Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

BIL
.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

PENCARIAN LITERATUR

PERBINCANGAN HUJAH - HALANGAN-HALANGAN DALAM


3

5-6
KOMUNIKASI BERKESAN

PERBINCANGAN HUJAH: STRATEGI-STRATEGI DALAM

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI


5

RUMUSAN

RUJUKAN

1. PENGENALAN
Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pemindahan mesej dari
seseorang kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam
keadaan-keadaan seperti:

Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas oleh penerima.
Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang dikehendaki

oleh penghantar.
Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.
Elemen dalam proses komunikasi adalah padat dan mudah diberi penjelasan semula
oleh penerima.
Kegagalan dalam komunikasi kerana kurangnya perhatian kepada elemen-elemen

yang menyebabkan sesuatu komunikasi itu berjaya. 8 elemen dipercayai mempengaruhi


keberkesanan komunikasi sebagaimana seperti:
1. Penghantar - Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.
2. Mesej - Maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan
cuba disampaikan kepada pihak lain.
3. Enkod - Mesej diterjemah dalam bentuk yang difahami pihak lain menggunakan
4.
5.
6.
7.
8.

perkataan, bahasa atau simbol.


Saluran - Mesej disalurkan kepada penerima melalui lisan, fizikal atau visual.
Penerima - Pihak yang menjadi sasaran mesej.
Dekod - Mesej diterima dan diterjemahkan oleh penerima dan difahami.
Maklumbalas - Tindakbalas terhadap mesej oleh penerima.
Gangguan - Perkara yang menggangu atau menghalang keberkesanan komunikasi.

2. PENCARIAN LITERATUR
1. Proses dua orang atau lebih membentuk atau melakukan pertukaran maklumat
dengan satu sama lain yang pada gilirannya akan tiba pada saling pengertian
yang mendalam. (Rogers & D. Lawrence Kincaid)
2. Bentuk interaksi manusia yang saling pengaruh mempengaruhi satu sama lain,
sengaja atau tidak sengaja; tidak terbatas pada bentuk komunikasi
menggunakan bahasa verbal, tetapi juga dalam hal ekspresi muka, lukisan, seni,
dan teknologi. (Shannon & Weaver).
3. Penghantaran maklumat, idea, emosi, keterampilan, dan sebagainya, dengan
menggunakan simbol-simbol - kata-kata, gambar, angka, grafik dan sebagainya.
Tindakan atau proses penghantaran itulah yang disebut dengan komunikasi.
(Bernard Berelson & Gary A. Steiner)
4. Komunikasi adalah suatu proses melalui mana seseorang (penyampai)
menyampaikan rangsangan (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan
mengubah atau membentuk tingkah laku orang-orang lain. (Hovland, Janis &
Kelley).
5. Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu daripada yang semula
dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang
atau lebih. (Gode)
6. Komunikasi adalah usaha yang bertujuan berkongsi untuk mencapai persamaan.
Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama terhadap mesej
yang saling ditukar ganti adalah tujuan yang diinginkan oleh kedua-duanya.
(Lexicographer)
7. Suatu proses menyusun, memilih, dan menghantar simbol-simbol sedemikian
rupa sehingga membantu pendengar membangkitkan makna atau respons dari
fikirannya yang sama dengan yang dimaksudkan penyampai. (Raymond S.
Ross)
3. HALANGAN-HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN
1. Halangan Persekitaran - Komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan
persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak,
keadaan fizikal yang tidak selesa atau selamat dan suasana yang tegang.
3

2. Halangan Sikap Penghantar - Sikap penghantar adalah penting ketika


berinteraksi atau berkomunikasi. Penghantar yang bersikap negatif akan
menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada
penerima mesej.
3. Halangan Sikap Penerima - Penerima yang mempunyai sikap dan persepsi
yang negatif terhadap penghantar dan mesej/maklumat yang dihantar akan
menjejaskan keberkesanan komunikasi yang sedang berlangsung.
4. Halangan Bahasa - Penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar
belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej serta
sebutan kurang jelas akan menjadi satu halangan komunikasi untuk menjadi
berkesan.
5. Halangan Maklumat Kurang Jelas dan Tepat - Maklumat yang kurang jelas
dan tidak tepat akan menjejaskan pemahaman serta mengelirukan penerima.
Contohnya, dalam penghantaran mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

4. STRATEGI-STRATEGI DALAM MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN


KOMUNIKASI
Strategi 5P diperincikan adalah seperti berikut:
a) STRATEGI P1 (Penyelidik):
- Seorang komunikator yang baik mengetahui latar belakang prospek yang beliau
ingin berkomunikasi. Mengetahui keseluruhan tanda yang ada pada komunikasi
verbal dan non-verbal.
b) STRATEGI P2 (Penghubung):
- Seorang komunikator yang baik menyediakan suasana kondusif untuk
memudahkan komunikasi berkesan berlaku. 60 saat pertama adalah tempoh
paling penting tujuan itu. Pada strategi ini akan diterangkan apa yang perlu
dilakukan dalam tempoh itu. Pandangan pertama penentu kejayaan keseluruhan
komunikasi dua hala.
4

c) STRATEGI P3 (Penggodam):
- Setiap individu ada cara fikirnya yang tersendiri. Pandangan dua individu
berbeza mengenai suatu perkara yang sama. Ini disebabkan oleh meta program
yang berlaku pada minda mereka. Anda akan dilatih bagaimana untuk
mengetahui meta program yang ada di minda prospek bagi mengatur strategi
komunikasi yang baik.
d) STRATEGI P4 (Perungkai):
- Maklumat yang diproses oleh minda ditapis oleh satu lapisan dikenali sebagai
critical faculty. Ini menyebabkan kadangkala individu menunjukkan tanda
penentangan. Di sini diterangkan bagaimana untuk menggunakan Meta Model
dan Milton Model bagi mengendalikannya.
e) STRATEGI P5 (Pementas):
- Di sini akan diperkenalkan bahasa-bahasa berpengaruh untuk menukar
persepsi individu . Ia adalah buah kilas bagi membuatkan pandangan seseorang
berubah.

5. RUMUSAN
Kesimpulannya, komunikasi adalah penting dalam sektor politik,ekonomi dan sosial.
Komunikasi sebagai usaha untuk berkongsi maklumat, idea dan sikap. Melalui komunikasi
semua maklumat boleh disampaikan dengan cepat dan tepat. Selain itu melalui komunikasi
malumat juga boleh kongsi bersama-sama. Ini boleh mengurangkan kerugian yang berlaku.
Sebagai contoh kerajaan boleh menyebarkan sesutu maklumat kepada masyarakat sosial
melalui berita di surat khabar. Ini boleh diketahui oleh semua masyarakat. Oleh itu
komunikasi adalah penting dalam semua sektor.komunikasi yang baik boleh membawa
pelbagai faedah kepada semua pihak.

RUJUKAN
1. http://www.academia.edu/8161773/Komunikasi_Berkesan
2. http://www.fauzulnaim.com.my/speaking/komunikator-super-5p-strategi-komunikasiberkesan-kursus-komunikasi-berkesan-kursus-komunikasi-efektif
3. http://hayudin.blogspot.com/2012/12/komunikasi-dalam-organisasi-konsep-dan.html

Anda mungkin juga menyukai