". Dan baginda (S.A.W) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah
dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) di antara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu
Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan
bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih
enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu al-Qayyim menulis lagi: "Nabi (S.A.W) bersabda:

"Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan

"Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami."

13
Ibnu al-Qayyim pula memberikan komentar:

"Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi
pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan
wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak melanggar batas-
batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-
perkara yang telah disebutkan tadi.”

2.12 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang


Baik

Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut di dalam kitabnya
'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith:

" Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulang daripada medan
peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika
sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain
gendang disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu."

Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menyatakan:

"Tidak dinafikan bahawa memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun
Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita
itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik
bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan
waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan
membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.”

14
2.12 Nabi (S.A.W) Menekankan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The
Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

KESEMBILAN: Nabi (S.A.W) telah bersabda di dalam hadith mengenai hari dan dan
tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (S.A.W) juga membesarkan hari
Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda:

"Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)."

Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah
mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi
dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi
Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?

Nabi bersabda:

"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan
Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air."

Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah
dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi sahih.

2.13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin

Imam Qastallani menulis di dalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari:

"Di dalam kitab Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang
membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; di dalam topik tersebut
tercatat, hadith daripada A'isha (r.a.) yang menceritakan mengenai pertanyaan

15
ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq (r.a.): " Pada hari apa Nabi (S.A.W) wafat? " Beliau
menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula
menjawab: "Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan
dan berdoa : "Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti
hari wafatnya Nabi (S.A.W)."

Imam Qastallani menyambung lagi,

"Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya
hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (S.A.W) agar mendapat
barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang
keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan
barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan
menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (S.A.W) untuk mendapatkan
barakah?"

2.14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran


Para Nabi

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'al-hafiz', al-Haythami di dalam
kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi
(S.A.W) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem)
dan Jibril pun bertanya kepada baginda (S.A.W):
"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?"

Apabila Nabi bertanya kepada Jibril:


"Di mana?"

Jibril pun menjawab:


"Kamu telah bersolat di tempat 'Isa dilahirkan."

16
2.15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul
(S.A.W)

KESEPULUH: Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima
oleh semua 'ulama di seluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini
menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut.

Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima
melalui perantara-perantara yang dipercayai):

"Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai
Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga
salah/batil disisi Allah."

3. SEJARAH SAMBUTAN MAULIDURRASUL (S.A.W)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan
memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota di seluruh negara Islam di
dalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 -
hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat
yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah
tempat Nabi (S.A.W) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah
dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat


kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari
Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199)
dan juga kitab-kitab lain.

17
3.1 Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) yang
terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), di dalam bab Perjalanan (ms.114-115)
merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul
(S.A.W) secara beramai-ramai di dalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki
dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi)
pada setiap hari Isnin di dalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan
tersebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi
telah menulis di dalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam:

"Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan
pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain
dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu
memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan
orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."

3.2 Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (S.A.W)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis
di dalam kitabnya, Rihlah (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat,
selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu
Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (S.A.W) juga, Qadi yang
bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam
Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi
[s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

18
3.3 Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) Pada abad ke - 10
Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat
sambutan Maulidurrasul (S.A.W). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -
10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya
pada zaman tersebut:
• Ibnu Huhayra di dalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha
(ms.326);
• al-Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami di dalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-
Mu'azzam; dan
• al-Nahrawali di dalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil
keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri
daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-
shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka, para ru'asa' (hakim-
hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-
ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA
ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan
lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah
tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa
anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya di tempat kelahiran Nabi (S.A.W) doa khas
pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (S.A.W) pun
dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang
bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri.
Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi
oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam
Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH)
dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i.
Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai.

19
Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam
kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

4. SAMBUTAN MAULIDURRASUL (S.A.W) DI NEGARA-NEGARA


ISLAM PADA ZAMAN SEKARANG

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam di negara-negara Islam meraikan


Maulidurrasul (S.A.W). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria,
Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak
secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri di rumah-rumah mereka), Sudan,
Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey,
Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan,
Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain.
Di kebanyakan negara Arab, Maulidurrasul (S.A.W) merupakan hari cuti umum.

Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa
masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah
mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah
seperti Abu Shama, al-'Asqalani, al-Suyuti, al-Sakhawi, al-Haytami, al-Shawkani dan al-
Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (S.A.W)
merupakan suatu perbuatan yang terpuji? Mengapakah mereka yang menggelarkan diri
mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara
ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula
menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang
mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

20
4.1 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu
Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh di
dapati di dalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-
Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan
berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan
serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-
nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah
perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab:

"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan
merupakan suruhan di dalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-
Quran dan berdzikir serta berdoa."

4.2 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (S.A.W)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis di dalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kaminah fi
'ayn al-Mi'at al-thaminah bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan
pengikut Ibnu Taimiyyah1, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah
di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat.

Di dalam kitab ini (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan
dan menggalakkan sambutan Maulid dan di dalam ms 19 beliau telah menulis:

“Malam kelahiran Nabi (S.A.W) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang
diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin,

1
[Tambahan editor]: Berdasarkan pengetahuan cetek editor, Imam Ibnu Kathir hanya mengikut pendapat
Ibnu Taymiyyah di dalam masalah “Talak 3 di dalam satu majlis jatuh satu.” Imam Ibnu Kathir sebenarnya
lebih mengikut gurunya yang lain iaitu al-Hafiz al-Mizzi yang merupakan rujukan dan tunggak hadis pada
zamannya.

21
malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang
tidak ternilai."

4.3 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul


['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul
Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya
mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (S.A.W) dan beliau telah memberi
jawapan secara bertulis:

“Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak


pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah.
Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan
kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika
sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka
ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit
perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah
hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (S.A.W), hadith dibawah ini boleh
digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim. Semasa Nabi
berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh
Muharranm ('Ashura) dan baginda (S.A.W) bertanya akan perbuatan mereka, kata
mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan
Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami.
Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah
merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan
datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti
solat, memberi sedekah, membaca Quran ……”

22
JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA
KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?
SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN
DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL
DALIL HADITH YANG TERSEBUT DI ATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA
YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA
BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG
MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.

[Selesai edit pada: Thursday, February 18, 2010]

23
Lampiran I: Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam
Ajaran/Fahaman Wahabi
Sumber: http://al-ashairah.blogspot.com/2008/06/menilai-kedudukan-rasulullah-saw.html

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi
Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum,

Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang
disebut di Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun
perkara ini telah pun diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam
sanggahan dan penolakan mereka terhadap fahaman Wahhabi.

Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang
boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang
telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn
Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid
Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di
dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi
sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari
kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari
kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa

24
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada Allah
SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang
mengharamkan tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia
adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW
hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak?
Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka,
puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua
itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan
agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis.
[Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah
menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami
mencapai kesimpulan bahawa fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat
dan kecintaan serta keagungan kepada Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda
SAW.Fahaman-fahaman tersebut ialah:

• Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu
dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar
maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.

• Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang
unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya
sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.

• Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda
SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.

• Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.

25
• Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum
mengenai hakikat ini.

• Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala


pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan
alasan melampau dalam memuji baginda SAW.

• Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.

• Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat


yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau
menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

• Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f
diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal
disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.

• Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi
baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam,
Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.

• Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis:
Daku berlindung dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang
sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk
baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.

• Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.

• Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat


wahyu. Tidak lebih dari itu.

26
• Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis
tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi
berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.

• Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW


selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah
SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.

• Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan


Nabi Adam a.s.

• Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah


mahupun di masjid.

• Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di


dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka
selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.

• Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya


Allah Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW,
namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]

• Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian


daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu
bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak
dikeluarkan.

• Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.

27
• Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada
hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka
tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik
penghayatan.

Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi
Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka
ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya
ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan
berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta
dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah
SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang
membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia
berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata:
"Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia
mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak
mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun.
Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi
manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur
baginda]".Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu
berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau
tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada
Rasulullah SAW.

28
Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:

• Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?

• Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan


oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang
sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam?

• Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat
nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat
baginda SAW di mata umat baginda SAW?

Fikir-fikirkanlah.

29